Pulanglah Kepangkal Jalan Wahai Jurugambar Burung.
|
Burung Sambar Sisi gelap~Muscicapa sibirica sedang mengetip lalat untuk dijadikan sarapan pagi. |
|
Sambar Coklat perang~Musicapa ferruginea menjadikan spesis kumbang sebagai makan tengah harinya. |
Ketagihan merakam gambar burung dikalangan peminat-peminat burung sudah mula bertambah dari masa kesemasa. Saban hari masing-masing bergembira mempamerkan kecekapan dan kemahiran merakam imej burung dari berbagai-bagai spesis burung. Memang tidak dinafikan hasil rakaman peminat-peminat burung begitu sempurna. Apatah lagi dengan peralatan rakaman yang berkualiti serta mempunyai kemahiran dalam bidang fotografi. Suasana ini baik kerana ia adalah satu terapi kepada kesihatan kepada mereka yang mempunyai masalah stress.
|
Sambar ekor putih ~Cyornis concretus jantan menjadikan ulat bulu yang disambar pada batang pokok, sebagai sarapan paginya. |
|
Sambar ekor putih ~Cyornis concretus betina |
Tetapi pada hemat saya, keadaan sekarang ini seperti sudah mulai kearah tidak terkawal, kerana kesukaran untuk menemui spesis burung. Ini disebabkan oleh:-
a. Kawasan tempat burung berlindung sudah mulai mengecil dan habitat burung telah rosak.
b. Keadaan bertambah buruk apabila kumpulan jurugambar burung yang baru menceburi telah melakukan cara rakaman secara tidak beretika, hasil yang ditunjukkan oleh jurugambar terdahulu dengan cara memburung yang mudah tetapi mengganggu kehidupan spesis burung.
|
Kelayang-dada putih~Artamus leucorynchus menyambar serangga di udara . |
|
Sambar ekor putih ~Cyornis concretus jantan turun ketanah untuk mengutip cacing |
|
Burung Sambar Sisi gelap~Muscicapa sibirica menangkap serangga pepatung, yang bersaiz besar daripada saiz mulut burung. |
|
Takau belang~Eurylaimus javanicus menangkap serangga Reriang sebagai sarapan paginya. |
1. Membuat panggilan palsu secara berulang-ulang untuk tempoh yang panjang tanpa henti.
Keadaan ini mengakibatkan burung menjadi tertekan atau stress. Mungkin pemburung tidak menyelami maksud perasaan stress. Saya cuba memberi contoh bagaimana perasaan stress itu memberi kacau ganggu kepada spesis burung.
|
Sambar Biru Tickell~Cyornis tickelliae membawa ulat kelokasi sarang untuk diberi makan kepada anaknya. |
Perumpamaan yang hampir, yang boleh saya ungkapkan untuk memberi kefahaman ialah, katakan kita berhutang dengan Along atau pun Bank, apabila kakitangan pemberi hutang membuat panggilan dan bertanyakan bila hutang boleh dilangsaikan secara kerap, walaupun tanpa ugutan. Perasaan kita pasti akan tertekan dengan situasi begini. Malah apabila melihat nombor telefon yang masuk kedalam talipon pasti kita sudah merasa tertekan. Perumpaman ini adalah sama juga dengan perasaan stresss yang berlaku terhadap burung.
|
Sambar Biru Tickell~Cyornis tickelliae |
Burung merasa tertekan apabila mendapati suara burung saingannya memasuki persempadanannya. Lebih-lebih lagi pada musim mengawan, bersarang , mengeram, dan tempoh menjaga anak. Cuba bayangkan berapa ramai jurugambar datang menggunakan kaedah panggilan palsu silih berganti, setiap hari atau pun setiap minggu. Kalau pekara begini terjadi kepada kita, sudah pasti kita juga akan meninggalkan tempat tersebut dan mencari tempat yang tiada gangguan.
|
Labah-labah juga dijadikan diet burung Sambar Tickell~Cyornis tickelliae. |
2. Memberi dan menyediakan makanan seperti ulat, ikan dan dedak kepada burung.
Kaedah begini bertujuan merasuah burung untuk datang kelokasi untuk jangka waktu lebih lama daripada biasa untuk suatu tempoh yang berulang-ulang. Tambahan pula lokasi pilihan telah pun diperkemaskan dengan prop, cahaya matahari, dan latarbelakang yang sempurna. Sudah tentu keadah ini ternyata berjaya mendapat rakaman yang paling sempurna dan terpuji. Tetapi kesannya pada burung ialah burung liar akan menjadi begitu jinak dan tidak takut kepada manusia. Keadaan ini terdedah untuk burung ditangkap bagi tujuan jualan malah kesan sampingan kepada kesihatan burung hasil daripada ulat-ulat ternak yang dimakan.
|
Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris |
3. Menjolok lobang sarang burung Spesis Pekaka dengan ranting kayu.
Saya tidak tahu siapa yang memulakan kaedah begini kerana saya hanya mengetahuinya daripada rakan yang telah pulang ke pangkal jalan, hanya baru-baru ini. Tujuan jurugambar berbuat demikian adalah, tidak membenarkan burung terus masuk kedalam lobang sarang tetapi terpaksa bertenggek diatas ranting yang dijolok itu untuk suatu tempoh yang lama. Kaedah terbaru ini sangat berkesan untuk mendapatkan rakaman yang sangat berkualiti, kerana burung dewasa yang pulang membawa makanan yang dicari untuk anaknya terpaksa bertenggek diluar lobang sarang untuk tempoh yang lama, bagi memudahkan rakaman imej.
|
Kelicap Madu Telinga kuning~Arachnothera chrysogenys menjadikan cecair pada jantung pisang sebahagian daripada dietnya selain buah-buah makarangga. |
Adalah sangat sukar untuk membendung gejala begini kerana;
|
Sambar Tirjup sayap hitam~ Hemipus hirundinaceus sedang memakan spesis kumbang |
1. Jurugambar kebiasaannya adalah dari golongan yang berpelajaran tinggi, berjawatan tinggi, mempunyai sumber kewangan yang banyak. Mereka mampu memiliki lensa dan kamera yang mencecah puluhan ribu Ringgit. Pastinya apabila memilik peralatan terbaik sudah semestinya rakaman imej harus terbaik juga. Jikalau gagal secara tidak langsung akan di ajuk dan tertawakan oleh rakan-rakan. Aib yang bakal dihadapi ini jarang sekali boleh diterima. Kebarangkalian mereka ini untuk mendengar nasihat adalah sangat tipis.
|
Cericap Tembakau jawa~Prinia rufescens sedang menangkap belalang untuk dimakan. |
2. Set Peralatan rakaman adalah terlalu berat untuk dibawa bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain, disebabkan faktor umur dan kesihatan tulang pinggang. Keadaan ini membuatkan mereka mengambil jalan senang, untuk menjemput burung datang kepada mereka.
|
Tirjup Rimba besar~Tephrodornis gularis sedang berusaha meradak reriang masuk kedalam tekaknya |
3. Mempunyai sikap talam 2 muka, iaitu berkata kepada khalayak bahawa mereka tidak mengamalkan cara yang dinyatakan , tetapi setelah berada jauh didalam hutan dan burung tidak hadir dihadapannya mereka mudah teruja dan menggunakan kaedah yang tidak beretika.
Cara rakaman yang dinyatakan itu pada saya tidak mendatangkan perasaan kemuncak orgsam merakam imej burung. Hanya sekadar memiliki imej burung sangat cantik yang sedang termenung dan terpinga-pinga mencari sesuatu atau mendengar sesuatu. Ia langsung tiada sebarang cabaran perasaan atas kegagalan dan kejayaan, ia seolah-olah seperti merakam burung didalam akuarium. Bukan kita mencari burung tetapi burung datang menyerah kepada kita, Apalah susahnya... Wasalam.
|
Berlau Sayap-biru~Pitta moluccensis sedang melibas-libas dan memusing-musingkan ulat bulu sebelum ia memakannya. |