BANCIAN SPESIES BURUNG DI KAWASAN HUTAN SIMPAN GUNUNG STONG TENGAH, HYDRO UPPER INTAKE SUNGAI KENERONG~KUALA BELAGA, KUALA KRAI KELANTAN, SEMENANJUNG MALAYSIA
Rosla Bin Mustakim / Red Door To Hunt
rosla.m3@gmail.com
Gambar 1~ Peta Lokasi Tapak Ekspedisi di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah Hydro Upper Intake Sungai Kenerong dan disepanjang Sungai Kenerong ke Kuala Belaga |
ABSTRAK : Bancian spesies burung telah dijalankan selama 3 hari bermula pada 23 hb September hingga 26 hb September 2016 di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah Hydro Upper Intake Sungai Kenerong dan disepanjang Sungai Kenerong ke Kuala Belaga. Bancian ini adalah kerjasama antara Red Door To Hunt /Rosla Mustakim dan Persatuan Malim Gunung Kelantan bertujuan untuk mengetahui taburan spesies burung yang boleh dijumpai dikawasan itu. Belum pernah mana-mana agensi ,institut pengajian tinggi atau orang peseorangan menjalankan bancian burung disitu. Kaedah bancian yang digunakan ialah dengan memerhati dan merakam burung yang dijumpai. Sepanjang tempoh 3 hari bancian itu dijalankan, sejumlah 74 spesies burung daripada 48 keluarga burung telah dijumpai.
KATAKUNCI : Bancian burung, Hutan Simpan Stong Tengah Hydro Upper Intake Sungai Kenerong dan disepanjang Sungai Kenerong ke Kuala Belaga.
ABSTRACT : Bird census was conducted for 3 days starting on the 23 rd September to 26 th September 2016, in the region of Hutan Simpan Gunung Stong Tengah, Hydro Upper Intake (Central Stong Forest Reserve Hydro Upper Intake Kenerong River) and along the Kenerong River to Kuala Belaga. This survey is a collaboration between Red Door To Hunt / Rosla Mustakim and Persatuan Malim Gunung Kelantan (Kelantan Mountain Guide Association) aims to determine the distribution of the species of birds that can be found in this area. Never before any agency or institution of higher learning has conduct a census of birds in this area. Census method used was to observe and record the bird was found. During 3 days the census was conducted, a total of 74 species from 48 bird families have been found.
KEYWORDS: Birds census, Hutan Simpan Gunung Stong Tengah, Hydro Upper Intake (Central Stong Forest Reserve Hydro Upper Intake Kenerong River) and along the Kenerong River to Kuala Belaga.
PENGENALAN : Kedudukan lokasi Hydro Upper Intake Sungai Kenerong adalah didalam Hutan Simpan Kekal Gunung Stong Tengah . Lokasi kawasan berada
disebelah barat Kelantan yang mempunyai keluasan yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal
seluas 21,950 hektar oleh Jabatan Hutan Negeri Kelantan. Merupakan kawasan penting dalam bidang kajian Geologi, dimana pembentukan batuan Leukogranit Kenerong boleh dijumpai di Sungai Kenerong. Seawal tahun 1963 lagi kajian telah dimulakan oleh pakar Geologi tempatan oleh Saudara Santokh Singh, dalam kajian batuan granit. Disini juga telah dijumpai tumbuhan spesies endemik baharu yang di kenali sebagai Codonoboea pauziana, yang telah dijumpai oleh Aktivis Alamsekitar tempatan Allahyarham Saudara Pauzi Husin. Penemuan itu tidak dijangkakan walaupun kawasan ini pernah ada aktiviti pembalakkan di
sekitar 1970an dan 1980an. Dengan penemuan tersebut kawasan ini seharusnya istimewa dan penting sekali kepada khazanah alam untuk negeri Kelantan.
Kini tidak ada lagi sebarang aktiviti pembalakan dan proses kitaran pemuliharaan hutan sedang berkembang dengan baik.Ini merupakan bancian burung buat pertama kali dilaksanakan di kawasan ini, bertujuan untuk mengetahui taburan , kepelbagaian spesies burung dan hidupan liar yang boleh ditemui. Kajian bancian spesies burung telah dijalankan di kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah, Hydro Upper Intake Sungai Kenerong dan disepanjang Sungai Kenerong ke Kuala Belaga. Bancian telah dijalankan selama 3 hari bermula pada 23 hb September - 26 hb September 2016. Lokasi tapak kajian bancian merupakan kawasan hutan sederhana tinggi dari jenis Upper Hill Depterocarp Forest ~ yang berada pada ketinggian 1000 meter daripada paras laut. Pada ketinggian itu , terdapat sebatang sungai yang airnya mengalir sangat jernih, dikenali sebagai Sungai Kenerong. Jarak perhubungan ke lokasi adalah sejauh 17 kilometer dari persimpangan jalan utama Gua Musang ~ Jeli. Laluan bekas jalan balak tanah merah yang berbukit-bukau curam , selekoh tajam dan merbahaya. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai kesana dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Sepanjang perjalanan akan melalui hutan Hill Depterocarp Forest (300m ~750 m) dan Upper Hill Depterocarp Forest ~ (1,000 keatas).
Gambar 5~Keadaan Kualiti Air Sungai Kenerong |
Gambar 6~ Kualiti air Sungai Kenerong |
Gambar 7~ Permandangan sepanjang Sungai Kenerong |
Gambar 8~ Lokasi Kuala Belaga |
Kini tidak ada lagi sebarang aktiviti pembalakan dan proses kitaran pemuliharaan hutan sedang berkembang dengan baik.Ini merupakan bancian burung buat pertama kali dilaksanakan di kawasan ini, bertujuan untuk mengetahui taburan , kepelbagaian spesies burung dan hidupan liar yang boleh ditemui. Kajian bancian spesies burung telah dijalankan di kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah, Hydro Upper Intake Sungai Kenerong dan disepanjang Sungai Kenerong ke Kuala Belaga. Bancian telah dijalankan selama 3 hari bermula pada 23 hb September - 26 hb September 2016. Lokasi tapak kajian bancian merupakan kawasan hutan sederhana tinggi dari jenis Upper Hill Depterocarp Forest ~ yang berada pada ketinggian 1000 meter daripada paras laut. Pada ketinggian itu , terdapat sebatang sungai yang airnya mengalir sangat jernih, dikenali sebagai Sungai Kenerong. Jarak perhubungan ke lokasi adalah sejauh 17 kilometer dari persimpangan jalan utama Gua Musang ~ Jeli. Laluan bekas jalan balak tanah merah yang berbukit-bukau curam , selekoh tajam dan merbahaya. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai kesana dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Sepanjang perjalanan akan melalui hutan Hill Depterocarp Forest (300m ~750 m) dan Upper Hill Depterocarp Forest ~ (1,000 keatas).
Gambar 9 |
Gambar 10~Kawasan Telok di Sungai Kenerong |
BAHAN DAN KAEDAH : Alat bantuan pemerhatian burung yang digunakan
dalam kajian ini ialah sebuah Teropong Carl Zeiss 8 x 20, sebuah Kamera
Canon 7D Mark II dengan lensa EF 300mm F4L IS USM Canon, sebuah Kamera Canon 7D dengan Lensa Micro 100mm F 2.8L IS USM Canon, sebuah
Kamera Lumix LX 7 dan Barometer/Altimeter Mingle. Kaedah yang digunakan adalah dengan membuat pemerhatian langsung dan merakam burung-burung yang ditemui. Kaedah merakam imej burung yang ditemui adalah kaedah yang terbaik bagi membuktikan penemuan dan mengelakkan berlakunya kesilapan pengenalan burung.
Gambar 11~ Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens |
HASIL PENEMUAN : Hasil penemuan sepanjang 3 hari dijalankan bukan hanya pada spesies burung , tetapi merangkumi khazanah biodiversiti menarik yang sempat ditemui. Penemuan sampingan itu sedikit sebanyak dapat memberi petunjuk kepada pengkaji-pengkaji untuk membuat kajian perincian lanjutan.
Tarikh Bancian: 24 Sept 2016
Masa: Jam 4:00 p.m~ 7:00 p.m
1.Sualo Jelapang~Hirundo rustica
2.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica
3.Lelayang Dahan Tongkeng-kelabu~Hemiprocne longipinnis
4.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon
5.Takur Kening Hitam~Megalaima oorti
6.Enggang Papan~ Buceros bicornis
7.Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela
8.Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus
9.Gagak paruh-besar~Corvus macrorhynchos
10.Terik Hitam dan Merah saga~Oriolus cruentus
11.Minivet Dagu-kelabu~Pericrocotus solaris
12.Cecawi Gangsa~ Dicrurus aeneus
13.Shama Tongkeng-putih~Copsychus saularis
14.Merbah Mata Merah~Pycnonotus brunneus
15.Merbah Beringin~Alophoixus ochraceus
16.Cencilai Riang Hitam~Garrulax lugubris
17.Cencilai Riang Kupiah Badam~Garrulax mitratus
18.Fulveta Gunung~Alcippe peracensis
19.Kelicap Madu Kecil~Archnothera longirostra
20.Perit Kelabu~Motacilla cinerea
21.Tiak Tongkeng-putih~Lonchura striata
Tarikh Bancian 25 Sept 2016
Masa: 7:00 am ~ 7:00
1.Takur Jumbai-berapi~Psilopogon pyrolophus
2.Enggang Badak~Buceros rhinoceros
3.Lelayang Edible~Collocalia fuciphaga
4.Pergam Agong Gunung~Ducula badia
5.Tekukur Khukhu Melayu kecil~Macropygia ruficeps
6.Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leucogaster
7.Burung Daun Sayap biru ~ Chloropsis cochinchinensis
8.Burung Daun Perut-oren~ Chloropsis hardwickii
9.Cecawi Kecil Ekor bercabang~Dicrurus remifer
10.Cencala Leher-putih~Rhipidura albicollis
11.Sambar Tirjup Sayap-berpalang~Hemipus picatus
12 Murai Kampong~Copsychus saularis
13.Cemcili Kelabu~Enicurus schistaceus
14.Sambar Biru Tickell~Cyornis tickelliae
15.Sultan Tit~Melanochlora sultanea
16.Perincit Biasa~Orthotomus sutorius
17.Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens
18.Cekup Perut-kuning ~ Abroscopus superciliaris
19. Kekicau Tit-coret~Macronous gularis
20.Jerijit Suria Tengkuk Ungu~Hypogramma hypogrammicum
21.Belatuk Besar Tengkuk-kuning langsat ~Picus flavinuca
22.Tengkek Biru Asia~Irina puella
23.Khukhu Tirjup Jawa~Coracina javensis
24.Cecawi Besar Ekor bercabang~Dicrurus paradiseus
25.Kekicau Emas~Stachyris chrysaea
26.Kekicau Leher-kelabu~Stachyris nigriceps
27.Kelicap Madu~Corek~Arachnothera magna
28. Malkoha Paruh-hijau~Phaenicophaeus tristis
29. Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus
30.Belatuk Cunut-kuning langsat~ Meiglyptes tristis
31.Belatik Perang~Sasia abnormis
32.Merbah Kepala-hitam~Pycnonotus atriceps
33.Merbah Leher-lorek~Pycnonotus finlaysoni
34.Merbah Abu~Hemixos flavala
35.Merbah Gunung~Hypsipetes mcclellandii
36.Pekaka Rimba Gempal~Lacedo pulchella
37.Burung Spesies Ayam yang tidak dapat dikenalpasti
Tarikh Bancian 26 Sept 2016
Masa: 7:00 am ~ 12:30 p.m
1.Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis
2. Sambar Verditer~Eumyias thalassina
3.Bazad Madu Timur~Pernis ptilorhyncus
4. Mesia Telinga Perak~Leiothrix argentauris
5.Takau Dada perak~Serilophus lunatus
6. Mata Putih-Everetts~Zosterops everetti
7.Walit Air Terjun~Hydrochous gigas
8.Pekaka ( Yang tidak dikenalpasti ) Dilihat sedang terbang melintas sungai
SENARAI SPESIES BURUNG YANG DIJUMPAI DI SEKITAR HYDRO UPPER INTAKE SUNGAI KENERONG HINGGA KE KUALA BELAGA.
No Nama Keluarga Nama Spesies Nama Saintifik
1.Keluarga Bazad Madu ( Honey Buzzard Family )No Nama Keluarga Nama Spesies Nama Saintifik
1.Bazad Madu Timur~Pernis ptilorhyncus ACCIPITRIDAE
2. Keluarga Belatik
2.Belatik Perang~Sasia abnormis PICIDAE
3.Keluarga Belatuk ( Woodpecker Family )
3.Belatuk Cunut-kuning langsat~ Meiglyptes tristis PICIDAE
4.Keluarga Burung Daun ( Leafbird Family )
5.Burung Daun Hijau besar~ Chloropsis sonnerati IRENIDAE
6.Burung Daun Hijau kecil ~ Chloropsis cyanopogon
7.Burung Daun Sayap biru ~ Chloropsis cochinchinensis
8.Burung Daun Perut-oren~ Chloropsis hardwickii
5.Keluarga Cecawi ( Drongo Family )
4.Belatuk Besar Tengkuk-kuning langsat ~Picus flavinuca
4.Keluarga Burung Daun ( Leafbird Family )
Gambar 12~Burung Daun Perut-oren~ Chloropsis hardwickii |
5.Burung Daun Hijau besar~ Chloropsis sonnerati IRENIDAE
6.Burung Daun Hijau kecil ~ Chloropsis cyanopogon
7.Burung Daun Sayap biru ~ Chloropsis cochinchinensis
8.Burung Daun Perut-oren~ Chloropsis hardwickii
5.Keluarga Cecawi ( Drongo Family )
9.Cecawi Besar Ekor bercabang~Dicrurus paradiseus DICRURINAE
10.Cecawi Kecil Ekor bercabang~Dicrurus remifer
11.Cecawi Gangsa~ Dicrurus aeneus
5.Keluarga Cekup ( Warbler Family )
12.Cekup Perut-kuning ~ Abroscopus superciliaris ACROCEPHALINAE
12.Cekup Perut-kuning ~ Abroscopus superciliaris ACROCEPHALINAE
6.Keluarga Cemcili ( Forktail Family )
13.Cemcili Kelabu~Enicurus schistaceus MUSCICAPIDAE
7.Keluarga Cencala ( Fantail Family )
14.Cencala Leher-putih~Rhipidura albicollis DICRURINAE
8.Keluarga Cencilai Riang ( Laughing Thrush Family )
Gambar 13~Cencilai Riang Hitam~Garrulax lugubris |
15.Cencilai Riang Hitam~Garrulax lugubris LEIOTHERICHIDAE
16.Cencilai Riang Kupiah Badam~Garrulax mitratus
9.Keluarga Cericap ( Prinia Family )
17.Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens CISTICOLIDAE
10.Keluarga Enggang ( Hornbill Family )
Gambar 14~Enggang Badak~Buceros rhinoceros |
18.Enggang Badak~Buceros rhinoceros BUCEROTIDAE
19.Enggang Papan~ Buceros bicornis
11.Keluarga Fulveta ( Fulvetta Family )
20. Fulvetta Gunung~Alcippe peracensis SYLVIIDAE
12.Keluarga Helang /Burung Pemangsa
21.Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leucogaster ACCIPITRIDAE
22.Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela
23.Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus
24.Helang Sewah Blyth~Spizaetus alboniger
13.Keluarga Lelayang (Swiftlet Family )
25.Lelayang sarang hitam~Collocalia maxima APODIDAE
26.Lelayang Edible~Collocalia fuciphaga
14.Keluarga Lelayang Dahan ( Tree Swift Family )
27.Lelayang Dahan Tongkeng-kelabu~Hemiprocne longipinnis HEMIPROCNIDAE
15.Keluarga Malkoha ( Malkoha Family )
16.Keluarga Mata Putih ( White Eye Family )
29.Mata Putih-Everetts~Zosterops everetti ZOSTEROPIDAE
17. Keluarga Mesia ( Mesia Family )
30.Mesia Telinga Perak~Leiothrix argentauris LEIOTHRICHIDAE
18.Keluarga Merbah ( Bulbul Family )
31.Merbah Kepala-hitam~Pycnonotus atriceps PYCNONOTIDAE
32.Merbah Mata Merah~Pycnonotus brunneus
33.Merbah Leher-lorek~Pycnonotus finlaysoni
34.Merbah Abu~Hemixos flavala
35.Merbah Gunung~Hypsipetes mcclellandii
36.Merbah Beringin~Alophoixus ochraceus
19.Keluarga Minivet ( Minivet Family )
37.Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus CAMPEPHAGIDAE
38.Minivet Dagu-kelabu~Pericrocotus solaris
20. Keluarga Murai ( Robin Family )
39.Murai Kampong~Copsychus saularis TURDIDAE
21. Keluarga Kekicau ( Babbler Family )
40.Kekicau Emas~Stachyris chrysaea SYLVIINAE
41.Kekicau Leher-kelabu~Stachyris nigriceps
42.Kekicau Tit-coret~Macronous gularis
22.Keluarga Kekicau Tirjup ( Shrike-Babbler Family )
43.Kekicau Tirjup Kening putih~Pteruthius flaviscapis TIMALIIDAE
23.Kelicap Madu ( Spiderhunter Family )
44.Kelicap Madu Kecil~Archnothera longirostra NECTARINIINAE
45.Kelicap Madu~Corek~Arachnothera magna
24.Keluarga Khukhu Tirjup ( Cuckoo-Shrike Family )
46.Khukhu Tirjup Jawa~Coracina javensis CORVINAE
25.Keluarga Jerijit Suria ( Sunbird Family )
47.Jerijit Suria Tengkuk Ungu~Hypogramma hypogrammicum NECTARINIINAE
26.Keluarga Gagak ( Crow Family )
48.Gagak paruh-besar~Corvus macrorhynchos CORVINAE
27.Keluarga Pekaka ( Kingfisher Family )
49.Pekaka Rimba Gempal~Lacedo pulchella ALCEDINIDAE
50.Pekaka (Yang tidak dikenalpast) Dilihat sedang terbang melintas sungai
28.Keluarga Perincit ( Tailorbird Family )
51.Perincit Biasa~Orthotomus sutorius ACROCEPHALINAE
29.Keluarga Perit ( Wagtail Family )
52.Perit Kelabu~Motacilla cinerea MOTACILLINAE
30.Keluarga Pergam ( Imprial Pigeon Family )
53.Pergam Agong Gunung~Ducula badia COLUMBIDAE
31.Keluarga Sambar Tirjup ( Flycatcher Shrike Family )
54.Sambar Tirjup Sayap-berpalang~Hemipus picatus
32.Keluarga Sambaraja ( Monarch Family )
55.Sambaraja Nila~Hypothymis azurea DICRURINAE
33.Keluarga Sambar ( Flycatcher Family )
56.Sambar Biru Tickell~Cyornis tickelliae MUSCICAPINAE
57.Sambar Verditer~Eumyias thalassina
34.Keluarga Sambar Kenari ( Flycatcher Canary Family )
58.Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis MUSCICAPINAE
35.Keluarga Shama ( Shama Family )
59.Shama Tongkeng-putih~Copsychus saularis TURDIDAE
36.Keluarga Serindit ( Small Parrot Family )
60.Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus PSITTACIDAE
37. Keluarga Sepah Bunga ( Flowerpaecker Family )
61.Sepah Bunga Dada-calit merah~Prionochilus percussus NECTARINIINAE
38.Keluarga Tit ( Tit Family )
62.Sultan Tit~Melanochlora sultanea PARIDAE
39.Keluarga Sualo ( Swallow Family )
63.Sualo Jelapang~Hirundo rustica HIRUNDINIDAE
64.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica
40.Keluarga Takau ( Broadbill Family )
65.Takau Dada perak~Serilophus lunatus EURYLAIMINAE
41.Keluarga Takur ( Barbet Family )
66.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon MEGALAIMIDAE
67.Takur Kening Hitam~Megalaima oorti
68.Takur Jumbai-berapi~Psilopogon pyrolophus

43. Keluarga Tekukur Khukhu ( Cuckoo Dove Family )
69.Tekukur Khukhu Melayu kecil~Macropygia ruficeps COLUMBIDAE
44.Keluarga Tengkek ( Asian Fairy Bluebird Family )
70.Tengkek Biru Asia~Irina puella ORIOLIDAE
45.Keluarga Terik ( Orioles Family )
71.Terik Hitam dan Merah saga~Oriolus cruentus ORIOLIDAE
46.Keluarga Tiak ( Munia Family )
72.Tiak Tongkeng-putih~Lonchura striata ESTRILDIDAE

47.Keluarga Walit ( Swift Family )
73.Walit AirTerjun~Hydrochous gigas APODIDAE
48. Keluarga Yuhina ( Yuhina Family )74.Yuhina Perut-putih~Yuhina zantholeuca ZOSTEROPIDAE
PERBINCANGAN ~ Merujuk kepada laporan WWF ~ Gunung Stong State Park, Kelantan Preliminary Management Plan ~ 2009 , Saudara Shahrul Anuar ( tahun 2003 ) dan Saudara Mike Chong ( Jun 2005 ) telah membuat bancian spesies burung di kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah. Lokasi ditumpukan hanya berdekatan dengan kawasan Gunung Stong. Jumlah yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak 130 spesies burung. (WWF ~ Gunung Stong State Park, Kelantan Preliminary Management Plan~2009) Selepas itu tidak ada laporan bancian rasmi dilakukan oleh mana-mana agensi atau badan NGO. Hasil bancian terbaharu pada September 2016 telah merubah jumlah spesies burung dengan penambahan sebanyak 24 spesies menjadi kepada 153 spesies, daripada 75 keluarga burung. Butiran senarainya adalah seperti dibawah.
Bancian oleh Saudara Shahrul Anuar pada tahun 2003 ~ 57 Spesies ( Huruf Condong )
Saudara Mike Chong pada Jun 2005 : 99 Spesies (Chong,M.H.N. June 2005) ( Huruf Condong )
Saudara Ahmad Zafir ( Camera Trap ) pada tahun 2005 : 2 Spesies ( Huruf Condong )
Bancian oleh Rosla Mustakim-2011: 2 spesies ( Huruf Tegak)
Bancian oleh Rosla Mustakim-2016 : 74 spesies ( Huruf Tegak )
Rekod Terkini 2016 : 153 Tambahan 24 spesies
SENARAI PENUH BURUNG DIKAWASAN HUTAN SIMPAN GUNUNG STONG TENGAH
YANG DIKUMPUL SEJAK 2003 HINGGA 2016
No Nama Keluarga Nama Spesies Nama Saintifik
1.Keluarga Ayam Hutan ( Jungle Fowl Family )
1.Ayam Hutan~Gallus gallus PHASIANIDAE
2.Bazad Madu Timur~Pernis ptilorhyncus ACCIPITRIDAE
3.Keluarga Beberek
3.Beberek Jambang-merah~Nyctyornis amictus MEROPIDAE
4.Beberek Mahkota-berangan~Merops leschenaultia
4.Keluarga But-but
5.But-but Besar~Centropus sinensis CENTROPODIDAE
5. Keluarga Belatik
Gambar 15~Belatik Perang~Sasia abnormis |
6.Belatik Perang~Sasia abnormis PICIDAE
7.Keluarga Belatuk ( Woodpecker Family )
7.Belatuk Cunut-kuning langsat~ Meiglyptes tristis PICIDAE
10.Belatuk Merah-manggis~Blythipicus rubiginosus
8.Keluarga Burung Daun ( Leafbird Family )
11.Burung Daun Hijau besar~ Chloropsis sonnerati IRENIDAE
12.Burung Daun Hijau kecil ~ Chloropsis cyanopogon
13.Burung Daun Sayap biru ~ Chloropsis cochinchinensis
14.Burung Daun Perut-oren~ Chloropsis hardwickii
9.Keluarga Cecawi ( Drongo Family )
8.Belatuk Besar Tengkuk-kuning langsat ~Picus flavinuca
9.Belatuk Rimau~Celeus brachyurus10.Belatuk Merah-manggis~Blythipicus rubiginosus
8.Keluarga Burung Daun ( Leafbird Family )
11.Burung Daun Hijau besar~ Chloropsis sonnerati IRENIDAE
12.Burung Daun Hijau kecil ~ Chloropsis cyanopogon
13.Burung Daun Sayap biru ~ Chloropsis cochinchinensis
14.Burung Daun Perut-oren~ Chloropsis hardwickii
9.Keluarga Cecawi ( Drongo Family )
Gambar 16~Cecawi Kecil Ekor bercabang~Dicrurus remifer |
15.Cecawi Besar Ekor bercabang~Dicrurus paradi DICRURINAE
16.Cecawi Kecil Ekor bercabang~Dicrurus remifer
17.Cecawi Gangsa~ Dicrurus aeneus
10.Keluarga Cekup ( Warbler Family )
18.Cekup Perut-kuning ~ Abroscopus superciliaris ACROCEPHALINAE
Gambar 17~Cekup Perut-kuning ~ Abroscopus superciliaris |
18.Cekup Perut-kuning ~ Abroscopus superciliaris ACROCEPHALINAE
19.Keluarga Cemcili ( Forktail Family )
19.Cemcili Kelabu~Enicurus schistaceus MUSCICAPIDAE
20.Cemcili Tengkuk-badam~Enicurus ruficapillus
20.Keluarga Cencala ( Fantail Family )
Gambar 18~ Cencala Leher-putih~Rhipidura albicollis |
21.Cencala Leher-putih~Rhipidura albicollis DICRURINAE
21.Keluarga Cencilai Riang ( Laughing Thrush Family )
22.Cencilai Riang Hitam~Garrulax lugubris LEIOTHERICHIDAE
23.Cencilai Riang Kupiah Badam~Garrulax mitratus
22.Keluarga Cericap ( Prinia Family )
24.Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens CISTICOLIDAE
23.Keluarga Enggang ( Hornbill Family )
26.Enggang Papan~ Buceros bicornis
27.Enggang Kupiah~Aceros vigil
28.Enggang Jambul Kelabu~Annorrhinus galeritus
29.Enggang Mahkota-putih~Aceros cumatus
30.Enggang Jambak~Aceros undulates
24.Keluarga Ekor Jarum ( Niddle Tail Family )
31.Ekor Jarum Belakang-coklat~Hirundapus giganteus APODIDAE
25.Keluarga Fulveta ( Fulvetta Family )
Gambar 20 ~ Fulveta Gunung~Alcippe peracensis |
32.Fulveta Gunung~Alcippe peracensis SYLVIIDAE
33.Fulveta Coklat~Alcippe brunneicauda
26.Keluarga Perapat (Gerygone Family )
34.Perapat Perut-kuning~Gerygone sulphurea PARDALOTIDAE
27.Keluarga Helang /Burung Pemangsa
Gambar 21~Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus |
35.Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leucogaster ACCIPITRIDAE
36.Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela
37.Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus
Gambar 22 ~ Helang Sewah Blyth~Spizaetus alboniger |
38.Helang Sewah Blyth~Spizaetus alboniger
28.Keluarga Iora (Iora Family )
39.Iora Hijau~Aegithina viridissima AEGITHININAE
29.Keluarga Jay ( Jay Family )
40.Jay berjambul~Platylophus galericulatus CORVIDAE
30.Keluarga Khukhu ( Cuckoo Family )
41.Khukhu Dada-karat~Cacomantis sepulcralis CUCULIDAE
42.Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris
31.Keluarga Lelayang (Swiftlet Family )
43.Lelayang sarang hitam~Collocalia maxima APODIDAE
44.Lelayang Edible~Collocalia fuciphaga
32.Keluarga Lelayang Dahan ( Tree Swift Family )
45.Lelayang Dahan Tongkeng-kelabu~Hemiprocne longipinnis HEMIPROCNIDAE
46.Lelayang Dahan-bermisai~Hemiprocne comate
33.Keluarga Malkoha ( Malkoha Family )
48.Malkoha Raffles~Phaenicophaeus chlorophaeus
49.Malkoha paruh-merah~Phaenicophaeus javanicus
34.Keluarga Mata Putih ( White Eye Family )
50.Mata Putih-Everetts~Zosterops everetti ZOSTEROPIDAE
35. Keluarga Mesia ( Mesia Family )
Gambar 23~ Mesia Telinga Perak~Leiothrix argentauris |
51.Mesia Telinga Perak~Leiothrix argentauris LEIOTHRICHIDAE
36.Keluarga Merbah ( Bulbul Family )
Gambar 24 ~Merbah Gunung~Hypsipetes mcclellandii |
52.Merbah Mata Merah~Pycnonotus brunneus PYCNONOTIDAE
53.Merbah Leher-lorek~Pycnonotus finlaysoni
54.Merbah Abu~Hemixos flavala
55.Merbah Gunung~Hypsipetes mcclellandii
56.Merbah Beringin~Alophoixus ochraceus
57.Merbah Dada-sisik~Pycnonotus squamatus
58.Merbah Perut-kelabu~Pycnonotus cyaniventris
59.Merbah Punggung-kuning~Pycnonotus goiavier
60.Merbah Celak-kuning~Pycnonotus erythropthalmos
61.Merbah Pipi-kelabu~Alophoixus bres
62.Merbah Perut-kuning~Alophoixus phaeocephalus
63.Merbah Tengkuk-Bulu panjang~Tricholestes criniger
64.Merbah Kening -tebal~Iole olivacea
65.Merbah Mata-putih~Pycnonotus simplex
66.Merbah Kepala-hitam~Pycnonotus atriceps
37.Keluarga Minivet ( Minivet Family )
67.Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus CAMPEPHAGIDAE
68.Minivet Dagu-kelabu~Pericrocotus solaris
38. Keluarga Murai ( Robin Family )
69.Murai Kampong~Copsychus saularis TURDIDAE
39.Keluarga Kasumba ( Trogon Family )
Gambar 25 ~ Kasumba Dada-oren~Harpectes oreskios |
70.Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba TROGONIDAE
71.Kasumba Dada-oren~Harpectes oreskios
40. Keluarga Kekicau ( Babbler Family )
Gambar 26 ~Kekicau Emas~Stachyris chrysaea |
Gambar 27 ~Kekicau Emas~Stachyris chrysaea |
72.Kekicau Emas~Stachyris chrysaea SYLVIINAE
73.Kekicau Leher-kelabu~Stachyris nigriceps
74.Kekicau Tit-coret~Macronous gularis
75.Kekicau Horsfield~Malacocincla sepiarium
76.Kekicau Kopiah-hitam~Pellorneum capistratum
77.Kekicau Ekor-pendek~Malacocincla malaccensis
78.Kekicau Bermisai~Malacopteron magnirostre
Gambar 28 ~ Kekicau Rencong Tengkok-badam~Pomaturhinus montanus |
79.Kekicau Rencong Tengkok-badam~Pomaturhinus montanus
80.Kekicau Wren-Kerdil~Pnoepyga pusilla
81.Kekicau Dahi-perang~Stachyris rufifrons
82.Kekicau Kepala-kelabu ~Stachyris poliocephala
83.Kekicau Tit-gebu~Macronous ptilosus
Gambar 29 ~ Kekicau Ekor-pendek~Malacocincla malaccensis |
41.Keluarga Kekicau Tirjup ( Shrike-Babbler Family )
84.Kekicau Tirjup Kening putih~Pteruthius flaviscapis TIMALIIDAE
42.Kelicap Madu ( Spiderhunter Family )
Gambar 30 ~ Kelicap Madu~Corek~Arachnothera magna |
85.Kelicap Madu Kecil~Archnothera longirostra NECTARINIINAE
86.Kelicap Madu~Corek~Arachnothera magna
87.Kelicap Madu-Paruh tebal~Arachnothera crassirostris
88.Kelicap Madu Paruh-panjang~Arachnothera robusta
89.Kelicap Madu Dada-kelabu ~ Arachnothera affinis
43.Keluarga Khukhu Tirjup ( Cuckoo-Shrike Family )
Gambar 31 ~ Khukhu Tirjup Jawa~Coracina javensis |
90.Khukhu Tirjup Jawa~Coracina javensis CORVINAE
44.Keluarga Kuang (Pheasant Family )
91.Kuang Raya~Argusianus argus PHASIANIDAE
45.Keluarga Sengsurit
92.Sengsurit~Caloperdix oculea PHASIANIDAE
46.Keluarga Jerijit Suria ( Sunbird Family )
93.Jerijit Suria Tengkuk Ungu~Hypogramma hypogrammicum NECTARINIINAE
94.Jerijit Suria Dahi-biru~Aethopyga simplex
95.Jerijit Suria Pipi- Merah delima~Aethopyga singalensis
96.Jerijit Suria Leher-hitam~Aethopyga saturata
97.Jerijit Suria Temminck~Aethopyga temminckii
(Scarlet Sunbird~Aethopyga mystacalis )
47.Keluarga Gagak ( Crow Family )
98.Gagak paruh-besar~Corvus macrorhynchos CORVINAE
48.Keluarga Palinthoma
99.Palintoma Sayap-perang~Philentoma pyrhopterum PHALINTOMAS
49.Keluarga Pekaka ( Kingfisher Family )
100.Pekaka Rimba Gempal~Lacedo pulchella ALCEDINIDAE
101.Pekaka Jalur-biru~Alcedo euryzona
102.Pekaka Telinga-biru ~Alcedo meninting
50.Keluarga Perincit ( Tailorbird Family )
103.Perincit Biasa~Orthotomus sutorius ACROCEPHALINAE
104.Perincit Gunung~Orthotomus cuculatus
105.Perincit Leher-gelap~Orthotomus artogularis
51.Keluarga Perit ( Wagtail Family )
106.Perit Kelabu~Motacilla cinerea MOTACILLINAE
52.Keluarga Merbuk Zamrud/Merbuk Jambu (Dove Family)
107.Merbuk Zamrud~Chalcophaps indica COLUMBIDAE
108.Merbuk Jambu~Ptilinopus jambu
53.Keluarga Pergam ( Imprial Pigeon Family )
109.Pergam Agong Gunung~Ducula badia COLUMBIDAE
54.Keluarga Pipit (Pipit Family)
110.Pipit Richard's~Anthus richardi PASSERIDAE
55.Keluarga Sambar Tirjup ( Flycatcher Shrike Family )
111.Sambar Tirjup Sayap-berpalang~Hemipus picatus CORVINAE
112.Sambar Tirjup Sayap-hitam~Hemipus hirundinaceus
56.Keluarga Sayap Pendek (Shortwing Family )
113.Sayap Pendek-kecil~Brachypteryx leucophrys TURDINAE
57.Keluarga Sambaraja ( Monarch Family )
114.Sambaraja Nila~Hypothymis azurea DICRURINAE
58.Keluarga Sambar ( Flycatcher Family )
115.Sambar Biru Tickell~Cyornis tickelliae MUSCICAPINAE
116.Sambar Verditer~Eumyias thalassina
117.Sambar Kening-perang~Ficedula solitaries
118.Sambar Leher-biru~Cyornis rubeculoides
119.Sambar Kecil Hitam-putih~Ficedula westermanni
120.Sambar Biru-bukit~Cyornis banyumas
121.Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise
59.Keluarga Sambar Kenari ( Flycatcher Canary Family )
122.Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis MUSCICAPINAE
60.Keluarga Shama ( Shama Family )
123.Shama Tongkeng-putih~Copsychus saularis TURDIDAE
61.Keluarga Serindit ( Small Parrot Family )
124.Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus PSITTACIDAE
62. Keluarga Sepah Bunga ( Flowerpaecker Family )
125.Sepah Bunga Dada-calit merah~Prionochilus percussus NECTARINIINAE
126.Sepah Bunga Dada-kuning ~ Prionochilus maculatus
127.Sepah Bunga Punggung-kuning~Dicaeum chrysorrheum
128.Sepah Bunga Perut-oren~Dicaeum trigonostigma
129.Sepah Bunga Mahkota-merah~Dicaeum cruentatum
63.Keluarga Tit ( Tit Family )
130.Sultan Tit~Melanochlora sultanea PARIDAE
64.Keluarga Sualo ( Swallow Family )
131.Sualo Jelapang~Hirundo rustica HIRUNDINIDAE
132.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica
133.Sualo Cunut-oren~Cecropsis daurica
65.Keluarga Takau ( Broadbill Family )
134.Takau Dada perak~Serilophus lunatus EURYLAIMINAE
135.Takau Hijau~Calyptomena viridis
136.Takau ekor-panjang ~Psarisomus dalhausiae
137.Takau Kicau-kelabu~Corydon sumatranus
66.Keluarga Takur ( Barbet Family )
138.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon MEGALAIMIDAE
139.Takur Kening Hitam~Megalaima oorti
140.Takur Jumbai-berapi~Psilopogon pyrolophus
141.Takur Leher-merah~Megalaima mystacophanos
142.Takur Mahkota-kuning~Megalaima henricii
143.Takur Kening-hitam~Megalaima oorti
144.Takur Coklat~Calorhamphus fuliginosos
67.Keluarga Tarum Batu (Rock Thrush Family)
145.Tarum Batu-biru~Minticola solitarius TURDINAE
68.Keluarga Tarum Siul (Whitsling Thrush Family)
146.Tarum Siul-Biru ~Myophonus caeruleus TURDINAE

Gambar 32 ~ Sambar Biru Tickell~Cyornis tickelliae |
115.Sambar Biru Tickell~Cyornis tickelliae MUSCICAPINAE
116.Sambar Verditer~Eumyias thalassina
117.Sambar Kening-perang~Ficedula solitaries
118.Sambar Leher-biru~Cyornis rubeculoides
119.Sambar Kecil Hitam-putih~Ficedula westermanni
120.Sambar Biru-bukit~Cyornis banyumas
121.Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise
59.Keluarga Sambar Kenari ( Flycatcher Canary Family )
Gambar 33 ~ Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis |
122.Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis MUSCICAPINAE
60.Keluarga Shama ( Shama Family )
123.Shama Tongkeng-putih~Copsychus saularis TURDIDAE
61.Keluarga Serindit ( Small Parrot Family )
124.Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus PSITTACIDAE
62. Keluarga Sepah Bunga ( Flowerpaecker Family )
125.Sepah Bunga Dada-calit merah~Prionochilus percussus NECTARINIINAE
126.Sepah Bunga Dada-kuning ~ Prionochilus maculatus
127.Sepah Bunga Punggung-kuning~Dicaeum chrysorrheum
128.Sepah Bunga Perut-oren~Dicaeum trigonostigma
129.Sepah Bunga Mahkota-merah~Dicaeum cruentatum
63.Keluarga Tit ( Tit Family )
130.Sultan Tit~Melanochlora sultanea PARIDAE
64.Keluarga Sualo ( Swallow Family )
131.Sualo Jelapang~Hirundo rustica HIRUNDINIDAE
132.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica
133.Sualo Cunut-oren~Cecropsis daurica
65.Keluarga Takau ( Broadbill Family )
Gambar 34 ~ Takau ekor-panjang ~Psarisomus dalhausiae |
134.Takau Dada perak~Serilophus lunatus EURYLAIMINAE
135.Takau Hijau~Calyptomena viridis
136.Takau ekor-panjang ~Psarisomus dalhausiae
137.Takau Kicau-kelabu~Corydon sumatranus
66.Keluarga Takur ( Barbet Family )
Gambar 35 ~ Takur Jumbai-berapi~Psilopogon pyrolophus |
138.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon MEGALAIMIDAE
139.Takur Kening Hitam~Megalaima oorti
140.Takur Jumbai-berapi~Psilopogon pyrolophus
141.Takur Leher-merah~Megalaima mystacophanos
142.Takur Mahkota-kuning~Megalaima henricii
143.Takur Kening-hitam~Megalaima oorti
144.Takur Coklat~Calorhamphus fuliginosos
67.Keluarga Tarum Batu (Rock Thrush Family)
145.Tarum Batu-biru~Minticola solitarius TURDINAE
68.Keluarga Tarum Siul (Whitsling Thrush Family)
146.Tarum Siul-Biru ~Myophonus caeruleus TURDINAE
69. Keluarga Tekukur Khukhu ( Cuckoo Dove Family )
147.Tekukur Khukhu Melayu kecil~Macropygia ruficeps COLUMBIDAE
70.Keluarga Tengkek ( Asian Fairy Bluebird Family )
148.Tengkek Biru Asia~Irina puella ORIOLIDAE
71.Keluarga Terik ( Orioles Family )
149.Terik Hitam dan Merah saga~Oriolus cruentus ORIOLIDAE
72.Keluarga Tiak ( Munia Family )
150.Tiak Tongkeng-putih~Lonchura striata ESTRILDIDAE

73.Keluarga Walit ( Swift Family )
151.Walit Air Terjun~Hydrochous gigas APODIDAE
74.Keluarga Yuhina ( Yuhina Family )
Gambar 36~Yuhina Perut-putih~Yuhina zantholeuca |
152.Yuhina Perut-putih~Yuhina zantholeuca ZOSTEROPIDAE
75.Keluarga Cekup Daun
Gambar 37~ Cekup Daun Gunung~Phylloscopus trivirgatus |
153.Cekup Daun Gunung~Phylloscopus trivirgatus SLVIINAE
KHAZANAH ALAM MENARIK YANG DITEMUI.
Ketika membuat bancian burung, beberapa penemuan khazanah alam yang menarik sempat dirakam dan dikumpulkan imejnya untuk tujuan kajian lanjut oleh pengkaji yang akan datang. Khazanah Alam itu adalah seperti berikut:-
Tanda-tanda Kehadiran Mamalia
Tanda kehadiran Mamalia banyak dijumpai ditepi-tepi sungai sepanjang laluan Sungai Kenerong menuju ke Kuala Belaga. Kesan-kesan tapak kaki mamalia yang baharu banyak dilihat diatas tebing pasir tepi sungai. Kesan cakaran kuku haiwan pada pokok, najis haiwan dan kesan sondolan muncung mamalia.
1.Kucing Batu~Felis bengalensis FELIDAE
2.Memerang MUSTELIDAE ~Spesis yang tidak dikenalpasti.
3.Cipan~Tapirus indicus TAPIRIDAE
4. Babi Hutan~Sus scrofa SUIDAE
5.Beruang~Helarctos malayanus URSIDAE
6.Harimau~Panthera tigris FELIDAE
7.Tupai Pinang ~ Collosciurus notatus SCIURIDAE
8.Gajah~Elephas maximus ELEPHANTIDAE
9.Siamang~Sympalangus sybdactylus HYLOBATIDAE
9.Siamang~Sympalangus sybdactylus HYLOBATIDAE
Gambar 39 ~ Kesan cakaran Beruang~Helarctos malayanus |
Gambar 39 A~ Kesan cakaran Harimau~Panthera tigris yang menajamkan kukunya. |
Gambar 40 ~ Baki bulu haiwan mangsa yang ditinggalkan oleh Harimau~Panthera tigris |
Gambar 41 ~ Kesan tapak kaki Cipan~Tapirus indicus |
Gambar 42 ~ Kesan tapak kaki Babi Hutan~Sus scrofa |
Gambar 42 A~ Kesan tapak kaki Memerang yang tidak dikenal pasti spesiesnya. |
Gambar 43 ~ Tupai Pinang ~ Collosciurus notatus |
Gambar 44~ Sarung kulit ular yang tidak dikenal pasti. |
1.Menjumpai kulit ular dikawasan rimbunan buluh ditepi sungai.
2.Kesan tapak kaki Biawak
Spesies Serangga
1. Serangga Ranting~Romulus nematodes ( betina )
Gambar 45~Serangga Ranting~Romulus nematodes ( betina ) |
Spesies Rama-rama
1.Unbroken Sergeant~Athyma pravara acutipennis
Gambar 46~ Rama-rama Unbroken Sergeant~Athyma pravara acutipennis |
Gambar 47~Unbroken Sergeant~Athyma pravara acutipennis |
Gambar 48~ Spesies yang tidak dikenal pasti. |
Spesies Hidupan Sungai Kenerong
Gambar 50~Ikan Tengas~Neolissochilus hexagonolepis |
1.Ikan Kelah Malaysian Mahseer~Tor tambroides
Gambar 51~Spesis ikan-ikan yang banyak diperolehi daripada Sungai Kenerong |
2.Ikan Tengas~Neolissochilus hexagonolepis
Gambar 52~Ikan Tengas Daun~Poropuntius smedleyi |
Ikan Tengas Daun~Poropuntius smedleyi
Udang Buluh~Atyopsis moluccensis
Udang Merah Ceri ~ Neocaridina heteropeda
Berdasarkan maklumat lisan daripada kakitangan yang bertugas disitu berberapa spesies ikan, udang dan ketam turut menghuni didalam sungai tersebut. Memandangkan tidak mempunyai imej yang menyokong cadangan tersebut, maka maklumat tidak dimasukkan didalam laporan ini.
Tumbuhan
Gambar 53~ Salah satu jenis-jenis tumbuhan liar. |
Gambar 54 |
Gambar 55~Sejenis tumbuhan yang hidup diatas batu ditepi sungai Kenerong ~ Kuala Belaga |
Gambar 56~ Tumbuhan liar yang tumbuh diatas batu di Kuala Belaga |
Gambar 57~Tumbuhan liar dikawasan hutan di tebing Sungai Kenerong. |
Tumbuhan Fungi
Gambar 58 |
Gambar 59 |
Gambar 60 |
Gambar 61 |
Tumbuhan Orkid
Gambar 62 |
Gambar 63~Bunga Orkid Phaius callosus ( Orchidaceae ) |
Gambar 64~Orkid Phaius callosus ( Orchidaceae ) |
Gambar 65~Orkid Phaius callosus ( Orchidaceae ) tumbuh diatas tanah berhampiran tebing sungai. |
Gambar 66~Spesies Orkid yang tidak dikenal pasti. |
KESIMPULAN DAN CADANGAN~ Setelah berada dilapangan dan mengamati
senarai spesies burung yang dijumpai , saya berpendapat
kawasan ini berpotensi besar untuk menemukan kepelbagaian
spesies burung. Pakej Khazanah biodiversiti disini memungkinkan
peningkatan jumlah spesies burung sekiranya lebih ramai individu , Persatuan, Institusi Pengajian dan Agensi Jabatan Kerajaan melakukan kekerapan aktiviti pemerhatian burung secara
berteruskan.
Penemuan beberapa spesies burung yang pada kebiasaan hidup dihabitat Hutan Tanah Rendah disini, ini membuka ruang kepada andaian-andaian positif yang memerlukan kajian lanjut. Spesies tersebut adalah seperti Tengkek Biru Asia~Irina puella, Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus, Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus, Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis, Yuhina Perut-putih~Yuhina zantholeuca, Sambar Biru Tickell~Cyornis tickelliae, Kekicau Tit-coret~Macronous gularis, Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens, Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leucogaster, Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus , Sambaraja Nila~Hypothymis azurea dan Belatik Perang~Sasia abnormis.
Ada diantara spesies burung tersebut dijumpai bergabung dengan spesies burung yang hidup di Hutan Sederhana Tinggi, semasa mencari makanan dalam satu gerombolan ombak burung. Belatik Perang~Sasia abnormis, Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus dan Sambaraja Nila~Hypothymis azurea adalah diantaranya. Keadaan itu memerlukan satu kajian lanjut terhadap punca ia berlaku.
Kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah seluas 21,950 hektar yang padat dengan khazanah biodiversiti sewajarnya dijagai oleh segenap lapisan warga tempatan secara bersungguh-sungguh. Jangan sesekali mengulangi kebodohan memusnahkan kawasan hutan sepertimana 30 tahun yang lalu dengan aktiviti pembalakan. Uruskan khazanah alam istimewa ini secara bijak demi kesejahteraan hidup warga tempatan secara berterusan, dengan menjana sumber pendapatan ekonomi mereka daripada kekayaan khazanah biodiversiti tempat ini.
Galakan serta beri keutamaan kepada Industri Pendidikan Biodiversiti Khazanah Alam. Jadikan kawasan ini sebagai lombong menimba ilmu dalam bidang Biodiversiti Khazanah Alam sehingga menjadi tumpuan kepada pelajar Universiti-universiti tempatan dan pengkaji dari seluruh dunia. Dengan kehadiran begitu ramai pelajar dan pengkaji maka warga tempatan boleh menyediakan sokongan logistik, pemakanan , Kediaman, Khidmat Juru Iring, dan Khidmat Malim Biodiversiti. Khidmat Profesional dan kerjaya ini semua adalah sumber ekonomi warga tempatan secara tetap selagi Khazanah Alam itu kekal.
Untuk membangunkan masyarakat berilmu, Kerajaan Negeri harus menyokong usaha ini dengan memberi Geran Pendidikan Kajian kepada warga tempatan yang berminat untuk membuat kajian terhadap setiap kehidupan yang ada didalamnya. Warga tempatan yang hampir dan berdamping hidup didalam kawasan berkenaan seharusnya merebut peluang untuk menuntut ilmu 1001 kehidupan dalam hutan yang masih belum digali ilmu pengetahuan. Hasilnya haruslah didokumentasikan secara ilmiah untuk dijadi Gedung Khazanah Ilmu, sebagai rujukan pengkaji masa akan datang.
Ia tidak seharusnya terbatas hanya kepada pelajar institusi pengajian tinggi tetapi kepada sesiapa sahaja yang cinta pada ilmu. Sokongan Geran Pendidikan ini memungkinkan warga tempatan menjadi pakar dalam bidang yang dikaji. Samada bidang Tumbuhan Hutan, Serangga, Ikan, Ampibia, Reptilia , Mamalia , Tumbuhan Lumut, Hidupan Paya Tanah Tinggi dan apa-apa yang berkaitan tajuk pembelajaran alam sekitar. Kemungkinan untuk menjumpai spesies hidupan yang baharu adalah sangat besar kerana banyak tempat masih belum diterokai oleh pengkaji. Setiap warga tempatan harus memandang Hutan Khazanah Alam Semulajadi itu sebagai Ilmu Pengetahuan yang harus di pelajari dan disayangi. Musnah Khazanah Alam Semulajadi maka hilanglah Ilmu Pengetahuan. Hilangnya Ilmu Pengetahuan maka, itu satu kerugian yang nyata dan teramat sangat.
Gambar 67~ Permandangan di Kuala Belaga |
Gambar 68~ Kejernihan air sungai di Kuala Belaga |
Gambar 69~ Permandangan sungai di Kuala Belaga |
Gambar 70~ Permandangan di Kuala Belaga |
Gambar 71~ Permandangan di Kuala Belaga |
Penemuan beberapa spesies burung yang pada kebiasaan hidup dihabitat Hutan Tanah Rendah disini, ini membuka ruang kepada andaian-andaian positif yang memerlukan kajian lanjut. Spesies tersebut adalah seperti Tengkek Biru Asia~Irina puella, Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus, Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus, Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis, Yuhina Perut-putih~Yuhina zantholeuca, Sambar Biru Tickell~Cyornis tickelliae, Kekicau Tit-coret~Macronous gularis, Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens, Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leucogaster, Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus , Sambaraja Nila~Hypothymis azurea dan Belatik Perang~Sasia abnormis.
Ada diantara spesies burung tersebut dijumpai bergabung dengan spesies burung yang hidup di Hutan Sederhana Tinggi, semasa mencari makanan dalam satu gerombolan ombak burung. Belatik Perang~Sasia abnormis, Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus dan Sambaraja Nila~Hypothymis azurea adalah diantaranya. Keadaan itu memerlukan satu kajian lanjut terhadap punca ia berlaku.
Gambar 73~Bukti kegiatan pembalakan dikawasan ini 30 tahun yang lampau. |
Kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah seluas 21,950 hektar yang padat dengan khazanah biodiversiti sewajarnya dijagai oleh segenap lapisan warga tempatan secara bersungguh-sungguh. Jangan sesekali mengulangi kebodohan memusnahkan kawasan hutan sepertimana 30 tahun yang lalu dengan aktiviti pembalakan. Uruskan khazanah alam istimewa ini secara bijak demi kesejahteraan hidup warga tempatan secara berterusan, dengan menjana sumber pendapatan ekonomi mereka daripada kekayaan khazanah biodiversiti tempat ini.
Gambar 74~Kejernihan air dan keindahan pemandangan Sungai Kenerong harus dipertahankan. |
Galakan serta beri keutamaan kepada Industri Pendidikan Biodiversiti Khazanah Alam. Jadikan kawasan ini sebagai lombong menimba ilmu dalam bidang Biodiversiti Khazanah Alam sehingga menjadi tumpuan kepada pelajar Universiti-universiti tempatan dan pengkaji dari seluruh dunia. Dengan kehadiran begitu ramai pelajar dan pengkaji maka warga tempatan boleh menyediakan sokongan logistik, pemakanan , Kediaman, Khidmat Juru Iring, dan Khidmat Malim Biodiversiti. Khidmat Profesional dan kerjaya ini semua adalah sumber ekonomi warga tempatan secara tetap selagi Khazanah Alam itu kekal.
Gambar 75 |
Untuk membangunkan masyarakat berilmu, Kerajaan Negeri harus menyokong usaha ini dengan memberi Geran Pendidikan Kajian kepada warga tempatan yang berminat untuk membuat kajian terhadap setiap kehidupan yang ada didalamnya. Warga tempatan yang hampir dan berdamping hidup didalam kawasan berkenaan seharusnya merebut peluang untuk menuntut ilmu 1001 kehidupan dalam hutan yang masih belum digali ilmu pengetahuan. Hasilnya haruslah didokumentasikan secara ilmiah untuk dijadi Gedung Khazanah Ilmu, sebagai rujukan pengkaji masa akan datang.
Gambar 76~ Kawasan paya yang terdapat di Lembah Burung, menjadi tumpuan hidupan liar mencari makanan. |
Ia tidak seharusnya terbatas hanya kepada pelajar institusi pengajian tinggi tetapi kepada sesiapa sahaja yang cinta pada ilmu. Sokongan Geran Pendidikan ini memungkinkan warga tempatan menjadi pakar dalam bidang yang dikaji. Samada bidang Tumbuhan Hutan, Serangga, Ikan, Ampibia, Reptilia , Mamalia , Tumbuhan Lumut, Hidupan Paya Tanah Tinggi dan apa-apa yang berkaitan tajuk pembelajaran alam sekitar. Kemungkinan untuk menjumpai spesies hidupan yang baharu adalah sangat besar kerana banyak tempat masih belum diterokai oleh pengkaji. Setiap warga tempatan harus memandang Hutan Khazanah Alam Semulajadi itu sebagai Ilmu Pengetahuan yang harus di pelajari dan disayangi. Musnah Khazanah Alam Semulajadi maka hilanglah Ilmu Pengetahuan. Hilangnya Ilmu Pengetahuan maka, itu satu kerugian yang nyata dan teramat sangat.
Warga tempatan seharusnya mempunyai perasaan cemburu dan iri hati dengan pelajar , pengkaji warga Singapura dan pihak Universiti disana. Contohi mereka dari aspek kesungguhan memperkayakan ilmu pengetahuan Biodiversiti Khazanah Alam. Di negaranya bahan yang hendak dikaji sangat terbatas, namun begitu mereka mempunyai kumpulan pakar yang ramai dalam bidang yang dinyatakan. Mereka mempunyai ramai pakar-pakar dalam bidang tertentu, hasil daripada kajian Khazanah Alam yang diperolehi dari dalam hutan negara kita. Sampel-sampel tumbuhan, Rama-rama, Kumbang, Reptilia, Ikan, Mamalia yang diambil dari negara kita disusun atur dan disimpan dinegaranya untuk kajian lanjut oleh pelajar dan pengkaji mereka. Sehinggakan warga tempatan merujuk pula kepada mereka berkaitan Khazanah Alam yang terdapat di dalam Hutan kita.
Sehingga sekarang belum ada lagi pengganti warga tempatan yang berwibawa dan berjasa dalam bidang Biodiversiti Khazanah Alam seperti Allahyarham Muhammad Nur dan Allahyarham Fauzi Husin yang boleh dimegahkan.
PENGHARGAAN~ Setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih kepada Saudara Bukhari Bin Mat@ Bob Tourist, Saudara Wan Abdullah Wan Yakub @ Krabu Saree, Saudara Shafie Bin Sidek @Pok Ed dan Ayoh Mie daripada Persatuan Malim Gunung Kelantan diatas jemputan bagi melakukan bancian burung disini. Bancian ini tidak akan berhasil tanpa bantuan dan kemahiran mereka menjelajahi ketika menemani saya di kawasan hutan yang jarang diterokai.
Ucapan terima kasih kepada Dr. Rosli Ramli kerana membantu membuat pengenalan spesies Rama-rama. Ucapan terima kasih kepada Saudara Khairul Marwan kerana membantu membuat pengenalan spesies Serangga Ranting. Ucapan terima kasih kepada Saudara Wan Abdullah Wan Yakub@Krabu Saree dan Saudara Ayoh Mie yang membantu membuat pengenalan tapak-tapak haiwan yang dijumpai. Ucapan terima kasih kepada Saudara Shafie Bin Sidek@ Pok Ed dan Bukhari Bin Mat @Bob Tourist kerana membantu membuat pengenalan spesies ikan.
Gambar 77 |
Gambar 78~Bersama ahli Persatuan Malim Gunung Kelantan |
Gambar 79 |
Gambar 80 |
Ucapan terima kasih kepada Dr. Rosli Ramli kerana membantu membuat pengenalan spesies Rama-rama. Ucapan terima kasih kepada Saudara Khairul Marwan kerana membantu membuat pengenalan spesies Serangga Ranting. Ucapan terima kasih kepada Saudara Wan Abdullah Wan Yakub@Krabu Saree dan Saudara Ayoh Mie yang membantu membuat pengenalan tapak-tapak haiwan yang dijumpai. Ucapan terima kasih kepada Saudara Shafie Bin Sidek@ Pok Ed dan Bukhari Bin Mat @Bob Tourist kerana membantu membuat pengenalan spesies ikan.
RUJUKAN
Nur Huda Mohd Jamin & Mohd Rozi Umor ~ Kajian Geokimia Ke atas batuan Granit Noring Dan Leukogranit Kenerong Di Kampong Renyok Jeli Kelantan 2001.
Avelinah Julius, Yeo Tze Leong & Ruth Kiew~Conservation Malaysia Buliten issue no 7 2008
WWF ~ Gunung Stong State Park, Kelantan Preliminary Management Plan~2009
Chong,M.H.N. June 2005, A Brief Survey of Birds as Part of Biodiversity Component in the Preliminiry Management Plan of Gunung Stong State Park Kelantan. A report produced under WWF-Malaysia Project MY 02040 G.WWF Malaysia, Petaling Jaya.
M.Y Chew, T.L Yao, S.Kamarudin, & R.Kiew ~ Exploration, vegetation and a survey of plant life of Gunung Tera, Kelantan Peninsular Malaysia~Malayan Nature Jurnal 2009 61(1)67-120
M.Y Chew, T.L Yao, S.Kamarudin,& R.Kiew~Sphagnum Bog of Kelantan, Peninsular Malaysia~ 30 Okt 2009
R.Kiew & C.L. Lim~Names and new combination For Peninsular Malaysia species of Codonoboea Ridl.(Gesneriaceae)~The Garden Bulletin Singapore 62(2) 253-275.2011
Malaysian Naturalist~ Fauzi Husin, a self taught naturalis who shone~tribute to a man who left us a natural legacy~ Dis 16, 2011.
Maklumat Dan Fakta Sejarah.
Allahyarham Muhammad Nur merupakan seorang Renjer Jabatan Perhutanan yang telah mempelopori usaha mengumpul tumbuhan di kawasan ini sekitar tahun 1924 untuk kajian dan dikatologkan. Beliau telah mendahului orang lain 10 tahun terdahulu, sebelum pakar Tumbuhan Warga Inggeris En.Symington mengikuti usaha Allahyarham Muhammad Nur ditahun 1934.
Allahyarham Fauzi Husin seorang Aktivis Khazanah Alam Sekitar telah mengumpul dan menjumpai beberapa spesies tumbuhan baharu di kawasan Hutan Simpan Stong dan telah meninggalkan jasa besar dalam bidang ini.