Tuesday, 21 April 2020

Angan-angan Mencari Badak Raya -Rhinoceros sondaicus & Badak Sumbu Berendam/ Badak Kerbau -Dicerohinus sumatrensis Yang Telah Pupus Di Semenanjung Malaysia.



Angan-angan Hendak Mencari Badak Raya -Rhinoceros sondaicus Dan Badak Sumbu Sumatera/Berendam/ Badak Kerbau -Dicerohinus sumatrensis Yang Telah Pupus Di Semenanjung Malaysia.



Mukadimah

Memandangkan angan-angan itu boleh dilakukan secara percuma dan tidak payah dibayar kepada sesiapa..., maka saya hendak berangan-angan  melihat dan merakam imej Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis. Atau Badak Raya-Rhinoceros sondaicus  liar didalam habitat semulajadinya di Semenanjung Malaysia. Walaupun menurut laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Hidupan Liar, spesis ini telah pun pupus di Malaysia setelah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis terakhir mati pada 23 Nov 2019 yang lalu. Manakala Badak Raya-Rhinoceros sondaicus kali terakhir dilihat pada 1957 di  Ladang Kelapa Sawit Batu 15 Slim River Perak 63 tahun dulu..Semua  laporan rasmi itu berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pakar tempatan yang telah berpuluh tahun membuat pemantauan dan kajian. Namun begitu atas rasa sifat degil, saya tidak ada kepercayaan kepada maklumat tersebut.  Saya cuma mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kemahiran dan kepakaran rakan-rakan Maling hutan & gunung tempatan. Jikalau ada modal yang mencukupi, tentu mereka boleh menjejaknya untuk saya rakamkan, gambar-gambar spesis badak itu.  Sementara sekarang ini  tidak mempunyai modal untuk mencarinya, saya kena buat persediaan mana yang patut. Untuk menunjukkan angan-angan itu meningkat tarafnya menjadi cita-cita. Saya kena tahu dimana tempat keliaran , kena kenal perangai dan kelakuannya. Setelah memperkayakan ilmu pengetahuan diri sendiri, mudahlah untuk menjejak sehingga dapat. Disebabkan malas diri sendiri, juga tidak bersungguh mencari, maka tidak banyak maklumat tepat yang dijumpai. Cuma beberapa jurnal lama dan keratan akhbar yang saya simpan dulu. Berbekalkan matlumat itu, saya jadikan ia modal untuk memulakan gerakkan menzahirkan angan-angan. Salah satu kaedah pembelajaran yang saya dapat ialah menyalin kembali apa yang telah dibaca. Dengan usaha itu  dapatlah sikit pencerahan ilmu serta kefahaman . Berikut disenaraikan Jurnal yang telah  memberi pencerahan kepada angan-angan saya.

1.Jurnal bertajuk The Javan or Lesser One Horn Rhinoceros and It's Geograpical Distribution  ditulis oleh En.Charles W.Loch yang diterbitkan pada tahun 1937.

2.Jurnal bertajuk Ecology of The Rhinoceros in Malaya Mac 1967 ditulis oleh En.David L Strickland

3.Jurnal berjudul  Report The Sumatran Of Two Horned Asiatic Rhinoceros yang ditulis pada tahun 1974 oleh warga Belanda En.N.J Van Strien.

4.Rediscovery of The Smaller Asiatic One Horned Rhinoceros (Rhinoceros sondaicus desmarest) in Malaya.

5.Illustrated Guide To The Federated Malay States. Ditulis Oleh -Cuthbert Woodville Harrison Disember 1919

6.Keratan-keratan Surat Khabar yang dikumpul sejak tahun 90an dulu.





Berikut adalah Laporan Sejarah Badak Raya-Rhinoceros sondaicus yang pernah wujud hidup  di Semenanjung Tanah Melayu ( Semenanjung Malaysia ) .


The Javan or Lesser One Horn Rhinoceros and It's Geograpical Distribution
Royal Asiatic  Society 1937-Charles W.Loch




1.Tahun 1816 Pulau Pinang
Badak Pulau Pinang (Province Wellesley Rhinoceros )

Spesimen Badak Raya-Rhinoceros sondaicus yang di simpan di Royal Collage Of Surgeon London diperolehi daripada Badak Raya-Rhinoceros sondaicus yang ditembak di Pulau Pinang (Province Wellesley)

2.Tahun 1890an Perak
Badak Raya Temoh

Pegawai Penempatan British En.G.W.H Curtis mengaku beliau telah menembak lebih daripada 1 ekor Badak Raya-Rhinoceros sondaicus di Temoh, Perak. Bukti spesimen Tengkorak kepala ada dalam simpanan pihak Muzium di Kuala Lumpur.

3.Tahun 1891 Pahang
Badak Raya Tahan.

Laporan daripada En.Henry N Redley bahawa beliau telah melihat sekor Badak Raya-Rhinoceros sondaicus di tepi sungai dekat  daerah Kuala Tahan Pahang. Maklumat itu telah disampaikan kepada En.Theodore Hubback.

4.Tahun 1897 Perak
Badak Raya Kinta

En.F. J Weld telah menembak 2 ekor Badak Raya-Rhinoceros sondaicus di kawasan Batu Gajah, daerah Kinta, Perak.



5.Tahun 1898 Perak
Badak Raya Sungai Palawan

En.H.C Barnard telah menembak sekor Badak Raya-Rhinoceros sondaicus jantan di Sungai Palawan dekat Chikus Lower Perak, Perak.

6.Tahun 1899 Perak
Badak Raya Pinji

Sir George W.Maxwll telah menembak sekor Badak Raya-Rhinoceros sondaicus  di Kampong Pinji. Saiz tinggi badak itu 5 kaki 1/2 inci dan mempunyai sumbu sepanjang 7 atau 8 inci. Spesimen telah dihantar ke Muzium Selangor.

7.Tahun Julai 1907 Perak
Badak Raya Dinding


Pegawai Hutan En.Granville M.O Hara telah menyaksikan dan menyertai kerja-kerja  menangkap sekor Badak Raya-Rhinoceros sondaicus di daerah Dinding Perak . Badak yang ditangkap itu dijual kepada Orang Melayu di Pulau Pinang  dengan harga $ 200.00, yang kemudian  dijual pula kepada ahli perniagaan di Singapura dengan harga $500.00 sebelum dihantar  ke Madras dengan harga Rs 1,500.00.

Selama berkhidmat disitu dari tahun 1905 hingga 1921 beliau telah bertemu /melihat 3 ekor Badak Raya-Rhinoceros sondaicus dan 1 ekor Badak Sumbu Berendam-Dicerohinus sumatrensis  di daerah Dinding Perak.





8.Tahun April 1924 Perak
Badak Raya Kuala Serukai

Sekor Badak Raya-Rhinoceros sondaicus yang didakwa telah menyerang pekerja ladang  telah ditembak oleh pegawai ladang di Kuala Serukai berhampiran dengan Telok Anson. Disebabkan sipenembak tidak mempunyai lesen menembak, Tengkorak , kulit serta tulang itu telah dirampas dan diserahkan ke Muzium Selangor. Kemudian En. E. Semundi telah melawat tempat Badak Riaya-Rhinoceros sondaicus ditembak untuk menyiasat. Hasil siasatan menemukan kesan tapak sekor badak dewasa bersama anaknya dikawasan tersebut. Badak dewasa agrisif ketika menjaga anak, ia tidak teragak-agak akan menyerang dengan cara menggigit menggunakan gigi kacipnya yang tajam, bukan dengan menanduk dengan sumbu.


9.Tahun Jan 1928 Selangor
Badak Raya Ujung Pematang

Seorang  Pegawai Polis telah menembak sekor Badak yang tidak dikenal pasti akan  spesisnya di Ujung Pematang Kuala Selangor. Selepas ditembak, kepala badak itu dihantar ke Klang untuk pengesahan spesis. Pakar texidemist mengesahkan badak yang ditembak itu adalah Badak Raya-Rhinoceros sondaicus . Memandangkan status spesis itu sudah mula terancam, Kepala Badak Raya-Rhinoceros sondaicus telah dirampas dan disimpan di Ibu Pejabat Polis di Kuala Lumpur.


10.Tahun Jan 1932 Perak
Badak Raya Sungai Lampan

Pihak Muzium British London telah memohon secara rasmi kepada pentadbiran Negeri Melayu Bersekutu untuk mendapatkan spesimen Badak Raya-Rhinoceros sondaicus. Maka satu usaha telah dijalankan walaupun pada ketika itu, spesis tersebut telah mulai  berkurangan. Permintaan tersebut telah diajukan melalui Ketua Setiausaha Negeri Melayu Bersekutu dengan mendapat cadangan nasihat dan kebenaran daripada Game Warden Negeri Melayu Bersekutu En..Theodore Hubback . Setelah mendapat kebenaran, usaha mencari  1 ekor Badak Raya-Rhinoceros sondaicus telah dijalankan di Hutan Simpan Kroh Perak. Mereka mendakwa ada sekor Badak Raya-Rhinoceros sondaicus telah hidup bersendirian bertahun-tahun terpisah dengan kumpulan yang lain.

Rancangan pemburuan itu telah berjaya membunuh Badak Raya-Rhinoceros sondaicus yang diketuai sendiri oleh Game Warden Negeri Perak En. W.E Mc.Naught di Sungai Samak daerah Degong. Spesimen yang dibunuh itu adalah sekor Badak Raya-Rhinoceros sondaicus betina saiz 5 kaki 3 inci ( Bahu ) dan panjang 10 kaki  8 inci. Spesimen ini merupakan rekod terbesar yang pernah dicatitkan di Semenanjung Tanah Melayu. Tengkorak, Tulang dan Kulit dihantar ke London untuk dipamerkan di British Muzium. Badak Raya-Rhinoceros sondaicus Betina merupakan badak terakhir yang dibenarkan diburu secara sah di Malaya.





11.Tahun 1937
Laporan Bancian En.Charles W.Loch Berkenaan Badak Raya-Rhinoceros sondaicus  yang masih hidup:-

1.Erong dan Chawang ,Telok Intan Negeri Perak  4 ekor
2.Daerah Lekir, Setiawan Perak 1 ekor
3.Kuala Selangor-Sungai Bernam 2 ekor.


12.Tahun 22 Mac 1957 Perak
Badak Ladang Lima Belas




En. P.G. Banzin Alsatian telah merakam gambar sekor Badak Raya-Rhinoceros sondaicus yang berkeliaran di kawasan Ladang Kelapa Sawit Lima Belas di Slim River, Perak. Badak Raya-Rhinoceros sondaicus muda ini  mulai dijumpai oleh pekerja ladang ketika dia sedang berkubang didalam kawasan paya berhampiran. En.P.G Banzin Alsatian telah mengekori Badak Raya-Rhinoceros sondaicus muda itu selama 2 jam sehingga ia masuk semula ke dalam hutan di daerah Slim River.

Jumlah rasmi keseluruhan Badak Raya-Rhinoceros sondaicus yang direkodkan di Semenanjung Tanah Melayu Sejak Tahun 1816 hingga 2020 adalah sebanyak 22 ekor .





Berikut adalah Laporan Sejarah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis yang pernah wujud hidup  di Semenanjung Tanah Melayu ( Semenanjung Malaysia ) .

Report The Sumatran Of Two Horned Asiatic Rhinoceros- 1974 En.N.J Van Strien.




1.Tahun 1820 Melaka


1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis  telah di tembak mati oleh Raffles di Melaka.

2. Tahun 1872 : Negeri Sembilan

1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis Betina telah ditangkap di Sungai Ujung, daerah Negeri Sembilan. Kemudian telah dijual kepada Zoo London dan dihantar ke sana.

3. Tahun 1898 Selangor

1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis Betina telah ditembak mati di Rantau Panjang, Selangor.

4. Tahun 1901 Perak

3 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis telah berjaya ditangkap hidup-hidup menggunakan jerat di daerah Dinding Negeri  Perak.(Beruas, Setiawan, Lumut dan Pantai Remis )





5. Tahun 1902 Terengganu

1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis tidak diketahui jantinanya telah ditangkap di Negeri Terengganu.  Badak tersebut kemudiannya telah dijual kepada Perth Zoo dan dibawa ke Australia.

6. Tahun1905 Perak

1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis jantan ditangkap di Dinding Perak (Beruas, Setiawan, Lumut dan Pantai Remis )

7. Tahun 1925 Kedah

Ada orang yang dipercayai telah melihat 1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis dikemuncak Gunung Jerai, Kedah.

8. Tahun 1932

Maklumat menyatakan 3 spesimen berada di Negeri Perak, Selangor dan Pahang.

9. Tahun 1933 Perak

2 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis telah ditembak di Negeri Perak. 1 ekor ditembak di kawasan Sungai Bugis berhampiran antara Sungai Bernam dengan kawasan pantai, Perak. Manakala 1 ekor lagi  ditembak berhampiran dengan kawasan Kenas daerah Gunung Bubu,  Negeri Perak.




10.Tahun 1937  Perak

3 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis pernah dilihat di  daerah Dinding Perak (Beruas, Setiawan, Lumut dan Pantai Remis )3 spesimen diperolehi di Perak Selatan ( Teluk Intan, Tanjung Malim, Sungkai , Trolak, Behrang, Bagan Datok, Hutan Melintang, Slim River, Bidor & Tapah )

11.Tahun 1938 Perak

1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis  betina bersama 1 anaknya yang hampir dewasa pernah dijumpai dan direkodkan kehadirannya di Maxwell Hill Cottege, Taiping Perak.

12.Tahun 1939 Negeri Sembilan 

Hubback menlaporkan  Datok Rajah Kiah Jelebu pernah membela 1 ekor anak Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis yang ditangkap didalam hutan. Datok Rajah Kiah Jelebu membela selama 7 tahun. Pada waktu siang Badak tersebut akan masuk ke hutan mencari makanan dan duduk berkubang didalam lopak kolam . Setiap  petang akan  pulang sendiri untuk makan petang dan berehat tidur dibawah rumah.


13.Tahun 1941 Pahang

Sumber laporan yang dipercayai menyatakan kesan-kesan kehadiran 1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis dijumpai di kawasan cerun lereng Gunung Benum hingga ke kawasan Klau Kecil Krau Game Reserve Pahang.

14.Tahun 1941 Kedah.

Rekod sahih menjumpai kesan-kesan tapak Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis dikawasan hutan tanah tinggi tumbuhan buluh di Kedah Utara.


15.Tahun 1944 Taburan

Satu laporan yang dibuat oleh Foenander pada tahun 1944 melaporkan secara umum, bahawa taburan Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis meliputi di kawasan pergunungan Bubu-Bintang Hijau Perak-Kedah, Lembah Bernam Perak, kawasan pergunungan antara Terengganu - Kelantan, kawasan pergunungan Benum , Kuala Lipis , Lembah Jengka, pergunungan Lesong Pahang, dan di kawasan tanah tinggi di Johor.





16.Tahun 1947  Johor

1 ekor  Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis telah dilaporkan  dibunuh di Johor. Lokasi  dibunuh tidak dinyatakan.

17.Tahun 1947 Selangor

2 ekor Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis Jantan dewasa dan 1 ekor juvana dilaporkan dijumpai di Sungai Dusun Selangor.

18.Tahun 1949  Perak

1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis dilihat dikawasan  Gunung Bubu Perak.

19.Tahun 1950 Pahang

1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis dilihat dikawasan Taman Negara Pahang.

20.Tahun 1952 Terengganu

3 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis dilihat di Negeri Terengganu.




21.Tahun 1956  Kedah

2 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis dilihat di Hutan Simpan Bintang Hijau, Kedah.

22.Tahun 1957 Kedah.

1 ekor spesimen Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis dijumpai dan dirakam fotonya di Hutan Simpan Bintang Hijau Kedah.

23.Tahun 1957 Perak

1 ekor spesimen Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis dijumpai dan dirakam di Slim River, Perak.

24.Tahun 1961 Pahang.

 1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis telah dilihat di Sungai Chamir, manakala 2 ekor lagi di lihat di Sungai Spia dan Sungai Kenyam.

25.Tahun 1961 Bancian Badak Sumbu Berendam-Dicerohinus sumatrensis

Satu laporan Bancian bilangan Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis telah dikeluarkan oleh Metcalfe. Beliau menganggarkan jumlah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis pada ketika itu sejumlah 50 ekor.



26. Tahun 1964  Pahang.

1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis telah dijumpai di Lembah Tembeling, Taman Negara, Pahang.

27.Tahun 1964 Perak

Menjumpai tapak Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis  berhampiran Hulu Sungai Perak.

28.Tahun 1965 Pahang

1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis dilihat di Lembah Tembeling, Taman Negara. Tidak dapat dipastikan adakah induvidu  sama yang dilihat pada tahun 1964 ditempat yang sama.

29.Tahun 1966 Selangor.

3 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis dilaporkan dilihat di kawasan  Sungai Dusun, Selangor.




30.Tahun 1966 Bancian Badak Sumbu Berendam-Dicerohinus sumatrensis

Satu laporan bancian jumlah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis di Semenanjung Tanah Melayu telah dikeluarkan oleh Hislop. Beliau menganggarkan jumlah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis adalah sebanyak 10 ke 30 ekor sahaja berbanding bancian pada tahun 1961 berjumlah 50 ekor.

31.Tahun 1968 Bancian Badak Sumbu Berendam-Dicerohinus sumatrensis 

Satu laporan bancian jumlah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis di Semenanjung Tanah Melayu telah dikeluarkan oleh Steven. Beliau melaporkan jumlah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis di anggarkan berjumlah 20  ekor. Dalam tempoh 2 tahun jumlahnya telah menurun secara mendadak. Kawasan yang masih didiami oleh Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis adalah di kawasan Taman Negara Sungai Emas, Johor, Selatan Pesisiran Mersing , Ulu Perak, Ulu Selama Perak,  Sungai Dusun Selangor, Gunung Chamah Kelantan, Hutan Simpan Kerau, dan di 2 tempat di Pahang yang tidak dinyatakan tempatnya.

32. Tahun 1971 Selangor

3 ekor  Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis dilaporkan dilihat di kawasan  Sungai Dusun, Selangor. Tidak dapat dipastikan individu yang sama dijumpai pada tahun 1966 dikawasan yang serupa.

33.Tahun 1971 Pahang.

1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis telah dilihat di Taman Negara Ulu Tembeling Pahang.

34.Tahun 1971 Bancian Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis 

Satu laporan bancian jumlah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis di Semenanjung Tanah Melayu telah dikeluarkan oleh En.Ng Poh Tip. Dalam laporan itu beliau menganggarkan jumlahnya hanya 16-18 ekor sahaja. Tahun demi tahun jumlah  Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis bertambah berkurangan.

35.Tahun 1994. Johor

Seekor anak Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis telah ditangkap di Sungai Ara Kota Tinggi Johor. Kemudian telah dibawa ke Pusat Konservasi Badak Sumbu Sumatera Sungai Dusun, Selangor.

36.Tahun 2003  Pusat Pembiakkan Badak Sumatera Sungai Dusun Selangor. 

Sebanyak 7  ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis telah mati di Pusat Konservasi Badak di Sungai Dusun, Selangor. 5 ekor badak betina dan 2 ekor badak jantan mati akibat serangan parasit darah.

37.Tahun 1999  Bancian Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis 

Kenyataan dalam akhbar yang dibuat oleh Dr Zainal Zahari Zainuddin jumlah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis kurang daripada 55 ekor di Semenanjung Malaysia manakala di Negeri Sabah sebanyak 60 ekor.




38.Tahun 2000 Johor

Laporan didalam akhbar yang dibuat oleh Jabatan Perhilitan, bahawa pihak Jabatan dalam proses untuk menangkap 1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis yang di dilihat berkeliaran di kawasan Hutan Simpan Sedili, Kota Tinggi Johor.

39.Tahun 2008 Sabah


1 ekor Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis berusia 20 tahun telah dilihat berkeliaran didalam  Ladang kelapa sawit di Kretam Sabah.  Sebagai langkah konservasi dan menyelamatkannya daripada menjadi haiwan buruan, Jabatan Hidupan Liar Sabah  telah menangkap badak itu dan ditempatkan di Tabin Wildlife Reserve , Lahat Datu yang dikendalikan oleh Borneo Rhino Alliance (Bora) . Badak yang ditangkap itu dinamakan sebagai Tam.





40.Tahun 2011 Sabah

1 ekor Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis betina 12 tahun ditangkap di Lembah Tabin Sabah. Kemudian badak itu  ditempatkan di Tabin Wildlife Reserve , Lahat Datu yang dikendalikan oleh Borneo Rhino Alliance (Bora) . Badak yang ditangkap itu dinamakan sebagai Puntung kerana ada kesan cedera di kaki kiri akibat terkena jerat.

41.Tahun 2014 Sabah

1 ekor Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis betina telah ditangkap  di Lembah Danum Sabah untuk  Program Pembiakan Badak. Usaha ini bertujuan menyelamatkan spesis badak daripada pupus di Malaysia. Kemudian badak itu  ditempatkan di Tabin Wildlife Reserve , Lahat Datu yang dikendalikan oleh Borneo Rhino Alliance (Bora) Badak yang ditangkap itu dinamakan sebagai Iman.



Maklumat Bilangan Badak Mengikut Negeri Sejak Tahun 1820 hingga 2019




1.Melaka 1.
2.Negeri Sembilan 2
3.Selangor 15
4.Perak 18
5.Kedah 5
6.Terengganu 4
7.Pahang 8
8.Johor 3
9.Sabah 3

1+2+15+18+5+4+8+3+3=59


Rekod Kawasan Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis Pernah Berkeliaran sejak 1820 hingga Nov 2019.




1.Melaka 1
Tidak dinyata lokasi.

2.Negeri Sembilan 2
Sungai Ujung
Jelebu

3.Selangor 15
Rantau Panjang, Selangor.
Sungai Dusun Selangor.



4.Perak 18
Dinding Negeri  Perak.(Beruas, Setiawan, Lumut dan Pantai Remis )
Sungai Bugis berhampiran antara Sungai Bernam dengan kawasan pantai, Perak. 
Kawasan Kenas daerah Gunung Bubu
Perak Selatan ( Teluk Intan, Tanjung Malim, Sungkai , Trolak, Behrang, Bagan Datok, Hutan Melintang, Slim River, Bidor & Tapah )
Maxwell Hill Cottege, Taiping Perak.
Gunung Bubu Perak.
Hulu Sungai Perak.



5.Kedah 5
Hutan Simpan Bintang Hijau, Kedah.
Gunung Jerai, Kedah.
Kedah Utara.

6.Terengganu 4
Tidak dinyatakan

7.Pahang 8
Gunung Benum hingga ke kawasan Klau Kecil Krau Game Reserve Pahang.
Sungai Chamir, Sungai Spia dan Sungai Kenyam.
Lembah Tembeling, Taman Negara, Pahang.

8.Johor 3
Sungai Ara Kota Tinggi 
Sedili , Kota Tinggi
Kian Putu, Utara Gunung Ledang

9.Sabah 3
Ladang kelapa sawit di Kretam Sabah.
Lembah Tabin Sabah
Lembah Danum Sabah


Maklumat Ringkas Nota Laporan Bancian Sejak 1944 - 2019





1.Tahun 1944 Berkenaan Taburan Badak Kerbau-Dicerohinus sumatrensis

Satu laporan secara umum yang dibuat oleh Foenander pada tahun 1944 melaporkan  taburan Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis adalah disekitar kawasan pergunungan Bubu-Bintang Hijau Perak-Kedah, Lembah Bernam Perak, kawasan pergunungan antara Terengganu - Kelantan, kawasan pergunungan Benum , Kuala Lipis , Lembah Jengka, pergunungan Lesong Pahang, dan di kawasan tanah tinggi di Johor.

2.Tahun 1961 Bancian Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis

Satu laporan bancian mengenai jumlah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis telah dikeluarkan oleh Metcalfe.Beliau menganggaran jumlah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis pada ketika itu sejumlah 50 ekor.




3.Tahun 1966 Bancian Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis

Satu laporan bancian berkenaan jumlah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis di Semenanjung Tanah Melayu telah dikeluarkan oleh Hislop. Beliau menganggarkan jumlah Badak Sumbu Berendam-Dicerohinus sumatrensis sebanyak 10 ke 30 ekor sahaja berbanding bancian pada tahun 1961 yang berjumlah 50 ekor.

4.Tahun 1968 Bancian Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis 

Satu laporan bancian berkenaan jumlah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis di Semenanjung Tanah Melayu telah dikeluarkan oleh Steven Beliau melaporkan dalam anggaran 20  ekor. Dalam tempoh 2 tahun  jumlah badak telah menurun secara mendadak berbanding tahun 1966. Kawasan yang masih didiami oleh Badak Sumbu Berendam-Dicerohinus sumatrensis adalah di kawasan Taman Negara Sungai Emas, Johor, Selatan Pesisiran Mersing ,Ulu Perak, Ulu Selama Perak,  Sungai Dusun Selangor, Gunung Chamah Kelantan, Hutan Simpan Kerau, dan di 2 tempat di Pahang yang tidak dinyatakan tempatnya.





5.Tahun 1971 Bancian Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis 

Satu laporan bancian berkenaan jumlah Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis di Semenanjung Tanah Melayu telah dikeluarkan oleh Ng Poh Tip. Beliau menganggarkan jumlah badak pada sekitar 16-18 ekor sahaja. Tahun demi tahun jumlah  Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis bertambah berkurangan.

6.Tahun 1999  Bancian Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis 

Kenyataan dalam akhbar yang di nyatakan oleh Dr Zainal Zahari Zainuddin bahawa populasi Badak
kurang daripada 55 ekor di Semenanjung, manakala di Negeri Sabah berjumlah  60 ekor .

7. Tahun 2019 Bancian Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis Telah Pupus Di Malaysia.

Pada 23 November 2019 secara rasmi Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis  telah pupus di Malaysia.


Perihal Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis  dan Tingkah Lakunya.







Dalam hidup saya cuma sekali sahaja berpeluang melihat Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis secara berdepan mata di Zoo Melaka pada sekitar tahun 1990an.  Badak Raya-Rhinoceros sondaicus telah disytihar pupus sejak tahun 1950an , pada ketika saya belum dilahirkan lagi. Maka untuk menceritakan hal keadaan dan tingkah laku kedua spesis itu sememangnya saya tidak layak. Walau bagaimana pun  berdasarkan pembacaan dari buku-buku lama serta beberapa laporan rasmi,  sedikit sebanyak telah memberi  kefahaman kepada diri sendiri . Kemudian menyalin semula apa yang telah dibaca   menurut sudut kaca mata saya.  


Gambarajah Tapak kaki Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis

Bentuk Rupa Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis 

Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis mempunyai 2 set Sumbu hiasan  yang tidak sama ketinggiannya. Dia memiliki  sepasang cuping telinga yang mana dibahagian cupingnya itu ditumbuhi dengan rerambut bulu lebat . Keseluruhan kulitnya berwarna kelabu gelap kehitaman yang ditumbuhi dengan rerambut berbulu kasar. Pada bahagian antara bahu kaki hadapan dengan bahagian perut kelihatan dengan jelas kulit gelebir yang berlipat seolah-olah menjadi sempadan pemisah antara bahagian kaki hadapan dengan perut. Bentuk kulit yang berlipat itu juga jelas kelihatan  dibahagian bahu kaki belakang dan peha kaki  belakang. Panjang ekornya  adalah sehingga paras organ kemaluan, cukup untuk mengibas-gibas serangga atau najisnya. Susuk saiz tubuh badan Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis berotot tegap sasa lebih besar dari pada saiz persis Badak Tampong-Tapirus indicus Cipan. Saiz ketinggian lebih kurang 4 kaki ( bahu ) panjang 7 - 8 kaki.




Tatacara Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis  makan.

Dia memiliki set gigi kacip dan geraham yang kuat serta tajam untuk melakukan berbagai cara kunyahan bahan yang hendak dimakan. Tatacara dia memilih makanannya , adalah dengan  menggigit kulit batang pokok terlebih dahulu, untuk menentukan tumbuhan tersebut hendak dimakannya atau pun tidak. Mana-mana tumbuhan yang kecil dia akan terus menggigit dan mengunyah batang  anak-anak pokok muda dengan daun-daunnya sekali. Untuk pokok yang bersaiz sederhana besar, dia akan menggunakan bahagian dahi untuk menyodol atau bahagian dada tubuh badan untuk menolak batang pokok supaya condong. Setelah condong barulah ditumbangkan   atau dipatahkan batang pokok tersebut. Pokok yang telah tumbang itu memberi kemudahan dia memagut ranting dan daun-daun untuk dimakan. Adakalanya dia akan berdiri  meletakkan tapak kakinya memijak pada batang pokok. Kemudian menekan dengan kekuat tenaga kaki bersama berat  badan mencondongkan batang pokok. Kadang-kadang ada anak-anak pokok akan terus dicabut bersama akarnya sekali untuk dimakan. Mana-mana ranting berdaun yang tinggi, badak menggunakan sumbunya seolah-olah mengait ranting kemudian memusing-musingkan ranting lalu berjalan sambil menarik  sehingga ranting atau batang pokok itu patah atau tumbang. Ketika badak makan makanan dari jenis buah-buahan, biasanya ia akan melakukan satu gigitan sahaja, kemudian terus menelan keseluruhan buah tersebut tanpa mengunyah.

Di  kawasan Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis makan akan ada banyak kesan pokok tumbang, patah dan ada yang tercabut dari permukaan tanah. Keadaan seperti ini adalah tanda Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis telah mengunjungi tempat tersebut. 

Jenis Tumbuhan Dan Buah-buahan Yang Dimakan Oleh Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis

Mengikut laporan daripada beberapa pengkaji Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis, mereka telah menjelaskan dengan tepat.Ia berdasarkan kajian daripada najis-najis yang dijumpai dan peninggalan isi perut badak yang mati dibunuh. Diet makanan Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis adalah dari berbagai jenis dahan kecil, ranting-ranting tumbuhan, anak-anak pokok muda, pucuk  daun tumbuhan hutan, umbut , bunga dan juga buah-buahan hutanan. Setiap pengkaji melaporkan berlain-lain jenis  tumbuhan dan buah-buahan bergantung kepada lokasi dimana kajian badak itu dijalankan.  Berikut jenis tumbuhan dan buah-buahan yang disenaraikan sepertimana dibawah:-

Pokok Lanjut - Mangifera lageniferaEndospermum malaccenseMacaranga trilobaXylopia ferruginea ( belukar spesies) Clerodendron sp. Forrestia griffithiiLuvunga sp. Pokok Rengas-Melanorrhoea ,Daun Nangka-Artocarpus integra, Bunga Tenglan-Saraca, Buah Mengelut-Payena costata, Buah Kuya-Citrus medica, Rose Kandis-Garcinia forbesii, Cili, Daun Nenas, JagungCempedak-Atrocapus integer

Pengkaji telah menemukan tumbuhan dan getah Pokok Rengas-Melanorrhoea pada najisnya. Perkara ini mencadangkan bahawa Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis berupaya makan diet yang boleh memberi kemudaratan kepada manusia.

Jenis tumbuhan yang dinyatakan itu kebiasaannya tumbuh di kawasan belukar, tepi sungai, tepi paya. ladang pertanian tinggal, pinggir hutan, Hutan Dara, dan Hutan belentara.

Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis kebiasaan ia kerap dilihat bersendirian samada sedang mencari makanan, menjilat sira atau pun sedang berkubang.Tidak ada waktu yang tetap bagi badak melakukan aktivitinya pada setiap hari. Pengkaji melaporkan mereka pernah melihat aktiviti badak  sedang makan pada waktu pagi, tengah hari, disebelah petang juga pada sebelah malam. Dari situ  dapat lah dinyatakan pergerakannya  bergantung kepada kehendak dan kebebasan setiap individu badak itu sendiri.




Najis Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis

Pengkaji berselisih pendapat berkenaan perkara ini, ada yang menyatakan Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis hanya membuang najisnya di satu tempat yang sama. Ada juga yang menyatakan badak membuang najis dihujung kawasan lopak tempat ia berkubang dan disepanjang laluannya. Perkara ini tidak menjelaskan satu gambaran yang tepat tentang perkara tersebut. Bentuk najis Badak jantan dan betina adalah sama berbentuk bulat selambak yang bersaiz lebih kurang 9 cm. 

Badak betina dan jantan mempunyai habit mengeluarkan air kencing mereka secara memancut-macut  ke bahagian belakang merecik pada kiri kanan tumbuhan tempat mereka berjalan. Pancutan percikan air kencingnya  boleh terkena tumbuhan pada tahap ketinggian 6 kaki.

Jangka waktu Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis Bunting Dan Kelakuan Ketika Musim Membiak

Tidak ada maklumat yang boleh dikaitkan dengan tepat,bila waktu musim badak mengawan .Apa yang dapat diketahui , tempoh Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis  betina bunting  mengambil masa selama 1 tahun 7 bulan. Itu satu  jangka waktu  yang sangat lama bagi Badak Betina untuk dia melahirkan  sekor anak pada setiap kali musim mengawan. Dimusim Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis  sedang mempunyai anak , induk jantan dan betina akan bertindak agrasif kepada sebarang ancaman kepada anaknya. Mengikut laporan, pernah berlaku di Kuala Serukai Telok Anson , badak jantan bertindak meluru menyerang untuk menggigit orang yang disangkakan ingin mengganggu anaknya. Badak spesis ini tidak bertindak  menyerang menggunakan sumbu sepertimana yang dilakukan oleh Badak Afrika dan Badak India. Induk jantan dan betina akan membawa anaknya sehingga melepasi peringkat alam remaja.




Lokasi Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis Kerap Dijumpai.

Menurut beberapa laporan jurnal dan kajian, semua  Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis yang ditembak mati oleh orang-orang British, adalah ketika haiwan itu sedang melakukan aktiviti seperti berikut:-

1.Mencari makan berhampiran dengan sungai
2.Sedang leka berkubang dalam kolam atau paya di dalam hutan.
3.Laluan ke kawasan  Sira garam semulajadi. 




Tidak dapat diketahui keadaan yang bagaimana menjadi tempat  Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis  memilih tempat tidur pada waktu malam. Apakah dia mempunyai tempat tetap yang biasa dikunjungi, atau memilih di mana-mana tempat yang dirasakan selesa dan selamat pada waktu itu. Apakah dibawah pokok-pokok hutan atau hanya dibawah rimbunan tumbuhan. Pada kebiasaannya keliaran badak jantan adalah dalam lingkungan 50 kilometer. Manakala badak betina antara 10 ke 15 kilometer. Jangka hayat Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis liar didalam hutan dianggarkan antara 35 tahun ke 40 tahun.




Keistimewaan Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis Yang Warga Malaysia Tidak Nampak.



Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis adalah sejenis haiwan liar yang terlalu istimewa  mendiami kawasan hutan hujan khatulistiwa sejak beratus tahun yang lampau. Malangnya sejak zaman pemerintah British sehingga zaman sekarang   kebanyakan masyarakat kita tidak pernah sedar atau tidak nampak keistimewaan yang ada pada 2 spesis badak itu. Walaupun orang tempatan telah cukup kenal dengan sifat perangai serta perilaku Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis. Namun mata hati mereka tidak pernah dapat melihat keistimewaan yang ada padanya, sepertimana saya melihat. Orang Melayu tempatan telah menamakan badak itu sebagai Badak Kerbau -Dicerohinus sumatrensis . Nama pengenalan itu memang sejajar  dengan sifat dan ciri-ciri  yang ada pada Badak Sumbu Kerbau-Dicerohinus sumatrensis tersebut. Kerana sifatnya yang suka berendam didalam air menyamai dengan sifat Kerbau. Tingkah lakunya juga hampir sama dengan Kerbau yang leka dengan dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Cuma berbeza dari sudut cara mencari makan. 



Malangnya Orang Eropah yang datang kesini menganggap badak tempatan sama perangainya dengan spesis Badak yang ada di Benua Afrika dan Benua India. Yang bersifat garang dan menggerunkan ketika bersemuka didalam hutan belentara. Haiwan yang bersumbu bertubuh sasa tegap itu dianggapnya merbahaya. Walhal sebenarnya sifat Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis   sangat berlainan dengan spesis badak yang ada didalam dunia. Perilaku  Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis disini, sifat dan perilakunya sama seperti spesis Beruang Panda di Negara China atau spesis Beruang Koala di benua Australia. Kelakuan dan perangai Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis  ini sama juga dengan perangai  Dugung didalam air. Haiwan yang besar tegap sasa dan bersumbu dengan penampilan ganas tetapi sebenarnya manja dan lemah lembut  . Andaikata pemeritah dulu dan sekarang, lekas sedar akan keistimewaan badak-badak ini, sudah tentu pada zaman sekarang statusnya  setaraf dengan Beruang Panda di Negara China. Akan diberi layanan yang tersangat istimewa.




Belajar Bagaimana Untuk Rugi Dan Kecewa 

Langkah Pertama.




Orang Eropah yang datang ke Tanah Melayu dulu, selain mereka berdagang, berpolitik, dan menguasai sumber alam, mereka juga turut memburu hidupan liar. Mereka sanggup berhabis wang untuk memuaskan hati dengan menikmati rasa keseronokan lantas bermegah dengan haiwan yang dibunuh. Mereka menipu minda orang tempatan bahawa semua haiwan didalam hutan adalah  haiwan perosak kepada bidang pertanian. Haiwan itu semua memberi gangguan dan mengancam nyawa  manusia ketika mengusahakan pekerjaan harian mereka. Orang Eropah lah yang memulakan penghapusan hutan besar-besaran secara tebang dan bakar untuk pertanian. Maka dari saat itu segala jenis dari sebesar-besar haiwan hingga sekecil-kecil jenis haiwan telah hilang habitat semulajadinya. Pada ketika itu, habis hidupan liar diburu dan di bunuh, Harimau , Gajah, Seladang, Badak, Rusa, Burung, dan lain-lain.



Gambar hiasan Pemburu Bangsa Eropah megah dan berbangga disisi hidupan liar yang ditembak mati.





Sebenarnya  pemburu warga Eropah mempunyai sikap penakut yang melampau-lampau, sehingga menyenaraikan Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis dan Badak Raya-Rhinoceros sondaicus di dalam senarai " Big Game". Menyenaraikan haiwan yang bersifat seperti "Down Syndrom" yang tidak ada langsung sifat kegarangan seperti Seladang. Spesis Badak disenaraikan  haiwan buruan bersama-sama Gajah, Seladang, Banteng dan Tapir.  


Gambar hiasan Pemburu Bangsa Eropah megah dan berbangga disisi hidupan liar yang ditembak mati.

Jadi sehingga ke hari ini, pemburu Eropah  beranggapan mereka boleh  bermegah kerana berjaya membunuh Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis  di dalam hutan Tanah Melayu. Sehingga statusnya didalam kominiti dunia pemburuan   turut melonjak sebagai pemburu hebat, atas kejayaan membunuh Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis . Hakikatnya mereka cuma memburu haiwan yang bersifat seperti sekor Beruang Panda , Beruang Koala dan Dugung. Ini cukup mengaibkan, bermakna  mereka belum cukup jantan malah setaraf sebagai pemburu bacul. Apalah sangat cabaran yang ada jikalau memburu dan membunuh haiwan seperti itu. 



Inilah satu kesilapan yang besar dilakukan berulang-ulang kali oleh orang Eropah kerana terperangkap oleh kebijaksana diri sendiri. Sehingga habis pupus hidupan liar Badak Raya-Rhinoceros sondaicus itu dikerjakan. Dari masa ke semasa, warisan memburu hidupan liar telah diwarisi pula oleh ramai orang tempatan setelah orang British pulang. Orang Eropah tidak sedar perbuatan mereka itu menjadi ikutan oleh orang tempatan yang ingin sama-sama rasa keseronokan memburu. Mereka bukan sahaja memburu dengan senjata api  , malah memasang jerat disegenap pelusuk hutan. Keadaan seperti ini telah menyampai ke garisan penamat kepada kepupusan badak dan haiwan liar yang lain.


Gambar hiasan sekumpulan gajah sedang berada ditepi sungai, sebelum ianya diburu.

Langkah Ke Dua.


Gambar hiasan Pemburu warga Eropah dengan bangga berdiri disisi gajah yang ditembak mati

Sebagai bangsa yang bijak, mereka sedar perbuatan mereka itu memang kejam dan salah. Jadi mereka  mengalih pandangan, dengan mencorak rangka minda masyarakat tempatan. Mereka mendakwa apa yang dilakukan itu semua adalah untuk kebaikkan terhadap Ilmu Sains dan pendidikan kepada manusia sejagat. Bidang Sains itu perlu sedikit pengorbanan. Maka mulia lah perbuatan memburu hidupan liar disisi mereka selama beratus tahun.


Gambar hiasan Pemburu Bangsa Eropah megah dan berbangga disisi hidupan liar yang ditembak mati.

Boleh dikatakan koleksi muzium di Eropah telah lengkap dengan semua hidupan liar yang ada di dalam dunia. Setelah semua jenis koleksi hidupan liar telah dimiliki , maka barulah mereka katakan perbuatan yang mereka lakukan dulu itu tidak bagus. Tegasnya lagi merosakan dan membinasakan hutan akan juga menjejaskan kehidupan  hidupan liar dihabitatnya. Itulah bukti kebijaksanaan mereka.



Gambar hiasan Pemburu Bangsa Eropah megah dan berbangga disisi hidupan liar yang ditembak mati.

Jika kita berlaku jujur kepada diri sendiri, cuba lah rujuk kepada laporan-laporan peristiwa sejarah. Peristiwa yang di lakukan dan ditulis sendiri oleh orang British semasa zaman pemerintahan mereka dulu di Tanah Melayu. Kemudian orang tempatan pulak mengambil alih, memerintah negara yang baru merdeka itu.  Bukan sahaja menyambung apa yang pernah dilakukan oleh  Orang British, tetapi mengulangi semua perbuatan yang sama pernah dilakukan oleh pemerintah dahulu.

Gambar hiasan Rusa sedang minum air,  sebelum ditembak mati oleh pemburu warga Eropah.

Setelah Tanah Melayu merdeka, pentadbiran baharu warga tempatan mengambil alih tampuk pemerintahan negara dalam keadaan serba kekurangan. Separuh hasil bumi negara telah dibawa pulang ke negara asalnya oleh pentadbir lama. Pemerintah warga tempatan yang kekurangan modal terpaksa bermula dari bawah. Berbagai projek pembangunan harus dilaksanakan kerana ingin bebas dari kancah kemiskinan. Banyak  projek pembangunan terpaksa dilakukan, dari sektor perlombongan hinggalah ke sektor pertanian. Antaranya projek Bumi Hijau yang telah mengurangkan jumlah keluasan hutan. Bukan sedikit, tetapi terlalu luas hutan telah dibongkar. Bermula dengan pembalakkan hutan kemudian bertukar menjadi kawasan pertanian dan perlombongan. Projek ladang-ladang pertanian skala raksasa telah mengwujudkan masalah berkait-kait diantara manusia dengan hidupan liar.

Gambar hiasan, seorang  Kadam Pemburu Eropah yang tidak tahu menahu kesan terhadap hidupan liar dibunuh..

Ladang dan kebun perlu penjagaan daripada  gangguan haiwan yang dituduh perosak, maka setiap pemilik tanah berebut-rebut  mendapatkan lesen senjata api . Kononnya ingin menjaga tanaman dari gangguan haiwan perosak. Bermula dari situ,  bertambahlah pemilik senjata api. Pada waktu yang sama , anggota Rela juga diberikan keistimewaan memiliki senjata api. Maka bertambahlah  jumlah pemilik senjata api yang memang telah ramai. Dalam ramai-ramai orang yang memiliki senjata api, tentu ada dikalangan mereka menyalah guna senjata api untuk pergi memburu. Atau menyewa dan meminjamkan senjata api, siapa pun tidak tahu. Setelah permintaan untuk koleksi muzium telah berkurangan, timbul  pula permintaan dari pasaran gelap dari Tabib-tabib Cina dan kedai makan exsotik yang menawarkan harga tinggi untuk hidupan liar. Tanpa disedari , sedikit demi sedikit jumlah badak telah berkurangan. Bancian jumlah badak pada tahun 1971 cuma tinggal 18 ke 22 ekor sahaja. 


Langkah Ke Tiga

Di tahun-tahun 80an Pemerintah Warga Tempatan membuat keputusan mereka tidak bersedia mempertahankan habitat hidupan liar Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis dan alam semulajadi. Banyak kawasan hutan dikorbankan untuk pembalakan dan pembukaan ladang kelapa sawit demi membangunkan ekonomi negara. Maka, keadaan mula bertambah-tambah parah, dengan wujudnya ladang-ladang Kelapa Sawit skala raksasa seolah-olah sebesar sebuah negara. Pembinaan lebuhraya yang sengaja dibuat merentas hutan-hutan semulajadi membantu mempercepatkan kerosakkan habitat hidupan liar. 

Pemerintah Warga Tempatan  memang sudah tahu dan mereka juga sedar, apa-apa usaha merosak binasakan habitat semulajadi Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis  bakal menyebabkan kepupusannya. Tetapi mereka ada jalan penyelesaian yang lebih bijak  untuk menyelamatkan  Badak Kerbau -Dicerohinus sumatrensis  daripada kepupusan di bumi Malaysia. Mereka begitu yakin cara yang bakal digunakan nanti akan menyelamatkan  Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis daripada pupus. Biar pun akan banyak habitat semulajadi telah punah dan akan terus musnah binasa selepas ini. 

Sekitar  tahun 1984 melalui agensi kerajaan yang berkaitan dengan hidupan liar,  mereka  mula melaksanakan projek besar untuk menyelamatkan Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis. Cara mereka menyelamatkan badak adalah dengan melaksanakan projek menangkap saki baki Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis  liar yang masih ada didalam hutan. Bertujuan melaksana pembiakan di dalam kurungan ex setiu. Mendapat peruntukan modal yang besar  daripada Pemerintah Warga Tempatan  dan Yayasan Syarikat Kelapa Sawit. Tambahan mendapat sokongan daripada ramai  tenaga pakar dalam dan luar negara.




Sejak Projek penangkapan Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis dimulakan 35 tahun dulu iaitu pada 1984 hingga 2014 mereka telah berjaya menangkap 28 ekor kesemuanya. Selama tempoh itu  kakitangan  projek telah berusaha bersungguh-sungguh bersama pakar tempatan dan luar negara sepertimana yang dirancang . Mereka telah menggunakan bermacam cara teknologi sains terkini, dengan mendapat suntikan modal kewangan  yang besar.


Tidak semua projek boleh  berjalan dengan lancar dan teratur. Diawal permulaan projek ada juga beberapa insiden mengecewakan yang tidak wajar berlaku  seperti kematian  badak dilokasi kejadian penangkapan. Yang mana Badak yang telah berjaya masuk di dalam perangkap  mengalami kecederaan lalu mati. Insiden itu berlaku bukan kepada sekor badak , tetapi 2 ekor lagi Badak mati akibat kurang arif dengan pengalaman menangkap Badak. Peristiwa seperti ini menimbulkan ralat teramat sangat, kerana kematian itu cukup sia-sia dan merugikan.

Pada tahun 1985, sekor Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis betina telah ditangkap, yang diberi nama "Melintang" telah dihadiahkan kepada Raja Thailand sebagai tanda mengeratkan  hubungan antara dua buah negara. Malangnya tidak sampai setahun berada di dalam Zoo Dusit Bangkok, Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis itu mati akibat lehernya tersepit palang pagar kandang.



Peristiwa  yang berlaku di Pusat Pembiakkan Badak Sumatera Sungai Dusun Selangor mengemparkan dunia Konservasi Badak. Pada tahun 2002 sekor badak jantan yang diberi nama "Shah" telah mati yang tidak diketahui sebabnya. Kemudian pada bulan April 2003 sekor badak betina bernama "Rima" juga mati. Tidak lama kemudian tragedi 18 hari, yang bermula pada Oktober hingga bulan November 2003. Sekor demi sekor badak ditemui mati di pusat tersebut. Pada 18 Oktober sekor badak betina bernama "Seputih" ditemui mati, 11 November 2003 satu-satunya badak jantan bernama "Ara" juga turut mati. Menyusul pula kematian badak betina bernama " Panjang" keesokan harinya pada 12 hb November. Pada minggu berikutnya, 2 ekor lagi badak betina bernama " Minah " dan "Mas Merah" turut menerima nasib yang sama. Dengan kematian semua badak yang ditangkap dulu, maka pupuslah sudah spesis   Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis di Semenanjung Malaysia. Oleh kerana spesis Badak telah pupus, Pusat Pembiakan Badak Sumatera Sungai Dusun menempatkan spesis Badak Tampung-Tapirus indicus disitu untuk tujuan konservasi. Pada tahun 2010 , 7  ekor Badak Tampung-Tapirus indicus  mati dipusat itu atas sebab serangan wabak e coli.






Sudah tentu kejadian kematian badak secara mendadak bertimpa-timpa seperti itu menimbulkan ralat dan tanda tanya daripada semua pihak. Apakah puncanya dan dimana silapnya sehingga berlaku  begitu sekali. Tidak ada sesiapa mengetahui apa perkara yang sebenarnya telah berlaku. Barang kali kakitangan dan pegawai yang terlibat  mengendalikan badak sahaja  tahu jawapan dan penjelasan sebenar. Apakah disebabkan stress kerana badak kerap menjalani siri  ujian persenyawaan, atau tidak mencukupi tenaga veterinar yang berpegalaman atau pun kandang-kandang badak tidak mengikut piawai kebersihan, atau dan atau dan atau..




Sehingga saat itu usaha membiak badak sepertimana yang mereka yakin akan berjaya dahulu, masih belum menunjukkan hasil. Tidak ada sekor Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis berjaya dibiakkan melalui proses yang dirancang.  Kalau ada pun cuma sekor anak badak berjaya dilahirkan dalam kurungan. Itu pun disebabkan sekor badak betina "Rima" ketika ia ditangkap , sedang bunting. Walaupun usaha untuk membiakkan badak masih tidak menampakkan hasil, mereka masih tetap menunjukkan kesungguhan dan tidak berputus asa, tetap juga meneruskan lagi usaha tersebut.





Sekor lagi badak betina  di Lok Kawi Wildlife Park Putatan Sabah, "Gelulop" mati pada Januari 2014 kerana sakit tua ketika berusia 35 tahun. 3 tahun kemudian badak betina bernama "Puntung"di Tabin Wildlife Reserve terpaksa ditidurkan pada 4 Jun 2017 kerana menderita kanser. 2 tahun berikut, pada 27 Mei 2019 "Tam" satu-satunya badak jantan terakhir turut mati. Kematian badak jantan terakhir ini mengesahkan perancangan pembiakkan Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis menemui jalan buntu. Perancangan untuk membiakkan badak tidak berjaya kerana tinggal sekor badak betina sahaja didalam Malaysia. 16 tahun dulu pada 11 November 2003 Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis telah pupus di Semenanjung Malaysia. Kali ini pada 27 Mei 2019 , Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis diambang kepupusanya, yang cuma tinggal sekor sahaja di Malaysia. Perkara yang tidak-tidak mahu terjadi , berlaku juga pengakhiran spesis Badak Sumbu Kerbau -Dicerohinus sumatrensis di mukabumi Malaysia. Pada tahun yang sama juga, bertarikh 23 Nov 2019, satu-satunya badak betina   ( Iman) yang tinggal turut mati.



Jangka waktu 35 tahun satu tempoh yang sangat lama, biaya projek selama itu bukan satu modal yang sedikit. Elaun , gaji tenaga pekerja , gaji pakar-pakar luar negara , logistik termasuk berbagai-bagai jenis alat bantuan kelengkapan telah dihabiskan. Jikalau semua wang yang telah digunakan  itu diaudit , barangkali mencapai jutaan ringgit. Kalau dulu projek pembiakkan badak yang diyakinkan sangat, akan berjaya. Kini terbukti  langsung tidak membuahkan hasil. Dari jumlah 28 ekor badak yang telah ditangkap, tidak ada sekor pun anak badak dapat dibiakkan. Pun begitu masih ada usaha membiakkan badak  menggunakan kaedah pembiakan in vetro. Sedangkan ketika peluang mempunyai 28 ekor badak,  tidak mampu  membiakkan badak. Inikan pulak  ketika badak sudah tiada, ingin membiak badak hanya menggunakan sel badak-badak yang disimpan dalam kulter sel.





Matlumat Badak-badak yang ditangkap oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dan Perhilitan Sejak 1985-hingga Sept 2018 kemudian Mati di dalam Kurungan  Zoo dan Pusat Konservasi Badak Sumatera.

Zoo Melaka

1.Jeram 1985
2.Napangga
3.Julia
4.Sri Delima

Mati Ketika Proses Penangkapan

1.Erong- 1987
2.Linbar- 1987 mati ketika proses ditangkap
3.Lokan-Mati dilokasi ditangkap




Pusat Pembiakkan Badak Sungai Dusun Selangor.  

1.Rima hamil ketika ditangkap-Mati pada April 2003
2.Panjang-Betina-Mati pada 12 November 2003
3.Mas Merah-Betina -Mati pada November 2003
4.Shah- Jantan-Mati pada tahun 2002
5.Seputih--Betina-Mati pada 18 Oktober 2003.
6.Ara- Jantan-Mati pada 11 November 2003
7.Minah -Betina- Mati pada November 2003

Orang Utan Rihabilition Centre Sandakan

1.Tenengang
2.Lun Parai
3.Tekala
4.Sidom
5.Tangang 2
6.Malbumi- mati 18 bulan lepas ditangkap

Lok Kawi Wildlife Park Sabah

1.Gelogob-Betina-Mati pada Januari 2014.

Tabin Wildlife Reserve , Lahat Datu

1.Bulud-
2.Tam-Jantan-Mati pada 27 Mei 2019
3.Puntung-betina-Dimatikan pada 4 Jun 2017
4.Iman-betina-Mati pada 23 Nov 2019

Lain -lain

1.Melintang Betina 1985 dihadiahkan kepada Raja Thailand Zoo Dusit mati tercekik pagar kandang
2.Tangang mati tertimpa dahan kayu
3.Bulud lari dari kandang


Walau bagaimana pun, pada waktu yang sama selama 35 tahun itu , pemerintah tempatan dapat meraih keuntungan yang banyak buat negara Malaysia. Hasil yang diperolehi daripada kawasan hutan yang dibalak memberi keuntungan yang tersangat lumayan. Selepas pokok hutan habis dibalak,  tanah-tanah yang lapang itu di jadikan ladang-ladang kelapa sawit skala raksasa, yang juga menambah sumber pendapatan buat negara. Disitu ramai orang mendapat peluang pekerjaan diladang- ladang. Waktu yang sama kakitangan dan pakar yang mengendalikan  projek badak turut juga mendapat upah gaji atas segala usaha yang mereka lakukan itu sepanjang bertugas.

Cetusan fikiran siapakah yang beria-ia sangat mengusulkan projek pembiakan badak dalam kurungan pada tahun 1984 dulu. Siapa individunya atau NGO mana yang menasihatkan projek ini boleh  berjaya. Berjaya menyelamatkan spesis badak dari pupus di Malaysia. Siapakah yang menyediakan dan menyokong kertas  kerja projek pemuliharaan badak dalam kandang ex setiu itu, boleh berjaya.

Atau pun spesis badak ini sengaja dipilih , semata-mata bertujuan mengwujudkan peluang pekerjaan dan peluang sumber ekonomi skala jangka panjang. Peluang pekerjaan kepada pakar veterinar , gembala badak, penyediaan ubatan bius, projek pembinaan dan selenggara pagar elektrik. Soalan cuma hendak ambil tahu, kerana tidak  menjadi satu kesalahan untuk kita bertanyakan soalan.

Rumusan

Untuk memberi ulasan kepada perkara yang telah berlaku memang mudah, kerana kita telah pun tahu setiap peristiwa beserta jalan ceritanya sehingga penamat. Nampak seolah-olah ulasan yang dicadangkan itu tidak begitu adil. Atau menambah-nambah cerita kepada perkara yang tidak pernah berlaku. Hakikatnya suka atau tidak itu lah sejarah yang telah berlaku. Penamatnya , perancangan untuk membiakkan Badak Kerbau -Dicerohinus sumatrensis dalam kurungan ex setiu itu telah gagal. Bukan sahaja gagal malah  spesis itu terus pupus di Malaysia. Lebih malang lagi kawasan habitat hutan juga telah berkurangan. Itulah sebab-sebab mengapa spesis badak ini pupus sebelum waktunya. Rupa-rupanya manusia sendiri menolong mempercepatkan spesis Badak itu pupus.

Mengapa tidak mengusahakan projek menjaga hutan tempat habitat badak . Menjaga dan mengawal selia secara bersungguh-sungguh sepertimana kesungguhan hendak menangkap badak dulu. Menjaga dan mengurus tadbir habitat badak itu, akan secara tidak langsung menjaga juga hidupan liar yang lain.    Gajah , Harimau , Tapir, Seladang, Banteng, Orang Utan, Beruang dan mamalia kecil yang lain. Melakukan kerja secara serentak. Tidak perlu ada banyak pusat pembiakkan kepada setiap spesis haiwan. Gajah satu tempat, harimau satu tempat. Memadai menjaga habitat hidupan liar ,  jangan sampai rosak binasa.


Rakaman semula imej Badak Raya-Rhinoceros sondaicus dari majalah National Ceografic yang dijumpai di Ujung Kulon Indonesia.

Jurnal-jurnal yang dibaca itu banyak memberi maklumat terhadap perilaku dan kawasan yang pernah didiami oleh spesis badak.  Setelah  semua maklumat dihimpun, kemudiannya disalin semula mengikut susuan dan sudut kefahaman fikiran diri saya. Dengan nota-nota ini memungkinkan saya berpeluang  menjejaknya di Malaysia. Sekarang saya telah membayangkan masih ada lagi saki baki kawasan yang sama habitat yang tercatit dalam jurnal. Tempat-tempat itu akan menjadi tempat saya jejakinya nanti. 


Sepertimana yang dinyatakan pada awal cerita , tujuan saya adalah untuk mencari Badak Kerbau -Dicerohinus sumatrensis atau Badak Raya-Rhinoceros sondaicus liar untuk dirakam gambarnya di Malaysia. Merakam gambar sepertimana yang pernah dilakukan oleh jurufoto National Geografic 20 tahun dahulu . Beliau merakam imej  Badak Raya-Rhinoceros sondaicus liar dalam habitatnya di Ujung Kulon, Indonesia. Sementara masih kuat dan sihat lagi , angan-angan saya akan terus menjejaknya sehingga saya dapat. Inilah angan-angan saya. Ingin merasa nikmat menjejak dan merakam  spesis badak didalam habitatnya. Nikmat yang paling atas !  Wasalam.