Laporan Yang Berbaik Sangka
Negara Ku Malaysia Kaya Dengan Tumbuh-tumbuhan.
Tidak akan habis tumbuh-tumbuhan, jika dituai balaknya setiap hari walaupun selama seribu tahun sekali pun, kerana
kawasan istimewa ini telah menjadi pilihan Allah untuk menjadi subur
kaya. Tumbuh-tumbuhan menghijau berebut-rebut untuk hidup secara
semulajadi dari bermacam-macam tumbuhan jenis Merbau, Keruing, Jati,
Gaharu dan lain-lain lagi jenisnya.
Terlalulah banyak sangat dan terlalulah luas kawasan hutannya sehingga,
lambat balak dituai maka tanah-tanah kosong akan diselubungi
kehijauan tumbuhan seperti payung-payung menutup Bumi . Maka masalah tumbuhan balak ini akan
kehabisan tidak timbul sama sekali.
|
Kesalahan diri sendiri~ kerana Anak Babi Hutan~Sus scrofa ini tidak memandang kiri kanan ketika melintas melalui jalan pacuan 4 roda didalam hutan. |
Andaikata di sebelah selatan balak telah habis dituai , beralih lah ke
bahagian utara pula untuk dituai hasil balaknya. Sementara untuk
menghabiskan tuaian balak di bahagian utara, tumbuhan yang dulunya habis
dituai telah tumbuh semula dibahagian selatan, maka tidak perlu
menunggu lama hasil laba tuaian balak dikecapi oleh pemiliknya.
Hasil laba balak diperolehi secara terus menerus sepanjang
hayat.Manakala dibahagian Timur dan Baratnya pula langsung tidak luak
oleh tumbuhan-tumbuhan dari jenis ini. Begitulah bertuah dan istimewanya
Negara Ku Malaysia. Inilah caranya orang-orang bijaksana menguruskan
hasil bumi dinegara
ini, yang telah dilakukan sepanjang musim sejak berpuluh-puluh tahun
dahulu. Umpama " Orang yang menunggu perigi , tidak akan ia mati dahaga
kehausan !. "
Tidak seperti Kerajaan British pada suatu ketika dahulu, mereka tidak
berapa pandai mengenal pasti tentang bagaimana menghasilkan kawasan
Hutan Belentara yang terbiar itu, boleh berhasil dijadikan laba untuk
dimenafaatkan oleh sipemiliknya dan ramai orang. Kerana pada pandangan
Kerajaan British Hutan Belentara hanya untuk haiwan ganas liar dan
tempat berbagai penyakit sahaja. Itulah sebabnya penduduk ketika itu
mundur dan miskin papa kedana di Tanahair sendiri.
|
Kawasan lapang dan terbuka adalah habitat spesis Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens . Ia banyak ditemui disepanjang laluan ke Kampong Mat Daling. |
Kini dan selamanya Sipemilik Hutan Balak sentiasa akan mendapat kelulusan segera untuk menuai hasil balak daripada pihak
Pentadbir Urus Hutan Belentara. Dengan keuntungan tersebut mereka telah berkongsi hasil laba tuaian Balak
mereka dengan anak-anak watan. Sudah tentu keadaan begini telah
mengembirakan kepada segenap lapisan anak-anak watan. Maka perkara
seperti ini harus diteruskan sampai bila-bila dan tidak usah dihalang.
Namun begitu ada juga suara-suara dengki hina yang tidak pandai berterima
kasih, berniat jahat , tidak bershukur, dan menentang usaha-usaha murni
seperti ini. Tomahan-tomahan yang tidak berasas, yang datangnya daripada
Pejuang Alam Sekitar Palsu, orang yang dungu dan cetek asas pemikiran. Mereka telah menyatakan
berbagai-bagai andaian dan sangkaan buruk seperti dibawah ini.
Orang Dengki ini menyatakan :-
1.Dengan menebang tumbuhan
balak dalam skala yang banyak akan menghilangkan payung bumi. Ketika
musim hujan, tanah yang keras akan menjadi lembut peroi sehingga membawa kepada kejadian tanah
runtuh.
2.Penghuni-penghuni Hutan Belentara akan
kehilangan tempat mereka berlindung , tempat mereka beranak pinak dan tempat
mereka mencari makan, dan proses ini akan mempercepatkan mereka pupus.
|
Lokasi di Jeti utama di Kuala Tahan. Ditengah-tengah sungai terbentuk sebidang tanah seperti sebuah pulau sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan kepada pengunjung ke Taman Negara Kuala Tahan, yang tidak mampu menyewa Chelet yang mahal. Peniaga juga tidak perlu membina Restauran terapung seperti dahulu kerana ditengah sungai terdapat kawasan tapak yang cukup luas. |
3.Penghuni Hutan Belentara menyelamatkan diri lari ke tempat lain
yang tidak terganggu yang lebih jauh didalam hutan atau menjadikan
Ladang-ladang sebagai tempat tinggal mereka yang baharu atau memasuki kawasan penempatan manusia.
4.
Dengan ketiadaan Hutan sebagai payung bumi, apabila hujan turun air akan mengalir deras dengan cepat menuju ketempat paling
rendah dengan membawa tanah, lumpur, dan pasir masuk kedalam sungai.
Akibat daripada itu air menjadi keruh, berlumpur dan pasir akan mendap
dalam sungai yang mengakibatkan air sungai akan meningkat secara
mendadak dan seterusnya melempah kekawasan tinggi sehingga mengakibatkan malapetaka
banjir besar.
|
Penemuan saintifik terbaharu spesis tumbuhan dasar air yang berupaya hidup didalam dua keadaan. Tumbuhan ini dapat hidup didalam air sejuk deras juga diatas darat yang panas. |
5.Malapetaka banjir mendatangkan merbahaya kepada manusia, haiwan,
merosakkan harta kegunaan awam dan seterusnya merugi manusia.
6.Proses membangunkan semula memerlukan modal belanja yang sangat tinggi dan masa yang lama.
7.
Semua 6 kenyataan diatas membawa duka, sedih, kekecewaan,kesusahan
kepada manusia dan haiwan kecuali makhluk-makhluk yang bakal mendapat
laba diatas projek keuntungan membangunkan semula setiap kemusnahan yang
berlaku.
|
Padang pasir yang luas terbentuk ditengah-tengah sungai secara semulajadi menjelmakan keuntungan kepada penduduk Kampong Pagi, Kampong Bantal dan Kampong Mat Daling. Ia memberi manafaat kepada penduduk kampong membina rumah tanpa membeli pasir. | |
Daripada kesemua kenyataan yang dinyatakan itu, menunjukkan dengan jelas
bahawa golongan Pencinta Alam Sekitar ini adalah golongan yang hina,
dungu, dengki dan mempunyai sifat yang jahat. Kononnya Pencinta Alam Sekitar ini menjadi juara kepada haiwan-haiwan didalam hutan belentara, yang sanggup membiarkan manusia bersusah payah mencari kehidupan mereka. Mereka ini sengaja mahu
membiarkan anak-anak tempatan kekal mundur dan bodoh , menjalani kehidupan seperti di zaman
penjajahan British. Mereka berfanatik membuta tuli menolak segala macam
kemajuan yang dicadangkan.
|
Pakcik ini berusia 76 tahun kelihatan sihat dan masih kuat untuk mengerjakan kerja-kerja kampong. Beliau juga mahir membuat Perahu Panjang dan juga merupakan tukang masak tradisional di Kampong Mat Daling. Akhir-akhir ini beliau mengadu yang beliau tidak tahu apa yang boleh ia lakukan untuk mencari rezeki.Mencari sumber hutan terpaksa merayau jauh berhari-hari masuk kehutan, Mencari ikan terpaksa mudik ke hulu seharian, tiada permintaan membuat Perahu Panjang kerana sungai bukan lagi pengangkutan utama disebabkan sungai telah cetek dan harga hasil Getah pula sangat rendah.Pekara ini semua terjadi kepada kehidupan beliau kerana dia tidak menabung ketika usianya muda dahulu. |
Mereka mempunyai kepercayaan, bahawa hanya dengan melihat sahaja Alam Sekitar
kekal hijau dan tidak terusik akan menjadikan mereka merasa bersenang hati. Mereka menyangka dengan berbuat
begitu beras, gula, dan lain-lain keperluan harian akan menjelma
dihadapan mereka secara semulajadi. Mereka tidak faham akan erti
kehidupan yang sebenar dan mereka tidak akan faham buat selama lamanya,
apa itu erti kehidupan sebenar.
|
Penduduk di kawasan perkampongan Hulu Tembeling sedikit demi sedikit telah mula tidak menjadikan pengangkutan Perahu Panjang ini sungai sebagai Pengangkutan utama. Ini disebabkan air sungai sudah terlalu cetek dan sering tersangkut dikebanyakan laluan sungai. | | | | | | | . |
|
Lama kelamaan seni bina membuat perahu panjang ini akan hilang, bilamana orang -orang tua disini sudah tiada lagi. Penduduk kampong menggunakan jalan balaksebagai pengangkutan untuk pergi ke Kuala Tembeling. |
Biar dijelaskan untuk kefahaman mereka, erti hakikat kehidupan sebenar adalah, "
Apa-apa yang ada dimuka bumi ini adalah bersifat sementara sahaja.
"Jadi semua yang berlaku hanyalah bersifat sementara sahaja. Hutan
gondul cuma sementara , banjir dan malapetaka semuanya adalah bersifat
sementara yang telah pun ditakdirkan berlaku oleh penciptanya. Adalah tidak baik kita menolak takdir ketentuan itu.
|
Cara yang menjimatkan dan senang dengan menggunakan hanya dapur kayu untuk memasak. |
Kenyataan kepupusan haiwan liar hanyalah andaian dan sangkaan buruk
mereka sahaja, kerana mereka bukan hari-hari berada didalam hutan,
mereka sendiri tidak tahu selok belok didalam hutan, mereka hanya
mendapat laporan daripada orang-orang yang tidak mahir didalam hutan.
Maka apa-apa keputusan yang dilaporkan, semuanya adalah tidak tepat atau separuh tepat sahaja.
|
Kayu-kayu kering banyak terdapat disini, apa yang perlu cuma mengapak dan bawa pulang kerumah. |
Keutamaan tujuaan mereka hanya untuk mendapatkan dana imbuhan "Tanggungjawab Sosial " daripada Syarikat Perladangan Gergasi . Kononnya
sebagai modal untuk membuat aktiviti penjagaan Haiwan dan Alam Sekitar atau modal
kajian saintifik hidupan liar yang telah terancam. Hakikatnya kebanyakkan dikalangan mereka ini hanyalah untuk meraihkan kepentingan
dan keseronokan peribadi
tanpa perlu mengeluarkan modal mereka sendiri.
Ada juga Pejuang Alam Sekitar yang
tidak tulen dikalangan pelajar -pelajar Universiti yang ingin
mendapatkan ijazah-ijazah Master dan PHD mendapatkan dana tajaan dan
mereka berselindung dibawah payung pejuang Alam Sekitar. Setelah
mendapat kemudahan membuat kajian dan mendapatkan Sijil pengiktirafan
daripada Universiti , pejuang Alam Sekitar palsu ini akan sedikit demi
sedikit menjarakkan diri mereka dengan usaha asal mereka itu. Dan perbuatan yang
sama akan diulangi semula oleh Pejuang Alam Sekitar palsu yang lain pula, dari masa
kesemasa sehingga sekarang.
|
Timbunan pasir sungai diambil secara percuma untuk pembinaan rumah. |
Oleh yang demikian tidak perlulah
diperbesar-besarkan atau ditokok tambah pekara yang
tidak jelas dan pekara remeh temeh yang sengaja diadakan-adakan
itu. Bertujuan untuk menghalang kemajuan negara Malaysia ini. Perbuatan
itu semuanya adalah tidak adil kepada orang -orang yang telah
bertungkus lumus membangunkan negara Malaysia dengan cerdik lagi
bijaksana.
|
Hampir disetiap rumah di Kampong Mat Daling mempunyai simpanan pasir masing-masing. |
Bertitik tolak daripada itu, pedulikanlah suara-suara yang tidak faham itu, jangan dilayan
kehendak mereka dan abaikan sahaja semua desakkan palsu mereka itu.
Teruskanlah dengan usaha untuk mengambil kurniaan ini secara total.
Percayakanlah dengan apa yang telah dibuktikan selama ini demi kemajuan
pembangunan negara sehingga menjadi sebuah negara Maju, Indah dan Aman
makmur. Kesejahteraan ini pastinya akan dikecapi oleh anak-anak watan
dengan rasa bershukur dan sangat gembira untuk satu jangka masa yang
berpanjangan.
|
Modal yang diperlukan untuk mendapatkan pasir sungai percuma hanya rajin dan kuat tenaga. |
Terlalulah bershukur kepada Allah yang telah menganugerahkan sumber
khazanah alam secara percuma dan banyak sehingga melempah ruah. Negara
lain didunia merasa cemburu dengan nikmat hasil yang dianugerahkan oleh
Allah kepada bumi Malaysia yang indah ini.
|
Ramai Anak Watan yang cerdik tidak perlu membeli pasir halus untuk membuat rumah. Mereka mudah mendapatkannya secara percuma ditengah-tengah sungai yang banyak bertimbun membentuk seperti sebuah pulau. Hadiah pulau pasir ini terjadi secara semulajadi apabila pasir , tanah dan selut yang larut bersama air yang mengalir dari Hulu Tembeling ketika air bah dibulan Disember 2014. |
Ketika masa masih menyebelahi kita, gunakanlah timbang tara akal yang
dipimpin oleh perintah Allah untuk memilih dan menentukan sesuatu
pekara itu samada baik atau buruk. Kerana setiap keputusan sepemberi
keputusan datang dengan tanggungjawab.
|
Ladang getah persendirian yang luas dan subur milik warga Kg.Bantal yang masih diusaha dengan tekun walaupun harga getah sangat murah. Mereka yakin dimasa hadapan harga getah akan melambung naik seperti 4, 5 tahun yang sudah. |
|
Kebun Getah milik Felcra yang luas dijagai dan mendapat khidmat pakar perladangan Getah. Pelaburang jangka masa panjang ini akan membauhkan hasil yang sangat-sangat lumayan dimasa akan datang. |
|
Jaringan sistem perkhidmatan perhubungan yang baik untuk kemudahan segala urusan penduduk kampong dan lebih lebih lagi kepada kontraktor pembalakkan dan kontrator pembinaan infrastuktor. |
|
Tenaga elektrik yang disediakan oleh Tenaga Nasional Berhad untuk kesenangan dan kesejahteraan penduduk kampong . |
|
Upah menyeberang sungai hanya RM 2.00 sahaja, sama upahnya ketika keadaan sungai lebar dan tahap air sungainya dalam. |
|
Penduduk kampong menjadikan air banjir yang terperangkap dikawasan lembah sebagai kolam ternakan ikan patin . Mulanya difikirkan banjir itu sebagai musibah tetapi rupa-rupanya ia adalah rahmat yang tersembunyi.Usaha industri yang cukup cerdik ini telah membantu mereka dalam bidang ekonomi. |
|
Pucuk-pucuk tumbuhan yang tumbuh subur dikawasan seperti ini membuatkan haiwan seperti Rusa~Cervus unicolor, Kijang~Muntiacus muntjak, Napuh~Tragulus napu dan Pelanduk~Tragulus javanicus gembira untuk datang meragut makanan yang telah terhidang dengan banyak. Dalam waktu yang sama, keadaan ini sangat baik untuk penduduk tempatan dan pekerja-pekerja warga asing untuk mendapatkan sumber makanan yang sangat mudah, enak dan percuma. | |
|
|
Keadaan ini hanyalah bersifat sementara sahaja, sebelum pembangunan dilaksanakan dengan jaya. |
|
Keadaan yang bersifat sementara ini memudahkan penduduk kampong dan pekerja-pekerja warga asing mendapatkan sumber makanan dari hidupan liar daripada mati kebuluran. |
|
Tunas-tunas tumbuhan yang menjadi kegemaran hidupan liar. |
|
Kesan tapak kaki mamalia dari jenis kucing, dipercayai dari spesis Kucing Batu~Felis bengalensis. |
|
Kawasan penempatan rumah pekerja asing yang sedang dalam pembinaan dengan tersusun dan selesa yang boleh menempatkan lebih kurang 50 orang dalam satu-satu masa. |
|
Keperluan asas juga disediakan dengan sempurna mengikut piawaian, untuk pekerja-pekerja warga asing yang sangat mahir ,sangat rajin, dan sentiasa menurut perintah daripada majikannya. |
|
Kawasan lapang tempat jentera berat yang telah rosak untuk diperbaiki |
|
Hanya bersifat sementara sahaja. |
|
Hanya bersifat sementara sahaja. |
|
Kemudahan asas seperti jalanraya akan dibina sedikit masa lagi oleh pihak Kerajaan setelah semua proses tuaian balak telah selesai nanti. |
|
Demi pembangunan dan kesejahteraan masyarakat diluar bandar keadaan seperti ini tidak dapat dielakkan, oleh yang demikian masyarakat disini haruslah banyak bersabar, kerana sabar itu separuh daripada iman. |
|
Dipercayai tapak kaki Kancil yang berjalan diatas tanah selut merah. |
|
Contoh yang bijaksana yang telah dilakukan oleh pemilik tanah ialah menuai semua kayu-kayu balak kemudian menanam semula pokok-pokok kayu Getah secara tersusun untuk tuaian menguntungkan untuk masa akan datang. |
|
Kaedah penutupan semua kawasan sira garam yang menjadi keperluan haiwan semasa proses menuai hasil balak yang dilakukan adalah perbuatan dan keputusan yang bijak. Ini adalah satu cara terbaik untuk menghalau haiwan liar daripada memberi kacau ganggu kepada penduduk-penduduk kampong dan pekerja-pekerja balak. | | | |
|
Suasana ini hanyalah bersifat sementara sahaja. |
|
Ladang tanaman Getah yang sangat luas di Kuala Sat ini, akan memberi pulangan keuntungan yang sangat banyak kepada pemiliknya yang cerdik. |
|
Dalam tempoh beberapa tahun lagi keadaan seperti ini akan pulih seperti sediakala dengan kehijauan daun-daun hijau pokok Getah. |
|
Usaha menuaian balak dalam skala yang sangat luas seperti ini merupakan serampang 2 mata. Pertama ia telah mendatangkan keuntungan yang sangat banyak kepada pemiliknya dan yang kedua usaha ini telah menyelamatkan ramai nyawa manusia daripada ancaman haiwan buas dan ganas Usaha-usaha cerdik seperti ini harus diteruskan dengan sokongan tanpa berbelah bahagi demi kesejahteraan penduduk luar bandar. |
|
Perancangan untuk menjadi negara maju yang sifar kemiskinan di tahun 2020 akan tercapai sekiranya usaha seperti ini diteruskan dan dilipat gandakan usahanya. |
|
Kawasan yang sangat sesuai untuk haiwan berkubang untuk menyejukkan tubuh badan seperti ini harus dikambus dengan tanah dengan seberapa segera kerana ada kemungkinan nyamuk akan membiak dengan banyak dan mengancam kesihatan pekerja-pekerja asing yang bekerja menuai hasil balak. |
|
Keadaan paya seperti ini telah membantu Memerang Licin~Lutra perspicillata menangkap semua spesis ikan yang berada didalamnya. | |
|
Kadang-kadang kaedah pembakaran hutan terpaksa dilakukan juga terhadap pokok-pokok yang tidak mempunyai nilai kormersial |
|
Tenaga dari pekerja tempatan dan luar negara yang ramai, mahir, murah, rajin, dan bersegera menurut perintah, akan mempercepatkan impian Malaysia untuk menjadi negara sangat maju ditahun 2020
|
|
Permandangan dari sudut utara |
|
Permandangan dari sudut barat |
|
Permandangan dari sudut utara. |
|
Permandangan dari sudut selatan. |
|
Modal yang besar pasti akan mendapat pulangan yang lebih besar. |
|
Pemilik konsesi Balak yang cukup bertanggung jawab ini telah menyediakan penempatan untuk pekerja-pekerja asing mereka yang diyakini sangat rajin dan mahir. |
|
Najis Gajah berkeliaran ditepi-tepi jalan untuk menuju ke Kampong Pagi, Ulu Tembeling. |
|
Sungai yang cetek memudahkan penduduk tempatan menangkap ikan dengan banyak. |
|
Perjalanan menuju ke Kampong Mat Daling dianggarkan memakan masa 4 hingga 5 jam untuk jarak lebih kurang 70 kilometer. |
|
Kawasan hutan yang masih luas tidak sedikitkan pun menjejaskan alam sekitar. |
|
Penyediaan jalanraya yang lebar, cantik, selesa dan selamat memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada masyarakat luar bandar seperti di Kampong Pagi, Kampong Bantal dan Kampong Mat Daling. |
|
Penduduk di Kampong Mat Daling menjadikan motosikal sebagai pengangkutan utama selain pacuan 4 roda. Kadar upah pacuan 4 roda untuk ke Pekan Jerantut adalah sebanyak RM 400.00 pergi dan balik. |
|
Besi keluli jambatan yang dihanyutkan oleh air bah terbenam ditengah-tengah sungai ini juga adalah bersifat sementara. Ia akan diambil dengan jentera untuk kegunaan pembinaan jambatan disekitar kawasan yang sesuai nanti. |
|
Penduduk kampong baru pulang daripada mengerjakan solat. |
|
Sumber air yang sedikit di Hulu Sungai Tembeling ini tidak menjejaskan kadar simpanan air minuman didalam empangan. |
|
Keadaan luas sungai yang mula mengecil ini dijangka hanya untuk tempoh sementara sahaja. Ia juga baik untuk haiwan-haiwan untuk menyeberang sungai. |
Sepanjang 2 hari berada dikawasan persekitaran hutan belentara Kampong Mat Daling, pihak saya telah dapat mengenal pasti hanya 78 spesis burung. Senarainya adalah seperti berikut:-
Senarai Burung yang ditemui .
|
Kuang Raya~Argusianus argus |
1.Kuang Raya~
Argusianus argus
2.Belatuk Sayap-merah saga ~
Picus puniceus
3.Belatuk Perut putih ~
Dryocopus javensis
4.Burung Daun Hijau besar~
Chloropsis sonnerati
5.Burung Daun Hijau kecil ~
Chloropsis cyanopogon
|
Cecawi Gangsa~Dicrurus aeneus |
|
Cecawi Gangsa~Dicrurus aeneus |
6.Cecawi Gangsa~
Dicrurus aeneus
7.Cencala Hitam-putih~
Rhipidura javanica
|
Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens |
8.Cericap Tembakau Jawa~
Prinia rufescens
9.Cericap Perut-kuning~
Prinia flaviventris
10.Ciak Dahan~
Passer montanus
|
Enggang Berkedut~Aceros corrugatus |
|
Enggang Berkedut~Aceros corrugatus |
11.Enggang Berkedut~
Aceros corrugatus
12.Helang Ular-berjambul~
Spilornis cheela
13.Helang Sewah-hendik~
Spizaetus cirrhatus
14.Iora biasa~
Aegithina tiphia
15.Iora Hijau~
Aegithina viridissima
|
Khukhu Ungu~Chryscococcyx xanthorhynchus |
|
Khukhu Ungu~Chryscococcyx xanthorhynchus |
16.Khukhu Ungu~
Chryscococcyx xanthorhynchus
17.Lelayang sarang hitam~Collocalia maxima
18.Lelayang Edible~Collocalia fuciphaga
19.Lelayang Dahan Tongkeng-kelabu~Hemiprocne longipinnis
20.Lelayang Dahan~bermisai~Hemiprocne comata
21.Murai Kampong~Copsychus malabaricus
22.Malkoha Raffles~
Phaenicophaeus chlorophaeus
23.Malkoha Dada-berangan~
Phaenicophaeus curvirostris
24.Mata Putih-Timur~
Zosterops palpebrosus
25.Merbah Kening-tebal~
Iole olivacea
26.Merbah Kepala-hitam~
Pycnonotus atriceps
27.Merbah Jambul-hitam~
Pycnonotus melanicterus
|
Merbah Finsch~Alophoixus finschii |
28.Merbah Finsch
~Alophoixus finschii
29.Merbah Punggung-kuning~
Pycnonotus goiavier
30.Merbah Mata-putih~
Pycnonotus erythropthalmos
31.Merbah mata-merah~
Pycnonotus brunneus
|
Merbah Tengkuk-bulu panjang~Tricholestes criniger |
32.Merbah Tengkuk-bulu panjang~
Tricholestes criniger
33.Merbuk Aman~
Geopelia striata
34.Merpati batu~
Columbia livia
35.Minivet Menyala~
Pericrocotus igneus
36.Minivet Merah-saga~
Pericrocotus flammeus
37.Kekicau Horsfield~
Malacocincla sepiarium
38.Kekicau Tit-coret~
Macronous gularis
|
Kelicap MaduTelinga-kuning~Archnothera chrysogenys |
39.Kelicap madu Kecil~
Archnothera longirostra
40.Kelicap Madu Celak-kuning~
Archnothera flavigaster
41.Kelicap MaduTelinga-kuning~
Archnothera chrysogenys
42.Kelicap Madu Dada-kelabu~
Archnothera affinis
43.Jerijit Suria Tengkuk Ungu~
Hypogramma hypogrammicum
44.Gagak paruh-besar~
Corvus macrorhynchos
45.Perapat Perut-kuning~
Gerygone sulphurea
46.Pekaka Api ~
Cyex rufidorsa
47.Pekaka Leher-putih~
Halcyon smyrnensis
48.Perincit Leher-gelap~
Orthotomus atrogularis
49.Perincit Ekor-perang~
Orthotomus sericeus
50.Perling Berkilat Asia~
Aplonis panayensis
51.Perit Kelabu~
Motacilla cinerea
52.Pipit Hijau -zaiton~
Anthus hodgsoni
53.Rolla Paruh-merah~
Eurystomus orientalis
54.Sambaraja Nila~
Hypothymis azurea
55.Sambar Biru Tickell~
Cyornis tickelliae
56.Sambar Verditer~
Eumyias thalassina
57.Sambar Kenari Kepala -kelabu~
Culicicapa ceylonensis
|
Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum trigonostigma ( Juvana ) |
58.Sepah Bunga Dada-kuning~
Prionochilus maculatus
59.Sepah Bunga Dada-calit merah~
Prionochilus percussus
60.Sepah Bunga-Perut-oren~
Dicaeum trigonostigma
61.Sepah Bunga Mahkota-merah~
Dicaeum cruentatum
62.Serindit Tongkeng-biru~Psittinus cyanurus
63.Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus
64.Sualo Jelapang~Hirundo rustica
65.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica
66.Sualo Cunut-oren ~ Hirundo daurica
67.Takau Hitam dan merah~Cymbirhynchus macrorhynchos
68.Takau Hitam dan kuning~Eurylaimus ochromalus
69.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon
70.Tekukur Leher-bintik~Streptopelia chinensis
71.Tengkek Biru Asia~Irina puella
72.Tirjup Rimba Besar~Tephrodornis gularis
73.Tempua~Ploceus philippinus
74.Tiong Coklat ~
Acridotheres tristis
75.Tiong Jawa ~
Acridotheres javanicus
76.Tiong Rimba ~
Acridotheres fuscus
77.Tiong Emas ~
Gracula religiosa
78.Walit Rumah~
Apus affinis
Dengan sifat Allah yang maha mengetahui tentang semua sebab yang telah dan akan berlaku maka diharap manusia yang cerdik dan bijaksana lagi suci hatinya itu tidak dipersalahkan. Sekiranya berlaku juga penganiyaian terhadap makhluk haiwan yang melata dan yang berterbangan, maka itu berlaku dengan secara tidak disengajakan dan tanpa niat yang jahat. Diharapkan doa-doa makhluk yang teraniaya itu tidak dimakbulkan dengan segera oleh Allah dan tidak dimakbulkan langsung olehnya. Wasalam.