Bangunan Warisan Bersejarah Yang Terabai Di Kampong Jerangsang, Jerantut Pahang.
Bangunan Masjid Lama Kampong Jerangsang dirakam pada 18 Sept 2011 masih tesergam kukuh walaupun telah tidak dipedulikan oleh kariah terkemudian sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. |
Sumber lisan daripada penduduk asal Saudara Muhammad Muhir Haji
Daud mengesahkan, bahawa bangunan ibadat ini telah dibina pada sekitar
tahun 1920an oleh penduduk Kampong Jerangsang memenuhi tuntutan
wajib berugama bagi kariah pada ketika itu. Pemilihan lokasi cukup stratigik
iaitu berada ditempat yang paling tinggi di kawasan Kampong Jerangsang,
bersesuaian dengan keadaan ketiadaan sistem pembesar suara, dimana
laungan suara Azan dapat didengari dikawasan yang rendah disekitar
kampong .
Ketika itu tuntutan beribadat di Masjid ini tidak ada kemudahan
sumber tenaga elektrik, ini bermakna segala urusan ibadat belajar
mengaji Al Quran, berfeqah, bertasauf, bertauhid ,nikah kahwin, bersolat
Subuh, Maghrib dan Isyak hanya menggunakan samada pelita minyak tanah
atau Kobait. Mungkin pada awal tahun 50an dan 60an mereka menggunakan
Lampu Gaslin Minyak. Solat Jumaat dan Solat Hari Raya ada dilakukan
disini, ini berdasarkan rangka peninggalan Mimbar Kayu yang telah roboh
dijumpai dilantai kawasan Mihrab Masjid.
Mewakafkan tanah untuk membangunkan Masjid adalah satu usaha besar yang jarang-jarang sekali mampu dilakukan oleh kita. Niat murni insan mulia yang mewakafkan tanah semata-mata untuk kesejahteraan beribadat dan mengimarahkan syariat Agama supaya ugama tidak terpadam terkubur di Kampong Jerangsang.
Pada 18 Sept 2011 keadaan rangka dan bentuk bangunan masih kukuh dan elok, cumanya ia menjadi sarang burung spesis Lelayang dan Kelawar. |
Siapakah yang ikhlas mewakafkan tapak tanahnya semata-mata untuk
mendirikan Masjid Tua ini, sehingga sekarang masih lagi menjadi rahsia.
Pada Si penderma, memadai hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang
keperitan pengorbanan untuk berpisah dengan harta miliknya, hanya semata-mata
demi ugama dan masyarakat.
Suasana dimasa lampau, dari jauh kelihatan kepala jemaah sedang mengerjakan ibadah. |
Siapakah yang menjadi arkitek
senibina Masjid ini , tidak dapat dipastikan juga, kerana tiada dokumen
yang telah ditinggalkan atau tiada cerita lisan yang disampaikan. Apa
yang pasti bangunan ini dibina atas daya usaha keras yang
bersungguh-sungguh secara tulus ikhlas oleh kariah Kampong Jerangsang,
demi memajukan pendidikan ugama Islam ketika itu.
Saya boleh bayangkan bagaimana orang terdahulu mencari kayu didalam
hutan, menebang pokok-pokok dihutan sehingga dapat dijadikan
tiang-tiang Alang, Gelegar, Rangka masjid berserta papan-papan dinding
Masjid. Mengangkat
dan menyusun Atap-atap Zing berat yang mereka kutip daripada bangunan pejabat tinggalan Pegawai British.
Ensel kunci dari jenis besi padat membuktikan binaan masjid telah dibina ketika zaman pemerintahan British. |
Kerja-kerja gotong royong mengangkat tiang-tiang kayu untuk naik ke
kawasan yang tinggi memerlukan tenaga yang ramai dan memenatkan.
Kerja-kerja pembinaan seperti mengukur, menimbang, Pasak kayu,
mengetam, memaku, mengergaji, memahat ,membancuh simen dan sebagainya
dilakukan ganding berganding sehingga siap.
Rekabentuk 2 buah kubah Masjid yang dibentuk secara unik daripada
batang kayu seperti bentuk bawang bertindih yang bermuncungkan seperti
mata tombak. Siapakan Mahir Kayu yang telah membentuk kubah tersebut dan dari
mana seni bentuk itu diperolehi tidak juga dapat dikesan.
Harus diketahui mereka melakukan
kerja-kerja murni ini secara ikhlas demi kepentingan
dan tuntutan agama tanpa mengharapkan upah ganjaran . Pastinya didalam
benak hati penderma dan yang telah berbakti mempunyai harapan dan
kepercayaan, bahawa segala usaha ikhlas dan amalan akan menerima
ganjaran berterusan dari Allah selagi ada orang yang menggunakan Masjid itu.
Lantai masjid dipenuhi dengan segala macam jenis najis dari Burung, Kelawar, Tikus dan Kambing. Terdapat juga tulang dan bangkai anjing ketika saya membuat lawatan tapak pada 18 Sept 2011. |
Tidak keterlaluan dinyatakan, Bangunan Masjid Tua ini telah banyak
berjasa melahirkan celik ilmu
agama, dan ia juga adalah sebagai lambang Ugama Islam telah lama
bertapak di
Kampong Jerangsang. Namun begitu pekara ini telah dianggap sebagai tidak
penting oleh kariah yang terkemudian untuk satu jangka masa yang lama,
dan anggapan ini akan berterusan sehingga bangunan ini rebah menyembah bumi.
Malanglah nasib dan harapan para kariah terdahulu, ganjarannya telah terhenti disebabkan Bangunan Masjid Tua yang diwakafkan tidak lagi membawa faedah kepada kariah terkemudian kerana dibiarkan begitu sahaja. Sedangkan bangunan Masjid Tua ini masih kekal berada
di atas tapak sejak dibina 100
tahun dahulu.
Tiang kayu utama masih teguh kukuh mengampu bumbung yang berat. Namun begitu hampir keseluruhan dinding papan masjid telah mula diserang oleh anai-anai dan bubuk. |
Ya, mungkin keterlaluan membuat tuduhan seperti ini
atas sebab tidak menimbangkan faktor ekonomi, kesesuaian tempat atau pun
telah ada bangunan Masjid yang besar dan baharu. Jikalau itu alasannya
maka rugilah kariah yang terkemudian itu dari sudut warisan sejarah dan jatidiri mereka.
Tidakkah kariah terkemudian boleh bersatu hati, bahu membahu dan
berusaha sama gotong royong membaik pulih bangunan usang ini. Sepertimana
yang telah ditunjukkan oleh orang terdahulu semasa membangunkan Masjid
Tua ini dahulu. Tidak terbenihkah didalam hati-hati kariah orang
terkemudian untuk berfikir bagaimana bangunan ini dapat dibaikpulih , dipelihara seterusnya dimanafaatkan.
Jikalau setiap kariah serta bekas kariah Kampong Jerangsang dan dibantu oleh anak-anak Pahang yang ada kesanggupan berkorban mengeluarkan RM 5.00 seorang. Dikumpul dan diurus tadbir sumbangan itu dengan jujur amanah, saya yakin bangunan ini dapat diselamatkan.
Anggaran jemaah yang boleh dimuatkan pada satu-satu masa adalah 4 ke 5 saf, pada setiap saf boleh memuatkan 15 orang jemaah dewasa. Pada satu-satu masa anggaran jemaah adalah antara 40 ke 50 orang. |
Tetapi jikalau usaha itu tidak mendatangkan kejayaan juga, maka saya sangat berharap supaya syarikat korparat
tanahair yang terbilang seperti Genting Berhad, Magnum Corporation dan
Guinness Anchor Berhad membuka mata untuk datang memberi sumbangan ikhlas tajaan
sepenuhnya untuk membaik pulih Bangunan Masjid Lama ini.
Tetapi kini tempat yang sama telah menjadi tempat Kambing berdiri berehat dan membuang najisnya. |
Keadaan Kubah Kayu Unik yang masih kekal ditempat asalnya walaupun kayunya kelihatan usang dimamah oleh masa dan cuaca. |
Keadaan Kubah Masjid pada bahagian bumbung bangunan utama,yang tidak terdaya kekal ditempatnya telah rebah menyembah bumi |
Dulu manusia sekarang kambing. |
Artifak bersejarah senibina Kubah masjid. |
Sebagai balasan terhadap sumbangan yang telah diterima itu nanti, kariah terkemudian janganlah lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada salah satu syarikat korperat tersebut. Buatlah papan kenyataan menyatakan bahawa syarikat itu telah membuat sumbangan untuk menyelamatkan warisan sejarah. Pacakan lah papan tanda itu di hadapan jalan atau dihalaman bangunan Masjid Lama Kampong Jerangsang.
Ini adalah satu-satunya petanda bahawa masyarakat yang beragama Hindu telah menetap lama di Pulau Langkawi, Kedah. |
Setelah ia dibaik pulih nanti , pada hemat saya pihak kariah boleh memilih
samada untuk dijadikan sebagai Rumah Inap Rehat kepada musafir , Pusat
Sumber Perpustakaan Kampong, Galeri Sejarah Kampong Jerangsang, atau
Pejabat Nazir Masjid Dan Tanah Pekuburan. Setidak-tidaknya contohi lah
usaha-usaha kejayaan yang telah ditunjukkan oleh sahabat-sahabat kita.
Catitan ini adalah sebagai Mengenang Jasa Tokoh Agama Tuan Guru Haji Daud yang pada suatu ketika dulu pernah menjadi kariah dan mengajar Ilmu Agama Di Masjid Lama di Kampong Jerangsang.Wasalam.