Sunday, 27 August 2017

Konservasi Burung Enggang Badak Di Sungai Panjang, Sabak Bernam Selangor



Memburung di Pusat Konservasi Burung Enggang Badak Di Sungai Panjang, Sabak Bernam Selangor




Pusat Konservasi Burung Enggang Badak Di Sungai Panjang, Sabak Bernam Selangor telah diwujudkan oleh Jabatan Perhilitan kalau tidak silap, sejak awal tahun 2000 lagi. Dikawal selenggara sepenuhnya untuk tujuan mengkaji dan menjaga kelangsungan hidup spesies Enggang Badak~Buceros rhinoceros dan Enggang lain di kawasan hutan tanah gambut di Sungai Panjang dan Sungai Dusun Sabak Bernam Selangor.

Lokasi kotak sarang yang diletakkan diatas Pokok Ara

Enggang Badak~Buceros rhinoceros ( jantan ) yang ditemui diatas pokok tempat kotak sarang, semasa memburung disini pada 9 November 2014


Tempat makan Burung Enggang Badak~Buceros rhinoceros



Tempat makan Burung Enggang Badak~Buceros rhinoceros

Disediakan kotak bentuk empat segi yang diperbuat daripada papan, mirip seperti lubang sarang yang biasa dijumpai dalam batang pokok di hutan. Kotak sarang itu ditempatkan diatas pokok Ara dan disediakan juga bekas meletak makanan burung pada pokok yang sama berhampiran dengan kotak sarang itu. Setiap hari kakitangan perhilitan akan menyediakan makanan berupa buah-buahan kepada Enggang Badak~Buceros rhinoceros supaya ia sentiasa pulang ke sarang kotaknya itu.




Pada setiap tahun sekurang-kurangnya sekali akan datang  mengunjungi ke sini untuk melihat perkembangan burung-burung dikawasan hutan tanah gambut. Ketika kunjungan pada 9 Nov 2014, mendapati  ada  sebuah bangunan Menara Tinjau konkrit 5 tingkat berserta 2 buah tandas, wakaf dan jambatan konkrit menghubungkan ke bangunan menara itu telah tersergam diatas tapak. Pastinya pembinaan seperti ini bertujuan  memberi kemudahan kepada penyelidik, pengkaji dan pemerhati burung membuat pemerhatian dari kedudukan yang separas dengan pokok.








Pemandangan kawasan Pusat Konservasi Enggan Badak pada tahun 2014.Wakaf juga disediakan

Permandangan yang dilihat dari tingkat 5 Menara Tinjau

Pada kunjung itu, mendapati Bangunan Menara Tinjau 5 tingkat itu baru sahaja siap pembinaannya dan boleh digunakan. Ketika menaiki Bangunan Menara Tinjau tersebut mendapati hasil kerja kontraktor projek pembinaan itu  jelas menampakkan  ketidak sempurnaan, kecacatan dan tidak memuaskan hati kepada sesiapa yang melihatnya.





Pelantar tapak yang bersambung dengan tangga telah retak walaupun bangunan menara tinjau ini baru sahaja siap pembinaannya.

Dengan keadaan sedemikian, pada hemat saya sudah tentu tidak akan ada mana-mana pihak yang berkesanggupan  membodohkan diri  untuk menerima  bangunan mereka apabila proses penyerahan bangunan daripada pihak Kontraktor. Melainkan pihak Kontraktor yang diberi projek tersebut memperbaiki semula semua ketidak sempurnaan tersebut tanpa kos tambahan . Atau kedua belah pihak telah ada satu ikatan permaufakatan antara mereka.

Pelantar simen ditingkat pertama telah retak.


Lantai simen yang menanam batang Tiang ditingkat 5 yang telah retak.


Papan dinding  ditingkat 5 sudah terkopek, menanti tercabut


Besi palang pagar balkoni tingkat 5 yang telah tertanggal dari batang tiang.



Maklumat Gambar Yang Tidak Tepat.

Pihak Jabatan Perhilitan ada menyediakan papan maklumat senarai Hidupan Liar dan Burung-burung yang boleh dijumpai di Hutan Simpan Tanah Gambut Sungai Panjang. Menurut kajian dan pengetahuan saya ada beberapa maklumat yang salah didalam  penerangan tersebut. Yang mana gambar Burung yang dipamerkan pada poster itu adalah berlainan dengan nama burung yang dinyatakan.Ada baiknya ia diperbetulkan kerana ini akan memberi implikasi yang negatif kepada pihak Jabatan sebagai pemegang kuasa dan maklumat rasmi didalam hal ehwal burung-burung dan hidupan liar di negara Malaysia.




Poster penerangan spesies burung yang boleh dijumpai di sekitar kawasan hutan simpan Sungai Dusun.


Gambar yang dipaparkan ini adalah spesies burung Tarum Siberia ( Betina )~Zoothera sibiria ~Siberian Thrush (Female ) . Bukan imej burung Puff throated Babbler.


Gambar burung yang dipaparkan ini ialah burung yang tidak boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.
Ini adalah imej burung Spectacled Bulbul~ Pyconotus erythropthalmos yang sepatutnya dipaparkan didalam poster milik Jabatan Perhilitan.



Setelah selang 2 tahun setengah, saya berkunjung lagi  pada 13 Aug 2017 untuk memburung dikawasan ini . Mendapati keadaan Konservasi Burung Enggang Badak seperti sudah tidak diuruskan dan mungkin telah terbiar lama oleh pihak Jabatan Perhilitan Selangor. Pagar pintu masuk telah hilang, bumbung-bumbung terkopak dan tandasnya dalam keadaan yang mengaibkan. Seolah-olah telah menjadi tukun kepada hidupan serangga. Malah maklumat gambar yang tidak tepat itu masih terpampang disitu.





Siapa  agaknya yang mencetuskan cadangan untuk membina Menara Tinjau ini dan  siapa berusaha mendapatkan kelulusan bagi menyediakan peruntukan wang untuk pembinaan projek itu. Boleh jadi peruntukan  dana sumbangan itu adalah datang daripada syarikat swasta atau NGO luar negara, bukan datang daripada pihak Jabatan Perhilitan Selangor atau Pusat. Mungkin sebab itu, mereka seperti tidak dihiraukan langsung akan keadaan yang telah terjadi pada Pusat Konservasi Enggang Badak di Sungai Panjang itu.
 .



Sudah tentu peruntukan wang yang dibelanjakan  itu  telah menelan puluhan ribuan ringgit. Malangnya  hasil menjadi seperti itu, seolah-olah tidak ada seorang pegawai atasan yang mengawal selia terhadap pembinaan tersebut. Tidak juga berusaha untuk bertanggung jawab dan ambil peduli  dengan keadaan malang dan pembaziran seperti itu. Tanggungjawab untuk membuat pertanyaan dan siasatan oleh pihak perbendaharaan keatas perbelanjaan ini seperti disenyapkan sahaja, atau pihak yang bertanggung jawab melihat pekara malang ini seperti pekara biasa sahaja.

Besar kemungkinan bumbung yang rosak teruk ini akibat terkena dahan pokok yang patah ketika angin ribut.


Tupai Kerawak Hitam~Ratufa bicolor dijumpai bermain-main berhampiran dengan bangunan Menara Tinjau.


Oleh kerana bangunan Menara Tinjau ini tidak dikunjungi dan selenggarakan maka kumpulan Lebah telah membuat sarangnya pada sudut tersorok dilelangit ceiling . Andaikata ada pengunjung yang tidak bernasib baik, peluang diserang oleh kumpulan Lebah ini adalah besar. Sebagaimana yang diketahui Lebah dari spesies ini sangat merbahaya yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Hidupan-hidupan Liar Yang Dijumpai di kawasan Pusat Konservasi Enggang Badak.

Ketika sedang mencari burung dikawasan ini, saya telah berpeluang melihat kembali ikan-ikan air tawar tempatan yang sudah lama tidak melihatnya.  Melihat hasil tangkapan ikan orang kampong yang dijalanya disepanjang saliran parit.




Ikan Tapah~Wallago attu

Ikan Temakang~Anabantidae helostoma temminckii

Ikan Bujuk ~ Channa lucius

Senarai Burung Yang di Temui.:-


Ayam Hutan~Galus galus

Ayam Hutan~Galus galus

1. Ayam Hutan~Galus galus

Beberek Leher-biru~Merop viridis

Beberek Leher-biru~Merop viridis



2.Beberek Leher-biru~Merop viridis

Beberek Ekor-biru~Merop philippinus

3.Beberek Ekor-biru~Merop philippinus

4.Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens

Cericap Perut-kuning~Prinia flaviventris

5.Cericap Perut-kuning~Prinia flaviventris

6.Ciak Dahan~Passer montanus

7.Enggang Badak~Buceros rhinoceros
8.Enggang Hitam-putih Timur ~Anthracoceros albirostris


Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela

9.Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela

10.Khukhu Gangsa Kecil~Chryscococcyx minutillus

11.Kelayang Dada-putih~Artamus leucorynchus

12.Lelayang Edible~Collocalia fuciphaga

13.Lang Bahu-hitam~Elanus caeruletus
14.Malkoha Perut-hitam~Phaenicophaeus diardi

15.Merbah Corek~Ixos malaccensis
16.Merbah Kepala-hitam~Pycnonotus atriceps
17.Merbah Punggung-kuning~Pycnonotus  goiavier
18.Merbah Sayap-Hijau zaiton~Pycnonotus plumosus
19.Merbah mata-merah~Pycnonotus  brunneus

20.Merbuk Aman~Geopelia striata
21.Merbuk Zamrud~Chalcophaps indica


Murai Kampong~Copsychus saularis

22.Murai Kampong~Copsychus saularis

23.Kekicau Tit-coret~Macronous gularis

24.Jerijit Suria Leher-coklat~Aethopyga malacensis
25.Jerijit Suria Belakang-hijau zaiton~Nectarina jugularis

26.Gagak Rumah~Corvus splendens
27.Gagak paruh-besar~Corvus macrorhynchos


Perapat Perut-kuning~Gerygone sulphurea
 
28.Perapat Perut-kuning~Gerygone sulphurea

Pekaka Paruh-tebal~Halcyon capensis

  
Pekaka Tingting Telinga-biru ~Alcedo meninting

 
29.Pekaka Tingting Telinga-biru ~Alcedo meninting
30.Pekaka Leher-putih~Halcyon smyrnensis


Pekaka Paruh-tebal~Halcyon capensis

31.Pekaka Paruh-tebal~Halcyon capensis

32.Perincit Leher-gelap~Orthotomus atrogularis
33.Perincit Abu~ Orthotomus ruficeps

34.Pipit Padi~Anthus rufulus

Perling Berkilat Asia~Aplonis panayensis

35.Perling Berkilat Asia~Aplonis panayensis 

36.Pucong Ungu~Ardea purpurea

Puyuh Butang Dada-belang~Turnix suscitator

37.Puyuh Butang Dada-belang~Turnix suscitator
 
38.Rolla Paruh-merah~Eurystomus orientalis

39.Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum  trigonostigma
40.Sepah Bunga Mahkota-merah~Dicaeum cruentatum

41.Serindit Tongkeng-biru~Psittinus cyanurus

42.Sualo Jelapang~Hirundo rustica
43.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica


Takau Hitam dan merah~Cymbirhynchus macrorhynchos

Takau Hitam dan merah~Cymbirhynchus macrorhynchos

44.Takau Hitam dan merah~Cymbirhynchus macrorhynchos


Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon

45.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon
46.Takur Telinga-biru~Megaliama australis
47.Takur Tembaga~Megaliama haemacephala

48.Terik Tengkuk-hitam~Oriolus chinensis

49.Tekukur Leher-bintik~Streptopelia chinensis


Tempua~Ploceus philippinus

50.Tempua~Ploceus philippinus
51.Tiong Coklat ~ Acridotheres tristis
52.Tiong Jawa ~ Acridotheres  javanicus

53.Tiak Kepala-hitam~Lonchura malacca

54.Tuwu~Eudynamys scolopacea

Hajat untuk bertemu dengan burung Enggang Berkedut~Aceros corrugatus , Bayan Ekor-panjang~Psittaculla longicauda, Pungguk Helang Samar~Bubo coromandus, Kekicau Leher-kelabu~Pellorneum rufecips dan Kekicau Dada Kuning-langsat~Pellorneum tickelli di sini masih tidak diizinkan lagi. Akan berusaha lagi dilain waktu.


Pemerhatian Burung Enggang Badak~Buceros rhinoceros



Burung Enggang Badak~Buceros rhinoceros yang dulunya tinggal disekitar kawasan pusat Konservasi itu, sudah tidak lagi tinggal disana lagi. Kini ia hidup bebas liar seperti burung Enggang Badak~Buceros rhinoceros yang lain. Ia sudah tidak bergantung harap dengan makanan yang disediakan oleh manusia lagi. Ia sudah mulai biasa berusaha mencari buah-buah masak didalam hutan bersama dengan pasangannya.


Namun begitu timbul tanda tanya apakah tahun lepas ( 2016 ) proses pembiakan pasangan ini  tidak berlaku atau tidak berjaya. Kerana tidak kelihatan pun kelibat anaknya yang biasa akan mengekorinya. Pemerhatian pada kali ini memberi gambaran burung jantan sedang mengambil hati pasangannya dengan menyuapkan buah ke paruh burung betina. Seperti tanda proses awalan untuk mereka membiak. Diharap dikawasan ini masih mempunyai lubang didalam pokok yang sesuai untuk menjadi tempat bersarang mereka.


Berbalik kepada kotak sarang yang disediakan dahulu, tanda tanya secara peribadi bagaimanakah caranya burung jantan hendak menutup lubang sarang didalam kotak kayu. Proses biasa semasa burung betina didalam proses bertelor, mengeram dan membesarkan anak didalam lubang kotak sarang. Apakah dengan cara begitu mereka telah dapat menyesuaikan keadaan lubang sarang tidak ditutup. Diharap semasa tempoh itu telah banyak anak-anak enggang berjaya terbang keluar daripada sarangnya, sambil disokong dengan kertas-kertas kajian burung enggang bersarang dalam kotak kayu.







Papan tanda yang masih tegak kukuh di tepi jalan ke Sabak Bernam ini serta maklumat didalam siaran internet, tidak akan mengambarkan keadaan sebenar terhadap Pusat Konservasi Enggang Sungai Panjang. Melainkan setelah pengunjung melihat sendiri dengan mata kepalanya setelah menghabiskan wang petrol mereka datang dari jauh ke tempat ini. Silalah berkunjung ..! Wasalam.