Menghargai dan Mengenang Jasa-jasa Aktivis Penyelamat Burung Di Bukit Chincin Ulu Kali Selangor.
Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud mula bertugas sebagai Pengawal Keselamatan Bersenjata di Stesen Radar Ulu Kali sejak hujung tahun 2006. Saya mengenali beliau pada sekitar tahun 2008 ketika sering ke sana kerana membuat rakaman pemerhatian dan kajian burung. Hasil kajian itu hendak dijadikan isi bahan tulisan untuk tujuan menerbitkan buku Burung-burung Di Semenanjung Malaysia. Hak Milik Kita Yang Terlepas Pandang...Jilid 1 , 2 dan 3. Memandangkan beliau bertugas disitu maka banyak masanya berdamping dengan alam semulajadi. Apa saja benda baharu yang ditemuinya akan dikongsikan kepada saya. Sejak dari situlah hubungan silaturahim menjadi rapat dan erat hingga ke hari ini.
|
Sesi melepaskan Burung Tarum Siberia -Zoothera sibirica ( Betina ) |
Kerjasama dan perkongsian dalam menyalurkan apa-apa sahaja maklumat yang dijumpainya di Bukit Chincin Ulu Kali. Maklumat itu disampaikan tidak kira waktu, samada siang mahu pun malam. Maklumat yang diperolehi daripada Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud itu, saya anggap sebagai suatu ilmu baharu dalam bidang kajian burung. Saya cukup-cukup menghargai setiap maklumat yang disalurkan demi memandaikan diri saya. Pada 7 hb Januari 2020 Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud membuat keputusan meletak jawatan sebagai Pengawal Keselamatan Bersenjata di Stesen Radar Ulu Kali Selangor. Sejurus dimaklumkan hasratnya itu, perasaan dukacita menyelubungi perasaan. Saya rasakan seperti tercabut nikmat ilmu pengetahuan dalam bidang alam semulajadi.
Memang sebelum-sebelum ini telah disuarakan hasratnya itu untuk berhenti demi menzahirkan cita-cita mengusahakan tanah di kampong. Hasrat terpendamnya itu akhirnya dilunaskan juga walaupun beliau akui keputusan yang dibuatnya itu sangat sulit. Apa tidaknya selama 14 tahun bertugas dalam suasana bebas dan merdeka tanpa perlu bersusah payah, tidak diarah-arah oleh orang atasan. Bertugas mengawal kawasan yang sememangnya aman dan selamat daripada sebarang ancaman bahaya.
Andaikata dibiarkan sahaja tanpa pengawal keselamatan sekali pun , tempat itu tetap akan selamat, kerana terlalu jarang manusia yang hendak kesitu. Sepanjang tempoh berkhidmat pada setiap hari ada saja ilmu alam yang baharu dapat dipelajarinya. Kehidupan seharian sudah menjadi selesa dan sebati berkhidmat disitu dengan suasana hening, aman dan damai. Sepanjang masa menghirup udara sejuk berkabus segar bugar bersama berjenis-jenis hidupan liar.
|
Lesser Gymnure-Hylomys suillus |
|
Lesser Gymnure-Hylomys suillus |
Setiap pagi terlalu banyak spesis Rama-rama dari berbagai jenis dan bentuk serta warna kecil besar datang kesini. Melekat pada dinding bangunan dan atas lantai tanah. Kumbang-kumbang dari berbagai jenis rupa aneh dan warna turut menghiasi kawasan stesen radar. Serangga yang begitu banyak itu merupakan hidangan yang telah dijadualkan oleh yang maha pencipta sebagai rantaian makanan kepada pelbagai jenis burung , ular , katak dan mamalia.
Apa yang perlu dilakukan oleh hidupan ini cuma datang ke tempat Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud bertugas. Maka setiap pagi burung tempatan atau hijrah akan memilih satu persatu makanan yang disediakan. Hidangan protien tinggi itu tidak dibataskan hanya kepada burung sahaja, tetapi Tupai, Ular , Tikus, Kucing Batu, Musang dan Mengkira. Suasana hening aman damai menjelang subuh membawa ke waktu pagi memang cukup indah.
Sinaran cahaya berbagai jenis warna yang mendahului matahari menerangkan alam sekeliling sedikit demi sedikit. Bila tiba waktu petang cahaya matahari yang mengekori matahari sebelum hari gelap turut mengindahkan kawasan disitu. Itulah keadaan tempat Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud lalui setiap hari selama tempoh beliau bertugas.
|
Mengkira-Martes flavigula |
|
Tupai Tanah-Belang tiga- Lariscus insignis |
|
Tupai Ekor-kuda-Sundasciurus hippurus |
Pada mulanya berat dan sayang , Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud melepaskan jawatannya untuk berpisah dengan sahabat alamnya yang rapat dihati itu. Namun disebabkan beliau ada tanggungjawab yang lebih penting dan mulia hendak dilakukan. Maka dengan berat hati terpaksa melepaskan jua jawatannya itu setelah beberapa kali dipertimbangkan. Beliau mengenangkan Ibunda tercinta dikampong sudah mulai uzur, yang memerlukan penjagaan rapi.
Walaupun ibundanya tidak meminta menjaganya, namun beliau ingin mendahului adik-beradiknya yang lain untuk memberi khidmat menjaga ibunya sewaktu saki baki usia. Demi menjadi anak yang mulia dengan menjaga adab, beliau melepaskan juga jawatan itu. Keutamaan dalam hidupnya adalah untuk menjadi insan mengutamakan insan yang dikasihi terlebih dahulu, daripada kehendak diri sendiri. Beliau tidak mahu menjadi anak yang malang kerana terkilan sepanjang hayat menanggung derita kerana tidak dapat berjasa kepada Ibunda dan Isteri tersayang.
Selama tempoh berkhidmat disitu ada saja jasa kebaikan dilakukan samada kepada komuniti burung-burung atau kepada orang yang pentingkan ilmu pengetahuan ilmu alam . Beliau lakukan semua itu kerana cintanya kepada ilmu pengetahuan dan cenderung kepada tuntutan kasih sayang terhadap makhluk Allah. Itu sahaja, tidak ada sebab yang lain. Bukan kerana lapar kepada pujian, bukan kerana mahsyur nama disebut-sebut orang dan apatah lagi kerana upah wang.
|
Bersama Saudara Mike Chong |
Menyalurkan ilmu pengetahuan adakalanya dalam bentuk lisan berborak bercerita pengalaman yang dilihatnya. Adakala dengan memanggil saya untuk datang ke situ untuk sama-sama berkongsi melihat dan mempelajari ilmu alam. Mempelajari dan berkongsi ilmu tidak melalui orang yang bergelar guru di universiti. Tetapi Universitinya ialah ditempat beliau bertugas. Gurunya ada dalam diri sendiri yang begitu cenderung akalnya kepada ilmu pengetahuan. Tidak ada sesiapa pun yang menyuruh atau mendesak beliau melakukan itu semua. Pernah suatu ketika Pelupor Pemerhati Burung tanahair Saudara Dennis Yong datang bertemu beliau kerana ingin melihat burung hijrah yang jarang dijumpai didunia. Sedangkan pada setiap hari Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud melihat burung itu sehingga tidak dikisahkannya lagi burung hijrah tersebut.
|
Bersama Saudara Dennis Yong. |
|
Bersama Saudara Dennis Yong. |
Beliau juga berkawan baik dengan pakar burung tempatan, Saudara Mike Chong yang bersama-sama mendaki Gunung Tahan kerana ingin melihat burung Cericap Bukit-Prina atrogularis. Yang mana boleh dibilang dengan jari, berapa ramai peminat burung tempatan yang mempunyai kesanggupan mendaki gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia, semata-mata ingin melihat dengan mata kepala burung itu. Saudara Mohammad Muhir Bin Hj.Daud salah seorang yang berjaya melihat burung itu di kemuncak Gunung Tahan.Jadi pengetahuan beliau tentang burung tidak boleh dipertikaikan. Tambahan pula berkat bersahabat baik dengan pakar-pakar burung tempatan, ilmu pengetahuannya tentang burung dan alam sekitar tidak lah cetek.
|
Burung Cericap Bukit-Prina atrogularis |
Penemuan rekod baharu dalam bidang hidupan liar tanahair telah dijumpai oleh Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud. Dimana beliau telah bertemu dengan 3 ekor Memerang di kawasan Hutan Elfin Bukit Chincin Ulu Kali Selangor. Pada saat kejadian bersejarah itu beliau dengan pantas sempat merakam detik 3 ekor Memerang sedang melintas jalan, hanya dengan Telepon Tangan. Bukti ini sangat mustahak untuk mengelakkan bukti rekod yang meragukan. Dalam rekod, sejak zaman British sehingga sekarang tidak pernah mana-mana pakar hidupan liar menemukan Memerang dikawasan hutan Elfin yang begitu tinggi. Sayangnya penemuan penting itu tidak dapat didokumen dalam kertas ilmiah, untuk rujukan kerana beliau sekadar aktivis biasa-biasa yang tidak dikenali. Namun begitu sekiranya rekod penemuan beliau itu dicurigai , sahabatnya Saudara Mike Chong secara muktamad telah mengesahkan kejadian bersejarah itu setelah melihat rakaman tersebut.
Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud tidak menyertai mana-mana persatuan Hidupan Liar di Malaysia. Tidak pernah menjalin hubungan pendidikan dengan mana-mana Universiti. Juga tidak mempunyai kerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar. Beliau laksanakan itu semua secara individu di tempat yang tidak ada orang ramai. Sudah tentu semua aktiviti menyelamat yang dilakukannya itu tidak diketahui oleh khalayak dan media massa.
|
Tupai Ekor-kuda-Sundasciurus hippurus |
|
Lesser Gymnure-Hylomys suillus |
|
Malayan Forest Babded Gackoo- Cyrtodactylus pulchallus |
Oleh yang demikian setiap pertolongan yang dilakukan itu tidak perlu dilaporkan atau dicatit dalam mana-mana buku log. Selepas selesai kerja-kerja pertolongan yang memberi kebaikkan kepada burung-burung , beliau terus lupakan langsung. Perkara itu telah dilakukan secara berulang-ulang kali selama berbelas tahun sehingga menjadi sebahagian dari kegiatan hariannya. Keadaan ini berbeza jikalau memberi pertolongan kepada manusia, setidak-tidaknya orang yang dibantu ada sedikit adab akan mengucapkan perkataan TERIMA KASIH. Kadang-kadang orang itu menceritakan pula kepada kawan-kawan siapa yang memberi pertolongan .
Tetapi hal ini adalah memberi pertolongan kepada komuniti burung, yang sudah pasti sesiapa tidak terdengar akan ucapan TERIMA KASIH daripada burung. Kisah itu lenyap hilang sama seperti burung yang ditolong itu lenyap tebang bebas. Saya fikir inilah sikap Ikhlas Tulen yang sejati. Memberi pertolongan dengan langsung tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada makhluk yang ditolongnya itu. Wa'iema menuntut ucapan terima kasih pun tidak sekali. Jikalau saya tidak menulis dan mendokumenkan apa yang dilakukan oleh beliau selama ini , maka lenyaplah semua jasa kebaikannya bersama dirinya sendiri.
|
Mengkira-Martes flavigula |
Jangkamasa 14 tahun itu sangat lama, jikalau hendak ditulis semua kebaikan yang pernah dilakukan kepada kumuniti burung, rasanya boleh dibuat senaskah buku tebal. Walaubagaimana pun semasa tempoh beliau berkhidmat disitu, saya sempat merekodkan pengalamannya dalam usaha beliau memberi bantuan. Kisah-kisah beliau membantu komuniti burung tempatan dan hijrah terbang bebas semula akibat keletihan, terpangkap atau terlanggar dinding bangunan. Tidak lupa juga kisah jasa-jasanya membantu saya dalam ilmu pengetahuan hidupan liar. Senarai itu adalah seperti berikut.
1.
https://reddoortohunt.blogspot.com/2013/03/memberi-bantuan-kepada-yang-memerlukan.html
2.
https://reddoortohunt.blogspot.com/2013/10/memberi-bantuan-kepada-yang-memerlukan.html
3.
https://reddoortohunt.blogspot.com/2015/02/burung-tukang-kelabucaprimulgus-indicus.html
4.
https://reddoortohunt.blogspot.com/2015/09/jalan-pintas-ke-syurga-bumi.html
5.
https://reddoortohunt.blogspot.com/2015/07/senarai-burung-di-bukit-chincin-ulu.html
6.
https://reddoortohunt.blogspot.com/2017/06/jasanya-kepada-avifauna.html
7.
https://reddoortohunt.blogspot.com/2018/03/melepaskan-rindu-dendam-dan-menjenguk.html
8.
https://reddoortohunt.blogspot.com/2018/05/maklumat-tepat-tetapi-tidak-begitu.html
9.
https://reddoortohunt.blogspot.com/2019/05/laporan-penemuan-kali-ke-2-burung-murai.html
10.
https://reddoortohunt.blogspot.com/2019/04/penemuan-spesies-katak-kerdil-di.html
11..
https://reddoortohunt.blogspot.com/2018/11/mari-melihat-dan-berfikir-tentang-seni.html
12.
https://reddoortohunt.blogspot.com/2018/10/serangga-pemakan-dagingtebuan-emasvespa.html
13.
https://reddoortohunt.blogspot.com/2020/03/senarai-burung-baharu-di-malaysia.html
Tentu sekali komuniti burung turut juga merasa sedih dan kehilangan sepertimana saya rasa, andaikata mereka mengetahui Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud telah tidak bertugas di situ lagi. Sudah tidak ada sesiapa lagi yang mempunyai hati dan sikap yang sama seperti Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud disitu. Selepas ini jikalau malapetaka berlaku kepada komuniti burung hijrah yang tersadai keletihan dan kesejukan diatas tanah, maka untung nasibnya tidak sama seperti dulu . Dalam keadaan tidak bermaya hanya menyerahkan diri bulat-bulat untuk dimakan oleh mamalia kecil yang banyak disitu. Atau akan mati menjadi bangkai keras dan tidak dipedulikan langsung. Dimasa itu tidak ada sesiapa yang hendak mencari dan mengambil burung dalam kesusahan seperti Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud lakukan sebelum ini.
|
Burung Perit Kuning-Motacilla flava |
|
Burung Perit Kuning-Motacilla flava |
|
Burung Perit Kuning-Motacilla flava |
|
Sesi melepaskan burung hijrah Burung Perit Kuning-Motacilla flava terperangkap didalam bilik pengawal. |
|
Burung Perit Kuning-Motacilla flava |
Andaikata burung boleh berkata-kata dan menulis sudah tentu mereka akan berebut-rebut antara mereka ingin mengucapkan terima kasih. Melafazkan ucapan TERIMA KASIH secara tidak henti-henti kepada Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud. Ucapan keramat kepadanya itu ke atas segala jasa dan bantuan menyelamatkan nyawa mereka selama tempoh 14 tahun berkhidmat disitu.
|
Berlau bertudung-Pitta sordid |
|
Berlau bertudung-Pitta sordid |
|
Berlau bertudung-Pitta sordid |
|
Berlau bertudung-Pitta sordid |
Jikalau Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud tinggal di negara maju, usahanya ini cepat diketahui oleh orang awam, tentunya akan di sanjung-sanjung. Atas usaha secara bersendirian menyelamatkan burung-burung hijrah dan tempatan yang terperangkap. Kerana mereka melihat usaha tersebut dari sudut konservasi. Tetapi di tanahairnya Malaysia, pekara seperti ini cuma biasa-biasa sahaja. Tak payahlah nak diheboh-hebohkan sangat. Ada tidak mengapa, kalau tidak ada pun, lagi tidak mengapa.
|
Cincilai Riang Melayu-Garrulax peninsulae |
|
Cincilai Riang Melayu-Garrulax peninsulae |
|
Cincilai Riang Melayu-Garrulax peninsulae |
|
Cincilai Riang Melayu-Garrulax peninsulae |
|
Cincilai Riang Melayu-Garrulax peninsulae |
|
Cincilai Riang Melayu-Garrulax peninsulae |
Sebenarnya Negara Kita juga turut mempunyai aktivis penyelamat burung yang tulen sepertimana aktivis-aktivis dari negara maju. Warga kelahiran Jeransang Kuala Lipis ini harus dibanggakan usahanya ini. Usaha konservasi menyelamatkan burung hijrah seperti ini cuma berlaku dinegara-negara sebelah Eropah dan Amerika. Tidak di Malaysia. Jarang sangat dilakukan oleh warga Malaysia berketurunan Melayu, secara bersendirian untuk tempoh yang begitu lama. Biarlah saya seorang diri sahaja yang bangga dan menyanjung usaha beliau itu.
|
Burung Tarum Siberia -Zoothera sibirica |
|
Burung Tarum Siberia -Zoothera sibirica |
|
Burung telah terbang bebas. |
Beliau ingin mengubah pandangan negetif terhadap sikap masyarakat berketurunan Melayu yang dilebalkan sebagai Masyarakat yang suka kepada membela burung, menjaring burung, memikat burung, menangkap dan memperdagangkan burung. Dalam erti kata lain masyarakat Melayu beranggapan burung tidak berhak untuk hidup dalam keadaan bebas merdeka seperti manusia. Cara menikmati burung pada golongan ini haruslah di kurung dalam sangkar supaya mudah dapat melihat kecantikan dan dapat mendengar kicauan didalam rumah.
Siri Spesis Burung Yang Di Selamatkan Kemudian Dilepas Bebas.
|
Sambar Tongkeng-kuning- Ficedula zanthopygia Betina |
|
Sambar Tongkeng-kuning- Ficedula zanthopygia Betina |
|
Sambar Mugimaki-Fecidula mugimaki |
|
Burung Tarum Siberia -Zoothera sibirica |
|
Burung Walit Perut bersisik-Apus pacificus |
|
Sambar Tongkeng-kuning- Ficedula zanthopygia |
|
Sambar Tongkeng-kuning- Ficedula zanthopygia |
|
Sambar Tongkeng-kuning- Ficedula zanthopygia |
|
Sambar Tongkeng-kuning- Ficedula zanthopygia |
|
Sambar Tongkeng-kuning- Ficedula zanthopygia |
|
Sambar Tongkeng-kuning- Ficedula zanthopygia |
|
Merbah Gunung-Hypsipete mcclellandii |
|
Mesia Telinga perak- Leiothrix argentauris |
|
Bersalaman selamat tinggal kepada pegawai menjaga sistem radar. |
Katakan lah.. konon-kononnya nak dijadikan cerita yang seronok-seronak alam kayangan. Kisah ini telah terbaca oleh Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskadariah. Dilihatnya semua maklumat yang disokong pula dengan bukti yang melambak-lambak. Lalu diceritakannya kisah ini kepada suaminya Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Rasa-rasanyalah...akan tersapu-sapu hati baginda merasa bangga bercampur megah kerana anak jati Pahang telah memberi jasa bakti kepada komuniti burung. Sama seperti aktivis orang-orang dari negara maju . Tidak payahlah beri dia pingat yang paling rendah, memadai cuma mengirim surat dari Istana memberi penghargaan kepada usahanya sudah sangat mencukupi. Tentu sekali Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud anak kelahiran Jeransang Kuala Lipis Pahang ini, tidak terpijak tanah senang hati. Saya yang sekarang ini sudah jauh akan rasa sangat terharu kegembiraan. Tidak disangka-sangka usaha itu rupa-rupanya bernilai dan dihargai. Wasalam.