|
Alfred Russel Wallace |
Buku berjudul
The Malay Archipelago tulisan Alfred Russel Wallace terbitan tahun 1890 adalah buku lama yang mempunyai maklumat terawal tentang burung yang boleh ditemui di Malaysia. Buku ini menceritakan pengembaraan penulisnya mengkaji segala macam makhluk kehidupan yang ditemui di Nusantara Melayu. Beliau mendokumen dan mengambil bahan kajian untuk simpanan muzium di United Kingdom. Pelbagai bahan kajian berupa haiwan, tumbuhan, serangga, burung dan ikan diperolehi melalui pemburuan dan pembelian daripada orang tempatan.
Permulaan usaha mendokumenkan maklumat burung di Malaysia dilakukan oleh Herbert Christoper Robinson yang merupakan Kurator Muzium Selangor. Selama tempoh beliau berkhidmat, banyak buku tentang burung telah ditulisnya bermula terbitan tahun 1911 hingga 1932 seperti senarai berikut:-
1. 1911~"
On Bird from the Northern Portion of Malay Peninsular; including the Island of Langkawi and Terutau"~Herbert Christoper Robinson & Cecil Boden Kloss
2. 1927~
"The Birds of The Malay Peninsulars Vol:1"~Herbert Christoper Robinson
3. 1928~
" The Birds of Hill Station"~Herbert Christoper Robinson
4. 1928~"The Birds of The Malay Peninsulars Vol:2 ~Herbert Christoper Robinson
5. 1932~"The Birds of The Malay Peninsulars Vol:3"~Herbert Christoper Robinson & Fredrick N. Chasen
Usaha Herbert Christoper Robinson diteruskan pula oleh Kurator Muzium Singapura iaitu Fredrick N. Chasen dengan menerbitkan buku berjudul
"The Birds of The Malay Peninsulars Vol:4" pada tahun 1939. Sehingga tahun 1939, kebanyakan buku tentang burung berkonsepkan panduan pengecaman dan pengenalan, taburan serta ciri-ciri khas spesies burung.
Nama-nama Burung yang digunakan didalam Buku-buku terbitan tahun 1911 hingga 1970 an.
|
The Malay Plover |
|
|
The Malaysian Black headed Bulbul dan The Sourthern Malayan Olive Bulbul |
|
The Malay Rufous Woodpecker |
|
The Malay Serpent Eagle |
|
The Malay Fluffy-backed Babbler~ Plate Atas |
|
The Malay Bullfinch |
|
The Malayan Grey breasted Spiderhunter |
|
The Malayan Short-tailed Flycatcher, The Malaysian Pale Blue Flycatcher dan The Malaysian Blue Flycatcher |
|
The Malaysian Orange-backed Woodpecker |
|
The Malay Scoops Owl |
|
The Malay Parequet |
|
The Malay Pygmy Woodpecker |
|
The Malaysian White-tailed Flycatcher |
|
The Little Malay Barbet |
|
The Malayan Grey Cuckoo-Shrike |
|
The Malay Bittern atau Malay Tiger Bittern |
|
The Malayan White-eared Babbler |
|
Guy Charles Madoc duduk dihadapan sekali. Gambar :Sumber Rakaman Pada Skrin Komputer. |
|
Pada tahun 1943, seorang pemerhati burung yang juga Ornithologis (Ahli Ilmu Burung) warga Inggeris Guy Charles Madoc telah menerbitkan buku berjudul
"An Introduction of Malayan Birds". Konsep buku tulisan beliau berlainan sedikit berbanding buku-buku terbitan sebelumnya. Ia berkisahkan pemerhatian kelakuan dan perangai spesies burung.
Pada tahun 1947, Ornithologis warga Amerika berketurunan Perancis Jean De Lacour telah menerbitkan buku burung berjudul
"Birds of Malaysia".
|
Jean De Lacour~Gambar :Sumber Rakaman Pada Skrin Komputer. |
|
Pada tahun 1970 pula, buku berjudul "
Common Birds of Malay Peninsular" yang ditulis oleh Tweedee telah diterbitkan.
Ini diikuti terbitan buku berjudul "
The Birds of the Malay Peninsular" tulisan A.G Glenister pada tahun 1971.
Pada tahun 1975, Earl of Cranbrook dan Dr.David R.Wells telah melengkapkan
"The Birds of The Malay Peninsulars Vol:5" setelah hampir 80 tahun diusahakan.
Ketika itu semua gambar burung diperolehi dengan menggunakan lukisan gambar burung oleh pelukis mahir lukisan-lukisan plate burung yang diperolehi daripada koleksi bahan burung yang telah diawit. Dalam erti kata lain pengorbanan burung terpaksa dilakukan diatas nama Kajian Sains Ornitologi.
Sejak 1890 hingga 1949, para Ornithologis menggunakan hampir 80% nama-nama bercirikan tempatan sebagai "
Common Names". Sebagai contoh
: Malay Velvet Fronted Nuthatch, Malay Pipit, Little Malay Scops Owls, Malay Chestnut breasted Malkoha, Malay Bamboo Woodpecker, Little Malay Barbet, Malay Shama, Malay Long tailed Nightjar dan sebagainya.
Oleh kerana ketika itu warga tempatan tidak mengerti dan tidak ambil
peduli kepentingan bidang pemburungan, maka hampir kesemua nama asal spesies
burung telah lenyap setelah 20 tahun penggunaannya. Warga tempatan
tidak langsung mencabar atau bertanyakan punca nama-nama
"Common Names" yang berciri tempatan sudah tidak digunapakai lagi. Malah hanya menuruti maklumat yang
telah diubah.
Ini semua berpunca daripada kurangnya pengetahuan dan memandang tinggi setiap apa
yang dicadangkan oleh pakar burung warga luar negeri, semuanya adalah baik untuk negara. Kesannya, nama-nama yang
tidak berciri tempatan telah terbiasa digunakan sehinggalah sekarang.
|
Gambar :Sumber Rakaman Pada Skrin Komputer. |
Dato' Loke Wan Tho merupakan Jurugambar Burung pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang juga seorang Ornithologis warga tempatan kelahiran Kuala Lumpur. Beliau telah menerbitkan buku berjudul "
A Company of Birds" pada tahun 1959, hasil bantuan sahabatnya, seorang Ornithologis terulung dari India iaitu Dr.Salim Ali. Namun begitu kegiatan hobi merakam imej burung di Malaysia hanya mula berkembang pada awal 1990an setelah lebih 40 tahun dipelopori oleh Dato' Loke Wan Tho.
|
Dr.Salim Ali @ Birdman of India~Gambar :Sumber Rakaman Pada Skrin Komputer. |
Permulaan dan Perkembangan Aktiviti Memburung di Malaysia
Mengikut rekod Perpustakaan Negara Malaysia, Arkib Negara dan senarai buku yang pernah diterbitkan menunjukkan warga Eropah lebih berpengetahuan tentang spesies burung di Semenanjung Tanah Melayu berbanding warga tempatan sendiri.
|
Koleksi buku tentang Burung di Perpustakaan Negara Malaysia sejak ditubuhkan. |
|
Datuk Seri Dr Gathorne-Gathorne-Hardy Fifth Earl Of Cranbrook |
Sekitar tahun 1961 hingga 1970, pembantu kepada Earl Of Cranbrook di Universiti Malaya, Saudara Dennis Yong telah mula berminat dalam bidang pemerhatian burung hasil daripada tunjuk ajar Earl Of Cranbrook. Saudara Dennis Yong merupakan warga tempatan yang mempelopori aktiviti pemerhatian burung di Malaysia. Minat beliau yang mendalam secara tidak langsung telah menjadi profesionnya sebagai Pemandu Pelancongan Memerhati Burung.
|
Saudara Mike Chong ( Kiri ) dan Saudara Dennis Yong ( Kanan ) |
|
Sekitar akhir tahun 1980an, Saudara Dennis Yong melalui Persatuan MNS cawangan Selangor telah berkolaborasi bersama-sama Saudara Mike Chong, Allen Jayarajasingam, Chim Wai Man, Aini Zubedy dan beberapa pencinta burung misteri telah menubuhkan "Kumpulan Pencinta dan Pemerhatian Burung" dipengerusikan oleh beliau sendiri dan Saudara Mike Chong sebagai naibnya. Semua aktiviti disalurkan dalam buletin yang diberi nama "Suara Enggang" terbitan Bahasa Inggeris. Pelbagai usaha memperkenal dan menarik minat penduduk Malaysia untuk menggemari aktiviti ini telah dilakukan. Salah-satu usaha besar mereka ialah menyediakan senarai lengkap "
Common Names" Burung-Burung di Malaysia dalam Bahasa Inggeris
yang digunapakai oleh peminat burung sehingga sekarang.
Ketika itu, bidang pemburungan telah mula menjadi penting dan mendapat
perhatian. Pada tahun 1981, pihak kerajaan melalui Jabatan Mergastua telah menghasilkan buku berjudul "Senarai Nama Burung-Burung di Malaysia dan
Asia Tenggara" terbitan Bahasa Malaysia. Buku tulisan Saudara Abdul Rahman Ismail itu telah
dijadikan buku panduan oleh pihak jabatan kerajaan dan peminat burung yang
beraliran Bahasa Malaysia sehinggalah sekarang. Penerbitan buku tersebut sangat sesuai kerana ramai warga tempatan beraliran Bahasa
Malaysia dapat mengenali burung-burung tempatan.
Terbitan buku-buku dalam Bahasa Inggeris berterusan dan ilmu pemburungan hanya dikecapi oleh peminat tempatan yang beraliran Bahasa Inggeris. Pada tahun 1999, David R.Wells menulis buku panduan mengenal burung berjudul "
The Birds of the Thai-Malay Peninsular". Ini disusuli pula buku berjudul "
A Photograpic Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore" oleh Allen Jayarajasingam
& Morten Strange
manakala
"A Field Guide To the Birds of Peninsular Malaysia & Singapore" telah diterbitkan pada tahun 2012 .
Tiada Peningkatan Dan Perubahan Ilmu Tentang Pemburungan Dalam Bahasa Kebangsaan
Sejak 1981 sehingga 2014, hampir 33 tahun bidang pemburungan di
Malaysia masih tidak menunjukkan perubahan selaras dengan bidang
pemburungan di dalam Bahasa Inggeris. Ketidaksesuaian yang paling ketara
adalah daripada segi pecahan taxonomy keluarga burung dalam Bahasa
Malaysia di mana ianya tidak selaras dengan nama "Common Names" di dalam
Bahasa Inggeris.
|
Nama bahasa Melayu yang masih digunakan sejak 33 tahun dahulu ialah Tiong Air~Gallinula chloropus. Walaupun namanya Tiong Air tetapi burung ini bukan dari keluarga Tiong. | |
|
Nama bahasa Melayu yang masih digunakan sejak 33 tahun dahulu ialah Tiong Batu~Coracias benghalensis, sedangkan burung ini bukan dari keluarga Tiong. Ia adalah dari keluarga Roller. |
|
Tiong berjambul~Acridotheres cristatellus |
|
Tiong Coklat~Acridotheres tristis |
|
Tiong Emas ~Gracula religiosa |
|
Tiong Jawa~Acridotheres javanicus |
|
Tiong Punggung- putih~Acridotheres grandis |
|
Tiong Rimba~Acridotheres fuscus |
Kesan daripada kurangnya bahan bacaan
di dalam Bahasa Malaysia, maka Pegawai-pegawai Kerajaan dan Badan Berkanun berkaitan yang
membuat dasar telah terlepas pandang banyak faktor penting demi kelastrian dan kepentingan negara.
Keadaan ini telah mengakibatkan maklumat bidang pemburungan di dalam
Bahasa Kebangsaan seperti melukut di tepi gantang. Ramai khalayak cetek
ilmu tentang burung di negara sendiri.
|
Gagak Paruh-lengkong~Corvus enca |
|
Gagak Paruh-besar~Corvus marcorhynchos |
|
Gagak Rumah~Corvus splendens |
|
Magpai Hitam~Platysmurus leucopterus adalah nama cadangan yang telah ditulis didalam buku Burung-burung di Semenanjung Malaysia. Nama yang masih diguna pakai oleh pihak Jabatan Perhilitan dan nama rasmi dalam bahasa Malaysia ialah Gagak Kambing. |
|
Magpai Hijau~Cissa chinensis adalah nama cadangan yang telah ditulis didalam buku Burung-burung di
Semenanjung Malaysia. Nama yang masih diguna pakai oleh pihak Jabatan
Perhilitan dan nama rasmi dalam bahasa Malaysia ialah Gagak Gunung. |
Setelah mendapati tiada sebarang perubahan dibidang pengetahuan burung, seorang peminat burung merasa bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada khalayak tentang ketidak tepatan maklumat sediada. Pembaharuan dilakukan setelah 8 tahun mencari bahan dan kajian akhirnya pada tahun 2014, Rosla Mustakim telah menerbitkan Buku dalam bahasa
Kebangsaan berjudul Burung-burung Di Semenanjung Malaysia. Hakmilik Kita
Yang Terlepas Pandang...Jilid 1 2, & 3. Kandungan buku terbitan RED
DOOR TO HUNT ini menggunakan Nama-nama burung mengikut pecahan Taxonomy
Keluarga Burung seiring dengan pecahan Taxonomy Keluarga Burung dalam
bahasa Inggeris. Sejumlah 453 spesis burung daripada 673 berjaya didokumenkan berserta imej burung.
Dengan harapan untuk jangka panjang peminat burung yang beraliran bahasa Malaysia berupaya menjadikan ia sebagai bahan rujukan pengenalan yang betul. Sambil mengharapkan dimasa mendatang para ilmuan bidang Burung akan membuat penambahbaikkan kandungan/maklumat dan penemuan-penemuan baharu dalam bidang pemburungan, sepertimana buku-buku burung dalam bahasa Inggeris.
Kurang Keperihatinan
Salah satu kesan yang telah berlaku dan mendukacitakan ialah spesis burung Merbah Bebarau telah hampir pupus dinegara kita disebabkan ia menjadi buruan kerana kecantikan dan suaranya yang sedap merdu didengar. Tambahan pula kurangnya perihatin atau terlepas pandang oleh badan berwajib ketika itu, sehingga tidak memasukkan nama spesis Merbah Bebarau~
Pycnonotus zeylanicus didalam buku
Law of Malaysia "Buku Protection Of Wild Life Act 1972 ( Act 76 ) 10hb September 2007".
|
Merbah Bebarau~Pycnonotus zeylanicus |
Mujur didalam
"Law Of Malaysia Act of 716 Wildlife Conservation Act 2010; as at 1st December 2014" nama spesis Merbah Bebarau~
Pycnonotus zeylanicus telah dimasukkan. Namun begitu, ketika tempoh ia tidak dilindungi dari sudut undang-undang maka banyaklah pekara telah berlaku, sehinggalah burung ini hampir pupus. Pekara ini terjadi bermungkinan kurangnya semakkan dan kajian secara teliti oleh Jabatan berwajib.
|
Merbah Bebarau~Pycnonotus zeylanicus |
Kini pekara yang sama juga telah berlaku walaupun sedikit perbezaan terhadap Burung Bangau Upeh paruh renggang~
Anastomus oscitans yang juga tidak dilindungi oleh undang-undang dinegara kita, walaupun burung ini sejak 2011 telah datang berhijrah ditanahair.
|
Burung Bangau Upeh paruh renggang~Anastomus oscitans |
|
Burung Bangau Upeh paruh renggang~Anastomus oscitans |
|
Burung Bangau Upeh paruh renggang~Anastomus oscitans |
|
Burung Bangau Upeh paruh renggang~Anastomus oscitans |
Cabaran-cabaran Bidang Memburung
Sekitar
pertengahan tahun 90an peminat burung telah mula mendapat tempat dihati
warga tempatan. Ketika itu peminat burung telah bercambah kepada 4
kumpulan aliran. Tidak ada pihak boleh mendakwa dengan mengikut mazhab Kumpulan Pencinta Burung dan Pemerhatian Burung mereka akan dipandang baik mulia dan suci, dan akan dilihat hina keji jikalau menjadi pengikut Kumpulan Jurufoto Burung dan Pemburung Hybrid. Hina dan keji hanya kepada Kumpulan yang menangkap Burung untuk jualan disebabkan ketamakkan.
Kumpulan Pencinta Burung dan Peminat Pemerhatian Burung
|
Pemerhati burung merasa puas hati setelah hanya dapat melihat burung yang diidamkan. |
Pencinta dan peminat burung beraliran Inggeris menjadikan hobi Pemerhatian Burung dengan tersusun dan teratur, selaras dengan bidang Avi Fauna. Penyusunan nama-nama burung dengan tepat dan hebahan maklumat penemuan dan pemerhatian burung ditanahair telah dirancakkan oleh pengikut yang ramai. MNS yang telah menyediakan senarai lengkap nama-nama burung-burung dalam bahasa Inggeris mengikut taxonomi keluarga burung, dan menjadi rujukan kepada semua.
|
Peralatan melihat dan memerhati burung tanpa merakam imej burung. |
Keadaan ini menjadikan hobi ini sebagai sumber ekonomi dalam bidang pemerhatian burung dinegara kita. Namun begitu burung-burung tempatan hanya dikenali dengan nama "Common Names" dalam bahasa Inggeris sahaja , oleh Peminat Pemerhatian burung dan Peminat Jurufoto Burung. Nikmat ini tidak dapat dirasai pula oleh ramai kalangan penduduk tempatan beraliran bahasa kebangsaan.
|
Mereka menanti dan mencari burung sambil melihat kelakuan burung didalam habitatnya. |
Dua
kumpulan ini pula lama kelamaan seolah-olah mempunyai pandangan yang
berbeza. Kumpulan Pemerhati burung telah mengandaikan kaedah Jurufoto Burung yang diguna pakai
untuk mendapatkan imej burung adalah secara tidak beretika. Mereka lebih
mementingkan kualiti imej rakaman burung daripada ilmu pemburungan dan kebajikan
burung-burung itu sendiri. Bertitik tolak dari situ pengiat-pengiat Pemerhati Burung telah membentangkan tata cara memburung secara beretika yang harus diamalkan.
Etika Memburung.
1.Tidak mengambil imej burung menggunakan
flash kamera.
Tujuan larangan ini ditekankan adalah supaya mata burung tidak menjadi kelam dan berpinau hasil percikkan cahaya flash secara berulang-ulang daripada ramai jurufoto dalam satu-satu masa.
2.Tidak menggunakan alat pembesar suara atau pita rakaman untuk menarik perhatian burung.
Tujuan larangan ini adalah mengelakkan burung menjadi merasa tekanan secara tanpa sebab. Bunyi panggilan burung yang datang memasuki sempadannya akan mengakibatkan burung teruja dan tercabar akan pesaing-pesaingnya. Ia akan keluar menampilkan diri serta mencari-cari bunyi cabaran panggilan.Keadaan ini menyebabkan burung merasa tertekan secara percuma atas muslihat sipemain panggilan suara burung. Kaedah yang sama telah digunapakai untuk menangkap dan menjaring burung bagi tujuan jualan.
|
Seorang Jurufoto burung sedang meletak ulat sebagai umpan burung dikawasan yang telah dibina prop seolah-olah rakaman burung itu nanti didalam habitatnya. |
3.Tidak memberi makan kepada burung.
Perbuatan ini adalah bertujuan untuk menjinakkan burung serta membiasakan dirinya untuk tidak takut dan malu dengan kehadiran manusia. Tambahan pula umpan Ulat , ikan dan serangga ternak tidak menjamin akan kesihatan burung liar dan sistem imun tubuh badan. Terdapat juga dikalangan Jurufoto Burung yang suci hati telah menggunakan cacing yang digali, serangga dan ikan yang tangkap sebagai umpan bagi mengurangkan kesan buruk sistem imun tubuh badan.
4.Tidak mencantas ranting dan dahan pokok tempat burung bersembunyi/ berlindung dan membuat sarang.
Larangan perbuatan ini adalah bertujuan tidak mendedahkan tempat persembunyian sarang burung daripada haiwan pemangsa dan manusia yang buruk niat.
|
Jurufoto tidak menyenangi orang awam yang melalui ditempat burung sedang berada. Kehadiran orang awam menggunakan laluan awam akan membuatkan burung terbang. Mereka akan menunjukkan wajah seolah-olah orang awam telah melakukan dosa. |
5.Tidak menghalang orang awam melintas di lokasi tempat burung bersembunyi atau bertenggek ketika sesi rakaman burung dilakukan.
6.Memohon kebenaran atau memaklumkan untuk memasuki tanah persendirian ketika mengejar atau untuk merakam imej burung.
7.Tidak memancing pujian dengan menyiarkan gambar burung sedang bersarang di alam alam siber.
|
Lokasi persembunyian sarang burung Takau Hijau~Calyptomena viridis setelah Kumpulan Jurufoto Misteri yang tidak beretika membersihkan rimbunan lokasi sarang, bagi tujuan mendapat imej rakaman atau vedio tanpa gangguan halangan daun. |
|
Keadaan sarang burung yang terlindung didalam rimbunan pokok. |
|
Seni bina sarang burung Takau Hijau~Calyptomena viridis memang sengaja dibuat mempunyai dedaun berhadapan pada muka pintu sarang. Keadaan ini tidak digemari oleh sesetengah Jurufoto Burung kerana tidak dapat imej burung sepenuhnya. |
|
Untuk mendapat rakaman imej dan video terang dan bersih Jurufoto Burung yang tidak beretika ini telah mengubah kedudukan sarang yang tergantung dihujung dahan. Mereka telah menolak binaan sarang naik keatas supaya daun muka pintu sarang tidak menghalang imej burung. Keadaan ini mengakibatkan pasang burung meninggalkan sarang, telor eramannya dan tidak kembali lagi.
|
|
Anak burung Sambaraja Nila~Hypothymis azurea yang telah mati akibat serangan makhluk pemangsa. |
|
Keadaan leher anak burung yang tersangkut pada bahan binaan sarang akibat serangan oleh makhluk pemangsa. |
Sebahagian etika ini adalah untuk menjamin keselamatan dan kebajikan burung daripada mendapat bahaya daripada haiwan pemangsa dan peminat burung yang berminat untuk menangkapnya.
Kumpulan Peminat Jurufoto Burung
|
Peralatan merakam yang berat yang boleh mengakibatkan kerosakkan tulang belakang tanpa disedari. |
|
Duduk dengan selesa sambil merakam imej burung. |
Keutamaan kumpulan ini ialah mendapatkan kualiti imej burung pada kadar imej rakaman adalah lebih cantik daripada keadaan burung yanag sebenar, dengan apa cara sekali pun. Jikalau imej yang dirakam tidak memuaskan hati, burung boleh diumpan datang berulang-ulang kali sehinggalah Jurufoto Burung itu menjadi jemu dan bosan terhadap spesis burung tersebut. Seseorang Jurufoto Burung boleh menggunakan bermacam-macam formula malah semua formula yang ada didalam kamera untuk rakaman terbaik mereka tanpa bersusah payah dan cabaran yang sebenar. Keadaan ini tidak disenangi pula oleh Peminat Pemerhatian Burung, kerana sering dilihat tidak berdisipin untuk mematuhi etika ketika memburung.
|
Ikan yang dibeli dikedai Akuarium untuk dijadikan umpan untuk burung spesis Pekaka. Mereka akan mengorek satu kawasan yang terbuka untuk diletakkan umpan untuk merpermudahkan proses rakaman imej yang sangat cemerlang. |
|
Akan berkerumun dilokasi tempat burung bersarang sepanjang hari dalam jumlah yang ramai. Keadaan ini memberi ketakutan kepada burung melakukan aktiviti biasa. Sejarah telah membuktikan keadaan sebegini telah mengakibat proses pembiakan tidak berjaya. |
|
Keadaan yang telah berlaku akibat terlalu ramai dan kerap yang datang kelokasi sarang burung. |
Ramai dikalangan Peminat Jurufoto Burung adalah dari latar belakang yang berkedudukan tinggi serta mewah. Ramai juga diantara mereka tidak berapa mengenal akan spesis burung yang dirakamnya. Menceburi bidang Jurufoto Burung ketika usia telah meningkat diambang persaraan, dan hanya untuk memenuhi masa lapang bergembira bersama rakan taulan.
|
Studio dan prop yang berkesan. Ulat akan diletakkan diatas tunggul kayu. Kemudian burung akan dipanggil menggunakan set talipon tangan. Burung akan datang bertenggek hinggap pada ranting kayu dikawasan yang terbuka dan rendah. |
Peralatan merakam sangat berat untuk dipikul dari satu lokasi kelokasi yang lain. Atas faktor-faktor ini mengakibatkan mereka teruja untuk melanggar etika yang disarankan, malah tidak akan tunduk dengan nasihat. Mereka mengandaikan Burung dan Lokasi Memburung bukanlah milik seseorang individu atau sesuatu kumpulan sahaja. Peralatan Rakaman yang dibeli sangat mahal adalah milik peribadi mereka, mengapa harus individu lain mencatur segala tindak laku mereka?
|
Tripot dwiguna. Idea yang bijaksana. |
Mereka beranggapan perbuatan ini adalah satu jalinan silaturahim dan persepakatan kerjasama dua hala antara manusia dengan burung. Persepakatan yang tidak tertulis tetapi dapat dirasai oleh kedua pihak ini telah dianggap sebagai ajaib yang suci.
Ada pula sesetengah Jurufoto Burung mensucikan niat mereka, pemberian makan kepada burung itu adalah satu amalan sedekah. Burung tidak perlu berpenat bersusah payah mencari makanan dan sebagai balasan sedekah itu , Jurufoto mendapat imej burung yang tersangat cantik yang tidak boleh dipertikaikan serta mendapat ratusan " Like ". Dengan demikian segala urusan pemburungan mereka kongsi dengan harmoni gembira sesama sendiri.
|
Kaedah yang sama seperti penerangan diatas. |
|
Umpan dedak bagi menarik perhatian burung spesis Kuang , Ayam Pegar, Ayam Siul ,Pikau dan Puyuh. |
|
Studio dan prop yang dibina untuk rakaman burung, setelah itu Jurufoto akan meletakkan umpan ulat untuk menarik perhatian burung untuk datang memakannya. |
|
Lumut-lumut dicabut dan diletakkan dikawasan studio dalam kedudukan yang separas mata, cahaya yang mencukupi untuk mendapatkan "Action Shoot" yang dicipta. Ulat-ulat akan diletak berulang-ulang kali sehingga bosan . Ini adalah amalan biasa bagi mendapatkan imej yang sangat menarik. |
|
Kesan ranting pokok dicantas kerana menghalang rakaman imej burung yang bersih tanpa halangan ranting. |
|
Jurufoto melekatkan ranting pada dahan pokok berhadapan lokasi umpan ulat diletakkan bagi tujuan mendapatkan imej yang cukup menarik. |
Memang tidak dinafikan dengan kehadiran ramai Jurufoto Burung disesuatu lokasi, sedikit sebanyak dapat menjana pertumbuhan ekonomi kawasan setempat, dari sudut tempat tinggal dan makan minum.
|
Teknik menutup lubang sarang burung ini bertujuan tidak membenarkan burung masuk. Kebiasaan burung datang membawa makanan untuk diberi kepada anaknya, tetapi tidak dapat memasuki lubangnya. Burung terpaksa tunggu dihadapan sarang, keadaan ini memudahkan rakaman imej dilakaukan. Ada sesetengah jurufoto menyumbat lobang dengan botol meneral pada lubang sarang Belatuk dan Takur. |
Industri peralatan merakam imej berkembang di negara kita. Kamera, Lensa, Tripod, CF card, Perisian Komputer dan alat sokongan rakaman. Tidak dinafikan Jurufoto Burung telah menyumbangkan imej-imej burung yang sangat baik dan spesis burung yang dulunya sukar dilihat, bagi tatapan khalayak. Walaubagaimanapun, amalan tata cara yang digunakan telah ditiru pula oleh pihak-pihak pengemar burung bagi tujuan menangkap untuk tujuan jualan.
Kesan langsung oleh kumpulan ini terhadap burung tidaklah ternampak
begitu teruk jika dibandingkan dengan kesan yang dilakukan oleh Kumpulan
Pemburu Burung untuk belaan dan ekonomi.
Pemburu Burung Untuk Sumber Ekonomi, Belaan Dan Makanan.
Warga tempatan turut juga berminat, namun minat mereka hanya menangkap
burung untuk jualan, dimakan dan dipelihara kerana kemerduan suaranya.
Minat ini telah diwarisi turun-temurun kerana warga tempatan ketika
itu hanya didedahkan kepada pendidikan untuk mencari rezeki tetapi mengabaikan kepentingan memelihara alam sekitar dan penghuni-penghuninya.
Dalam Al Quran banyak ayat-ayat nasihat dan iktibar berkenaan burung-burung, malangnya mereka hanya memilih apa yang hendak diikutinya sahaja. Mungkin juga para ulama hanya lebih mengutamakan bidang ibadah solat, puasa, zakat, riba, halal haram sahaja. Tetapi ayat-ayat yang menekankan penjagaan alam sekitar berserta penghuninya diabaikan dan tidak dititik beratkan.
|
Pokok yang sedang berbuah telah dipasang dengan Jaring Kabus atau Mist Netting. |
|
Pandangan dari dekat. |
|
Dan tidak seekor pun binatang yang melata dibumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua belah sayapnya, melainkan ( milik Allah )iaitu umat-umat seperti kamu manusia. Tidak kami meninggalkan sesuatu pun didalam kitab Al Quran. Kemudian mereka semua sekalian akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka ( untuk dihisab dan menerima balasan. ) Surah Al An'am Ayat 38. |
|
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda; Doa makhluk yang teranaiya akan makbul secara serta merta. |
|
Permintaan terhadap burung ini adalah tinggi. Walaupun undang-undang begitu ketat dan banyak, namun begitu tiada ada penguatkuasaannya |
|
Kegiatan tradisional ini telah dilakukan sejak kecil sebagi memenuhi masa lapang. |
|
Hobi mendenak burung adalah tradisi lama yang sukar dihapuskan kerana ia salah satu cabang ekonomi mereka. |
|
Denak burung |
|
Bukti pemburu burung sedang menjalankan aktivitinya. |
|
Burung didalam sangkar yang tenggelam lemas ketika banjir besar yang melanda Stesen Keretapi Limau Kasturi Gua Musang baru-baru ini. Walaupun nilai pasaran semasa burung ini mahal namun begitu pemiliknya hanya menyelamatkan dirinya sahaja. |
|
Bayangkan saat-saat air bah sedikit demi sedikit menenggelamkan kawasan ini , perasaan naluri burung yang sungguh cemas dan memilukan. Walau ada sayap tetapi terkurung. Penganiayaan. |
|
Bukankah ini satu pengainyaan. |
|
Penduduk tempatan yang mencari rezeki dengan menjual burung dipasaran gelap sering kali menyamar sebagai Pencari Petai dihutan. Komuniti mereka agak ramai kerana permintaan Burung Belaan adalah tinggi. |
Mereka mendapat kefahaman yang salah terhadap burung. Mereka beranggapan semua perbuatan tersebut bukannya satu penganiyaan yang kejam terhadap sesama makhluk Tuhan.
Kumpulan Pemburung Hybrid
Bidang pemerhatian burung merupakan hobi yang mengutamakan keamanan kepada semua pihak. Ia tercetus dari gabungan falsafah Kumpulan Peminat Memerhati Burung dan Kumpulan Peminat Jurufoto Burung. Peminat Burung Hybrid mengutamakan hasil pemerhatian burung secara semulajadi di alam habitat kehidupan sebenar burung, dan dalam waktu yang sama, sangat mementingkan hasil rakaman imej burung.
Dalam erti kata lain merakam imej yang sangat baik dengan peluang kesempatan dihadapan mata tanpa diberi peluang ulangan atau peluang kedua. Andaikata peluang itu terlepas maka cuba dan tambah lagi usaha dimasa akan datang. Ia merangkumkan disiplin dan etika yang disarankan oleh Kumpulan Pencinta Burung dan ilmu seni merakam imej burung dalam kadar yang sangat baik yang dilaksanakan secara serentak.
Mereka beranggapan memburung secara tidak beretika akan membunuh syahwat gahirah untuk memburung. Kerana dengan memanggil burung merupakan kerja-kerja yang sangat mudah dan tiada cabaran sebenar.
Hasil daripada penemuan-penemuan Pemburung Hybrid ini akan dikongsikan dalam laporan secara ilmiah untuk tatapan khalayak atau dikongsi dengan khalayak yang bertujuan baik.
Selama ini kepincangan dalam bidang ini telah berlanjutan sangat lama dan banyak perkara
telah pun berlaku. Tetapi tiada siapa yang mengetahuinya kerana mereka dan
khalayak beranggapan perkara yang salah dan pincang itu adalah betul. Maka usaha untuk memperbetulkan pekara ini sangat mencabar dan susah. Namun usaha ini bukan mustahil sekiranya semua pihak dapat berganding bahu untuk menyokong usaha ini. Sebenarnya sekiranya maklumat yang betul, dan diterangkan dengan cara yang bijak maka pastinya ramai penduduk tempatan akan suka bidang pemburungan ini. Secara langsung akan terdorong untuk menjaga habitat kehidupan burung-burung.
Kepincangan Lampau Yang Harus Diperbetulkan.
|
Upacara ini telah menjadi upacara tahunan pada setiap tahun kepada orang yang mempunyai senjata api. Orang yang menyertai acara ini kebanyakannya tidak mengenal burung. Mereka beranggapan burung yang berwarna hitam itu adalah Gagak, sedangkan Burung Tuwu Khukhu Cecawi juga berwarna hitam. Pemantauan operasi harus dilakukan demi kelangsungan burung Gagak. |
|
Setiap burung Gagak akan dibayar RM 1.00 seekor manakala Spesis burung Tiong hanya dibayar RM 0.50 oleh MPAJ. |
1. Fakta tentang burung tidak dapat dibentangkan di dalam Bahasa Kebangsaan tanpa disokong oleh Bahasa Inggeris. Andaikata penggunaan Bahasa Malaysia digunakan sepenuhnya, maka fakta taxonomy burung akan menjadi tidak tepat dan akan mengelirukan sipembaca.
2. Ketidak seragaman Nama Burung dalam Produk Keluaran Dua Agensi
Contoh.
|
Senarai nama-nama burung yang diambil didalam didalam Akta 716 Perlindungan Hidupan Liar 2010, Tahun keluaran 1 Dis 2014 |
|
Setem Malaysia yang dikeluarkan oleh POS Malaysia Berhad. Nama burung tidak sama dengan nama burung sepertimana nama burung yang diwartakan didalam Akta 716 Perlindungan Hidupan Liar |
a. Nama burung yang digunakan oleh Pos Malaysia Berhad dalam keluaran Setem menggunakan nama Lang Laut~
Haliaeetus leucoryphus manakala Bank Negara Malaysia pula menggunakan Lang Siput~
Haliaeetus leucoryphus dalam keluaran Duit Syiling kenangan kepada burung yang sama.
|
Bank Negara Malaysia menggunakan nama sepertimana yang terdapat didalam didalam buku Akta 716. |
b. Maklumat yang tidak tepat terhadap burung pada setem Pos Malaysia.
Didalam setem memperingati Ulang Tahun ke 25 Kemerdekaan Sabah dan Sarawak di Malaysia, Burung " Grey sided Flowerpecker~
Dicaeum celebicum telah di jadikan burung-burung Malaysia sedangkan burung ini tidak terdapat di Malaysia, burung tersebut adalah merupakan burung endemic Negara Indonesia ,di kawasan kepulauan Sulawasi.
3. Negara Malaysia masih Tidak Ada Burung Kebangsaan secara rasmi sepertimana Bunga Kebangsaan.
4. Kekeliruan, Terlepas Pandang dan Kesalahan oleh Jabatan berwajib.
|
Imej burung yang dipaparkan bukanlah dari spesis Spectacled Bulbul~Pycnonotus erytropthalmos. Imej burung ini tidak terdapat didalam negara Malaysia. |
|
Papan tanda Rasmi yang memaklumkan burung-burung dan hidupan liar yang dilindungi didalam negara kita , walhal kesalahan imej burung memalukan dan mendukacitakan. |
a. 2 buah Papan Tanda Kenyataan berhampiran satu sama lain, tetapi menggunakan 2 nama Burung yang berlainan pada Burung yang sama.
|
Black Baza~Helang Baza |
|
Black Baza~Helang Baza Berjambul |
b. Maklumat yang salah telah diterangkan kepada khalayak melalui imej burung yang tertera didalam poster. Imej burung yang dipamerkan adalah Burung yang tidak terdapat dinegara kita.
c. Burung Bangau Upeh paruh renggang~
Anastomus oscitans yang tidak
dilindungi oleh undang-undang, walaupun burung ini sejak 2011 telah
datang berhijrah ditanahair , dimana statusnya dari sudut undang-undang
burung ini tidak dilindungi.
5. Jabatan Berwajib tidak bersedia bekerjasama menjadikan pihak peminat burung sebagai pengkalan data penemuan burung.
6. Mengambil iktibar dan contoh daripada pemerhatian burung untuk kelestarian dan kemakmuran manusia dan negara.
7. Penguatkuasaan undang-undang sedia ada dengan lebih bersungguh-sungguh dengan melakukan siasatan rondaan secara penyamaran dan kerap.
Kebaikan Pemerhatian Burung
1.Dari Sudut Siasah dan Pendidikan.
Mengkaji bagaimana kaedah Burung-burung berkebolehan dapat mengajar anak-anaknya menjadi sepertinya. Ini berbeza dengan manusia yang tidak berupaya mendidik keturunannya sepertimana yang dikehendaki. Setiap spesis Burung akan membuat sarangnya sama bentuk dan bahan pembinaanya.
Burung tempua.
|
Bentuk Sarang burung tempua yang berada di negeri Johor akan serupa bentuknya dengan sarang yang dibina dinegeri Perlis. Dari mana ilmu dan siapakah yang mengajar membuatnya? |
|
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan Kekuasaan Allah pada burung-burung yang terbang diatas mereka ( siapakah yang menjaga ketika itu) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yag menahannya ( daripada jatuh atau berlanggar sesama sendiri ) melainkan kekuasaan Allah yang maha pemurah. Sesungguhnya dia maha melihat dan mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Surah Al Mulk Ayat 19. |
2. Sudut Teknologi
Pakar-pakar Negara maju telah mengambil iktibar daripada spesis burung belatuk dalam bidang sistem
"suspension" kenderaan. Patukan dan paluan yang kuat burung belatuk pada batang kayu tidak menggegarkan otak burung. Hasil penelitian yang dilakukan itu, saintis Jepun telah mereka cipta bahan yang memberi manafaat kepada manusia iaitu dalam bidang pembinaan bangunan, kaedah menyerap hentakan gempa bumi. Negara German juga untuk teknologi suspension tayar kenderaan.
Contoh Pemerhatian Peribadi.
Paruh burung belatuk tidak akan tumpul dan tidak perlu diasah walaupun membuat hentakkan pada dahan kayu keras sepanjang hidupnya. Pengkaji harus membuat kajian terperinci dari hasil pemerhatian burung belatuk ini bagi tujuan ciptaan peralatan yang bakal dicipta untuk kelestrian dan ekonomi manusia.
3. S
udut Warna dan Rekabentuk Fesyen Fabrik Kain
Dalam bidang fabrik dan rekacipta pakaian, pereka fesyen tidak mahu mengambil contoh atas corak dan warna asli semulajadi yang ada pada buluhias burung-burung dinegara kita. Corak semulajadi dan warna yang menarik jikalau diolah dan disesuaikan pada sipemakainya pastinya akan menarik.
Industri fabrik kain tentu sekali akan berkembang hasil daripada warna dan corak buluhias burung tempatan bukan dari ciptaan atau ditiru daripada negara luar. Semua ini hanya bermodalkan dari kekayaan sumber alam tempatan jikalau difikir.
|
Corak semulajadi yang ada pada buluhias burung cukup menarik untuk di adaptasikan dalam rekabentuk design fabrik. |
Kesimpulan
Gandingan Daripada Semua Kumpulan Pencinta Burung Tanahair
Adalah menjadi satu fenomena dalam dunia bidang baharu kepada Pencinta
Burung tempatan yang beraliran bahasa Kebangsaan untuk mendapatkan
kepercayaan khalayak.
Demi
memperbanyakan ilmu tentang bidang burung, ada baiknya semua kumpulan
pencinta burung yang berlainan mazhab fahaman harus berganding bahu
dengan perkongsian penemuan serta maklumat supaya ilmu pemburungan dinegara kita menjadi meriah gemilang dan berharga . Ilmu-ilmu
dapat dikongsi bersama sambil menyokong antara satu dengan yang lain
demi negara dan masa hadapan.
Umpama sebatang lidi ia tidak mungkin dapat menyapu sampah, melainkan dikumpul perbanyaknya batang lidi disusun gabung menjadi ikatan yang kukuh.
Pemikiran masyarakat khalayak tempatan lebih yakin dengan paparan
bacaan bahasa Inggeris daripada bacaan ilmiah bahasa kebangsaan. Mereka
keberatan untuk memberi sokongan dan tidak bersedia berubah kepada
pekara yang baharu dan tepat. Malah adakalanya berkesanggupan menyindir
penggunaan nama-nama cadangan baharu, bukannya menyokong.
Menjadi tanda tanya bagaimana mereka
bersedia menerima bahasa latin saintifik dengan keterbukaan hati. Mengapa nama-nama burung saintifik dalam bahasa latin yang jelas
sangat susah , kita berupaya dan sanggup patuh menerimanya tanpa soal
bicara. Sedangkan bahasa kebangsaan yang kita fahami, kita merasa
curiga, kita menyindir berjenaka dan kita memperlekehkannya?
Cita-cita saya pada suatu masa akan datang bidang pemburungan dalam bahasa kebangsaan akan menjadi kebanggaan dan berdaulat. Wasalam.