Sunday, 31 January 2016

Adab-Adab Memburung Dan Mempotret Imej Burung


Adab-Adab Memburung Dan Mempotret Imej Burung

Sebagai Jurufoto Burung mereka harus sentiasa menghadapi setiap cabaran kesukaran dan kepayahan seperti ini.

Bidang Jurufoto Burung merupakan satu bidang seni rakaman yang sangat mencabar, yang berkehendakkan seseorang itu bersedia menyahut segala bentuk cabaran  kesukaran  dan kepayahan yang terhidang ketika  berada dilapangan. Sambil mematuhi dan  mengikuti adab-adab  disiplin yang telah ditetapkan. Semua cabaran itu diatasi oleh Jurufoto Burung dengan menzahirkan  rakaman kualiti imej burung yang sangat baik . Inilah prinsip utama yang wajib ada pada seseorang individu dan sesebuah kumpulan itu.



Bukannya memiliki set kelengkapan merakam imej burung dan telah merakam seberapa banyak  imej spesis burung tanpa mengamalkan adab-adab Memburung. Jika mereka tidak mengamalkan adab-adab tersebut maka  mereka  dengan sengaja atau tidak sedar telah meletakkan bidang yang diceburinya setaraf dengan merakam imej burung di dalam Zoo dan Taman Burung, yang tidak berkehendakkan sebarang cabaran.


Prinsip menjaga  kebajikan dan memberi keutamaan kepada Burung wajib didahulukan,  daripada 
mengutamakan kehendak diri dan kepuasan hawa nafsu.

Mengorek laluan anak sungai dan kemudiannya mengepung air untuk diletakkan anak-anak Ikan Carp Jepun untuk dijadikan umpan untuk menarik perhatian Burung Pekaka.

Anak-anak ikan Talapia juga dijadikan umpan burung Pekaka.

Teknik terkini yang lebih berkesan telah digunakan baru-baru ini pada awal tahun 2016.



Salah satu contoh suasana di lokasi memburung yang telah tersedia set lengkap.

Adab Dan  Etika Ketika Memburung Dan Mempotret Imej Burung.

Harus sentiasa mengutamakan kebajikan burung dan kepentingannya terlebih dahulu daripada mengikut kehendak kualiti rakaman peribadi.

1.Sentiasa memohon kebenaran kepada Pemilik Tanah Persendirian  terlebih dahulu sebelum masuk untuk memerhati dan mempotret imej burung.

2. Tidak menghalakan muka Lensa Kamera kearah seseorang   individu atau orang ramai kerana perbuatan ini melanggar sempadan hak peribadi individu.

3.Tidak menunjukkan wajah tidak puas hati, menegur dan menghalang laluan orang ramai yang melintas dikawasan burung berada.

4.Tidak sesekali menggunakan alat pembesar suara atau pita rakaman yang mengeluarkan bunyi suara menyerupai mirip panggilan sesuatu spesies burung. Bertujuan menarik perhatian dan mencabar burung untuk ia datang hampir kepada Jurufoto Burung dan Pemerhati burung. Keadaan sebegini mendatangkan tekanan & stress kepada burung.

Cacing juga pernah digunakan untuk menarik perhatian burung.

Bekas plastik untuk membawa umpan ikan dibuang merata tempat didalam hutan.

5.Tidak merasuah burung dengan memberi makanan kepadanya dengan harapan untuk menjinaknya. Dengan keadaan burung jinak maka ini memudahkan Jurufoto Burung merakam imej burung idaman mereka. Pada waktu yang sama keadaan burung yang jinak itu akan mendatangkan bahaya burung tertangkap oleh kumpulan Pemikat , Penangkap Burung Liar dan Haiwan Pemangsa.

6.Tidak sesekali mengumpan makanan burung dengan pelbagai tipu helah untuk tujuan mendapatkan rakaman imej yang dikehendaki.

7.Tidak sesekali menebang serta mencantas ranting ditempat burung berlindung dan disekitar tempat Burung membuat sarang. Perbuatan ini akan mendedah dan menjemput bahaya kepada burung daripada serangan haiwan pemangsa dan kumpulan Penangkap Burung Liar.

8.Tidak sesekali berada terlalu hampir dilokasi sarang burung kerana burung akan meninggalkan telor dan anaknya didalam sarang kerana ketakutan.

9.Tidak sesekali menutup lubang sarang burung walaupun hanya buat sementara waktu. Penutupan ini bertujuan menghalang Burung dewasa yang datang membawa makanan untuk anak atau Burung yang sedang mengeram, akan hinggap lebih lama daripada biasa dihadapan lubang sarangnya. Perbuatan ini akan menyebabkan diet dan kesihatan anak burung terjejas.

Melekatkan ranting bebas daun-daun dikawasan yang mempunyai pencahayaan yang mencukupi untuk kemudahan rakaman.



Tapak untuk diletakkan ulat-ulat sebagai santapan burung.

10.Membuat catitan pemerhatian dan perihal kelakuan burung dihabitat semulajadinya dalam bentuk nota peribadi, selain membuat rakaman imej burung.

11.Tidak sesekali menggunakan tembakan flash kamera untuk merakam imej burung samada pada waktu siang mahu pun waktu malam.

12.Tidak memancing pujian dengan menyiarkan rakaman  didalam halaman sosial internet, imej  burung sedang mengeram , anak burung yang tidak berkebolehan terbang, dan Burung dewasa sedang menjaga anak-anak burung. Dikhuatiri bertambah ramai jurufoto akan berada dilokasi sarang, keadaan ini mengakibatkan burung takut dan terbang meninggalkan telor dan anak burung. Rakaman hanya sesuai disiarkan apabila anak burung telah terbang meninggalkan sarang.



Umpan Dedak juga dipakai untuk menarik perhatian burung-burung jenis Kuang dan Puyuh.
Jagung kering untuk menarik perhatian burung



Bersabar Dengan Kata-Kata Mereka.

Sudah pasti akan ada kata-kata seperti ini yang akan kita dengar apabila kita berkempen untuk melaksanakan adab Memburung  :-

1. Burung itu bukan kamu yang punya, mengapa kamu merasa susah hati dan sibuk-sibuk mengganggu kami. Kamu hendak beradab bersendirian  dipersilakan, dan kami tidak pernah akan marah.

2. Kamera dan Lens aku beli mahal-mahal, mengapa pulak engkau yang menentukan apa yang aku boleh rakam atau tidak. Siapakah kamu.?






3.Dengan melakukan adab sebegini, kamu beranggapan kamu sahaja yang hebat, manakala jurugambar yang tidak melakukan adab ciptaan kamu , kamu menganggapkan mereka adalah tidak hebat.!  

4. Tidak masuk akal, pergi memburung dengan tidak membawa umpan sebagaimana pemancing ikan tidak membawa umpan untuk memancing ikan. 




Menutup lubang sarang burung spesis Pekaka



5. Kamulah orang tidak cerdik kerana tidak mahu menggunakan bantuan teknologi untuk kemudahan kamu sendiri.

6. Mulai sekarang janganlah lagi memberi burung-burung merpati makan kerana ia akan menimbulkan pelbagai penyakit burung.

Buah pisang dicuba untuk menarik perhatian burung



Prop dan studio semula jadi yang boleh dipasang siap dengan segera.

7. Kita juga menyumbang kepada kesejahteraan burung dan kepentingannya dengan menunjukkan imej -imej rakaman burung yang cantik kepada khalayak ramai tentang betapa cantiknya makhluk ciptaan Tuhan.



Kelakuan dan perbuatan yang sama untuk menarik perhatian burung yang digunakan oleh Jurufoto Burung telah ditiru dan diamalkan pula untuk menangkap burung-burung.


Untuk mendapatkan rakaman imej burung separas mata .




Kesan burung yang telah berjaya ditangkap oleh kumpulan penangkap burung.




Usaha kumpulan penangkap burung untuk memerangkap burung dengan meletakkan jaring dikeliling anak sungai.





Sarang burung yang telah rosak binasa akibat serang haiwan pemangsa


Usaha mendirikan sarang menjadi sia-sia apabila burung sedang dalam proses mengeramkan telornya.

Bersabarlah dengan gelagat dan kata-kata balas mereka itu nanti,  kerana sifat mereka itu adalah dikalangan dari orang yang bersifat orang besar-besar yang tidak suka ditegur . Wasalam.

RED DOOR TO HUNT.

Saturday, 16 January 2016

Kepupusan HIDUPAN LIAR Disebabkan Langgar Lari.


Satistik Laporan Langgar Lari HIDUPAN LIAR.

Pemandu ini memperlahankan kenderaan sambil mengelak daripada melanggar Biawak , dalam waktu yang sama Biawak telah berpatah balik masuk kedalam semak.

Mukadimah






Berdasarkan maklumat pengalaman yang lampau, saya berpendapat punca kejadian ini semua berlaku disebabkan habitat semulajadi kepada hidupan liar seperti kawasan hutan , paya dan  sungai telah pun terganggu serta hampir terhapus. 


Kawasan  hutan semulajadi haiwan telah dirampas secara membabi buta oleh satu kumpulan Saudagar yang mempunyai gerak fikir, cenderung kepada memusnahkan Alam sekitar bersama-sama penghuninya sekali. Mereka dengan sengaja  memusnahan hutan-hutan untuk mengaut untung, dengan berselindung dibawah nama pembangunan dan pertanian.


Mereka sedar dengan jelas akan akibat kemusnahan  itu, yang akan menyeret kita semua dan menjerumuskan haiwan-haiwan hidupan liar  menjalani kehidupan dalam suasana malapetaka pencemaran yang merugikan banyak pihak.



Mereka menggunakan kekuatan kewangan dan pengaruhnya dengan memperalatkan warga-warga lemah berfikir dan warga yang terdesak dalam kehidupan untuk mencapai kehendak ketamakan hawa nafsu untuk menjadi kekal kaya raya. Warga yang tertekan dan terdesak ini pula hanya menurut sahaja semua alasan cerdik mereka itu. Kononnya ini adalah salah satu  usaha ekonomi memakmurkan ekonomi negara dalam sektor pembalakan, perladangan dan perlombongan.



Saudagar-saudagar Balak yang kebanyakkan mereka berasal dari keluarga yang kaya raya tetapi kurang berpendidikan menjadikan perniagaan menjual balak sebagai perniagaan turun temurun. Perniagaan membalak ini tidak perlu menggunakan otak sepertimana perniagaan-perniagaan yang lain.



Mereka hanya perlukan maklumat tentang jenis pokok-pokok, kemudian membuat permohonan melalui peruntukkan undang-undang yang sedia ada. Yang pastinya permohonan tersebut akan diluluskan tanpa banyak soal. Seterusnya menebang pokok-pokok balak , dijual dan mendapat untung mudah.



Proses pusingan  kehancuran alam semulajadi  akan bermula dengan bidang pembalakan balak  dengan memusnahkan segala isi hutan dengan mengondolkan hutan. Setelah hutan menjadi gondol ia akan diambil alih pula dengan bidang perladangan kelapa sawit, getah dan tanaman lain. Setelah tanah sudah tidak sesuai lagi untuk pertanian yang disebabkan baja dan racun kimia, maka disambung pula oleh  bidang perlombongan meniral buksit dan sebagainya. Inilah proses kitaran kemusnahan Alam sekitar yang menjadi lumrah di Tanahair kita sejak 50 tahun dahulu. 


Imej ini diambil di Negeri Terengganu pada tahun 1987.

Persatuan - persatuan Alam Sekitar yang membuat bantahan pula dicurigai usaha mereka, kerana tidak nampak apa-apa kesan terhadap bantahan itu. Seolah-olah mereka seperti telah termakan budi dari hasil sumbangan derma oleh Syarikat-syarikat Gergasi. Individu yang telah menerima geran belajar atau geran kajian tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka hanya kuat membantah hanya didalam hati sahaja. Kalau ada bantahan yang dilaksanakan hanyalah sebagai topeng untuk mengaburi mata masyarakat setempat dan dunia.

Pembalakan hutan untuk pertanian tanaman Kelapa Sawit. Imej ini dirakam pada tahun 1989 di Paka, Terengganu.

Saudagar-saudagar Balak ini adalah pengkhianat Alam Sekitar sememangnya tidak berhati perut  berbuat sewenang-wenang apa-apa yang tergerak dihati asalkan  mendatangkan keuntungan peribadi secara cepat, mudah dan banyak untuk satu tempoh yang panjang. Setelah banyak kawasan hutan telah ditebang, maka bertabur dan berkeliaranlah  haiwan-haiwan itu untuk mencuba menyesuaikan keadaan dengan kehidupan yang baharu dan janggal.


Mahu tidak mahu hidupan liar harus bersegera cepat menyesuaikan kehidupan mereka mencari makan didalam ladang-ladang besar. Kehidupan hidupan liar telah banyak berubah sehingga mereka tidak sempat mengenal pekara yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.





Samada terserempak dengan manusia, terserempak dengan berbagai jenis kenderaan, mengenal bahan-bahan racun kimia perosak tanaman dan berbagai-bagai ancaman yang begitu asing kepada hidupan liar.



Andaikata lambat mengecam dan mengenal jenis merbahaya , maka melayanglah nyawa hidupan liar itu satu persatu dari masa kesemasa. Sehingga akan sampai pada satu masa nanti, hidupan liar ditanahair kita ini , jumlahnya akan berkurangan, tanpa sesiapa pun menyedarinya. Malah tidak ada sesiapa pun yang akan mengetahui jumlah pengurangannya.








 Laporan Langgar Lari.







Kejadian Langgar Lari ini berlaku  setiap hari terhadap hidupan liar di sepanjang kawasan jalanraya yang bersempadankan Hutan, Ladang dan Kebun. Ia sama dengan kemalangan maut yang berlaku kepada manusia pada setiap hari. Bezanya kemalangan maut Langgar Lari Hidupan Liar tidak dilaporkan kepada agensi-agensi yang berkaitan. Jikalau kemalangan Langgar Lari ini dilaporkan mungkin satistik korban hidupan liar  berada diparas membimbangkan.


Pada amnya laporan ini tidak mendatangkan apa-apa kepentingan langsung kepada manusia. Kerana setiap korban kematian Langgar Lari kepada Hidupan liar yang dilindungi oleh Kerajaan Negara Malaysia, sebenarnya dilindungi hanya diatas kertas Akta yang diwartakan sahaja, tetapi  tidak dengan daulat perbuatan.


Tujuan dan hakikat usaha ini hanya untuk memaklumkan kepada khalayak supaya pengguna jalanraya lebih berwaspada ketika memandu. Supaya khalayak tidak terlibat dengan kemalangan yang melibatkan nyawa manusia dan juga nyawa hidupan liar. Sila beri lebih sedikit tumpuan, ketika memandu dikawasan hutan, ladang-ladang kelapa sawit, parit-parit dan sungai. Lebih lebih lagi ketika pemanduan diwaktu malam hari.



Kita sudah sedia maklum ketika ini kawasan hidupan liar sudah terjejas teruk akibat pembalakan, perladangan dan perlombongan Galian. Oleh yang demikian janganlah kita pula menjadi agen  kepada penghapusan Hidupan Liar secara rahsia dan sembunyi.   





Semua rekod kemalangan Langgar Lari ini telah disimpan sejak tahun 1998. Pada mulanya tujuan merekodkan hanyalah untuk rekod peribadi sahaja.  Masih ada banyak rekod yang telah rosak dan sudah tidak dapat dibaca oleh komputer.


1.Jampuk Tembakau Jawa~Otus rufescens 
Lokasi: Taman Melawati Jalan E

Dijumpai mati ditepi jalan raya di kawasan perumahan Taman Melawati pada 11 Julai 2010  antara jam 9:00 pagi- 10: 00 pagi. Burung ini dipercayai bertembung dengan kenderaan pada waktu subuh,  andaian cadangan ini berdasarkan keadaan tubuh badan masih lagi elok dan belum berbau lagi ketika ditemui.

Jampuk Tembakau Jawa~Otus rufescens

2. But-but Kecil~Centropus bengalensis
Lokasi: Jalan Ulu Langat ke Gunung Nuang



But-but Kecil~Centropus bengalensis

3.Terik Tengkok-hitam~Oriolus chinensis
Lokasi: Taman Melawati Jalan E
 
Terik Tengkok-hitam~Oriolus chinensis

4.Malkoha Dada-berangan~Phaenicophaeus curvirostris
 Lokasi: Batu 17 Jalan Ulu Langat.



Malkoha Dada-berangan~Phaenicophaeus curvirostris

5.Ruak-ruak Dada-putih~Amaurornis pheonicurus
Lokasi :Batu 18 Ulu Langat.

Ruak-ruak Dada-putih~Amaurornis pheonicurus
6. Merbah Mata-merah~Pycnonotus brunneus
Lokasi :Ulu Tembeling

Merbah Mata-merah~Pycnonotus brunneus

Merbah Mata-merah~Pycnonotus brunneus

7.Takau hitam dan kuning~Eurylaimus ochromalus
Lokasi: Gombak -Genting Sempah



Takau hitam dan kuning~Eurylaimus ochromalus

Takau hitam dan kuning~Eurylaimus ochromalus

8.Pekaka Api~Ceyx rufidorsa
Lokasi:Jalan Gombak ~ Genting Sempah



Pekaka Api~Ceyx rufidorsa

Pekaka Api~Ceyx rufidorsa

9.Lelayang Sarang-hitam~Collocalia maxima
Lokasi:Lebuhraya Karak~Kuantan


Lelayang Sarang-hitam~Collocalia maxima


10.Ayam Hutan~Gallus gallus
Lokasi: Tasik Kenyir, Terengganu



Ayam Hutan~Gallus gallus
11.Jampuk Tembakau Jawa~Otus rufescens atau Jampuk Timur~Otus sunia
Lokasi:Jalan Gombak ~ Genting Sempah


Jampuk Tembakau Jawa~Otus rufescens atau Jampuk Timur~Otus sunia


Jampuk Tembakau Jawa~Otus rufescens atau Jampuk Timur~Otus sunia

12.Punai Leher-Merah jambu~Treron vernans
Lokasi: Taman Melawati


Punai Leher-Merah jambu~Treron vernans


Punai Leher-Merah jambu~Treron vernans
13. Pikau Dada-biru ~Caturnix chinensis Betina
Lokasi: Taman Melawati


Pikau Dada-biru ~Caturnix chinensis Betina

Pikau Dada-biru ~Caturnix chinensis Betina


14.Tiak Tongkeng -putih ~Lonchura striata
Lokasi: Bukit Tinggi, Pahang


Tiak Tongkeng -putih ~Lonchura striata
15.Tuwu~Eudynamys scolopacea
Lokasi: Ulu Langat

Tuwu~Eudynamys scolopacea

Tuwu~Eudynamys scolopacea

16.Pungguk Rimba -bintik~Strix seloputo
Lokasi: Jalan Kapar~ Kuala Selangor

Pungguk Rimba -bintik~Strix seloputo

Pungguk Rimba -bintik~Strix seloputo

17.Khukhu Jambul-sayap-berangan~Clamator coromandus
Lokasi: Bidor, Perak


Khukhu Jambul-sayap-berangan~Clamator coromandus

Khukhu Jambul-sayap-berangan~Clamator coromandus

18. Gosewah berjambul~ Accipitier trivirgatus
Lokasi: Taman Melawati

Gosewah berjambul~ Accipitier trivirgatus


Gosewah berjambul~ Accipitier trivirgatus

19.Ketupa Ikan-Kuning Langsat~Ketupa ketupu
Lokasi: Jalan Bentong


Ketupa Ikan-Kuning Langsat~Ketupa ketupu

20.Burung Tukang Ekor-besar~Caprimulgus macrurus
Lokasi: Titi, Negeri Sembilan


Burung Tukang Ekor-besar~Caprimulgus macrurus
21.Ruak-ruak Dada-putih~Amaurornis pheonicurus
Lokasi: Semenyih

Ruak-ruak Dada-putih~Amaurornis pheonicurus

22.But-but Kecil~Centropus bengalensis
Lokasi:Sungai Dusun, Sabak Bernam


But-but Kecil~Centropus bengalensis
23.Merbuk Zamrud~Chalcophaps indica
Lokasi: Sungai Koyan, Pahang


Merbuk Zamrud~Chalcophaps indica

24.Murai Kampong~Copsychus saularis
Lokasi: Batu Talam , Raub


Murai Kampong~Copsychus saularis
25.But-but besar~Centropus sinensis
Lokasi: Batu Talam Raub.


But-but besar~Centropus sinensis
26.Ketupa Ikan-Kuning Langsat~Ketupa ketupu
Lokasi:Pekan Bentung~Kampong Lebu

Ketupa Ikan-Kuning Langsat~Ketupa ketupu


27.Burung Tukang kelabu~Caprimulgus indicus
Lokasi:Ulu Kali

Burung Tukang kelabu~Caprimulgus indicus

28.Sintar Kaki-merah~Rallina fasciata
Lokasi: Genting Sempah.


Sintar Kaki-merah~Rallina fasciata
29.But-but Kecil~Centropus bengalensis
Lokasi:Ulu Langat

But-but Kecil~Centropus bengalensis

30.Burung Tukang Ekor-besar~Caprimulgus macrurus
Lokasi: Telok Panglima Garang, Selangor

Burung Tukang Ekor-besar~Caprimulgus macrurus

31.Puyuh Butang Dada~belang~Turnix suscitator
Lokasi: Kampong Tualang Padang


Puyuh Butang Dada~belang~Turnix suscitator
32.Pungguk Rimba bintik~Strix seloputo
Lokasi: Lebuh Raya Lekas.
 

Pungguk Rimba bintik~Strix seloputo

Pungguk Rimba bintik~Strix seloputo
33.Jampuk Jelapang~Tyto alba
Lokasi: Pulau Carey


Jampuk Jelapang~Tyto alba



Kumpulan Perissodactyla

Keluarga Tapiridae

1.Badak Tampong /Cipan~Tapirus indicus
Lokasi: Puncak Alam , Selangor


Badak Tampong /Cipan~Tapirus indicus

Kumpulan Proboscidea

Keluarga Elephantidae

2.Gajah~Elephas maximus
Lokasi:Bukit Jalur , Gemas.


Gajah~Elephas maximus


Kumpulan Artiodactyla

Keluarga Suidae

3.Babi Hitan~Sus scrofa
Lokasi: Gombak~ Genting Sempah



Babi Hitan~Sus scrofa

4.Babi Hitan~Sus scrofa
Lokasi: Kampong Mat Daling, Ulu Tembeling Pahang.



Babi Hitan~Sus scrofa

Kumpulan Carnivora

Keluarga Felidae

5.Harimau Belang~Panthera tigris
Lokasi: Lebuhraya Karak



Harimau Belang~Panthera tigris



6.Kucing Batu~Felis bengalensis
Lokasi: Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Kucing Batu~Felis bengalensis


7.Kucing Batu~Felis bengalensis
Lokasi: Lebuhraya Karak~ Kuantan.

Kucing Batu~Felis bengalensis

8.Kucing Batu~Felis bengalensis
Lokasi: Jalan Raub ke Benta


Kucing Batu~Felis bengalensis



Kucing Batu~Felis bengalensis




Kucing Batu~Felis bengalensis


Kucing Batu~Felis bengalensis

10.Kucing Batu~Felis bengalensis
Lokasi: Sungai Dusun, Sabak Bernam.



Kucing Batu~Felis bengalensis



Keluarga Viverridae


1.Musang Pulut ~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Kuala Kubu Baharu.

Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus

2.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Taman Melawati

Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus

3.Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith
Lokasi: Raub


Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith

4.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Temerloh

Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus

5.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Lembah Klau


Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus

6.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi:Taman Melawati

Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus

7.Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith
Lokasi: Gombak ~ Genting Sempah


Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith
8.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Kuala Kelawang, Negeri Sembilan

Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus

9.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Jelebu, Negeri Sembilan


Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus

10.Musang Jebat~Viverra zibeth Linnaeus
Lokasi: Merapoh

Musang Jebat~Viverra zibeth Linnaeus
11.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Taman Melawati

Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus


Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus

12.Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith
Lokasi:Lebuhraya Karak


Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith


Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith

13.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Sungai Koyan, Pahang


Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus

14.Musang Akar~Arctogalidia trivirgata
Lokasi:Lembah Klau, Bentong

Musang Akar~Arctogalidia trivirgata
15.Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith
Lokasi: Jalan Gombak Lama~ Genting Sempah


Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith

16.Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith
Lokasi: Lebuhraya Karak~Bukit Tinggi

Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith




Kumpulan Primat

Keluarga Cercopithecidae

1.Lotong peha-putih~Presbytis siamensis
Lokasi:Taman Melawati


Lotong peha-putih~Presbytis siamensis


Lotong peha-putih~Presbytis siamensis

2.Lotong peha-putih~Presbytis siamensis
Lokasi:Ulu Langat Batu 10

Lotong peha-putih~Presbytis siamensis


Lotong peha-putih~Presbytis siamensis

3.Kera~Macaca fascicularis ( Raffles )
Lokasi:Taman Melawati

Kera~Macaca fascicularis ( Raffles )

4.Kera~Macaca fascicularis ( Raffles )
Lokasi:Jalan Gombak~Genting Sempah


Kera~Macaca fascicularis ( Raffles )


Keluarga Lorisidae
Kongkang

1.Kongkang~Nycticebus caucang ( Boddaert )
Lokasi: Bukit Tinggi



Kongkang~Nycticebus caucang ( Boddaert )
2.Kongkang~Nycticebus caucang ( Boddaert )
Lokasi: Kuala Lompat, Pahang


Kongkang~Nycticebus caucang ( Boddaert )

3.Kongkang~Nycticebus caucang ( Boddaert )
Lokasi:Taman Melawati

Kongkang~Nycticebus caucang ( Boddaert )




Kumpulan Pholidota
Keluarga Manidae
Tenggiling

1.Tenggiling~Manis javanica ( Desmarest )
Lokasi: Lebuh Raya Karak ~ Kuantan.


Tenggiling~Manis javanica ( Desmarest )


Keluarga Rhizomyidae

1.Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis
Lokasi:Hutan Simpan Kemensah

Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis

Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis

2.Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis
Lokasi:Jalan Genting Peres ~ Kuala Kelawang,
 

Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis



Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis

Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis

3.Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis
Lokasi: Lebuhraya Karak~Bukit Tinggi


Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis

4.Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis
Lokasi:Taman Melawati

Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis


Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis


Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis


Kumpulan Insectivora

Keluarga Erinaceidae


1.Tikus Babi~Hylomys suillus ( Muller )~Tikus Ambang Bulan~Echinosorex gymnurus ( Raffles )
Lokasi: Kampong Lebu Bentong


Tikus Babi~Hylomys suillus ( Muller )

Keluarga Muridae

1.Tidak dapat dikenal pasti.
Lokasi: Jalan Gombak Lama-Gentig Sempah


Tidak Dapat Dipastikan Spesisnya.

2.Tikus Legong~Lenothrix canus
Lokasi: Beranang, Selangor


Tikus Legong~Lenothrix canus


Kumpulan Rodentia
Keluarga Sciuridae


Tupai Cerleh~Sundasciurus tenuis ( Horsfield )
Lokasi: Ulu Langat


Tupai Cerleh~Sundasciurus tenuis ( Horsfield )

Tupai Cerleh~Sundasciurus tenuis ( Horsfield )
Lokasi: Mempaga, Pahang



Tupai Cerleh~Sundasciurus tenuis ( Horsfield )

Sub Keluarga Petauristinae

Tupai Terbang Merah~Petaurista petaurista ( Pallas )
Lokasi: Lebuhraya Grik,


Tupai Terbang Merah~Petaurista petaurista ( Pallas )

Kumpulan Chiroptera

Genus Kerivoula
Kelawar

1.Kelawar Hutan terkecil~Kerivoula minute ( Miller )
Lokasi: Jalan Gombak Lama~Genting Sempah

Kelawar Hutan terkecil~Kerivoula minute ( Miller )


Keluarga Varanidae
Biawak

1.Biawak Air~Varanus salvator Laurenti
Lokasi:Sungai Dusun , Sabak Bernam

Biawak Air~Varanus salvator Laurenti

2.Biawak Air~Varanus salvator Laurenti
Lokasi: Ulu Gali Raub


Kala Jengking
Lokasi:Jalan Lama Gombak~Genting Sempah.



Kumpulan Amphibia

1.Tidak dapat dikenal pasti spesisnya.
Lokasi:Ulu Kali, Genting Highland


Tidak Dapat Dipastikan Keluarga dan Spesies
Keluarga Agamidae
Sesumpah

1.Sesumpah Hijau~Bronchocela cristatella
Lokasi: Jalan Gombak Lama~Genting Sempah

Sesumpah Hijau~Bronchocela cristatella Kuhl

Keluarga Bataguridae
Kura -Kura

1.Kura-kura Tidak dapat dikenal pasti spesisnya
Lokasi: Pekan , Pahang.

Kenyataan: Kura-kura ini baharu sahaja dilanggar oleh kenderaan ia masih hidup lagi cengekerangnya telah pecah. Mengalihkan ditempat yang lebih selamat supaya ia tidak dilanggar lagi dengan harapan ia mati dalam keadaan yang lebih elok keadaannya.



2.Jelebu Hitam~Siebenrockiella crassicollis ( Gray )
Lokasi: Tasik Seri Permaisuri, Cheras.

Jelebu Hitam~Siebenrockiella crassicollis ( Gray )
3.Kura-kura Katup~Cuora amboinensis
Lokasi: Waterfront Jerantut.

Kura-kura Katup~Cuora amboinensis Daulin
Kura-kura Katup~Cuora amboinensis

4.Kekura Tokong~Hieremys annandalei
Lokasi:Jalan Bukit Tinggi ke Janda Baik


Kekura Tokong~Hieremys annandalei



Kumpulan Reptilia
Ular

1.Tiada Nama Ular Dalam bahasa Malaysia ~Popeia fucata
Lokasi:Ulu Kali
Tarikh: 14 May 2014


Popeia fucata
Spesis yang tidak dapat di kenal pasti.
Lokasi: Lebuh Raya Karak~ Janda Baik
Tarikh: 21 Julai 2013


Spesis yang tidak dapat di kenal pasti.

3.Ular Laju Ekor-merah~Gonyosoma oxycephalum ( Boie, 1827 )
Lokasi: Lebuhraya Karak ~Bukit Tinggi
Tarikh: 19 Sept 2014


Ular Laju Ekor-merah~Gonyosoma oxycephalum ( Boie, 1827 )

Ular Tikus Biasa~Ptyas korros Schlegel
Lokasi: Taman Rimba Ampang
Tarikh: 20 Feb 2014


Ular Tikus Biasa~Ptyas korros Schlegel


Ular Katam Tebu~Bungarus fasciatus Shneider
Lokasi: Ulu Langat
Tarikh: 15 April 2013


Ular Katam Tebu~Bungarus fasciatus Shneider

Ular Pelangi~Xenopeltis unicolor Reinwardt
Lokasi: Jalan Ulu Langat
Tarikh: 3 Julai 2014

Ular Pelangi~Xenopeltis unicolor Reinwardt
Spesis yang tidak dapat dikenal pasti
Lokasi: Jalan Benta ~ Jeransang
Tarikh: 26 Sept 2015


Spesis yang tidak dapat dikenal pasti


Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus ( Boie )
Lokasi: Genting Peras~Kuala Kelawang
Tarikh:1998

Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus ( Boie )

Ular Rebung Perut Bintik~Rhabdophis chrysargos ( Schlegel 1837 )
Lokasi: Kolej Amiruddin Baki, Genting Highland
Tarikh:30 Sept 2014


Ular Rebung Perut Bintik~Rhabdophis chrysargos ( Schlegel 1837 )

Ular Rebung berbintik~Xenochrophis maculatus
Lokasi: Taman Rimba Ampang , Selangor
Tarikh: 11 Okt 2014


Ular Rabong berbintik~Xenochrophis maculatus

Ular Kukri Lapan Jalur~~Oligodon octolineatus
Lokasi:Bukit Tinggi ~ Bentong
Tarikh: 14 Dis 2014

Ular Kukri Lapan Jalur~~Oligodon octolineatus

Ular Kapak Tokong~Tropidolaemus wagleri Wagler
Lokasi: Bukit Tinggi ~ Bentong
Tarikh: 14 Dis 2014

Ular Kapak Tokong~Tropidolaemus wagleri Wagler

Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus ( Boie )
Lokasi:Taman Melawati
Tarikh: 25 Feb 2012

Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus ( Boie )



Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus ( Boie )



Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus ( Boie )
Lokasi:Kuala Selabgor
Tarikh: 14 Nov  2015
Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus ( Boie )

Ular Laju Ekor Hitam~Coelognathus flavolineatus Schlegel
Lokasi: Jalan Gombak ~Genting Sempah
Tarikh:31 May 2010

Ular Laju Ekor Hitam~Coelognathus flavolineatus Schlegel



Ular Laju Ekor-merah~Gonyosoma oxycephalum ( Boie, 1827 )
Lokasi: Jalan Gombak Lama Ke Genting Sempah
Tarikh: 21 Jun 2015

Ular Laju Ekor-merah~Gonyosoma oxycephalum ( Boie, 1827 )

Ular Air perut kuning~Enhydris plumbea
Lokasi: Jalan Sungai Besar ~ Sabak Bermam
Tarikh: 9 Nov 2013


Ular Air perut kuning~Enhydris plumbea

Ular Laju Ekor-merah~Gonyosoma oxycephalum ( Boie, 1827 )
Lokasi: Ulu Gali, Raub
Tarikh: 4 Dis 2015



Ular Laju Ekor-merah~Gonyosoma oxycephalum ( Boie, 1827 )

Ular Rumah~Lycodon capucinos
Lokasi: Jeransang Pahang
Tarikh: 4 Dis 2015

Ular Rumah~Lycodon capucinos



Spesis yang tidak dikenal pasti
Lokasi: Bentong ~ Janda Baik
Tarikh: 4 Dis 2015


Spesis yang tidak dikenal pasti


Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus ( Boie )
Lokasi: Jalan Sungai Ruan, Raub.
Tarikh: 4 Dis 2015


Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus ( Boie )

Ular Kukri Kepala-merah~Bungarus flaviceps
Lokasi: Jalan Bukit Tinggi ke Bentong
Tarikh: 4 Dis 2015


Ular Kukri Kepala-merah~Bungarus flaviceps



Disenaraikan Korban Hidupan Liar Akibat Kemalangan Langgar Lari di Jalanraya :-




A.SENARAI BURUNG YANG DIJUMPAI MATI AKIBAT LANGGAR LARI

1.Jampuk Tembakau Jawa~Otus rufescens 
Lokasi: Taman Melawati Jalan E

2. But-but Kecil~Centropus bengalensis
Lokasi: Jalan Ulu Langat ke Gunung Nuang

3.Terik Tengkok-hitam~Oriolus chinensis
Lokasi: Taman Melawati Jalan G

4.Malkoha Dada-berangan~Phaenicophaeus curvirostris
 Lokasi: Batu 17 Jalan Ulu Langat.

5.Ruak-ruak Dada-putih~Amaurornis pheonicurus
Lokasi :Batu 18 Ulu Langat.

6. Merbah Mata-merah~Pycnonotus brunneus
Lokasi :Ulu Tembeling
 
7.Takau hitam dan kuning~Eurylaimus ochromalus
Lokasi: Gombak -Genting Sempah

8.Pekaka Api~Ceyx rufidorsa
Lokasi: Gombak -Genting Sempah

9.Lelayang Sarang-hitam~Collocalia maxima
Lokasi: Gombak -Genting Sempah

10.Ayam Hutan~Gallus gallus
Lokasi: Tasik Kenyir Ulu Terengganu

11.Jampuk Tembakau Jawa~Otus rufescens atau Jampuk Timur~Otus sunia
Lokasi:Jalan Gombak ~ Genting Sempah
12.Punai Leher-Merah jambu~Treron vernans
Lokasi: Taman Melawati

13. Pikau Dada-biru ~Caturnix chinensis Betina
Lokasi: Taman Melawati

14.Tiak Tongkeng -putih ~Lonchura striata
Lokasi: Bukit Tinggi, Pahang

15.Tuwu~Eudynamys scolopacea
Lokasi: Ulu Langat
 
16.Pungguk Rimba -bintik~Strix seloputo
Lokasi: Jalan Kapar~ Kuala Selangor

17.Khukhu Jambul-sayap-berangan~Clamator coromandus
Lokasi: Bidor, Perak

18. Gosewah berjambul~ Accipitier trivirgatus
Lokasi: Taman Melawati

19.Ketupa Ikan-Kuning Langsat~Ketupa ketupu
Lokasi: Jalan Bentong

20.Burung Tukang Ekor-besar~Caprimulgus macrurus
Lokasi:

21.Ruak-ruak Dada-putih~Amaurornis pheonicurus
Lokasi:

22.Merbuk Zamrud~Chalcophaps indica
Lokasi: Lata Lembik, Raub

23.Murai Kampong~Copsychus saularis
Lokasi: Batu Talam , Raub

24.But-but besar~Centropus sinensis
Lokasi: Batu Talam Raub.

25.Ketupa Ikan-Kuning Langsat~Ketupa ketupu
Lokasi:Pekan Bentung~Kampong Lebu

26.Burung Tukang kelabu~Caprimulgus indicus
Lokasi:Ulu Kali

27.Sintar Kaki-merah~Rallina fasciata
Lokasi: Genting Sempah.

28.But-but Kecil~Centropus bengalensis
Lokasi:Ulu Langat

29.Burung Tukang Ekor-besar~Caprimulgus macrurus
Lokasi: Ulu Langat

30.Puyuh Butang Dada~belang~Turnix suscitator
Lokasi: Kampong Tualang Padang

31.Pungguk Rimba bintik~Strix seloputo
Lokasi: Lebuh Raya Lekas.

32.Jampuk Jelapang~Tyto alba
Lokasi: Pulau Carey


B.SENARAI HAIWAN MAMALIA DIJUMPAI MATI AKIBAT LANGGAR LARI

1.Badak Tampong /Cipan~Tapirus indicus
Lokasi: Puncak Alam,Shah Alam

2.Gajah~Elephas maximus
Lokasi:Bukit Jalur , Gemas.

3.Babi Hitan~Sus scrofa
Lokasi: Gombak~ Genting Sempah


4.Babi Hitan~Sus scrofa
Lokasi: Ulu Tembeling

5.Harimau Belang~Panthera tigris
Lokasi: Lebuhraya Karak

6.Kucing Batu~Felis bengalensis
Lokasi: Kuala Pilah, Negeri Sembilan

7.Kucing Batu~Felis bengalensis
Lokasi: Lebuhraya Karak~ Kuantan.

8.Kucing Batu~Felis bengalensis
Lokasi: Jalan Raub ke Benta

9.Kucing Batu~Felis bengalensis
Lokasi: Kuala Kelawang

10.Kucing Batu~Felis bengalensis
Lokasi: Sungai Dusun, Sabak Bernam.

11.Musang Pulut ~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Kuala Kubu Baharu.

12.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Taman Melawati

13.Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith
Lokasi: Raub

14.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Temerloh

15.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Lembah Klau


16.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi:Taman Melawati


17.Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith
Lokasi: Gombak ~ Genting Sempah


18.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Kuala Kelawang, Negeri Sembilan


19.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Jelebu, Negeri Sembilan


20.Musang Jebat~Viverra zibeth Linnaeus
Lokasi: Merapoh


21.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Taman Melawati

22.Musang Lamri~Paguma larvata 
Lokasi:Lebuhraya Karak

23.Musang Pulut~Paradoxurus hermaphroditus
Lokasi: Sungai Koyan, Pahang

24.Musang Akar~Arctogalidia trivirgata
Lokasi:Lembah Klau, Bentong

25.Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith
Lokasi: Jalan Gombak Lama~ Genting Sempah

26.Musang Lamri~Paguma larvata Hamilton-Smith
Lokasi: Lebuhraya Karak~Bukit Tinggi

27.Kongkang~Nycticebus caucang ( Boddaert )
Lokasi: Bukit Tinggi


28.Kongkang~Nycticebus caucang ( Boddaert )
Lokasi: Kuala Lompat, Pahang

29.Kongkang~Nycticebus caucang ( Boddaert )
Lokasi:Taman Melawati


30.Tenggiling~Manis javanica ( Desmarest )
Lokasi: Lebuh Raya Karak ~ Kuantan.

31.Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis
Lokasi:Hutan Simpan Kemensah

32.Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis
Lokasi:Jalan Genting Peres ~ Kuala Kelawang,

33.Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis
Lokasi: Lebuhraya Karak~Bukit Tinggi

34.Dekan Besar~Rhizomys sumtrensis
Lokasi:Taman Melawati

35.Tikus Babi~Hylomys suillus ( Muller )
Lokasi: Kampong Lebu Bentong

36.Tidak dapat dikenal pasti.
Lokasi: Jalan Gombak Lama-Gentig Sempah

37.Tikus Legong~Lenothrix canus
Lokasi: Beranang, Selangor
                                                            
38.Tupai Cerleh~Sundasciurus tenuis ( Horsfield )
Lokasi: Ulu Langat

39.Tupai Cerleh~Sundasciurus tenuis ( Horsfield )
Lokasi: Mempaga, Pahang

40.Tupai Terbang Merah~Petaurista petaurista ( Pallas )
Lokasi: Lebuhraya Grik,

41.Kelawar Hutan terkecil~Kerivoula minute ( Miller )
Lokasi: Jalan Gombak Lama~Genting Sempah

 C.SENARAI HAIWAN BERBAGAI JENIS DIJUMPAI MATI AKIBAT LANGGAR LARI

1.Biawak Air~Varanus salvator Laurenti
Lokasi:Sungai Dusun , Sabak Bernam

2.Biawak Air~Varanus salvator Laurenti
Lokasi: Ulu Gali Raub


3.Katak Tidak dapat dikenal pasti spesisnya.
Lokasi:Ulu Kali, Genting Highland

 
4.Sesumpah Hijau~Bronchocela cristatella
Lokasi: Jalan Gombak Lama~Genting Sempah
 
5.Kura-kura Tidak dapat dikenal pasti spesisnya
Lokasi: Pekan , Pahang

 6.Jelebu Hitam~Siebenrockiella crassicollis ( Gray )
Lokasi: Tasik Seri Permaisuri, Cheras.

7.Kura-kura Katup~Cuora amboinensis
Lokasi: Waterfront Jerantut.  

 8.Kekura Tokong~Hieremys annandalei
Lokasi:Jalan Bukit Tinggi ke Janda Baik

D.SENARAI ULAR YANG DIJUMPAI MATI AKIBAT LANGGAR LARI

1.Tiada Nama Ular Dalam bahasa Malaysia ~Popeia fucata
Lokasi:Ulu Kali
Tarikh: 14 May 2014

2.Spesis yang tidak dapat di kenal pasti.
Lokasi: Lebuh Raya Karak~ Janda Baik
Tarikh: 21 Julai 2013

3.Ular Laju Ekor-merah~Gonyosoma oxycephalum ( Boie, 1827 )
Lokasi: Lebuhraya Karak ~Bukit Tinggi
Tarikh: 19 Sept 2014

4.Ular Tikus Biasa~Ptyas korros Schlegel
Lokasi: Taman Rimba Ampang
Tarikh: 20 Feb 2014

5.Ular Katam Tebu~Bungarus fasciatus Shneider
Lokasi: Ulu Langat
Tarikh: 15 April 2013

6.Ular Pelangi~Xenopeltis unicolor Reinwardt
Lokasi: Jalan Ulu Langat
Tarikh: 3 Julai 2014

7.Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus ( Boie )
Lokasi: Genting Peras~Kuala Kelawang
Tarikh:1998

8.Ular Rebung Perut Bintik~Rhabdophis chrysargos ( Schlegel 1837 )
Lokasi: Kolej Amiruddin Baki, Genting Highland
Tarikh:30 Sept 2014

9.Ular Rebung berbintik~Xenochrophis maculatus
Lokasi: Taman Rimba Ampang , Selangor
Tarikh: 11 Okt 2014

10.Ular Kukri Lapan Jalur~~Oligodon octolineatus
Lokasi:Bukit Tinggi ~ Bentong
Tarikh: 14 Dis 2014


11.Ular Kapak Tokong~Tropidolaemus wagleri Wagler
Lokasi: Bukit Tinggi ~ Bentong
Tarikh: 14 Dis 2014


12.Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus ( Boie )
Lokasi:Lembah Klau, Bentong
Tarikh: 5 Aug 2014

13.Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus ( Boie )
Lokasi:Kuala Selabgor
Tarikh: 14 Nov  2015

14.Ular Laju Ekor Hitam~Coelognathus flavolineatus Schlegel
Lokasi: Jalan Gombak ~Genting Sempah
Tarikh:31 May 2010

15.Ular Laju Ekor-merah~Gonyosoma oxycephalum ( Boie, 1827 )
Lokasi: Jalan Gombak Lama Ke Genting Sempah
Tarikh: 21 Jun 2015

16.Ular Air perut kuning~Enhydris plumbea
Lokasi: Jalan Sungai Besar ~ Sabak Bermam
Tarikh: 9 Nov 2013

17.Ular Laju Ekor-merah~Gonyosoma oxycephalum ( Boie, 1827 )
Lokasi: Ulu Gali, Raub
Tarikh: 4 Dis 2015

18.Ular Rumah~Lycodon capucinos
Lokasi: Jeransang Pahang
Tarikh: 4 Dis 2015

19.Spesis yang tidak dikenal pasti
Lokasi: Bentong ~ Janda Baik
Tarikh: 4 Dis 2015

20.Ular Rusuk Kerbau~Coelognathus radiatus ( Boie )
Lokasi: Jalan Sungai Ruan, Raub.
Tarikh: 4 Dis 2015

21.Ular Kukri Kepala-merah~Bungarus flaviceps
Lokasi: Jalan Bukit Tinggi ke Bentong
Tarikh: 4 Dis 2015





Ini adalah sebahagian senarai spesis hidupan liar yang mampu saya rekod dan rakam yang telah berlaku ditanahair kita. Pastinya jumlah yang berlaku pada setiap hari sejak dahulu  tidak pernah direkodkan, tentu sekali jumlahnya berlipat kali ganda banyak jumlahnya. Atas dasar ini saya membuat rumusan bahawa kejadian Langgar Lari Hidupan Liar merupakan salah satu faktor utama khazanah hidupan liar kita akan berkurangan dan pupus dari masa kesemasa sedikit masa lagi. Kepupusan hidupan liar ini tidak akan kita sedar penghapusannya, kerana ia berlaku secara rahsia yang tidak  diketahui umum.

Selagi pihak pentadbir negara bersungguh-sungguh membangunkan negara tanpa mengambil pertimbangan kehidupan Hidupan Liar secara serius, maka kita sendiri akan kehilangan Khazanah Hidupan Semulajadi yang unik dan kaya. Ruginya adalah pada kita sendiri, salahkan diri sendiri dan tidak usah menyesal dikemudian hari.

Kerana ini adalah bukti dan jawapan kepada  kebodohan pentadbiran kita pada waktu sekarang yang akan ditunjukkan kepada masyarakat kita dimasa akan datang. Bermegahlah. Wasalam.