Burung Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana
Saya bernasib baik berpeluang membuat pemerhatian terhadap burung hijrah dari keluarga Sambar ini pada musim 2013 dan musim 2014. Pada musim 2013 saya hanya dapat memerhatikan burung Jantan dalam penampilan buluhias musim sejuk tahun pertama.
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana ( Tahun pertama musim sejuk ) |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~ Jantan |
Baru baru ini saya dapat membuat pemerhatian sepasang burung Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana singgah sebentar untuk mencari makanan sebelum meneruskan perjalanan penghijrahannya. Warna buluhias Burung jantan masih belum matang lagi dimana sebahagian warna kepalanya belum lagi berwarna biru gelap.
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana |
Dalam pemerhatian kali saya menjumpai penemuan baru pada keistimewaan yang terdapat pada burung ini yang mengejutkan saya. Saya tidak pasti samada keistemewaan ini telah diketahui oleh para saintis atau pemburung-pemburung, kerana amat jarang burung ini dapat kita temuinya.
Saiz Burung spesis Sambar ini hampir menyamai Burung Sambar Besar Niltava~Nilava grandis dan antara burung Sambar yang bersaiz besar. Apa yang menarik pada kekurangan ilmu pengetahuan saya ialah burung ini mempunyai kebolehan yang hampir sama dengan kebolehan burung spesis Pungguk iaitu kepalanya berkemampuan membuat pusing 180 darjah tanpa mengerakkan tubuh badannya.
Persoalan yang timbul pada saya adakah kerangka dan organ di bahagian leher burung ini menyamai dengan burung spesis Pungguk. Ketika membuat pemerhatian spesis burung ini burung betina menoleh ke bahagian belakang memerhatikan buah masak tanpa menggerakkan tubuh badannya. Malah burung ini berkebolehan mendonggakkan kepalanya keatas bagi memerhatikan buah-buah yang sesuai untuk dimakan.
Keadaan ini membuatkan timbul tanda tanya bagaimana bentuk setiap ruas kerangka leher burung ini. Adakah jumlah ruas kerangka tulang leher burung ini melebih 7 ruas. Daripada apa yang diketahui ruas kerangka tulang leher Pungguk mempunyai 14 ruas. Adakah burung Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana mempunyai jumlah ruas yang serupa dengan burung Pungguk.
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
Dari pekiraan logik saya sekiranya Pungguk berkebolehan sebegitu, tentu sekali burung ini mempunyai jumlah ruas yang sama iaitu melebihi 7 ruas. Sepekara lagi urat leher pada tengkuk burung juga harus lebih panjang dan besar daripada biasa. Kerana ketika membuat pusingan leher 180 darjah pastinya urat akan berpuntal hingga menyebabkan penggaliran darah dan oksigen ke otak akan tersekat. Keadaan ini akan mengakibatkan burung akan mati kelemasan disebabkan tiada oksigen.
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
Lanjutan kepada keistimewaan burung ini dari sudut zon penglihatan burung ini lebih luas jika dibandingkan dengan spesis burung Pungguk. Dimana kedudukan mata burung pungguk berada pada bahagian hadapan, seperti kedudukan mata manusia. Manakala burung Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana berada pada bahagian sisi iaitu kiri dan kanan kepala.
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
Ini bermakna luas dan sudut zon penglihatan burung ini dipercayai lebih besar dan cepat jika dibuat perbandingan dengan spesis burung Pungguk. Siri-siri imej burung yang sempat dirakam ketika membuat pemerhatian untuk dikongsi sama.
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~jantan |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
Apa yang menarik ketika membuat pemerhatian ialah burung betina ini seperti tidak takut akan kehadiran saya. Malah burung terbang hinggap agak hampir dengan lokasi saya membuat pemerhatian. Manakala burung jantan pula berada agak jauh kebahagian jurang yang agak suram cahayanya. Sesekali ia datang kelokasi untuk menambah dietnya. Sepanjang berada dilokasi pasangan ini datang sebanyak 4 kali dalam tempoh 5 jam.
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
|
Burung menoleh keatas sambil mendonggak keatas |
|
Keadaan saiz dan warna buluhias burung hampir menyamai warna burung Merbah celak-kuning~Pyenonotus erythropthalmos. Bezanya pada gelung matanya yang berwarna keputihan serta buluhias pada bahagian dada burung dan pada lehernya. |
|
Menoleh kebelakang sambil mendonggak keatas. |
|
Kebolehan yang sama dengan kebolehan spesis burung Pungguk |
|
Bukti menunjukkan burung menoleh kebelakang tanpa menggerakkan tubuh badannya. |
|
Sambar Biru dan putih~Cyanoptila cyanomelana~betina |
Ralat saya ketika membuat pemerhatian ini ialah saya tidak berpeluang mendengar suara bunyi siulan dan panggilan burung ini. Wasalam.