Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni
Jika kita sekali pandang burung ini saling tidak tumpah seperti seekor burung Gagak atau pun burung Tiong. Sebenarnya burung ini adalah dari keluarga Tarum Siul. Burung Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni merupakan burung endemik Semenanjung Malaysia.
|
Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni |
Pada pandangan peribadi saya populasi burung ini semakin berkurangan
berdasarkan kesukaran burung ini ditemui. Jikalau dahulu burung ini masih
boleh kita temuinya di kawasan peranginan Bukit Freazer, tetapi sekarang
amat sukar kita ketemuinya lagi.
|
Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni |
Untuk mengenal akan kehadirannya adalah
berpandukan akan bunyi siulannya seperti bunyi wisel. Burung ini lebih
gemar berjalan diatas tanah di tebing-tebing anak sungai sambil
membunyikan siulannya yang nyaring serta kuat, sambil mendepang-depangkan pelepah ekornya seperti kipas.
|
Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni |
Sepanjang penglibatan dalam bidang pemburungan saya berpeluang bertemunya di kawasan hutan Tanah Tinggi Genting Highland
dan Hutan Simpan Hulu Gombak. Penemuam terbaru ini agak mengejutkan
kerana burung spesis ini ditemui dikawasan yang agak rendah seperti
biasa yang dilaporkan.
|
Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni |
Sifat burung Tarum Siul Melayu~Myophonus robinsoni yang
suka bersendirian mencari makanan didalam hutan. Ia sangat
pemalu@penakut untuk berhadapan dengan manusia. Hampir keseluruhan
warna bulu hiasnya berwarna kehitaman cuma warna biru gelap pada
bahagian sayap premirnya.
|
Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni |
Dengan hal keadaan tersebut membuatkan bertambah sukar untuk melihatnya dimana sifat semulajadi burung ini gemar berjalan dan berlari diatas tanah dibawah lindungan rimbunan pokok renek didalam hutan yang bercahaya gelap dan suram.
|
Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni |
|
Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni |
|
Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni |
Kebiasaan diet makanan rujinya adalah pelbagai iaitu dari jenis serangga dan buah-buah hutan yang bersaiz kecil.
Aktif kedengaran siulnya pada awal pagi sehinggalah ke penghujung pagi.
Pengalaman saya membuat pemerhatian terhadap burung ini, selepas waktu itu amat jarang saya dapat mendengar panggilan siulannya. Saiz burung dewasa adalah lebih kurang saiz burung Tiong.
|
Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni |
|
Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni |
|
Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni |