|
Burung dewasa sedang berehat didalam sarang. |
Pemerhatian Burung Sualo Selat Membuat Sarang Di Langkawi Dan Pulau Tuba
|
Burung sedang mengulum tanah didalam mulutnya bertujuan membentuk seperti bebola ikan yang mana air liurnya sebagai bahan melikatkan kepulan pasir dan tanah. |
|
Bentuk sarang yang berada disebelah lokasi pertama. |
Bertempat di Pulau Langkawi saya telah membuat pemerhatian terhadap spesis burung
Sualo Selat ~Cecropsis striolata membuat sarangnya pada sekitar tempoh bulan Ogos. Lokasi pilihan spesis ini menyerupai lokasi burung spesis Sualo Pasifik~
Hirundo tahitica, iaitu pada sudut siling bangunan dan pada mana-mana bahagian siling bangunan yang boleh menampung berat binaan sarang.
|
Burung berkerja sama menceduk pasir dan tanah mengunakan paruh mereka sebelum mengepal-gepalkan tanah yang disaluti dengan air liurnya. |
|
Daun Causarina yang beada hampir dengan lokasi sarang. |
|
Tanah pasir bertaburan jatuh ,yang tidak berjaya melekat pada bahan binaan dilokasi sarang. |
Bentuk sarangnya menyerupai sebuah Iglu yang terbalik. Bahan utama binaan sarang yang digunakan adalah dari pasir, serbuk tanah dan daun-daun pokok causarina.
|
|
Semasa pemerhatian itu buat terdapat 3 ekor burung
Sualo Selat~Cecropsis striolata sedang berkerjasama menyeduk tanah berdekatan dengan lokasi pilihan sarangnya. Daripada pengamatan saya burung ini ada hubungkait kekeluargaan , iaitu Burung jantan, betina dan burung remaja.
Mereka berkerjasama secara bergilir-gilir mengambil serbuk tanah menggunakan paruh kemudian mengulum-gulum bahan-bahan tersebut kedalam mulutnya, supaya tanah-tanah itu menjadi kepalan yang berbentuk bulat. Air liurnya dijadikan pelekat kepada bahan-bahan binaan sarang, bertindak seperti simen untuk melekat dan mengkeraskan bahan-bahan binaan.
|
Kesan tapak kaki dan kesan paruh pada pasir tanah yang basah akibat hujan. |
Sementara kepalan tanah itu masih lagi basah, burung terbang kelokasi sarang bersama kepalan tanah. Kepalan tanah itu disusun-susun seperti susunan batu-bata dengan kaedah pembinaan rumah atau susunan tembok.
|
Burung sedang membuat persediaan untuk terbang kelokasi pembinaan sarang. |
Binaan sarang burung yang telah sempurna siap boleh memuatkan 4 ekor burung dalam satu-satu masa. Dilokasi yang berhampiran terdapat 1 lagi sarang burung
Sualo Selat~Cecropsis striolata, walaubagaimana pun tidak kelihatan penghuninya.