Pemerhatian Burung Pekaka Cekak-perang ~ Actenoides concretus ( Rufous Collared Kingfisher ) Cari Makan.
Pemerhatian ini telah dibuat pada bulan Ogos 2019 yang lalu di Hutan Simpan Taman Negeri Selangor Sungai Congkak. Sekitar jam 10:30 pagi sekor burung betina Pekaka Cekak-perang ~ Actenoides concretus ( Rufous Collared Kingfisher ) dilihat sedang bertenggek membatu pada sebatang akar yang tersangkut antara 2 batang pokok. Paras ketinggian tempat ia bertenggek tidak berapa tinggi dianggarkan 3 ke 4 meter dari lantai hutan. Kedudukannya betul-betul membelakangkan sinar cahaya matahari yang tembus pada ruang rimbunan daun-daun pokok kelihatan seperti berlubang. Keadaan seperti itu memang stratigik untuk dia melihat mangsa bergerak dengan bantuan lempahan cahaya , tetapi tidak sesuai kepada pihak si pemerhati. Ya mendatangkan silau pada permandangan mata juga tidak dapat melihat dengan jelas. Apatah lagi bila imejnya dirakam akan menghasilkan kualiti rakaman yang kurang baik. Untuk mengubah lokasi pemerhatian lain, ia tidak sesuai pula disebabkan rimbunan tunbuhan melindungi permandangan tepat pada burung.
Dalam suasana cahaya yang suram gelap dan dengan sedikit bantuan cahaya matahari burung itu membuat pemerhatian calon mangsa. Bertenggek keras membatu diranting itu sangat lama, dianggarkan 15 ke 20 minit. Dalam tempoh itu sesekali ia menoleh ke kiri dan kekanan. Kadang-kadang membuka luas paruh seperti menguap dan ada juga dia membuat renggangan otot pelepah sayapnya. Tidak semena-mena dengan tidak mengayakan ia akan melonjak hendak terbang, burung itu seperti menjunam dengan kedua belah sayap terkatup pada badan. Meluncur laju ke arah kawasan rimbunan tumbuhan renek rendah, bertindak serentak menyambar pantas dengan mengetip mangsa dengan paruhnya. Sejurus dengan itu ia terus terbang menghala ke arah dalam hutan yang lebih ke dalam. Pada saat itu juga sempat melihat arah hala tuju kawasan tempat ia terbang hinggap bersama mangsa. Mengekori perlahan-lahan secara terbongkok-bongkok meredah ranting dan mengelak akar rotan. Dalam terbongkok-bongkok itu mata melilau mencari dimana burung itu hinggap bertenggek.
Pada jarak 2 meter tempat saya berdiri terlihat burung itu sedang bertenggek pada ranting pokok yang rendah hampir separas dengan mata. Burung itu kelihatan megah mengepit mangsanya, sekor serangga dari jenis Mentadak Mentadu ( Praying Mantis ). Paruhnya yang besar mengepit erat bahagian perut dengan keadaan kepala serangga itu bergerak-gerak terjuntai kebawah. Dengan keadaan terkepit Mentadak mentadu itu seperti telah hilang daya upaya untuk hidup lagi. Berserah dan menerima sahaja apa yang bakal berlaku kepada dirinya. Menunggu saat tubuh badannya dilibas-libas dengan kuat berpusing-pusing sehingga separuh mati. Kemudian merasa hal keadaan seluruh batang tubuhnya masuk perlahan-lahan kedalam saluran kerongkong burung yang sempit itu. Setelah proses selesai dan burung itu merasa yakin mangsa telah lemah terkulai, barulah ia membetulkan kedudukan badan mangsanya. dengan mengimbang-imbang kedudukkan badan pada posisi kepala di dalam anak tekak dan badan diluar paruh.
Memandangkan saiz mangsa lebih besar dari rongga tekak yang menyukarkan proses menelan. Maka burung itu mendonggakkan kepala, lalu meradak makanan dengan menghenjut-henjutkan kepala. Mentadak mentadu yang separuh mati itu melorut masuk dalam saluran kerongkong seterusnya tersimpan mereput dalam tembolok. Sejurus itu, kelihatan burung mengerakkan otot dalaman badan untuk membetulkan kedudukan mangsa makanannya. Selepas itu ia bertenggek tegak terpaku untuk satu tempoh yang lama. Memerhatikan perilaku burung sehingga ia sendiri secara semulajadi terbang hilang pergi entah kemana. Ini bukan pemerhatian kali pertama spesis burung Pekaka Cekak-perang ~ Actenoides concretus ( Rufous Collared Kingfisher ).
Sepanjang memburung boleh dikatakan telah banyak kali berpengalaman melihat tingkah laku spesis ini. Samada jantan, betina atau pun juvana. Berdasarkan pengalaman itu menjadi tanda tanya pada saya, mengapa ia tidak terbang menghilangkan diri, setelah ada manusia datang rapat kepadanya. Pernah beberapa kali bertindak rapat pada kedudukan, antara saya dengan burung boleh ditangkap dengan tangan. Proses itu tidak menggunakan apa-apa alat helah atau umpan. Proses itu dilakukan secara alami semulajadi. Pada saat itu, saya terpaksa menukar kamera lensa 300mm kepada kamera lensa 100 mm untuk tujuan rakaman. Persoalannya mengapa sampai jadi begitu? Disini saya ingin mencadangkan bahawa ada besar kemungkinan sistem penglihatan mata burung ini tidak sama dengan sistem mata manusia. Di alam ini ada berbagai-bagai bentuk dan jenis rekabentuk yang dijadikan oleh Allah. Setiap makhluk mempunyai sistem dan bentuk kanta mata yang sesuai dengan apa yang diperlukan. Sebagai contoh Burung dari spesis Pungguk, Cucur, Tukang tentu sekali tidak sama dengan spesis Pucung, Berkik dan bla bla. Spesis Keluang , Kelawar ( permandangan terbalik ), Jenis Serangga tentu ada perbezaan dari sudut reka bentuk kanta penglihatan. Ada yang melihat dengan pandangan tanpa warna, ada yang melihat warna berbeza dengan apa warna yang dilihat dari mata manusia.
Memandangkan saya hanya pemerhati burung biasa-biasa sahaja bukan ahli ornitologi, maka saya mencadangkan ada besar kemungkinan sistem mata burung Pekaka Cekak-perang ~ Actenoides concretus ( Rufous Collared Kingfisher ) menggunakan sistem kanta mata yang boleh mendekatkan (zoom) imej objek yang jauh, pada satu-satu masa. Dalam erti kata lain ia berupaya mengerakkan otot-otot mata sesuai dengan keperluannya. Dengan sistem begitu burung melihat objek yang jauh seperti melihat pada jarak yang dekat atau dengan pandangan micro. Dalam waktu yang sama mana-mana objek berhampiran dengannya pula akan menjadi kabur. Disaat itu segala urusan menjaga keselamatan dirinya bergantung penuh dengan kecekapan deria pendengaran. Atas alasan ini burung tidak ketakutan ketika saya secara senyap dan perlahan-lahan bertindak rapat menghampirinya. kerana pandangan kabur. Hendaknya dimasa akan datang akan ada pelajar atau ahli ornitologi tempatan mendalami kajian mata burung, demi membuktikan secara ilmiah sains akan kesahihan cadangan ini. Waallah huua'lam bis sawaab. Wasalam.