Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensis dan Khukhu dada karat~Cacomantis sepulcralis betina
Secara tidak sengaja saya telah diamanahkan oleh Allah untuk menyimpan rahsia lokasi burung
Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensis membina sarangnya bagi meneruskan zuriat spesis burung ini. Sebelum mengetahui lokasi sarang, ketika itu diwaktu pagi kelihatan burung ini dilihat terbang mundar mandir secara bergilir-gilir bersama pasangannya kearah dua tempat. Setelah membuat siasatan saya dapati burung sedang dalam proses memilih dan mengambil bahan binaan sarang.
|
Daun lumut kering yang diambil sebagai bahan binaan sarang. |
|
Burung juga memilih batang tumbuhan kering dari jenis tumbuhan yang melilit. |
Ketika proses pembinaan, burung bergilir-gilir datang kelokasi sarang dalam tempoh antara 10 minit hingga ke 15 minit, secara berulang-ulang. Ia memilih lokasi pembinaan sarang diatas sebatang pokok pada ketinggian lebih kurang 3 meter dari aras tanah. Setiap spesis keluarga burung mempunyai kaedah dan bentuk sarangnya yang tersendiri, tidak kira dimana ia berada, samada di Kelantan mahupun di Johor. Bentuknya pasti akan sama asalkan mereka dari spesis keluarga burung yang sama.
|
Burung berada hampir dilokasi sarang untuk tujuan pemantauan |
Pengalaman pemerhatian ini adalah kali pertama saya berpeluang melihat burung memilih dan membuat sarang. Pada tahun 2009 saya hanya berpeluang memerhatikan anaknya yang telah keluar dari sarang dan masih belum boleh terbang tinggi dan pantas. Ketika itu burung ini berjaya menetaskan 2 ekor anak burung , berdasarkan pengalaman yang lepas burung ini akan bertelor sekurang-kurangnya 2 biji telor, dan selebihnya adalah 3 biji telor. Perlu diketahui, tidak semua telor akan berjaya ditetaskan.
Pemerhatian saya melihat burung ini memilih dan membina sarang membuktikan bahawa makhluk ciptaan Allah berupaya membuat pilihan untuk menentukan senang susah membuat sarang. Berdasarkan pilihan lokasi sarang dan melihat sendiri proses pembinaan sarang saya rumuskan bahawa burung ini mempunyai sifat yang unik. Ini berdasarkan reka bentuk sarangnya yang dapat dilihat.
|
Kocek sarang yang mengelirukan pemandang. |
Burung akan mencari batang pokok yang ditumbuhi dengan tumbuhan menumpang dari jenis pakis berlumut yang melekat dan merayap pada batang pokok. Pasangan burung akan bekerja sama untuk membentuk tumbuhan sedia ada dijadikan lubang berbentuk cawan. Pasangan itu mencabut dan mengorek tumbuhan melekat itu sehingga terbentuk lubang cawan. Sambil itu burung akan menyulam pula dengan bahan-bahan binaan yang lain. Bentuk sarang Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensis Seolah-olah seperti kocek berbentuk lubang cawan yang melekat pada batang pokok. Dari sudut keselamatan, ia terlindung oleh mata kasar yang bakal tidak akan perasan bahawa itu adalah sarang burung Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensi.
|
Burung sedang mencabut tumbuhan untuk menjadikan lubang cawan sarang. |
|
|
|
Bahan-bahan binaan lain ada juga dibawa masuk kedalam lobang untuk dianyam ataupun sebagai kusyen untuk eraman telor. |
Hari berikutnya ketika membuat pemerhatian burung masih berulang alik kelokasi sarang dari arah kawasan rimbunan hutan untuk mengambil bahan binaan. Ketika ini burung akan sentiasa menjaga kesejahteraan perasaannya daripada sebarang ancaman oleh burung lain. Pernah berlaku spesis burung Sepah Bunga dada kuning ~Prionochilus maculatus datang hinggap pada ranting pokok lokasi sarang, ia telah dihambat oleh pasangan Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensi.
|
Sedang membuat pengawasan disekitar kawasan sarang. |
Selang 4 hari kemudian saya datang kembali untuk mengetahui status perkembangan dan mendapati kocek mangkuk telah tiada dilokasi asal, tetapi berada pada dahan ranting dibawah lokasi asal. Pasangan burung masih berada disekitar sarangnya seperti biasa. Pada mulanya saya tidak mensyaki apa-apa telah berlaku, kerana keadaan sarang seperti dibalut pada dahan, dan beranggapan ia adalah sebahagian proses bersarang burung ini. Tetapi setelah melaporkan keadaan yang luar biasa kepada Cikgu saya, dan beliau menegaskan bahawa sarang burung telah dirosakkan oleh haiwan pemangsa.
|
Keadaan sarang yang tersangkut pada dahan berhampiran dengan lokasi asal sarang. |
Kenyataan Guru membuatkan saya merasa kecewa atas apa yang telah berlaku. Keesokan harinya saya kembali untuk menyiasat dan melihat dari dekat kedudukkan sarang tersebut, adakah ia benar-benar dirosakkan atau pun salah satu peringkat membina sarang. Ketika saya sedang menuju ke kawasan lokasi sarang, dari jauh saya ternampak burung pemangsa dari spesis
Khukhu dada karat~Cacomantis sepulcralis betina sedang bertenggeng disebelah pokok dimana lokasi sarang itu berada.
|
Pemandangan dari sudut lain |
Seperti biasa proses menghendap serta memerhati kelakuan burung ini
bermula sambil timbul tanda tanya, adakah burung ini yang memusnahkan
sarang burung . Hal keadaan burung
Khukhu dada karat~Cacomantis sepulcralis
berada disekitar sarang burung lain dilihat tercari-cari sesuatu. Ia
mengelilingi pokok itu sambil bertenggek pada bahagian atas dan
bahagian bawah dalam tempoh jangka masa yang agak panjang. Apakah yang
sedang terjadi menyebabkan burung
Khukhu dada karat~Cacomantis sepulcralis dilihat seperti berkeadaan cemas?
Adakah kemungkinan
Khukhu dada karat~Cacomantis sepulcralis secara sembunyi telah menumpangkan telornya didalam sarang burung Sambar Kenari Kepala-kelabu~
Culicicapa ceylonensi. Apabila
keadaan malang ini terjadi , maka dua keluarga spesisi burung menerima
nasib malang secara serentak. seperti yang terjadi maka telor yang
ditumpang didalam sarang burung Sambar Kenari Kepala-kelabu~
Culicicapa ceylonensi, juga turut menerima nasib malang.
Berdasarkan keadaan sarang burung yang musnah itu, saya mengandaikan perbuatan tersebut dilakukan oleh primates yang banyak dikawasan ini. Hal keadaan sarang yang seperti disiat menggunakan kuasa tangan dan disangkutkan pula pada ranting dahan pokok. Saya boleh faham sekiranya telor ayam maka cecair telor boleh mendatangkan kenyang dan menimbulkan rasa sedap. Tetapi telor burung ini bersaiz sangat kecil tidak mendatangkan sebarang menafaat pun.
Daripada sifat begini, memanglah sifat semulajadi haiwan pemangsa yang tidak dapat boleh dipengapa-apakan. Sekiranya perlu dikawalkan pembiakannya yang semakin hari bertambah banyak jumlahnya, sehingga menjadi haiwan perosak. Kajian sehingga kini masih belum menumukan kepentingan haiwan ini.
|
Menjeguk pada bahagian rimbunan tumbuhan. |
|
Berpaut pada lokasi tempat sarang yang telah tercabut. |
|
Sedang mencari mengelilingi kawasan pokok dari atas hingga ke bawah. |
|
Burung betina masih mencari-cari sarang yang telah hilang. |
|
Hal keadaan sarang burung yang terjatuh terapung dalam air sungai berdekatan. |
|
Keadaan setelah kocek sarang di siat cabut oleh haiwan pemangsa. |
Peninjauan dan pemerhatian yang dilakukan setelah kejadian kemusnahan sarang, mendapati burung
Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensi, telah membuat sarangnya dilokasi lain yang tidak jauh daripada lokasi sebelum. Harapnya burung ini berjaya membiakkan zuriatnya, untuk kelangsungan spesisnya. Wasalam.