Monday, 23 November 2015

Pelajaran Serta Iktibar Dari Seni & Sejarah Mata Wang Lama.



Mata Wang Lama Tahun 1888 Negeri British Borneo Utara







Status Duit Syiling British North Borneo & Co Tahun 1888.

Galian-galian logam mentah tembaga yang dilombong untuk membuat duit syiling barangkali berasal dari tanah-tanah Eropah. Ini berdasarkan Duit syiling tembaga itu telah ditempa dikilang membuat syiling di England. Kemudian dibawa ke Borneo Utara ( Negeri Sabah ) untuk diedarkan sebagai matawang untuk kegunaan urusan jual beli.

Berdasarkan  pandangan mata saya, duit syiling yang dipaparkan ini telah diedarkan sejak sekitar tahun 1888 dan ianya telah digunakan dalam urusan jual beli dan bertukar tangan dari seorang keseorang sehingga tamat tempoh penggunaan pada tahun 1963. Saya pasti Duit ini juga bukan datangnya  dari koleksi simpanan peminat pengumpul matawang terdahulu kerana terdapat banyak bukti calar, lekuk dan berkarat kesan penggunaannya ditahun 1888 dahulu. 




Walaupun pada pandangan mata kasar ia kelihatan bersih, cantik dan baik seperti matawang yang disimpan untuk koleksi. Tetapi pada hakikat sebenarnya, terdapat begitu banyak bukti-bukti syiling ini telah menjalani proses pembersihan menggunakan cecair pembersih kimia. Bekas tindak balas kimia yang berwarna keputihan jelas kelihatan pada sekeliling objek huruf-huruf Rumi, Cina ,Jawi Melayu dan objek 2 Panglima Pribumi itu. Telah berlaku proses pembersihan yang teliti setelah ianya kotor berkarat  kesan dari  tersimpan didalam tabung, terbenam didalam tanah atau tersimpan dalam koleksi individu untuk satu tempoh yang lama.




Persoalan & Pelajaran Seni & Sejarah

Pada tahun 1888 , iaitu 127 tahun yang lalu siapakah pegawai yang berfikir , berbincang dan mendapat kata sepakat memutuskan corak perlambangan yang akan tertera dalam muka duit syiling ini? Adakah beliau warga tempatan atau warga pendatang yang  bertugas di Negeri Borneo Utara pada ketika itu. Siapakah pula ahli-ahli penal yang mendapatkan ilham untuk memutuskan keputusan seperti dibawah ini:-

1. Menggunakan 2 orang Panglima Pribumi yang lengkap bersenjata,
2. Penggunaan lambang Singa,
3. Penggunaan Bahtera,
4. Pengunaan perkataan bahasa Latin  Pergo Et Perago bermaksud " I undertake and I acheive"
5. Penggunaan lambang 2 lengan yang sedang memegang tiang bendera Sabah Utara. Lengan berpakaian ( Penjajah ) dan Lengan tidak berpakaian. (Peribumi )
6. Penggunaan jenis-jenis Huruf dan bahasa.
7. Penggunaan tulisan Cina
8.Penggunaan tulisan Jawi Melayu.


Dapat dilihat dengan jelas kesan calar, kesan tindak balas kimia pembersih dan kesan hitam dikawasan atas kepala Panglima Pribumi.

Siapakah agaknya 2 Orang Panglima Pribumi yang terpilih menjadi model untuk dirinya diambil photo, kemudiannya dilukis oleh pelukis seterusnya imej itu diserahkan kepada pakar ukiran tempa logam untuk dijadikan acuan membuat duit syiling. Tidak dapat dipastikan Panglima Pribumi ini adalah dipilih dikalangan kaum Kadazan, Dayak atau pun Bajau Laut.

Pada ketika itu di tahun 1870 an Negara Great Britain memang sudah ada ramai pakar seni berkemahiran tinggi untuk kerja tangan yang halus. Ini dapat dibuktikan dengan hasil kerja cetakkan lukisan pada muka duit syiling keluaran-keluaran dari negara Great Britian. 

Tidak dipastikan tradisi Parang Besar & Panjang ini datangnya dari suku kaum Pribumi yang mana satu. Kadazan, Dayak,Iban atau Bajau Laut.


Pada pandangan mata awam seperti saya, pakar ini telah mengukir  semua objek yang sempurna di muka acuan yang bersaiz hanya 3 inci sahaja. Beliau memiliki kemahiran seni halus yang cukup tinggi dan teliti. Dimana segala ciri-ciri seni yang halus-halus telah tergambar dimuka duit syiling apabila duit syiling itu ditempa. Peralatan apa yang mereka gunakan dan berapa lama kerja-kerja seni halus ini dapat disiapkan dengan sempurna, sentiasa menjadi tanda tanya. Sedangkan pada ketika itu tiada penggunaan mesin berteknologi tinggi untuk membuat acuan duit syiling. Kerja-kerja ini hanya dilakukan oleh tangan-tangan mahir manusia yang mempunyai kepakaran yang cukup tinggi.





Setiap perlambangan yang ada dimuka duit syiling dipilih berdasarkan maksud yang ingin disampaikan kepada rakyat. Tentu sekali ada maksud yang hendak disampaikan oleh pemerintah British dengan lambang dua lengan yang sedang memegang tiang bendera yang sedang berkibar itu. Lengan tangan disebelah kiri yang tidak mengenakan pakaian  memegang tiang pada bahagian bawah dan manakala lengan tangan berpakaian memegang tiang pada bahagian atas , dimana Bendera yang sedang berkibar itu mempunyai lambang seekor Singa.

Oleh kerana Singa pada bendera kelihatan sangat kecil, maka seekor lagi Singa yang lebih besar dipaparkan untuk menguatkan tanda pemerintahannya. Tentunya semua ini mempunyai maksud yang jelas bagi menyampaikan maklumat tersirat iaitu negeri British Borneo Utara adalah dibawah pemerintahan mereka.


Pada pangkal ekor singa kelihatan warna kehijauan seperti karat tembaga.
Tidak dapat dipastikan maksud lambang  sebuah bahtera yang sedang berlayar ditengah lautan, dipaparkan pada duit syiling ini dan apakah  pengertian lambang itu . Adakah mungkin Bahtera merupakan lambang kepada kejayaan dari sudut perdagangan pada ketika itu.




Siapakah yang mencadangkan penggunaan cogankata berbahasa Latin yang berbunyi Pergo Et Perago  yang bermaksud " I undertake and I acheive" ~ Aku Melaksanakan  dan Aku Berjaya tiada siapa yang mengetahuinya. Mungkin juga perkataan ini adalah perkataan wajib yang ada pada mana-mana duit syiling keluaran Pemerintahan British.

Mengapa bangsa Inggeris memilih untuk menggunakan bahasa latin yang tidak diketahui akan  maksudnya. Kenapa bangsa Inggeris tidak mengutamakan penggunaan  bahasa Inggeris didalam matawang mereka ? Atau mungkin perkataan "I Undertake And I Acheive" menggunakan ruang yang lebih banyak daripada bahasa latin. Huruf yang digunakan untuk mengeja perkataan Pergo Et Perago hanya menggunakan 13 huruf rumi sahaja, sedangkan perkataan "I Undertake And I Acheive" terpaksa menggunakan 21 huruf rumi.

Cadangan pendapat saya, Huruf H yang kelihatan diatas angka 1888 merupakan tanda rahsia keselamatan untuk membuktikan matawang syiling ini tidak palsu. Atau juga sebagai tanda tangan kepada sipengukir acuan ini.

Pada waktu itu apakah kebarangkaliannya yang dapat dibelikan dengan nilai 1 sen. ?
Kita harus mengucapkan syabas kepada pendokong Bahasa Cina, kerana selepas 127 tahun penggunaannya  pada syiling ini, didapati pada waktu sekarang bahasa pertuturan Bahasa Cina dan tulisannya telah berkembang maju dengan jayanya dinegara ini. Bukti ini jelas kita lihat dengan adanya Kumpulan Media gergasi   seperti Akhbar Sin Chew Daily, China Press, Nanyang Siang Pau, dan Guang Meng Daily. Sebab dan bagaimana bahasa Cina boleh tetap mendapat sokongan yang padu sehingga sekarang, haruslah dicontohi dan diikuti.


Menggunakan ejaan perkataan dari jenis Times.

Pada suatu ketika dahulu Bahasa Cina adalah penting dalam  urusan perniagaan jual beli Di Negeri Borneo Utara.Dimana usaha perdagangan  penduduk Cina tempatan yang berurusan dengan peniaga dari Benua China diambil kira oleh pemerintah British pada ketika itu.Bukti ini dapat dilihat dalam muka duit Negeri Borneo Utara ini.



Kelihatan calar dan lekuk pada permukaan duit syling serta tanda-tanda tindak balas bahan kimia pembersih disekeliling huruf perkataan BORNEO Co.
Walaupun tulisan Jawi Melayu ini digunakan bersama-sama tulisan Cina pada waktu yang sama 127 tahun yang lalu, namun begitu tulisan Jawi Melayu menerima nasib yang aib dan sungguh malang. Berapa kerat sahaja yang masih pandai membaca dan menulis bahasa purba ini dikalangan rakyat Malaysia. ? Mana perginya Akhbar harian Utusan Melayu pada  waktu sekarang. Apakah ada sesiapa yang mempunyai perasaan dengki dan cemburu untuk menghapuskannya? Pastinya tidak, ia telah terkubur kerana tiada  kesatuan hati untuk mengikuti contoh kejayaan yang telah ditunjukkan oleh pendukung Bahasa dan Tulisan Cina. Kini tulisan Jawi Melayu menuju keambang kepupusan di dalam sebuah negara yang dulunya tulisan Jawi Melayu menjadi bahasa tulisan perantaraan dalam semua bidang.


Terdapat sedikit tanda seperti warna pelangi diatas huruf Sin  ( Bahasa Jawi ) .Besar kemungkinan ia terkena larutan kimia yang bercampur baur hasil tindak balas semulajadi.

Maka jangan berputus harap, walau telah terkubur sekalipun, bangkit dan sedarlah untuk berusaha meniru  kesatuan hati yang telah ditunjukkan oleh mereka yang telah berjaya. Dan jangan sesekali mengganggu atau mencantas kejayaan orang ketika dalam proses berusaha menuju kejayaan.






Apa yang menjadi kemusykilan saya, mengapa bahasa  Pribumi tidak digunakan dan dipertengahkan didalam mata wang ini. Sedangkan populasi asal penduduk pribumi yang  mendiami di negeri British Borneo Utara adalah lebih ramai daripada  populasi penduduk yang berketurunan Cina dan Melayu.

Penggunaan ejaan Cina dan ejaan Jawi dilihat seperti golongan peribumi Sabah Utara tidak banyak menjalankan aktiviti perdagangan jual beli pada ketika itu. Atau pemerintah British Borneo Utara inginkan duit syiling ini sah laku digunakan di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu. Dimana penggunaannya matawang ini dapat diperluaskan tidak hanya di Kepulauan Borneo sahaja.Apapun jua ini hanyalah satu andaian sahaja berdasarkan ilmu pembacaan yang sedikit.

Kesan syiling ini jatuh terhentak pada permukaan yang keras.

Tidak keterlaluan jika perbandingan dibuat dengan duit-duit syiling yang dikeluarkan dari kerajaan Melayu negeri Brunei, Kerajaan Melayu di Tanah Sumatera , Kerajaan Melayu di Tanah Pattani dan Kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Seni , ketelitian dan kualiti keluaran duit syiling British pada ketika itu sudah cukup tinggi dan ini adalah lambang kepada kemajuan mereka dari semua bidang, samada bidang pengurusan, pentadbiran, sukan dan perdagangan.





Tidak menjadi dosa atau kurangnya sifat patriotik kita jikalau  mengakui akan kehebatan hasil cipta seni Bangsa yang telah membuktikan kejayaan dan kehebatannya. Kita tidak perlulah memujuk hati dengan menyatakan tamadun kita juga jauh lebih hebat daripada mereka. Kerana perasaan beginilah yang membuatkan kita sehingga sekarang bersifat tidak berapa maju, sedikit malas dan tidak cukup usaha. Sikap  ini telah menyebabkan kita mabuk dan tenggelam dalam angan-angan kegemilangan yang silam sejak mengetahui kita juga mempunyai kegemilangan peradaban dan kehebatan yang hebat pada suatu ketika dahulu. Wasalam.



Friday, 20 November 2015

Sejarah Pemburuan Halal Harimau Belang~Panthera tigris malaya Di Semenanjung Malaysia


Laporan  Pemburuan Halal Harimau Belang~Panthera Tigris malaya


Keratan-keratan akhbar mengenai semua peristiwa yang telah berlaku kepada hidupan liar Raja Rimba istimewa Harimau Belang~Panthera Tigris malaya telah dikumpul sejak tahun 1998. Ianya untuk dikongsi baca untuk memberi  kesedaran kepada orang yang tidak berkesempatan mengetahui serba sedikit sejarah yang pernah terjadi 20 tahun yang lepas. Setelah membaca semua laporan itu nanti, maka dapatlah ilmu pengetahuan serta mengetahui kepentingan Sang Raja Rimba ini dari sudut pendangan saya dan yang sealiran dengan saya. Percayalah , Sang Raja Rimba ini  adalah begitu penting kepada kemakmuran dan kesejahtera hutan Belentara negara kita.
     



Saya tidak akan mengulangi semula cerita dan maklumat-maklumat ilmu yang tercetak dalam keratan akhbar yang banyak saya sertakan tetapi ingin berkongsi  sedikit pengalaman dan pembacaan dari buku-buku lama mengenai Harimau Belang~Panthera tigris malaya sejak 20 tahun dahulu. Antaranya Buku berjudul " In Malay Forest " oleh Sir George Maxwell, " Bygone Selangor " oleh Rimba, Jurnal Asiatic  Socitey dan Nature and Nation. Forests and Development in Peninsular Malaysia oleh Jeyamalar Kathirithamby~ Wells.




Didalam buku-buku itu banyak diceritakan kisah-kisah pemburuan hidupan liar secara halal oleh pegawai-pegawai tinggi pemerintah, pembesar-pembesar dan golongan orang kenamaan. Segala macam ilmu pemburuan yang digunakan untuk memburu hidupan liar  bertopengkan atas nama penjagaan nyawa dan harta benda manusia, sebagai hobi masa lapang, koleksi muzium dan koleksi pendidikan.

Untuk sekian lama pihak tertinggi pemerintah menunjukkan contoh  disangka baik dengan melakukan pemburuan halal. Contoh ini diikuti pula oleh orang-orang bawahan dan rakyat jelata sehingga menjadi satu budaya baharu ketika itu.   Banyak nyawa hidupan liar terbunuh secara suka-suka termasuklah Harimau Belang~Panthera tigris malaya. 

Haiwan ini pada pandangan peribadi saya, sebenarnya telah dipilih oleh Allah untuk menjalankan amanahnya sebagai penjaga Rimba di tanahair kita. Tetapi malangnya haiwan ini, telah dengan segaja disalah anggap oleh pembuat dasar di negara kita, berkempen dengan mendakwa bahawa Harimau Belang~Panthera tigris malaya adalah haiwan yang sangat merbahaya kepada kehidupan manusia.




Mengganggu dan mendatangkan bahaya kepada kehidupan harian manusia yang ingin menjalankan aktiviti kerja-kerja saraan hidup. Hasil daripada kempen yang berkesan tersebut maka tanggapan itu telah sebati didalam fikiran kita sejak dari dulu sehinggalah sekarang. Maka sangatlah sukar untuk mengubah anggapan seperti itu, kerana  ia telah diterangkan dengan secara tidak jujur dan tidak benar tentang perkara sebenar yang berlaku.



Perkara sebenar yang terjadi ialah manusia secara gahirah dan rakus telah merampas hutan belentara yang sarat dengan sumber asli  yang mendatangkan laba lumayan . Manusia merampas hutan melalui pelbagai kaedah menghalalkan cara, bertujuan mendapatkan segala sumber asli Balak, Gaharu, Ubat-ubatan, Haiwan liar dan Galian. Lanjutan daripada program rampasan secara giat,  manusia telah memperolehi tersangat luas kawasan pertanian dinegara ini .


Akibat daripada rampasan itu, segala sumber asli rantaian kitaran makanan kepada hidupan-hidupan liar termasuk Harimau Belang~Panthera tigris malaya telah  musnah. Dalam waktu yang sama berlaku  perubahan bentuk mukabumi dan perubahan sistem saliran yang asal. Maka untuk meneruskan kehidupan , terkadang-kadang Harimau Belang~Panthera tigris malaya mencari makanannya dikawasan tempat yang telah di rampas , sehingga terlihat oleh manusia. Ekoran daripada itu Harimau Belang~Panthera tigris malaya disifatkan sebagai haiwan merbahaya dan mengancam nyawa manusia.
 




Harimau Belang~Panthera tigris malaya hanya akan menjadi merbahaya sekiranya kita pergi mendapatkannya, dengan menceroboh masuk serta merosakkan tempat ia berehat, mencari makan dan beranak pinak. Keadaan seperti ini tidak pernah mahu manusia berfikir seandainya ada Harimau Belang~Panthera tigris malaya  menceroboh masuk kawasan kediaman kita pastinya melenting kemarahan.



Apabila manusia itu sendiri, berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari bahaya kepada dirinya, lantas nyawa dirinya terdedah kepada ancaman bahaya daripada Harimau Belang~Panthera tigris malaya maka manusia itu menuduh, haiwan itu telah mendatangkan ancaman kepada nyawa serta harta bendanya. Ini adalah tanda pertimbangan akal yang tidak sihat, dimana  ia telah dirasuk oleh penyakit tamak haloba yang tenat. Pada waktu yang sama ia sendiri tidak menyedarinya bahawa dirinya telah dihinggap penyakit itu.



Susulan daripada itu maka pembuat dasar undang-undang tentu sekali mengutamakan, untuk melindungi nyawa manusia daripada nyawa haiwan, kerana itu adalah sifat hukum semulajadi manusia. Maka mana-mana haiwan yang memberi ancaman kepada manusia dihalalkan darahnya untuk dibunuh dan diburu. Lesen-lesan senjata api dikeluarkan bagi tujuan menjaga tanah pertanian  bagi menghapuskan haiwan perosak yang datang mengganggu. Apabila manusia sudah mempunyai senjata api yang sah, maka panjanglah akal mereka itu.




Jikalau tidak terserempak diatas tanah pertanian mereka , ia akan sengaja menjemput haiwan untuk datang dikawasan tanahnya. Samada ia membiarkan sahaja ladang getah mereka dipenuhi dengan tumbuhan liar, atau sengaja menanam pisang, ubi kayu untuk tujuan mengumpan Babi Hutan~Sus scrofa untuk datang mencari makanan ke tanahnya. Dengan muslihat ini, manusia berharap Harimau Belang ~Panthera tigris malaya akan mengekori Babi Hutan~Sus scrofa makanan kegemarannya. Tidak dijumpainya didalam tanahnya , mereka akan mencarinya pula ke dalam hutan.





Ada juga terdapat sesetengah masyarakat menggunakan ugama untuk menghalalkan penghapusan spesis ini. Dengan menyatakan semua yang ada dimukabumi ini adalah milik Allah yang telah disediakan untuk kepentingan dan manafaat manusia  . Ya !, memang benar kenyataan tersebut . Kita tidak salah untuk mengambilnya tetapi hanya sekadar kegunaan sendiri sahaja bukannya sampai untuk menghabiskan. Kerana setiap kejadian sesuatu dimuka bumi yang disediakan oleh Allah  tidak akan pernah menjadi sia-sia. Kerana setiap kejadian makhluk  mempunyai peranannya yang tersendiri, yang beroparasi secara senyap dan misteri. Kadang-kadang kesannya itu tidak dapat dilihat untuk satu jangka waktu  yang pendek.





Disebabkan ada permintaan yang tinggi dipasaran gelap,  manusia menjadikan alasan kemiskinan dan kesusahan hidup untuk memburu Harimau Belang~ Panthera tigris malaya. Nilai yang sangat tinggi membuatkan mereka sanggup menanggung risiko tertangkap oleh pihak berkuasa. Walaupun diberi ancaman denda yang mahal berserta hukuman yang keras namun tidak diperduikan oleh mereka. Hukuman Allah lagi sanggup mereka langgar inikan pula hukuman manusia.





Disebabkan ada permintaan yang tinggi dipasaran gelap,  manusia menjadikan alasan kemiskinan dan kesusahan hidup untuk memburu Harimau Belang~ Panthera tigris malaya. Nilai yang sangat tinggi membuatkan mereka sanggup menanggung risiko tertangkap oleh pihak berkuasa. Walaupun diberi ancaman denda yang mahal berserta hukuman yang keras namun tidak diperduikan oleh mereka. Hukuman Allah lagi sanggup mereka langgar inikan pula hukuman manusia.




Lihatlah sekarang di tahun 2015 , kesan akibat yang telah terjadi sejak kejayaan kempen yang menyatakan  Harimau Belang~Panthera Tigris malaya itu haiwan yang merbahaya. Ditambah lagi aktiviti pemburuan secara haram, maka bilangannya sudah diambang kepupusan di  negara kita. Laporan terkini dianggarkan lebih kurang 200 hingga 300 ekor Harimau Belang~Panthera tigris malaya sahaja yang tinggal  didalam habitatnya. Dengan berkurangannya jumlah " Pejaga Rimba " ini maka beribu-ribu hektar tanah hutan telah berjaya dibalak dan digondolkan. Manusia dengan mudah dapat menebang balak sesuka hati tanpa ada rasa takut ketika menjalankan kerja mereka.





Kini telah terbukti dengan ketiadaan Harimau Belang~Panthera Tigris malaya didalam hutan,  semenjak akhir-akhir ini telah mengundang bencana malapetaka yang lebih besar ruginya kepada  manusia. Nilai kerugian yang ditanggung oleh manusia akibat malapetaka itu adalah lebih tinggi daripada manusia perolehi sebelum itu . Maka setiap tahun di Malaysia sentiasa sahaja dilanda malapetaka banjir besar dan tanah runtuh akibat dari  kerja-kerja pembalakkan .




Banyak harta benda musnah dan membuatkan manusia hidup dalam keadaan sengsara. Malangnya punca pembalakan ini tidak boleh diterima pakai oleh otak manusia sipembuat dasar ini . Mereka dengan rasa tidak malu menyalahkan Allah, dengan membuat tuduhan menyatakan bencana malapetaka itu semuanya disebabkan kehendak alam semulajadi yang tidak dapat dielakkan. Langsung  menyalahkan cuaca dinegara kita sebagai punca yang menyebabkan semua bencana itu terjadi. Apalah yang boleh diperkatakan lagi bilamana keputusan seperti ini dibuat.





Pengalaman Peribadi

Pengalaman berhadapan dan bertentang mata dengan haiwan ini dari jarak dekat suatu ketika dahulu, semasa berkhidmat sebagai Gembala Haiwan di Zoo Negara sekitar tahun 1998,  telah  banyak memberi nilai tambah pengetahuan dan kesedaran tentang haiwan ini.




Matlumat-matlumat penting perihal haiwan ini yang telah disampaikan oleh rakan sekerja Penjaga berpengalaman  iaitu Saudara Nasir ( telah  bersara ) dan Saudara Hamdan kepada saya yang cukup bermanafaat kepada kita semua untuk dikongsikan bersama. Maklumat ini diharap, boleh dijadikan  timbang tara yang dapat memberi sedikit peluang  untuk melambatkan proses penghapusan spesis Harimau Belang-Panthera tigris malaya dimukabumi Malaysia.





Pengenalan Jantina

1. Bagi individu yang telah matang bentuk saiz tubuhnya adalah lebih besar  jika di ia berada bersebelahan antara sama lain.
2. Pada musim mengawan jantina jantan akan sentiasa menaik tinggikan ekornya keatas.
3. Dibahagian kiri dan kanan leher Harimau Belang~Panthera tigris malaya jantan tumbuh bulu kulit yang lebat & tebal seperti bulu kulit seekor Singa.




4. Riak kebetinaan atau kejantanan akan kita nampak terpancar pada wajah muka seseekor harimau.
5. Harimau Belang -Panthera tigris malaya jantan akan memancutkan air kencingnya pada bahagian atas disesuatu tempat sebagai pengenalan kawalan persempadanannya. Manakala Harimau Belang-Panthera tigris malaya betina pula memancutkan air kencingnya dibahagian bawah.









Sesekor individu Harimau Belang-Panthera tigris malaya betina berupaya melahirkan sebanyak 4 ekor anak pada satu-satu masa tempoh bunting. Tetapi pada kebiasaannya antara seekor atau 2 ekor sahaja. Tempoh buntingnya pula  adalah pendek iaitu antara 90 ke 100 hari sahaja. Anak-anaknya akan mengekori ibunya sehingga tempoh lebih kurang 2 ke 3 tahun sebelum pergi membawa haluan masing-masing. Ketika tempoh penjagaan anak-anak, ibunya itu sungguh sensitif dan agrasif melindungi anak-anaknya. Lagikan ibu ayam berani menyerang manusia ketika anaknya diganggu, inikan pula Harimau Belang~Panthera tigris malaya.




Musim mengawan Harimau Belang~Panthera tigris malaya yang berlaku sepanjang tahun , tempoh buntingnya yang pendek serta keupayaan melahirkan anak dalam bilangan yang lebih daripada satu dilihat sebagai peluang Sang Raja Rimba ini mampu bertahan daripada kepupusan dalam jangka masa terdekat ini. Dengan syarat  habitat asalnya usah diterokai dan diganggu-ganggu lagi oleh mana-mana pihak samada syarikat konsesi balak, perladangan mahupun perlombongan.




Kalau benar organ haiwan ini berupaya menyembuh pelbagai penyakit yang ditanggung oleh manusia sehinggakan nilai dipasaran gelap boleh mencecah puluhan ribu ringgit, mengapa tidak diternak sahaja Harimau Belang~Panthera tigris malaya sepertimana usaha penternakan Ladang Buaya.






Daripada bukti yang diperolehi , memang telah ada usaha sepertimana saya cadangankan itu, namum projek ini dilihat seperti telah terhenti agak lama, mungkin buat sementara mungkin kekurangan dana peruntukkan. Jikalau projek ini diteruskan banyak faedah kepada negara dalam bidang pemuliharaan, perlancongan pemburuan halal, perdagangan organ, dan kajian pendidikan yang mana pihak Universiti tempatan mendapat manafaat.













Harimau Belang~Panthera tigris malaya mempunyai deria hidu yang cekap dan ia gemar kepada bau-bauan yang wangi. Ia sangat teruja untuk mengetahui  akan bau-bauan  wangi yang dihidunya dari mana datangnya. Ujian-ujian yang dijalankan telah berjaya membuktikan bahawa ia memang suka akan benda yang bau-bauan wangi. Maklumat ini perlu diketahui oleh pengemar aktiviti riadah memasuki hutan, supaya tidak menggenakan wangian pada badan. Langkah berjaga-jaga ini perlu diambil berat demi keselamatan dirinya dan ahli kumpulan.





Keupayaan dan kekuatan Harimau Belang~Panthera tigris malaya tidak perlu dipertikaikan , memang selayaknya ia bergelar Raja Rimba. Riak wajahnya terpancar sinar kebengisan dan kegarangan, membuatkan setiap naluri melihatnya akan menjadi gerun dan kecut. Penampilan tanda-tanda luaran itu semua, bukanlah satu muslihat untuk mengertak musuh tetapi itu adalah tanda-tanda kekuatan sebenar yang memang ada pada Harimau Belang-Panthera tigris malaya.




Bandingan tenaga kuat & kudrat boleh diumpamakan seperti seorang dewasa yang sedang marah menyerang , berkelahi dan bergumpal dengan seorang kanak-kanak berusia 3 atau 4 tahun. Dimana kanak-kanak itu langsung tiada upaya dan peluang untuk mempertahankan dirinya. Itulah ibaratnya antara kekuatan manusia dengan Harimau Belang~Panthera tigris malaya.


Oleh kerana ramai orang tidak pernah berhadapan secara dekat dengan Harimau Belang-Panthera tigris malaya maka mereka tidak tahu akan kehebatan senjata misteri yang dimiliki oleh Raja Rimba ini. Kekuatan senjata misteri ini merupakan mukadimah kepada berbagai senjata fizikal yang dimilikinya. Senjata misteri yang saya maksudkan itu ialah bunyi deruman suara dikeluarkan dari kekaknya dalam bentuk sergahan . Sergahan yang dilakukan secara tiba-tiba dan kuat akan membuatkan manusia malang itu menjadi panik dan kecut pucat lesi tidak bermaya. Inilah senjata misteri yang diperhatikan.


































































































Keupayaan manusia untuk mengalahkan haiwan ini memang cukup terbatas, hanya dengan senjata api dan jerat sahaja yang mampu menundukkan Harimau Belang~Panthera tigris malaya. Selain daripada itu memang manusia tidak berpeluang langsung untuk bertarung dengannya melainkan mendapat belas kasih Allah untuk terus hidup. WASALAM.