UPACARA MENYERAH NYAWA~White Water Rafting Di Sungai Selangor Kuala Kubu.
Ketika merakam aktiviti White Water Rafting bersama dengan Skipper yang mahir. |
Selamat dan salam sejahtera kepada mereka yang berminat untuk membaca pengalaman nyaris maut di dalam Sungai Selangor, Kuala Kubu Baru. Kejadian ini berlaku ketika menyertai aktiviti “White Water Rafting” pada hari Sabtu 28 Mei 2011 lalu. Untuk pengetahuan pembaca sejak tahun 80an lagi saya telah mengikuti aktiviti ini sehinggalah sekarang. Seingat saya sungai-sungai yang pernah saya lakukan ialah di Jeram Perahu Ulu Tembeling , Kuala Koh Kelantan, Sungai Nenggiri Kelantan, Sungai Lembing Pahang, Sungai Padas Sabah dan Sungai Selangor, Kuala Kubu Baru.
Skipper Mahir membuatkan peserta merasa Keseronokan dan tidak merasa nyawa peserta terancam. Peserta akan mengulangi aktiviti ini lagi walaupun mahal. |
Di Sungai Selangor, saya memang selalu mengikuti aktiviti ini sehingga kenal akan jeram yang perlu dihormati iaitu 1st Canyon, The Hydrolic, The Chicken Drop dan The Second Canyon serta beberapa jeram-jeram "Kuaci".
Skipper Mahir yang mengedalikan Bot Rafting dengan penuh keyakinan tanpa teragak-agak. |
Saya menyertai aktiviti ini kerana mengambil gambar para peserta yang ingin kan aktivitinya dijadikan kenangan. Maka aktiviti ini bukanlah lagi satu aktiviti yang membuatkan saya teruja untuk melakukannya. Oleh kerana untuk menemankan isteri dan adik yang buat pertama kali mahu melakukan aktiviti lasaknya dirakam, maka saya ikut serta.
Lapang dan selamat ! Dinaiki oleh hanya 4 peserta sahaja dan 2 Skipper Mahir. |
20 orang peserta dan 6 orang skipper dipecahkan untuk menaiki 3 buah Bot Rafting yang disediakan. 3 buah bot Rafting itu dibahagi-bahagikan peserta untuk dinaiki oleh 9 orang, 9 orang dan 8 orang. Dari mula lagi pergerakan Bot Rafting telah bergerak perlahan kerana terlalu berat. Keadaan sempit dan tidak ada ruang untuk peserta berdayung secara bebas. Kadang-kadang kayu pendayung berlaga antara satu dengan yang lain didalam air.
Ketika baru sampai di jeram 1st Canyon, sebuah Bot Rafting yang bergerak dulu telah terbalik dan karam. Sedangkan Jeram 1st Canyon tersebut adalah yang paling mudah sekadar hanya pada tahap 3 sahaja walaupun ia sedikit sempit. Kebiasaannya saya harungi dengan lancar dan tiada sebarang masalah, bergerak dengan lancar lagi menyeronokan. Tetapi untuk kali ini berlainan sekali. Skipper yang mengawal dan mengemudi Bot Rafting terpaksa melepasi jeram tersebut penuh dengan bersusah-payah sehingga bot yang dinaiki oleh saya terbalik karam.
Lebih muatan.. |
Tersangkut... |
Seingat saya pada ketika itu Skipper tidak tahu alur mana yang hendak dituju, sehingga bot Rafting tersekat dan terhenti pada sebuah batu ditengah jeram. Disebabkan Bot Rafting telah lebih muatan maka air sungai mudah masuk memenuhi ke dalam Bot Rafting. Melihatkan keadaan itu Skipper mengarahkan peserta beralih ke sudut belakang untuk mengimbang kedudukan bot. Hal keadaan itu menyebabkan hadapan bot Rafting mendongak lalu melambung ke atas. Beberapa peserta bahagian hadapan dan belakang sempat naik menyelamatkan diri lari ke atas bahu batu.
Manakala saya dan 2 peserta wanita yang berada dibahagian belakang terhumban jatuh kedalam sungai segera dihanyutkan oleh arus deras. Saya dihanyutkan bersama beg kalis air yang memuatkan peralatan kamera. Kali ini saya merasakan proses hanyutan arus deras agak ganjil dan berlainan daripada sebelum-sebelum ini. Saya seperti membuat summersout bergulung-gulung beberapa kali di dalam arus deras. Keadaan itu berlaku begitu pantas didalam sungai berarus deras lagi dalam.Berikhtiar beberapa kali cuba menimbulkan diri tetapi beberapa kali itu juga gagal, walaupun memakai Jaket Pelampung Keselamatan. Saya merasakan seperti ada halangan dan gangguan untuk saya timbul dipermukaan.
Dalam keadaan tenggelam hanyut dibawa oleh aliran arus yang sangat deras. Air menolak kuat anggota tubuh saya menyuruh agar pergi ke hilir. Dalam waktu yang sama ada pula gangguan seperti merayu-rayu menyuruh tubuh badan berhenti di kawasan tersebut. Sedangkan diri saya mahu ditolak ke hilir dengan seberapa segera.Saya tenggelam dan pada waktu yang sama terhenti terbuai-buai ke kiri dan ke kanan didalam air. Umpama cacing yang tersangkut pada mata kail didalam air kerana terikat batu ladong. Dalam suasana cemas, saya sempat melihat dari pandangan bawah dasar sungai seorang peserta wanita yang sedang bertahan di bawah bot yang separuh badannya telah berada diatas permukaan air.
Penatkan diri melayan hal kesangkutan... |
Cara penyelesaian berjalan beramai-ramai didalam air...... |
Manakala saya dan 2 peserta wanita yang berada dibahagian belakang terhumban jatuh kedalam sungai segera dihanyutkan oleh arus deras. Saya dihanyutkan bersama beg kalis air yang memuatkan peralatan kamera. Kali ini saya merasakan proses hanyutan arus deras agak ganjil dan berlainan daripada sebelum-sebelum ini. Saya seperti membuat summersout bergulung-gulung beberapa kali di dalam arus deras. Keadaan itu berlaku begitu pantas didalam sungai berarus deras lagi dalam.Berikhtiar beberapa kali cuba menimbulkan diri tetapi beberapa kali itu juga gagal, walaupun memakai Jaket Pelampung Keselamatan. Saya merasakan seperti ada halangan dan gangguan untuk saya timbul dipermukaan.
Waaah...terujanya.! |
Dalam keadaan tenggelam hanyut dibawa oleh aliran arus yang sangat deras. Air menolak kuat anggota tubuh saya menyuruh agar pergi ke hilir. Dalam waktu yang sama ada pula gangguan seperti merayu-rayu menyuruh tubuh badan berhenti di kawasan tersebut. Sedangkan diri saya mahu ditolak ke hilir dengan seberapa segera.Saya tenggelam dan pada waktu yang sama terhenti terbuai-buai ke kiri dan ke kanan didalam air. Umpama cacing yang tersangkut pada mata kail didalam air kerana terikat batu ladong. Dalam suasana cemas, saya sempat melihat dari pandangan bawah dasar sungai seorang peserta wanita yang sedang bertahan di bawah bot yang separuh badannya telah berada diatas permukaan air.
Waaah! Dilambung lagi... |
Cubaan ikhtiar mengapungkan diri dengan mencapai tali bot tetap juga gagal. Ikhtiar tawakal terakhir saya ialah menggunakan teknik penafasan “menahan nafas selama yang boleh”. Sambil disuruh minum air sambil itu berusaha mengapungkan diri walaupun dalam keadaan ada gangguan. Ketika berusaha dalam keadaan “sisa-sisa nafas waktu kecederaan sudah hampir sampai” saat itu saya sempat berfikir “Hai..... tak kan wisel sudah hendak ditiup dan akan berbunyi bila-bila masa dari sekarang kot?”
Nyawa hendak dipanjangkan lagi rupa-rupanya... Ting! Moment of Magic saya sampai dan menjelmalah sekali lagi. Badan saya telah dihempas dengan benda yang lembut. Pergh! (Segala puji-pujian... ) Disitu ada pulak tunggul kayu yang terlekat pada sebuah batu besar bersedia untuk dipijak. Bila kaki sudah berpijak, maka kepala sertamerta keluar daripada permukaan air dan sudah tidak disuruh minum air. Perlanggaran dengan benda yang lembut yang tidak mencederakan itu, rupa-rupanya saya berlaga dengan peserta wanita yang lebih awal telah terselamat, tersangkut pada batu di tepi sungai.

Telah berlanggar dengan dia.. |
Apabila saya dapat kembali “nafas baru“ diatas tunggul kayu ditepi batu, saya mendapati bahawa badan saya terikat dan terlilit tali kuning keselamatan. Keting kaki kiri disimpul dengan 4 lilitan terik tali tersimpul bersama-sama dengan batang kayu pendayung. Batang kayu pendayung terbuai-buai seperti menari-nari di dalam arus deras. Dua lilitan pada badan dibahagian perut dan 3 lilitan simpulan tali yang sangat terik melilit pada leher. Tali kuning keselamatan yang panjang tersebut itu bersambung pula meliliti badan peserta wanita yang lebih dahulu sampai ke batu. Tali keselamatan yang panjang itu pula hanyut terikat pada Bot Rafting yang sedang terbuai-buai ditengah arus sungai. Bot Rafting terbuai-buai disebabkan telah terikat terlilit pada diri saya dan seorang peserta wanita dalam jarak lebih kurang 50 meter dari saya. Alamak, tak settle lagi rupanya!!
Sedar akan bahaya tali terikat pada Bot Rafting itu yang akan menarik kaki , bersama-sama kayu pengayuh akan menarik saya masuk semula kedalam arus. Maka saya menjerit supaya diberikan pisau dengan segera. Pisau untuk memutuskan tali yang tersimpul pada kaki dan badan saya dan seorang peserta lagi. Jeritan itu tidak membawa sebarang makna. Marah dan hampa kerana Skipper tidak membawa pisau keselamatan rupanya. Alameek! Apa ni?? (Asas , Yang yang biasanya wajib ada pada setiap Skipper/Rescuer tidak diamalkan )
Samada Skipper lebih sayang dan mengutamakan segala peralatan milik mereka iaitu tali keselamatan, pendayung dan Bot Rafting , dia sahaja yang tahu pada ketika itu. Berikhtiar dalam suasana genting bertahankan menguatkan kekuda kaki seperti memasak Bumi lagaknya, tetapi pada tunggul kayu, dalam keadaan terbelit bersama-sama kayu pengayuh dan Bot Rafting.
Secara semulajadi saya mengutamakan berusaha melepaskan lilitan tali peserta wanita itu terlebih dahulu sehingga selesai. Setelah selesai, barulah saya membuka ikatan simpulan pada badan sendiri. Dalam kepayahan ditepi batu diatas tunggul kayu saya membuka 3 lilitan tali yang terjerut pada leher saya, kemudian pada perut dan akhirnya pada bahagian kaki.
Ketika membuka lilitan tali saya berfikir dan bercakap didalam hari “ Issh!! Macam mana boleh selamat haaa?? Terima kasih ALLAH atas segala-galanya serta membantu saya supaya tidak panik dan sempat berfikir dalam keadaan genting ”. Disamping itu Kamera saya tidak basah ketika terendam, sistem kamera berfungsi seperti biasa, cermin mata tidak hilang, anggota badan tak cedera dan semangat langsung tak luntur cair. Segala-puji-pujian hanya pada ALLAH.Amiiin.

Bot kuning kedua memang bernasib baik kerana ada 8 orang di dalam bot Rafting. Malangnya, bot yang ketiga (merah) yang melalui jeram the 1st Canyon senget dan menghanyutkan dua peserta wanita. Maka pandai-pandailah mereka ingatkan Tuhan sambil menyelamatkan diri. Ada beberapa peserta buat pertama kali menyertai white water rafting macam anak ayam yang tenggelam timbul dalam arus deras. Aktiviti yang menyeronokkan itu akan menjadi trauma sepanjang hidupnya. Barulah ruggerd! Ada brani?
Sepanjang laluan sungai berlangsung penuh dengan kepayahan dan memenatkan kerana Skipper-skipper tidak tahu arus laluan hendak dituju ,mana yang lebih tepat. Skipper-skipper kurang pengalaman dan tidak tahu selok belok batuan dalam sungai yang berarus. Maka sepanjang laluan lebih kepada nasib sahaja dan membiarkan bot dibawa arus masuk ke dalam arus jeram-jeram cetek. Kemudian sama-samalah tangggung, kalau tenggelam tenggelam lah. Kalau terapung, teraponglah. Kalau minum air , minum air lah. Minum air dan tenggelam timbul kerana cemas bukan kerana seronok. Keseronokan dilambung dan dihempas ombak tidak dapat dirasakan dengan maksima.
Ketika menghampiri jeram The Second Canyon, bot yang dinaiki oleh saya sekali lagi karam. Hai, takkan terkena lagi berturut-turut selang tak sampai 1 jam dari kejadian pertama? Saya memang tahu keadaan arus Jeram The Second Canyon punya penangan arus. Maka sejurus terjatuh kedalam sungai , sedaya upaya berenang mengelakkan diri menghindar daripada masuk ke kawasan arus dalam jeram tersebut yang panjang dan bergelora. Dalam keadaan biasa dan tidak terhalang saya sempat berenang hingga ke pintu masuk jeram itu. Segala puji-pujian kepada Allah. Malangnya kepada 3 orang peserta yang sama-sama didalam Bot Rafting tidak sempat berbuat apa-apa. Mereka dihanyutkan arus deras dan bergulung-gulung dan diganyang, dibuli tanpa berpeluang menyelamatkan diri. Dalam keadaan sebegitu mana sempat nak elak batu.
Mana Skuad Penyelamat /Rescuer?? yang sepatutnya berada menunggu di jeram ini. Pengendali White Water Rafting akan sentiasa menyediakan Skuad Penyelamat yang akan menunggu di Jeram ini. The Second Canyon. Sendiri mau ingat la. Mereka hanya menyediakan ; Amacam ok tak ?? Maka peserta Mesti la cakap " OK "!.

Persoalannya sekarang sanggupkah kita mengharungi perkara yang serupa berulang-ulang kali? Sekiranya kita sanggup, maka saya tabik hormatlah kerana anda tergolong dalam status “The Daredevil Donkey” !. Pada suatu hari nanti akan tiba masanya anak-anak kita pula akan meminta izin untuk menyertai aktiviti White Water Rafting, maka ketika itu bersegeralah membenarkannya, dan tanggunglah azab kerisauan sepanjang pemergiannya menjalankan aktiviti itu. Maka berdoalah banyak-banyak pada Tuhan. Ini umpama menyerah nyawa sambil bergembira.
PERSOALAN DAN TANDA TANYA
Mungkin ia bermula daripada sikap “ takpa “ dan membuat keputusan tidak berapa cerdik sehingga mengancam nyawa pelanggan. Persoalan saya ialah adalah seperti berikut.:-
1. Mengapa operator menyediakan skipper-skipper yang tidak berpengalaman tentang selok-belok laluan sungai dan bahaya sesuatu jeram? Akibatnya 2 bot rafting berlainan yang saya naiki terbalik ketika mencuba melepasi laluan celah batu di 1st Canyon dan Second Canyon.
2. Mengapa operator menyediakan skipper yang tidak mahir dan di luar bidang? Akibatnya tidak dapat membuat keputusan dengan pantas apabila melihat arus dan paras untuk laluan bot rafting . Bot sering tersekat dan meletihkan peserta.
3. Mengapa operator tidak mempunyai kemahiran teknikal mengenai berat atau ringan bot berpandukan pada paras serta arus air?
4. Gagal, lalai atau terlepas pandang untuk mematuhi ciri-ciri keselamatan ketika dalam proses Rafting. Tiada pisau keselamatan ketika ia diperlukan untuk memotong tali.
5. Tiada Rescue Team yang sepatutnya berada di hadapan sesebuah jeram sebelum bot-bot Rafting pelanggan sampai pada sesuatu lokasi jeram.
6. Membenarkan bot lebih muatan. Akibatnya ruang menjadi sempit hinggakan peserta susah membuat kayuhan, mudah tercedera disebabkan terkena kayu pendayung. Ini akan terjadi ketika melalui laluan air deras bergelora,perserta sukar mengimbangkan diri, ketika terkena hempasan pada batu, Bot Rafting yang lebih muatan akan menjadi berat dan sering tersangkut pada batu diikuti air sungai mudah memenuhi bot.
“Mujur tiada apa-apa perkara buruk berlaku” bukan satu sifat positif. Ia seolah-olah cuba mengambil kesempatan tanpa memaksimakan ciri-ciri keselamatan yang membabitkan nyawa pelanggan. Dengan maklumat di atas diharap pihak Operator White Water Rafting duduk berfikir secara bersih melakukan perubahan sikap untuk mencapai kecemerlangan yang diimpikan. Hati kena Ruggard untuk terima belaian ulasan daripada para pelanggan.Tidak salah untuk kita meniru cara orang yang telah berjaya. Dalam bab ini tiada siapa boleh larang atau halang. Cuma kita “Sendreymauingat” atau “Lorpykirlasendrey” . Semoga Berjaya ! Tanpa prasangka ! Choow!
Wasalam.
The Red Door to Hunt.