Monday, 28 December 2015

Pedendang Kosa~Anhinga melanogaster - Oriental Darter


Pedendang Kosa~Anhinga melanogaster Oriental Darter 

Lokasi Di Temui: Bistari Jaya, Selangor.

Jumlah Burung: 8 Ekor.





























Wednesday, 16 December 2015

Kembara Silaturahim Berbasikal Ke Kampong Pagi, Ulu Tembeling Jerantut Pahang.


Pengalaman Kembara Berbasikal Ke Kampong Pagi, Ulu Tembeling Jerantut Pahang.

Laluan ini menjadi cadangan untuk Kembara Berbasikal tahun 2015 setelah saya membuat pengembaraan bermotorsikal bersama adik saya ke Kampong Mat Daling pada bulan Oktober 2015. Mendapati sebahagian jalan telah diturap dipertengahan jalan sebelum sampai ke Kampong Pagi. Berdasarkan kerja-kerja turapan yang sedang berjalan lancar, maka saya menjangkakan pada Disember nanti besar kemungkinan jalan telah siap sehingga ke Kampong Pagi.

Jenis Basikal Kembara.


Bridgestone
Model: Radac 3100
Keluaran: 1987.
Kerangka: Alloy Ringan
Keupayaan Gear: 6 Kelajuan.
Saiz Tayar: 700 x 28



Bridgestone
Model: Radac
Keluaran: 1989.
Kerangka: Alloy Ringan
Keupayaan Gear: 6 Kelajuan.
Saiz Tayar: 700 x 32


Hari Pertama
Kuala Lumpur ke Kampung Lebu Bentong

Cuaca terkini pada bulan November/Disember 2015


Pada 28 Nov 2015 perjalanan kembara telah dimulakan pada jam 8.00 pagi bersama Isteri saya yang sentiasa bersedia menjadi teman kayuhan Kembara Berbasikal.  Memulakan perjalanan dari Taman Melawati melalui Kampong Wirajaya menyusuri ke Jalan Gombak Lama. Berhenti bersarapan di  sebuah Gerai berhampiran kawasan Kampung Orang Asli, Gombak pada jam 9:00 pagi.


Antara Warong  kegemaran Isteri saya yang menyediakan Nasi Lemak yang menepati cita rasanya.

Selepas bersarapan kami meneruskan kayuhan secara mendaki menuju ke Pekan Bentong menggunakan laluan Genting Sempah. Laluan Gombak ~ Genting Sempah  sunyi dengan kenderaan -kenderaan berat  . Jalanraya telah ditutup  kerana dibeberapa kawasan cerun jalan dan tempat telah  berlaku kejadian tanah runtuh yang agak teruk.

Keadaan yang redup berangin sepoi-sepoi bahasa dan cuaca yang baik untuk kayuhan.



Hampir sampai ke Genting Sempah

Jam 11:30 pagi kita sampai di hentian Genting Sempah untuk berehat dan membeli air meneral yang telah kehabisan. Bersilaturahim dengan seorang kembara bermotosikal tempatan yang juga sedang berhenti berehat diwarung itu. Topik perbualan merangkumi banyak tajuk termasuk pengalaman lampau, keluarga dan Muzik Heavy Metal. Perbualan mesra itu diakhiri dengan masing-masing memberi  alamat dan talian yang boleh dihubungi untuk talian silaturahim persaudaraan dimasa akan datang.


Rakan Veteran Metal .


Iron Maiden & Led Zeppelin




Persaudaraan Silaturahim Heavy Metal



Meneruskan perjalanan menuruni bukit dari Janda Baik hingga ke Bukit Tinggi. Selepas itu kayuhan menjadi sedikit tidak lancar kerana cerun dan jalan disepanjang dinding bukit ditepi jalan sedang dibaik pulih oleh kontraktor. Halangan lalu lintas, bunyi bising jentera yang sedang membuat kerja dan debu-debu tanah berterbangan sedikit sebanyak telah mengganggu kayuhan kami menuju ke kawasan perkampongan di Bentong.


Agaknya Syarikat Kontraktor & pembekal bahan pembinaan jalanraya sangat mengalu-alukan  malapetaka seperti ini berlaku secara kerap kerana telah membuka peluang mereka untuk bekerja  mendapatkan sumber pendapatan dan keuntungan yang berlipat kali ganda daripada biasa.

Jentera-jentera berat diperlukan untuk memperbaiki cerun dikiri kanan jalanraya.


Keadaan  perjalanan bertambah tidak lancar kerana batu turapan pada permukaan jalanraya disini adalah dari jenis batu kerikil yang agak besar. Keadaan ini menyebabkan tayar basikal tidak dapat bergolek lancar pada permukaan jalan menuruni bukit. Kayuhan dengan menggunakan tahap gear paling ringan harus dilakukan ,walaupun kedudukan basikal sedang menuruni bukit.



Berehat sebentar sambil menggunakan tandas di Masjid Kampong Gemeti ,Bentong. Apa yang menarik perhatian saya disini ialah keadaan sistem tandas di Masjid ini  beroperasi dengan baik  dan dijagai dengan bersih oleh Doja dan Siak Masjid ini.  Setelah selesai semua urusan  perjalanan diteruskan lagi menuju ke pekan Bentong.

Mengingkari penjaga trafik bertugas jalan , dengan melencong meneruskan kayuhan ditas rumput. Kenderaan lain terpaksa menunggu lama sehingga jalanraya ini siap diturap dan bersedia untuk digunakan.


Kesesakkan didua belah arah ini boleh dielakkan sekirannya makluman awal disebarkan  kepada pengguna jalanraya sebelum kerja-kerja dijalankan. Mungkin juga makluman telah disebarkan tetapi pengguna jalanraya tidak mengendahkan notis tersebut dan telah bersedia menghadapi masalah seperti ini.

Sesampai di Pekan Bentong pada Jam 3.30 kita berhenti untuk  makan tengahari, dalam pada itu laluan jalan raya ke arah Raub berlaku kesesakan sangat teruk dikedua-dua hala kerana kerja-kerja turapan jalan. Selepas selesai makan tengahari, meneruskan kayuhan mendaki dicelah-celah kenderaan yang  tersekat ditengah-tengah jalanraya. Berhentikan kayuhan pada hari pertama pada jam 7:00 malam dengan berehat dan bermalam di Kem Smart BKERP  Kampong Lebu Bentong.

Bilik No 11 Smart BKERP yang kami inap semasa membuat kayuhan kembara pada tahun 2014 dahulu. Yuran sehari RM 50.00. Mempunyai 1 Bilik Mandi & 1 Bilik Tandas dan 2 buah katil jenis 2 tingkat.


Hari Kedua.
Kampong Lebu Bentong ke Bandar Jerantut.

Kayuhan keluar dari Kampung Lebu untuk pergi bersarapan sebelum menyambung kembara.
Tasik semulajadi di Lembah Klau.


Laluan jalanraya yang baharu siap dibina pada kedudukan yang lebih tinggi. Jalanraya lama telah ditenggelami oleh air sungai.


Tasik-tasik buatan manusia terbentuk untuk tujuan simpanan bekalan air untuk disalurkan ke Negeri Selangor.

Selepas bersarapan jam 8:30 pagi meneruskan perjalanan melalui kawasan Felda Lembah Klau yang berbukit-bukit. Semua persediaan menghadapi hujan telah siap sedia, namun begitu sepanjang kayuhan tidak pula berlaku kejadian hujan, tetapi kita telah disajikan dengan  cuaca sangat panas terik untuk diharungi.



Bridgestone Radac 3100 1987 sedang beraksi.


Permandangan dikawasan ladang kelapa sawit ini seolah-olah serupa dengan permandangan dikawasan lain disekitar Lembah Klau ini, kerana semua pokok kelapa sawit tumbuh dengan serentak . Ianya akan nampak perbezaan sekiranya kawasan ini ditumbuhi oleh pokok hutan daripada pelbagai jenis pokok dan saiz pokok yang tumbuh tidak sekata.


Aktiviti penangkapan ikan air tawar sedang giat dilakukan oleh penduduk Felda dan penduduk sekitar Lembah Klau.


Hasil tangkapan dari berbagai-bagai jenis spesis ikan menmbah sumber rezeki penduduk setempat.


Kiri dan kanan jalan utama di Lembah Klau telah dinaiki oleh air sungai secara mendadak pada musim tengkujuh ini.


Sebahagian besar jalanraya yang berkedudukan rendah telah mula dinaiki air sungai dan hujan.Dimasa hadapan kawasan ini akan ditengelami oleh air.

Meluangkan masa untuk bersilaturahim dengan penduduk disekitar Lembah Klau, mereka gembira dengan keadaan yang berlaku sekarang. Dimana aktiviti saraan hidup penangkapan ikan dan perlancongan dapat dijalankan selain tambahan daripada dari kutipan hasil tuaian buah kelapa sawit sediada.

Anak Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus mangsa kepada kejadian langgar lari.

Ladang Kelapa Sawit yang dimiliki oleh FGV Plantation

Pusat membeli hasil Getah di Sungai Ruan, Raub.

Ketika ditemui keadaan Biawak Air~Varanus salvator ini masih hidup dan bernyawa lagi akibat baharu sahaja dilanggar lari oleh kenderaan.

Permandangan jalan kampong di kawasan Ulu Gali, Raub Pahang.

Permandangan biasa di Ulu Gali, pemilik kenderaan menjadikan kenderaannya ini untuk mengangkut rumput makan haiwan ternakannya.
Kayuhan diteruskan menuju kawasan pertanian  yang terkenal dengan tanaman buah Durian di Sungai Ruan, berhenti membeli air meneral di Stesen Minyak , Pekan Sungai Ruan, Raub. Dari Sungai Ruan kami memasuki laluan  jalan kampong yang berombak-ombak di Kampong Ulu Gali sehingga menuju ke  ke Hulu Dong.

Pesimpangan Hulu Dong untuk ke Kampong Budu.



Kayuhan hayunan senafas tanpa henti sehingga kekemuncak yang berada disempadan daerah Kuala Lipis dan daerah Raub.

Cuaca yang panas terik dan pendakian yang panjang melunturkan semangat ramai pengayuh, apatah lagi menggunakan basikal model tahun 1989 yeng mempunyai gear  hanya 6 kelajuaan sahaja.

Membantu isteri@teman kayuhan menolak basikal kekemuncak.

Menolak basikal hanya ketika menolong sahaja.
Cadangan laluan ini telah dibuat oleh anak jati warga Jeransang Pahang iaitu sahabat saya Saudara Muhammad Muhir Haji Daud pada tahun 2014 dahulu. Laluan ini sunyi, cantik  tetapi sangat tinggi serta panjang kayuhan pendakiannya.




Asap tanda keshukuran kerana berjaya membuat kayuhan sekali hayun dan senafas tanpa henti kekemuncak.

Tambahan kepada kepayahan ketika kayuhan pendakian menuju ke kemuncak ialah  Tar turapan batu kerikil jalan disini, dari jenis batu yang agak besar. Keadaan ini yang membuatkan golekkan roda basikal tidak berpusing lancar dimana  sipengayuh terpaksa mengerah lebih tenaga sambil melakukan laluan zig zag dan kayuhan secara lonjakkan secara bulatan untuk naik.




Shukur Alhamdulilah Kayuhan mencabar mendaki ini dapat dilakukan tanpa henti sehingga kekemuncak dalam keadaan cuaca yang sangat panas terik. Berehat sambil menunggu isteri saya membuat kayuhan dan menolak mendaki laluan ini. Selepas itu kayuhan menjadi laju dan lancar  menuruni bukit sehingga ke Kampong Tualang Padang. Perjalanan diteruskan sehingga kami berhenti berehat di Masjid Kampong Budu.

Laluan panjang menuruni bukit yang berkelok-kelok sehingga ke Kampong Tualang Padang.

Kebanyakan Kedai makanan telah kehabisan makanan pada jam 3.00 petang.

Lokasi Pusat Semenanjung Malaysia yang terletak di Kampong Tanjung Besar~Kampong Jeransang. Keadaan telah berubah dengan terbinanya menara pancaran talian telekomunikasi.

Walaupun nasi serta lauk pauk dikedainya telah disimpan namun oleh kerana kehadiran kami menyebabkan empunya kedai makan ini  En.Bakar mengeluarkan kembali dan menghidangkan baki makanan yang ada kepada kami . Menghargai dan berterima kasih keatas perbuatannya itu.
Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus


Ruak-ruak Dada-putih~Amaurornis pheonicurus


Kedai makanan banyak yang telah tutup dan kalau ada kedai yang beroperasi pun makanan lauk pauk telah habis. Pada ketika itu sudah jam 3:30 petang perjalanan diteruskan melalui kawasan Pusat Semenanjung di Tanjung Besar~Jeransang sehinggalah berhenti disebuah gerai ditepi jalan di Kampong Jeransang. Mujur masih ada sedikit saki baki lauk pauk yang tinggal untuk kita mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan ke hentian bermalam di Felda Padang Piol.


Hari mulai sudah senja ketika melintasi Hutan Simpan Kekal Som, Jerantut.



Hutan Lipur Som, Jerantut dilihat masih kaya dengan tumbuh-tumbuhan berserta dengan penghuni hidupan liarnya.

Menunggu akan ketibaan isteri saya yang jauh ketinggal dibelakang sambil membuat persediaan memasang lampu kepala dan lampu basikal.

Sesekali kenderaan melalui laluan pedalaman yang sunyi dan damai.

Suasana waktu maghrib yang hening dan sunyi di kawasan Kampong Baharu, Jerantut

Kayuhan diteruskan melintasi Kampong Jeransang, Pekan Damak, Kampong Batu Balai , Kampong Som , Kampong Baharu dan Hutan Simpan Kekal Som, pada ketika itu jam sudah pukul 7:00 malam. Berhenti sebentar untuk persiapan memasang lampu basikal serta lampu pada kepala dan meneruskan perjalanan dalam gelap gelita sehinggalah sampai ke Bandar Jerantut pada jam 9:00 malam.

Setelah berkayuh dalam gelap gelita akhirnya sampai di jambatan untuk ke Bandar Jerantut pada jam 9:00 malam.

Menjamu selera isteri saya yang sangat keletihan.



Lapar dan keletihan


Kami berehat untuk makan malam sebelum bercadang meneruskan kayuhan ke  Felda Padang Piol. Tetapi Isteri saya sudah sangat keletihan menyebabkan saya membuat keputusan untuk bermalam sahaja di bandar Jerantut. Mencari Rumah Tumpangan yang berhampiran disekitar tempat kami makan malam yang bersedia membenarkan basikal kami disimpan didalam bangunan.

Bilik Air yang menyediakan sistem mandian Air Panas dan kemasan yang cantik serta bersih hanya dengan harga RM 55:00 semalam

Set television, Almari, Cerik Elektrik menambah keselesaan untuk kami berehat.

Sistem penghawa dingin dan katil tilam yang empuk cukup memuaskan hati dengan kadar sewaan RM 55.00


Hari Ke Tiga
Bandar Jerantut Ke Kampung Pagi Ulu Tembeling.

Layanan kaunter hadapan oleh Penyambut Tetamu yang peramah dan sedia berkhidmat cukup menyenangkan hati pengunjung seperti saya. Syabas dan tahniah pengurusan Hotel Firdaus yang memiliki pekerja seperti ini. Semoga bertambah maju jaya.


Kedudukan kedai makanan dibawah Hotel menyenangkan pengunjung tidak perlu pergi jauh untuk bersarapan pagi.



Persediaan untuk memulakan kayuhan ke Kampung Pagi.




Selepas mengeluarkan basikal yang disimpan diruang belakang pejabat Pendaftaran Hotel Firdaus, kami  bersarapan pagi seterusnya meneruskan perjalanan melalui Jettywater front dan membeluk kesimpang masuk laluan ke Taman Negara Ulu Tembeling. Bertekad pada hari yang ke 3 kita pasti sampai ke distinasi Kampong Pagi.

Nasib malang sentiasa...


Menemui penciptanya dalam keadaan begini...Kekura Bulus~Cyclemys dentata


Laluan menuju ke Kuala Tahan



Ketika dalam perjalanan saya telah diberhentikan seorang pemuda yang segera memperkenalkan dirinya sebagai Saudara Bistari dan memberi nombor untuk dihubungi apabila sampai kelak di Kampung Pagi. Terkejut dengan kejadian yang sangat jarang berlaku dimana orang yang tidak dikenali datang memberi bantuan.


Budi baik Saudara Bistari adalah terpuji. Beliau yang melihat kami sedang berkayuh sanggup memberhentikan kenderaannya dipertengahan jalan,  menahan saya dan memberi maklumat untuk saya menginap di Kampung Pagi. Sebelum ini saya tidak pernah mengenali beliau. Beliau hanya mendapat maklumat dari kawannya yang ada pengembara berbasikal ingin ke Kampung Pagi.

Terima kasih Saudara Bistari, usaha Saudara adalah sangat dihargai.

Rupa-rupanya kegiatan secara misteri yang diatur oleh Allah telah berlaku, dimana sahabat kepada sahabat saya Saudara Muhammad Muhir Hj.Daud iaitu Saudara Wan Azuan ada memaklumkan kepada kenalannya Saudara Bistari untuk saya hubungi apabila sampai di Kampung Pagi. Tetapi sebaliknya Saudara Bistari telah mendahului saya dengan berjumpa saya ditepi jalan secara tidak dirancang.

Hidangan masakan asli orang negeri Pahang yang sungguh menyelerakan yang disediakan kepada kami yang sedang kepenatan dan kelaparan.

Perbualan silaturahim dengan Saudara Wan Azwan yang menyentuh banyak pekara sehingga tidak menyedari bahawa masa mencemburui untuk meneruskan perbualan.

Tahniah dan syabas kerana anak perempuan Saudara Wan Azwan beroleh kejayaan 5 A didalam peperiksaan UPSR 2015.


Perjalanan ke Kuala Tahan juga memberi cabaran yang berbeza-beza, dimana laluan ke Felda Padang Piol adalah berbukit-bukit serta beralun-alun. Pada jam 12:30 singgah di rumah kenalan sahabat kepada sahabat saya Saudara Wan Azuan, secara bersungguh-sungguh  menjemput datang makan tengah hari dirumahnya di Kampung Labu. Sangat susah untuk saya menolak pelawaannya itu.Meluangkan masa untuk bersilaturahim sehingga jam 3:00 petang sebelum meneruskan perjalanan.

Laluan yang jarang dilalui oleh pengembara berbasikal.


Menggunakan laluan kampong ini pengembara berbasikal ada tempat untuk berehat dan tidur disini jikalau terlalu penat dan kesuntukan masa untuk sampai ke Kuala Tahan.


Perjalanan melalui Kampung Labu berjalan lancar bebas dari kenderaan lalu lalang ke Kuala Tahan atau ke Jerantut. Kenderaan berinjin sangat jarang menggunakan laluan kampong ditepi sungai.

Laluan ini tidak banyak kenderaan dan sunyi.




Lenggang...

Beralun-alun



Permandangan berlatar belakang Gunung Tahan yang tidak disangka-sangkakan berlaku pada hari kayuhan. Gumpulan kabus tebal telah tersingkap sehingga dapat melihat  Gunung Tahan dengan jelas.

Pengembara, Basikal dan Gunung Tahan....



Keindahan Bumi Pahang yang terlepas pandang....







Berhenti berehat  dan mengalas perut digerai yang terletak dipersimpangan jalan menuju ke Kampung Mat Daling pada jam 6:30 petang. Membuat persediaan lampu pada kepala serta pada basikal dan mulakan kayuhan pada jam 7:00 malam dengan harapan tiada ada sebarang pekara yang tidak diingini berlaku.


Kalau hendak berlaku macam-macam pekara boleh terjadi; Rantai putus, gear rosak , tayar kempis atau terserempak dengan kumpulan Gajah Liar dalam keadaan gelap gelita. Sebelum memulakan kayuhan saya menghubungi nombor yang diberi oleh Saudara Bistari siang tadi. Memaklumkan kepada Saudara Razak Yatim bahawa saya akan menginap di  Homestay miliknya di Kampung Pagi  apabila sampai nanti.





Permulaan kayuhan sudah mula mendaki , tiba-tiba saya merasakan ada orang  sedang membuat kayuhan "Attack " dari belakang , sangkakan saya ialah Isteri tetapi rupa-rupanya seorang pemuda tidak dikenali yang hanya dengan basikal buruk cuba memintas saya ketika mendaki. Bersilaturahim dengan pemuda tempatan tersebut yang bernama Saudara Johari Bin Mat.

Hasratnya ingin menemani kami ke Kampung Pagi, tetapi menasihatinya supaya beliau berpatah balik ke persimpangan sebelum kawasan disekitar menjadi gelap gelita. Menasihati beliau mengayuh mendaki laluan berbukit-bukit tanpa menggunakan sistem gear sangat memenatkan apatah lagi beliau tidak memiliki lampu basikal. Saudara Johari Bin Mat berpatah dengan mengekori motor yang lalu dari arah bertentangan untuk menuju ke Kuala Tahan.

Menunggu isteri @ teman kayuhan....


Kayuhan mendaki dalam keadaan gelap gelita mengharungi 5 bukit yang mencanak tinggi tanpa berhenti dipertengahan bukit dan menuruni bukit yang curam membuatkan saya memberi sedikit tumpuan penuh kepada proses penurunan yang sangat laju untuk kayuhan basikal. Keadaan lampu kepala dan lampu basikal yang tidak berupaya menyuloh jauh kehadapan membuatkan saya lebih berhati-hati. Bukan kerana khuatir akan kelajuan menuruni bukit tetapi khuatir akan terserempak dengan kumpulan Gajah Liar yang sering berkeliaran diatas jalan raya.


Jikalau terserempak ditengah jalan raya, untuk saya berpatah balik untuk naik memecut keatas laluan berbukit dalam jangka waktu yang cepat pastinya akan menimbulkan masalah kepada saya. Mujur atas bantuan Allah segala pekara yang hendak dielakkan tidak berlaku. Walaubagaimana pun cabaran-cabaran seperti ini memang menyeronokkan buat diri saya.

Isteri saya nun jauh dibawah keseorangan diri dalam gelap gelita berkayuh mendaki bukit.

Dalam pada itu isteri saya sudah tidak terdaya lagi untuk mengayuh basikal, dia jauh ketinggalan dibelakang keseorangan diri dalam gelap gelita. Pada malam itu tidak kelihatan bintang dan bulan cuma berkabus sahaja. Saya dari atas kemuncak  melihat cahaya lampu basikalnya berkelip-kelip bergerak perlahan-lahan menuju kearah saya. Sedikit pun tidak merasa risau atau gusar terhadapnya kerana beliau memiliki jiwa yang kental dan berani. Pada jam 9:45 malam barulah kelihatan papan tanda Kampung Pagi menandakan saya telah hampir sampai ke Kampung Pagi. Sejurus kemudian sebuah pacuan 4 roda datang menuju kearah  saya dan memperkenalkan diri mereka.




Rupa-rupanya En.Razak merasa khuatir terhadap kami kerana hampir jam 10:00 malam masih tidak sampai ke Kampung Pagi. Mereka cuba mencari saya kalau-kalau berlaku sebarang kesulitan berlaku keatas kami berdua ditengah jalanraya.

Makan malam yang telah lama tersedia untuk kami berdua. Terima kasih Pakcik Razak.


Hal keadaan ini cukup membuatkan hati saya terharu dan menghargai usaha En.Razak Yatim yang sebelum ini tidak pernah saya kenal dan berjumpa. Makanan malam sudah lama tersedia untuk kami berdua jamah. Selesai bersilaturahim kami membersihkan diri lalu berehat badan untuk aktiviti selanjutnya keesokan hari.

Hari Ke Empat.
Meredah Hutan Untuk Menikmati Keindahan Lata Layang-layang.

Hostel milik Pakcik Razak dengan bayaran cuma RM 15.00 seorang.

Bersilaturahim dengan pendududk Kampong Pagi.

Kedai makan yang baru dibuka untuk keperluan penduduk tempatan dan pekerja pembinaan jalan raya.



Sementara menunggu  untuk pergi ke Lata Layang-layang saya berkayuh bersendirian naik jauh menuju kearah atas  dari Kampung Pagi Ke arah kawasan jalan yang telah diturap dengan Tar. Turapan jalan raya sudah memasuki sebahagian kawasan Kuala Sat dan selebihnya masih lagi jalan tanah merah sehingga ke Kampung Mat Daling. Berpatah balik semula setelah sampai dipenghujung jalan yang telah diturap dengan tar.







Penghujung Jalan Tar.

Menaiki Kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu oleh  En.Razak dan Penunjuk Arah ke Lata Layang-layang. Memasuki laluan balak dan melintasi sungai selama lebih kurang 30 minit. Menyambung perjalanan dengan berjalan kaki memasuki knopi hutan dan meredah anak-anak sungai. Perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit untuk samapai ke lokasi Lata Layang-layang.



Laluan trek balak


Air sungai yang sejuk jernih

Cadangan tapak Sanctuary Ikan


Tapak perkemahan


















Sepanjang meredah anak sungai permandangan semulajadi disini masih cantik dan bersih. Air sungainya sejuk dan masih lagi jernih berkaca. Disebahagian kawasan lubuk yang bercahaya suram kita masih boleh melihat butiran batuan serta daunan kering didasar sungai disebabkan  kejernihan air sungai.








Batu-batuan licin berwarna kemerah-merahan, terkadang-kadang kelihatan lumut-lumut hijau pekat seperti permaidani melekat pada batu-batu sungai.






Pokok Kacip Fatimah yang membiak subur



Jenis batuan yang berlapis-lapis bertindihan antara satu sama lain yang berwarna coklat seperti kuih lapis. Bunyi deruan air terjun yang jatuh menimpa permukaan air dan batu-batu membentuk rembasan air seperti wap berterbangan tanpa henti. Harapnya pengelola kawasan Hutan Simpan ini berupaya mengekalkan  keaslian alam semulajadi dikawasan ini untuk satu tempoh yang berpanjangan.

















Dari pengalaman yang lepas dan pandangan peribadi pada kebiasaannya sipengelola akan gagal mengekalkan keadaan sepertimana yang ada sekarang. Contoh-contoh yang lepas  telah pun berlaku kepada Air Terjun Hutan Simpan Air Hitam, Puchong Selangor dan Air Terjun  Chemerong, Lasir & Berembun di Terengganu.


Walaupun kecil tetapi budaya dan tabiat membuang sampah tidak sesekali diamalkan oelh pengunjung kesini.







Bila mana tempat itu sangat cantik maka berduyun-duyun pengunjung datang kesitu pada satu-satu waktu. Tidak menang tangan Jurupandu Arah membawa pengunjung hinggakan lokasi itu sesak dan padat. Hinggakan tiada tempat untuk membuat khemah, maka terpaksa lah menebang pokok-pokok untuk membuat tapak khemah.


Ada yang berebut-rebut untuk mendapatkan tapak khemah yang sesuai dan menarik. Keadaan bertambah buruk bilamana pengunjung yang datang pula, tidak mempunyai adab penjagaan alam semulajadi.






Kepada Penunjuk Arah pastinya teruja dan tidak dapat menahan hawa nafsu untuk mendapat laba yang lumayan dengan membawa seberapa ramai pengunjung dengan kerap. Bila sudah terlalu ramai disuatu tempat maka pengunjung tidak lagi dapat menikmati suasana alam yang damai. Hanya terdengar adalah gelak tawa dan hilaian suara manusia kegembiraan.




Pengurusan najis manusia dalam jumlah yang besar, penebangan pokok-pokok renek, tinggalan sisa-sisa makanan , merosakkan lumut-lumut melekat dibatu, dan macam-macam lagi. Pekara seperti inilah yang akan memincangkan keadaan Lata Layang-layang di Kampong Pagi dimasa akan datang jikalau tidak tadbir urus dengan berilmu. Kita tunggu dan lihat.





Makanan yang disediakan oleh kelauarga Pakcik Razak untuk makan malam.



Hari Ke 5
Kampung Pagi Ke Padang Piol

Awal pagi telah mula berkemas dan membuat persiapan untuk berkayuh pulang. Selepas bersarapan di rumah Pakcik Razak kita memulakan kayuhan bermula pada jam 9:00 pagi. Perjalanan bermula secara mendaki dan menurun yang panjang.

Kedai runcit di Kampong Pagi.









Bersarapan pagi sambil bersilaturahim dengan keluarga Pakcik Razak.



Kanak-kanak bersunat.







Ketika datang tempoh hari pengalaman berkayuh dilakukan pada waktu malam tetapi apabila pulang kita dihidangkan pula pengalaman dalam keadaan cuaca  cerah dan panas terik. Permandangan hutan yang berkabus disulam dengan bunyi kicauan burung-burung disepanjang kayuhan pulang.



























Baik sungguh hati Pemuda Kampong Pagi ini, yang berkesanggupan  mengejar saya dari jauh semata-mata untuk memulangkan barang milik saya yang tercicir tanpa disedari ditepi jalan.

Terima kasih banyak-banyak Pemuda Kampong Pagi. Menghargai usaha murni  seperti ini dan haruslah menjadi ikutan, semoga beliau maju jaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.







Kayuhan sambil berhenti merakam permandangan sekitar, menyebabkan kita sampai dipersimpangan jalan ke Kuala Tahan jam 12:30 tengah hari. Ketika berhenti rehat untuk makan tengahari saya ternampak Saudara Johari Bin Mat sedang duduk berehat di Warung makanan dan mengajak beliau bersilaturahim.



Saudara Johari Bin Mat adalah pengayuh basikal warga tempatan yang tegar.



Seiring  sejalan dan berpatah balik....


Ketika untuk berkayuh pulang beliau sekali lagi ingin mengiring saya tetapi menasihatinya supaya tidak mengekori kami kerana laluan keluar menuju ke Felda Padang Piol beralun dan berbukit-bukit. Semangatnya kuat dan masih juga ingin mengiringi saya namun dipertengahan jalan dia berpatah balik kerana kepenatan.



Berusaha bersungguh-sungguh untuk mengiringi kami pulang..






Perjalanan kayuhan mengharungi laluan lurus berbukit-bukit dan beralun-alun dalam keadaan cuaca panas terik. Sampai di Felda Padang Piol pada jam 6:00 petang dan terus berehat di Masjid Felda Padang Piol.






Di pekarangan Masjid Padang Piol

Kanak-kanak ini rela hati untuk menunjukkan alamat rumah kenalan saya Felda Padang Piol.



Mendapatkan bantuan kanak-kanak disitu bagi menunjukkan alamat keluarga kepada kenalan kami dikawasan perumahan Felda Padang Piol. Mendapat layanan mesra daripada mereka yang sudah lama tidak bersua. Mereka menyediakan makan malam dan bilik yang selesa untuk berehat.

Hari Ke 6
Padang Piol ke Jeransang

Penoraka Felda yang telah berjaya dalam mengharungi kehidupan.




Selepas bersilaturahim dan bersarapan kami bersiap  seterusnya tidak membuang masa untuk memulakan kayuhan. Cadangan pada hari ke 6 untuk berhenti berehat di Pulau Chekas, Hulu Dong. Sepertimana hari hari yang lepas cuaca di sini cukup baik, langit cerah terang tiada sebarang halangan perjalanan kayuhan bergerak lancar.

Masjid Jamek di Bandar Jerantut.


Rumah yang masih elik lagu

Semasa melintasi kawasan Kampung Baharu Jerantut, saya singgah melihat Masjid Lama yang saya baru perasan pada kayuhan dihari ke 2 diwaktu malam. Masjid ini nampaknya agak istimewa pada pandangan saya. Diperhatikan bentuk dan bahan pembinaan Masjid ini ia mungkin dibina dalam sekitar tahun 1940an atua 50an. Tiang kayu gelegar kelihatan masih kukuh dan tidak nampak ada serangan anai-anai. 

Seni Bina Bangunan Masjid Tradisi Lama Melayu Pahang.

Kayu-kayu yang digunakan untuk pembinaan Masjid ini adalah dari kayu kayan yang baik-baik bernilai tinggi.





Berdasarkan permandangan ditapak surau ini sudah tidak digunakan atas alasan luas pembinaan sangat kecil tidak dapat menampong jumlah khariah yang datang beribadat pada satu-satu masa. Pembinaan Masjid yang lebih besar selesa dan kemudahan asas mengakibatkan Masjid lama terpaksa ditinggalkan.



Tingkap Masjid jenis lama

Sayang seribu kali sayang.....


Namun begitu perlulah ada satu badan jawatankuasa kampong atau daerah untuk mengekalkan senibina warisan awal tamadun Melayu Islam Negeri Pahang daerah Jerantut ini. Keadaan ini adalah lumrah hidup manusia , orang yang jarang melihat mereka akan merasa sangat menghargai tetapi kepada orang yang terlalu biasa melihat setiap hari tidak merasakan apa-apa malah mungkin melihatnya sebagai sampah yang harus dilupuskan.

Mimbar Lama masih dalam keadaan baik


Tiang gelegar , lantai papan, Atap, Mimbar semuanya dalam keadaan yang baik.

Kentong




Apa yang pelik, andaikata ada orang lain yang tidak dikenali datang secara senyap atau menggunakan dokumen palsu untuk tujuan mengambil 2 buah Mimbar Masjid yang masih elok dan mengalihkan bangunan Masjid Lama ini, pastinya khariah tidak akan perasan atau pun akan ada penentangan.





Jauh dimata tetapi dekat dihati...

Sentiasa berlapang dada menerima kehadiran kami.


Selepas mengabadikan gambar untuk tujuan kenangan perjalanan diteruskan sehingga berhenti di Kampung Jeransang untuk mengambil sudu garpu hadiah pemberian anak saya yang tertinggal  pada tahun 2014 dulu. Seperti lumrah kebiasaan orang Pahang yang sentiasa berlapang dada menerima dan memberi keselesaan tetamu mereka sehingga kita merasa susah hati kerana tidak termampu untuk membalas budi baik mereka nanti.

Rumah inap yang terletak diatas bukit.

Menunggu suasana permandangan matahari terbenam.....

Ruang Dapur

Bilik Mandi@ Tandas yang bersih

Ruang Tamu yang besar dan selesa



Bilik tidur ke 2



Bilik Tidur Utama

Cikgu Azman pemilik rumah inap di Kampung Jeransang

Perancangan awal untuk berehat di Pulau Chekas, Hulu Dong gagal kerana tuan rumah mempelawa kami berehat di rumah inap mereka diatas bukit yang mempunyai permandangan indah. Dalam waktu yang sama pada ketika itu hujan turun mengakibatkan saya mengalah dengan pelawaan tuan rumah. Ternyata rumah inap yang baru sahaja siap dibina cukup selesa kepada sesiapa tinggal untuk berehat.


Hari ke 7
Kampung Jeransang Ke Kampung Lebu Bentong.

Terima kasih kerana menyediakan sarapan pagi kepada kami berdua.

Dari Kampung Budu di Kampung Tualang Padang


Awal pagi sudah bersiap kerana perjalanan masih jauh lagi, selepas bersarapan dan bersilaturahim kami memulakan kayuhan menuju ke Kampung Lebu Bentong. Kayuhan melalui laluan yang sudah biasa dilalui ini memang memberi sedikit cabaran ketika melalui Kampung Tualang Padang ke Hulu Dong.
Puyuh Butang Dada-belang~Turnix suscitator


Ular Rusuk Kerbau~Coelognatus radiatus















Kayuhan mendaki yang panjang pada waktu panas terik dan perut lapar memberi gangguan kepada isteri saya yang jelas kepenatan sehingga mengganggu emosinya. Segaja meninggalkannya jauh-jauh supaya tidak memberi gangguan ketenangan kepada kayuhan saya.

Ular Laju Ekor-merah~Gonyosoma oxycephalum

Laluan Sungai Ruan ke Lembah Klau



Di Ulu Gali berehat di Masjid disitu dan makan tengahari sebelum meneruskan kayuhan memasuki Pekan Sungai Ruan dan kawasan ladang kelapa sawit Lembah Klau.





Permandangan Gunung Benum dari Lembah Klau




Ketika berada dikawasan ini kami memperlahankan kayuhan kerana ingin menikmati keindahan permandangan matahari terbenam dikawasan ini. Menikmati permandangan sehingga waktu magrib dan meneruskan kayuhan sehingga sampai ke Kampung Lebu Bentong jam 8:00 malam.

Pekaka leher-putih~Halcyon smyrnensis










Menginap ditempat yang biasa saya singgah berehat di Kampung Lebu. Bersihkan diri dan berehat.


Hari ke 8
Kampung Lebu Bentong  Ke Taman Melawati.




Bersilaturahim dengan Warga Emas yang ditemui di Kampong Lebu Bentong.





Bersua kembali dengan rakan Heavy Metal yang bersama cucu kesayangannya semasa perjalan pulang ketika melalui Jalan utama Bentong.

Ular yang tidak dapat dikenal pastikan spesisnya

Bukit Tinggi, Bentong

Tuntuong Sungai~Batagur baska


Hari terakhir tidak banyak cerita yang dapat diceritakan kerana laluan kayuhan santai dalam cuaca yang cerah panas, terik dan baik. Seperti biasa berhenti berehat di Genting Sempah untuk melihat permandangan Alam sekitar. Seterusnya berkayuh menurun bukit sehingga selamat sampai di Taman Melawati pada jam 8:30 malam.







Pada hemat saya, kayuhan silaturahim pada kali ini lebih bermakna daripada kayuhan silaturahim yang terdahulu, kerana semua ujian dan cabaran yang disajikan kepada kami dapat diatasi dengan mudah dan selesa. Segala bantuan dan layanan baik yang diterima tidak dirancang daripada warga-warga dinegeri Pahang.

Maghirb...



Tidak berlaku sebarang kejadian yang menimbulkan rasa risau , bahaya dan marah. Keadaan basikal berada dalam keadaan terbaik. Sepanjang kayuhan pergi balik yang jauh tidak berlaku kebocoron tayar. Banyak bukit yang tinggi dan panjang yang didaki, dengan beban yang berat tidak mengakibatkan rantai basikal terlucut dan terputus.

Setiap kali kenderaan yang memintas basikal kami akan menjarakkan kenderaan mereka pada jarak yang selamat. Ada juga banyak kenderaan yang bersabar menunggu dibelakang kerana bersedia membenarkan saya menghabiskan pendakian bukit terlebih dahulu , kemudian barulah mereka memintas dengan berhemah. Sepanjang berkayuh dibumi Pahang kenderaan berat seperti lori yang mempunyai Plat bermula dengan C mempunyai adab memandu yang terpuji.

Dua warna kulit.

Berbanyak-banyak terima kasih saya kepada kedua-dua adik saya yang telah bergilir-gilir menjaga anak-anak saya sepanjang 8 hari membuat pengembaraan ini.  Tanpa merasa sedikit bimbang dan risau tentang hal ehwal kehidupan mereka semasa peninggalan itu. Tanpa pengorbanan mereka berdua itu tentunya agak sukar untuk melakukan ini semua.

Sepanjang 8 hari  meninggalkan anak-anak berkayuh mengembara dalam keadaan bersusah payah, mengayuh mendaki bukit beratus-ratus batu dengan beban dalam keadaan panas terik siang dan malam. Muka dan tangan berbelang hitam kerana terhangus dibakar cahaya matahari,  Masa seperti terbuang,  modal wang ringgit banyak telah terpakai, Apa sebenarnya yang dicari ? Apa yang telah kamu perolehi  dengan mebuat kerja-kerja seperti ini?

Saya meminjam kata-kata Sahabat saya Saudara Muhammad Muhir Haji Daud; dia berkata Semua benda didunia ini boleh kita beli dengan wang ringgit, cuma pengalaman sahaja yang tidak dapat kita beli dengan wang ringgit. Wasalam.