Friday, 20 September 2013

SIRI BURUNG-BURUNG LIAR MENCARI MAKANAN

Burung Takau belang-Eurylaimus javanicus( Betina )

Takau belang~Eurylaimus javanicus

Burung Takau belang-Eurylaimus javanicus akan membawa anaknya mencari makanan bersama untuk satu tempoh yang agak lama. Burung dewasa akan menangkap serangga dan memberikan hasil tangkapan kepada anaknya untuk dimakan.


Sedang duduk bertenggek pada dahan pokok sambil memerhatikan mangsa yang boleh dijadikan makanan


Burung betina akan sentiasa menemani anaknya untuk mencari makan bersama sehingga anaknya sudah mampu mencari makanannya sendiri.









Anak burung yang sudah mula pandai terbang, akan sentiasa ditemani oleh burung dewasa.



Anak burung sedang menunggu burung dewasa menyuapkan makanan kedalam mulutnya.

Burung dewasa sedang berusaha mencari serangga untuk diet mereka.


Burung dewasa dalam proses menghadam makanan. Burung akan mengetip kuat serangga dengan paruhnya bagi membunuh sebelum serangga tersebut dapat dihadamnya.


Burung dewasa betina dan anaknya .

GEMBIRA SEORANG PEMBURUNG

KASUMBA TENGKUK-MERAH~HARPECTES KASUMBA

Keluarga Burung Kasumba adalah spesis burung yang kita tidak akan merasa jemu memerhatikannya.  Seperti ada satu kuasa tarikan yang ada pada burung ini. Ia tidak perlu diumpan atau dipanggil, dan apa yang penting kita mestilah tahu akan habitat persekitaran kehidupananya serta panggilan suaranya. Sekiranya burung tidak merasa diancam, ia akan duduk diam bertenggek pada ranting pokok pada satu jangka masa yang lama. Malah boleh juga dihampiri pada jarak yang dekat. Hal keadaan yang dinyatakan itu adalah saat burung sedang qushu' memerhatikan makanannya.

Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba

Saiz burung Kasumba Tengkuk merah~Harpectes kasumba hampir sama saiznya dengan burung Terkukur, tetapi lebih gempal. Hampir semua keluarga spesis Kasumba mempunyai corak dan susunan buluhias yang berwarna terang dan menarik. Burung jantan dan burung betina mempunyai warna yang berbeza. Sekiranya kita tidak mengetahui akan perihal burung, kita akan menyangka burung jantan dan betina adalah dari spesis keluarga yang berbeza.

Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba

Pergerakkannya perlahan dan lemah lembut. Ketika bertenggek burung ini kebiasaannya akan memerhatikan disekeliling tempat ia berada dengan  lehernya digerakkan perlahan-lahan  untuk menoleh kesemua sudut tempat ia berada. Sambil menyahut-yahutkan suaranya yang mendayu-dayu dalam tempoh yang agak lama. Burung ini bersifat menjaga kawasan persempadanan tempat ia bersarang, mencari makan dan berehat.

Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba

Burung Kasumba bukanlah sejenis burung yang mahir dan pantas terbang. Ia lebih melakukan lompat terbangan sambil menguakkan sayapnya dari satu dahan ke satu dahan. Hanya akan melakukan penerbangan terus sekiranya dirinya menghadapi ancaman.

Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba

Serangga bersayap yang banyak terdapat didalam hutan adalah merupakan diet makanan rujinya.

Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba


Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba

Berjumpa lagi dilain masa dalam suasana yang lebih cerah untuk memperolehi imej rakaman yang lebik baik.

Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba



Sunday, 1 September 2013

Laporan Burung-burung Yang Di Temui Dalam Bulan Ogos 2013


Tarikh: 7 Ogos 2013
Masa: 11: 30 a.m ~ 12:30 p.m
Lokasi: Sungai Kandis Selangor.
Cuaca: Cerah dan panas

1. Jerijit Suria-merah saga~Aethopyga siparaja
2. Khukhu Gangsa Kecil~Chrysococcy minutillus

Jerijit Suria-merah saga~Aethopyga siparaja ( Juvana Jantan )

Jerijit Suria-merah saga~Aethopyga siparaja ( Jantan )

Khukhu Gangsa Kecil~Chrysococcy minutillus

Khukhu Gangsa Kecil~Chrysococcy minutillus

Tarikh: 17 Ogos 2013
Masa: 4:30 p.m ~ 6:30 p.m
Lokasi: Taman Melawati
Cuaca: Cerah dan panas


3. Malkoha Paruh Hijau~Phaenicophaeus tristis


Malkoha Paruh Hijau~Phaenicophaeus tristis

Malkoha Paruh Hijau~Phaenicophaeus tristis

Tarikh: 29 Ogos 2013
Masa: 11: 30 a.m ~ 12:30 p.m
Lokasi: Sungai Congkak Selangor
Cuaca: Cerah dan panas


4. Khukhu Sewah Malaysia ~Hierocococcyx fugax

Khukhu Sewah Malaysia ~Hierocococcyx fugax

Khukhu Sewah Malaysia ~Hierocococcyx fugax

Tarikh: 31 Ogos 2013
Masa: 4: 30 p.m ~ 6:00 p.m
Lokasi: Batu Pond,Kuala Lumpur.
Cuaca: Hujan lebat dan renyai-renyai.

5. Tirjup Ekor panjang~Lanius schach
 
Tirjup Ekor panjang~Lanius schach


Tirjup Ekor panjang~Lanius schach


Tirjup Ekor panjang~Lanius schach


Tirjup Ekor panjang~Lanius schach