Berlau Sayap Biru~Pitta moluccensis
Saya tidak menyangka bahawa akan bertemu lagi Burung Berlau Sayap Biru~Pitta moluccensis dalam keadaan burung selesa dengan habitatnya. Pada musim ini saya telah menjumpai burung ini sebanyak 3 kali di Ulu Kali tetapi spesis ini dalam keadaan tercedera, letih dan lemah sebelum pihak pencinta burung memberi bantuan sebelum melepaskannya.
Setiap kali membuat pemerhatian kelakuannya, burung dilihat tidak berapa takut akan kehadiran saya mungkin burung yang sama saya lihat pada 2 musim yang lalu dilokasi sekitar ini atau ia sudah biasa dengan manusia.
Setelah kenyang masa untuk berehat sambil bermandi cahaya. |
Termenung dan berehat dibawah rimbunan belukar. |
Masa untuk mencari makanan |
Ia terlompat-lompat sambil membenamkan paruhnya ketanah untuk mencongkel
cacing atau ulat. Kadang-kadang ia menyelak-nyelak daun kering untuk
melihat serangga yang boleh dimakannya.
Aksi menegakkan buluhias diatas kepala |
Dibahagian utara Semenanjung Malaysia burung ini diketogerikan sebagai burung tempatan kerana ada pencinta burung telah membuat pemerhatian bahawa burung ini telah membuat sarang dan bertelur di Pulau Pinang.
Sehingga kini, dibahagian sebelah barat Semenanjung Malaysia belum ada rekod pemerhatian burung ini telah membuat sarang dan membiak dikawasan ini.
Di Semenanjung Malaysia terdapat burung Berlau yang hampir serupa dengan Burung Berlau Sayap Biru~Pitta moluccensis iaitu Burung Berlau Bakau~ Pitta megarhyncha. Burung tersebut adalah burung Berlau tempatan yang boleh kita temuinya dikawasan hutan kayu bakau. Perbezaannya adalah dibahagian paruhnya yang agak panjang sedikit daripada burung Burung Berlau Sayap Biru~Pitta moluccensis.
Ulat daun menjadi santapan |
Diet yang menggenyangkan |
Hendaknya dimusim akan datang silalah
berkunjung kesini lagi kerana saya memberi jaminan bahawa pihak pencinta
burung dikawasan ini tidak sesekali akan merasuah burung ini dengan
ulat-ulat ternak yang menjejaskan kesihatan burung.