Pemerhatian Burung Cucur Besar~Batrachostomus auritus Menjaga Anak Dan Menyerap Gangguan Daripada Manusia.
Burung Cucur Besar~Batrachostomus auritus mula membuat sarangnya pada awal bulan Februari 2019.Pokok yang menjadi pilihan untuk membuat sarang adalah didalam kawasan hutan tanah rendah. Sarang dibina diatas sebatang pokok yang bersaiz sederhana besar dengan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Aspek keselamatan dari gangguan serta ancaman daripada pelbagai spesis primat, dan reptilia.
Daripada apa yang dapat diperhatikan kawasan dibawah pokok tempat bersarang, ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan yang kebanyakan dari jenis pokok menjalar dan berduri. Salah satunya adalah dari tumbuhan spesis rotan dan palma. Duri rotan yang tajam berbisa menjalar dibawah kawasan sarang, adalah sebagai salah satu benteng keselamatan. Ancaman daripada ular , tupai atau kera untuk menjadikan tumbuhan dibawah itu sebagai pengantara untuk naik keatas pokok .
Rimbunan tumbuhan dibawah sarang itu juga sebagai tempat pelbagai jenis serangga hidup didalamnya. Kawasan itu dicadangkan akan menjadi tempat burung mencari diet makanan dari jenis serangga sebagai sumber protien anaknya. Bermakna burung tidak perlu terbang jauh meninggalkan sarang untuk mencari sumber makanan.
.
Bentuk sarang dan saiznya adalah seperti mangkuk susu getah dibina mengikut kesesuaian saiz telor dan mampu menampung seekor anak burung. Bahan binaan sarang terdiri daripada pelbagai jenis daun kering, kulit-kulit kayu yang disiat, bulu-bulunya sendiri dan sarang labah-labah. Dipercayai binaan sarang dicari dan dibina pada waktu senja dan awal waktu malam.
Ketinggian lokasi sarang dianggarkan 3 meter daripada lantai tanah. Ia membuat sarangnya diatas ranting, diantara pangkal 2 cabang ranting untuk memudahkan sarang dibuat dengan teguh. Yang mana diatas sarangnya itu terdapat helaian daun-daun sebagai tempat atap berlindung daripada titisan air hujan dan cahaya matahari.
Pada setiap kali musim membiak induk burung mengeluarkan sebiji telor.Tidak dapat dipastikan kerja-kerja mengeram telor dilakukan oleh ibu atau bapa burung. Kerana penampilan spesis jantan dan betina menyerupai antara satu sama lain. Jangka masa proses burung mengeramkan telornya tidak dapat diketahui. Sejak dari telor menetas hingga anak burung berupaya terbang keluar dianggarkan antara 12 ke 15 hari. Keadaan itu bergantung kepada cuaca dan tahap gangguan yang diterima.
Untuk pemerhatian ini, anak burung Cucur Besar~Batrachostomus auritus telah berupaya keluar daripada sarang, cuma dalam jangka masa hanya 12 hari sahaja. Keadaan secepat itu berlaku adalah dipercayai, induk burung Cucur Besar~Batrachostomus auritus menerima tekanan dan gangguan yang melampau. Gangguan melampau itu ditanggung untuk tempoh masa yang panjang berpunca daripada terlalu ramai jurufoto burung yang datang pada setiap hari.
Dari laporan sahih yang diterima daripada rakan-rakan dan lawatan tapak mendapati;-
1. Disekeliling sekitar kawasan sarang telah terang hasil daripada kesan pijak tapak kaki jurufoto, tripot kamera dan kerusi .
2. Tumbuhan yang mengganggu sudut tepat ke arah sarang telah dicantas untuk tujuan rakaman yang sempurna.
3. Memandangkan kawasan memerhati serta merakam terhad tumbuhan telah dicantas dan ditebang untuk dijadikan tempat merakam burung diatas sarang. Hal keadaan perbuatan menebang dan mencantas itu telah memberi tekanan menambah rasa cemas kepada burung. Burung merasa khuatir seolah-olah pokok tempat ia bersarang juga akan ditebang.
4. Memandangkan sifat semulajadi burung tidak aktif pada waktu siang, hanya dengan membatukan dirinya sahaja. Sesetengah jurufoto telah menggoyangkan pokok supaya anak dan induk burung terkejut untuk melakukan beberapa episod-episod pergerakan. Dari episod pergerakkan itu jurufoto menyangka dapat menghasilkan rakaman yang disangkakan bermutu.
Undang-Undang Malaysia Akta 716
Sarang:- Ertinya apa-apa tempat tinggal, jeruman atau apa-apa sira yang dibina atau digunakan oleh mana-mana hidupan liar, bertelor, mengeram telor, melindungi telor atau anak yang tidak matang atau memelihara anak yang tidak matang.
Umpan:- Termasuk apa-apa peralatan bunyi atau pandang dengar, garam, ulat ternak yang digunakan bagi maksud.
Akta 716 ( 49 )
Larangan perbuatan tertentu didalam rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar.
Tiada seorang pun boleh:-
a. Didalam suatu rizab hidupan liar mengganggu, memotong, mengalih atau mengambil apa-apa tanih , kayu atau tumbuhan.
b. Didalam suatu kawasan perlindungan hidupan liar
i.Meburu mana-mana haiwan dan burung.
ii.Mengambil , mengganggu, merosakkan atau memusnahkan sarang atau telor mana-mana haiwan atau burung atau:-
iii.Mengganggu , memotong, mengalihkan bahan atau galian semulajadi.
Walaupun akta ini telah diwartakan sejak 2010 lagi, akta-akta yang digubal diatas kertas cukup baik tetapi malangnya perlaksanaan sangat mendukacitakan. Sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pegawai daripada Jabatan terbabit mempunyai keupayaan dan kebijaksanaan untuk menzahirkan akta terbabit. Boleh jadi Akta tersebut dibuat sekadar sebagai satu kenyataan berperenggan sahaja, yang tidak berupaya langsung menjaga kebajikan hidupan liar. Atau akta seperti ini bertujuan untuk sekadar makluman kepada masyarakat yang ingin mengetahui hal ehwal undang-undang, dalam menjaga kebajikan burung. Dengan harapan masyarakat akan faham seterusnya mindanya akan terikat kepada akta tersebut.
Bagaimanakah perlaksanaan pengkuasaan akta boleh dizahirkan, jika pegawai yang mempunyai kuasa tidak pergi ke lapangan untuk membuat pemerhatian atau membuat siasatan.
Dengan menghadapi pelbagai tekanan yang diterima, pada musim 2019 burung Cucur Besar~Batrachostomus auritus secara amnya telah berjaya membawa keluar anaknya daripada sarang. Namun dalam usia baharu 12 hari , anaknya itu ia belum cukup kuat untuk terbang sempurna.
Keadaan ini memungkinkan anaknya terdedah kepada ancaman:-
1. Daripada terjatuh dari tempat bertenggek yang tinggi sehingga mengakibatkan tulang sayap patah atau mendapat kecederaan yang lain sehingga mengancam nyawa.
2.Daripada burung-burung pemangsa, primat dan raptilia
Pemerhatian burung Cucur Besar~Batrachostomus auritus menyerap gangguan.
Walaupun induknya telah meninggalkan sarang bersama anaknya, namun anaknya itu pasti tidak berupaya terbang jauh daripada lokasi sarang. Pada hari yang sama secara kebetulan induk dan anaknya telah dijumpai bertenggek diatas ranting disekitar sarang yang ditinggalkan. Pada mulanya pemerhatian telah dilakukan tanpa ada sebarang kacau ganggu. Namun lama kelamaan salah seorang jurufoto warga asing merasa teruja dan telah pergi menghampiri ke kawasan burung sedang bertenggek. Bertujuan untuk merakam dari jarak dekat dengan menggunakan kamera Telepon pintarnya. Sejurus jurufoto warga asing itu melangkah melepasi sempadan "Zon Bahaya Burung" induk burung dengan sertamerta membuat riak muka memberi amaran. Tindak balas daripada induk burung Cucur Besar~Batrachostomus auritus menampakkan naluri semulajadi setiap makhluk dalam menjaga hal ehwal keselamatan anaknya.
Ia membeliakkan mata sambil membuka luas paruh sehingga terkeluar organ seperti lidah seekor ular atau biawak.Wajah muka burung yang kelihatan garang marah dengan bulu kening tegak keatas mengekori setiap pergerakan jurufoto asing tersebut. Bukan itu sahaja yang dilakukan tetapi induk burung juga mengagah-agahkan kepalanya ke depan menghala ke jurufoto asing.
Induk burung memberi isyarat supaya jangan hampir, dipersilakan nyah dari situ. Tidak dapat dipastikan apa perlakuan sebenarnya yang telah berlaku, diatas tindakan burung menggangngakan luas paruhnya.Lagak seperti seekor Ular tedung sedang menyemburkan racun bisa. Sekadar andaian dan tanda tanya apakah Cucur Besar~Batrachostomus auritus menyembur racun bisa kepada musuhnya apabila keadaan dirinya terasa terancam.
Setelah selesai mengambil gambar dengan teleponnya, warga asing itu berundur dari situ dan induk burung kembali tenang seperti biasa. Keadaan seperti diam membatu ini akan berlanjutan sehingga waktu senja. Sementara itu dipercayai induk kepada pasangan burung Cucur Besar~Batrachostomus auritus ini juga berada disekitar kawasan tempat anaknya bertenggek. Namun mata tidak dapat mengesan , kerana ia berupaya menyamar sebagai sebahagian ahli alam disekelingnya.
Kesimpulan dan persoalan daripada pemerhatian peristiwa itu saya mendapati burung Cucur Besar~Batrachostomus auritus adalah seperti berikut:-
1.Pada waktu siang burung akan memilih untuk hinggap diranting yang selamat dengan persekitaran yang menyerupai buluhiasnya. Memilih dikawasan yang suram dan kurang dengan cahaya matahari untuk dia berehat. Cahaya yang gelap suram itu adalah hampir menyamai suasana pada waktu senja atau waktu malam. Dengan keadaan gelap seperti waktu malam itu ia berupaya melihat dengan jelas dikawasan " Zon Bahaya" sekiranya apa-apa ancaman datang kepada dirinya.
2.Pada waktu siang ketika menemani anaknya induk burung tidak sesekali akan terbang meninggalkan anaknya walaupun ada ancaman bahaya kepada anak dan dirinya.
3.Ketika waktu siang, walaupun ia berada dalam suasana cahaya yang suram gelap seperti waktu senja, induk burung tidak mencari makanan untuk anaknya.
Wasalam.