Pemerhatian Lalat Hijau -Common Green Bottle /Blow Fly-Chrysomya megacephala Menyedut Nektar Bunga Tanaman
Sejarah Masyarakat Disini Mengenal Lalat .
Kebanyakan dari kalangan masyarakat kita akan mengaitkan semua spesis Lalat adalah dari jenis serangga yang kotor dan menjijikkan. Alasan sebegitu memang tepat kerana sememangnya sejak dulu hingga sekarang manusia mudah dan selalu melihat Lalat ditempat yang busuk dan kotor. Sebab apa manusia mudah melihat lalat? Kerana manusia sendiri telah menjemput lalat itu datang tinggal bersama dengan mereka. Apa tidaknya, tabiat manusia itu sendiri yang gemar membuang sampah sarap dimerata-rata tempat dikawasan penempatan mereka. Bukan itu sahaja, manusia itu sendiri turut memelihara haiwan ternakan dan peliharaan dikawasan penempatan mereka sendiri. Manusia itu sendiri membina kawasan penyembelihan haiwan dikawasan berhampiran penempatan mereka . Bukankah bau busuk dari najis-najis haiwan peliharaan dan ternakan telah mengalu-alukan kehadiran lalat.
Agaknya tabiat semulajadi manusia itu sengaja menjemput lalat untuk membiasakan mereka hidup bersama lalat supaya mudah melihat lalat disekeliling mereka setiap hari. Setelah biasa melihat lalat secara berulang-ulang kali sejak kecil sehinggalah dewasa, maka pemikiran manusia sudah terpahat. Terpahat kekal diminda bahawa Lalat akan dipasangkan dengan apa-apa sahaja pada perkara yang kotor , busuk dan menjijikkan. Maka bagaimana kita boleh menidakkan Lalat itu adalah serangga yang kotor . Kehidupan Lalat dalam dunia yang kotor dan busuk itu bersama-sama berbagai jenis kuman. Memandangkan lalat sememangnya berada disitu maka dialah yang membawa virus penyakit berkemungkinan menjejaskan kesihatan manusia.
Pada Lalat Ada Penawar.
Bagaimana sejenis hidupan yang dicipta oleh Allah berupaya hidup dengan sihat dan gembira bergelumang dengan kekotoran, jijik yang penuh dengan berbagai-bagai jenis virus kuman. Secara logik akal sudah tentu pada badan Lalat telah tersedia bakteria pertahanan dan penawar dalam badannya sendiri. Jikalau tidak tentu Lalat itu sendiri tidak mampu hidup sehingga sekarang.
Mengikut riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, Apabila lalat terjatuh dalam bekas minuman salah seorang daripada kamu, celuplah dan buangkan lalat itu, kerana sebelah sayapnya itu mengandungi penawar dan disebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.
Tidak diketahui pulak sayap sebelah mana yang mengandungi penawar samada kiri atau pun kanan. Untuk mendapat jawapannya maka pengkaji virus dan penyakit kenalah membuat penghalusan kajian bagi menentukan sayap sebelah mana ada penawar dan berpenyakit. Dari situ bolehlah dipanjangkan menjadi penawar untuk penyakit apa sehingga dapat memberi menafaat kepada manusia.
Lalat Menjana Ekonomi
Pada waktu yang sama, dalam dunia perniagaan Perkhidmatan Kawalan Serangga Perosak dan Kawalan Penyakit & Kesihatan , lalat telah dijadikan modal dalam industri perniagaan. Dengan mengupah pakar kesihatan atau pakar virus untuk mengeluarkan nasihat dalam jurnal atau kenyataan media yang Lalat itu adalah makhluk merbahaya yang pengotor. Kenyataan dan hujah daripada pakar-pakar kesihatan upahan memberi peluang kepada dunia perniagaan menyediakan racun penghapus lalat/serangga dan ubat-ubatan. Mereka boleh menokok tambah tentang ancaman daripada lalat, supaya masyarakat menjadi takut yang melampau. Kerana tidak akan ada siapa yang akan membantah. Dari ketakutan yang melampau itu mereka akan mendapat banyak keuntungan daripada menyediakan perkhidmatan penghapusan makhluk merbahaya.
Senarai Imej Serangga Yang Sama-sama Menyedut Nektar Bunga Mempelam Bersama Lalat
Hal keadaan sebegini pada hemat saya, jarang diketahui ramai kerana secara lumrah tempat-tempat spesis lalat berkisar dalam habitat kehidupan yang kotor dan busuk lagi menjijikkan. Pada bila-bila masa dapat dikesan dengan senang dalam jumlah yang sangat banyak kerana lalat-lalat itu berada pada lantai tanah. Tetapi untuk melihat Lalat menyedut nektar bunga tumbuhan seperti lebah adalah jarang sekali, kerana ia berada dipucuk pokok yang tinggi. Seperti mana yang kita tahu, had pemandangan mata manusia bukan lah secekap mata burung helang yang berupaya melihat objek kecil dengan jelas pada jarak yang jauh.
Sudah tentu, penglihatan manusia adalah terbatas untuk melihat hal keadaan seekor lalat sedang menyedut nektar dan madu pada bunga-bunga tanaman buah-buahan. Saiz seekor lalat itu lebih kurang sebesar butiran kacang tanah sahaja. Berterbangan pantas dari satu rumpun bunga ke rumpun bunga yang lain. Kalau-kalau nampak pun, manusia tetap akan menganggap serangga yang menyedut nektar itu adalah spesis lebah. Tambahan lagi kenyataan sebegitu sudah menjadi satu ilmu kepada manusia dalam dunia.
Maka selagi tidak nampak bukti, selagi itu semua spesis lalat hidupnya berkisar dengan sampah, kotor, najis dan bangkai. Sumber diet rujinya itu adalah dari jenis cecair yang mempunyai berbagai jenis citarasa, samada manis, kelat , tawar, masin, payau, kelat, pahit. Lalat mempunyai deria bau yang tersangat cekap bagi menjejak sumber makanannya. Tidak pasti samada deria bau Lalat itu dapat mengenal pasti setiap jenis rasa apa yang dibaunya itu. Sebagai contoh bau busuk dari bangkai akan memberi rasa masin, manakala bau harum dari bunga tumbuhan akan memberi rasa manis. Keterujaan lalat memilih diet bergantung pada kekuatan bau busuk atau pada bau wangi ? Cecair yang disedut itu akan memberi tenaga kepada lalat untuk ia terus hidup beranak pinak.
Saya ingin berkongsikan kebolehan Lalat Hijau -Blow Fly-Chrysomya megacephala selain menghidu mayat/bangkai menyedut najis, menyedut bangkai, mayat sebagai diet rujinya. Berkesempatan membuat pemerhatian dan rakaman bukti satu kumpulan lalat dalam jumlah yang banyak sedang menyedut nektar dari bunga-bunga pokok mempelam. Pokok Mempelam yang sedang berbunga itu juga telah dihurung oleh berbagai kumpulan serangga bersama-sama kumpulan Lalat Hijau -Blow Fly-Chrysomya megacephala.
Saya tidak pasti akan kesan terhadap sedutan nektar pada bunga tanaman mempelam itu oleh kumpulan Lalat Hijau -Blow Fly-Chrysomya megacephala . Apakah dia datang semata-mata menyedut nektar tanpa meninggalkan virus penyakit yang menjejaskan perjalanan pembesaran buah mempelam.? Andaikata buah mempelam itu menjadi sehingga boleh dituai sekali pun, dan ia berupaya membesar seperti biasa, tetapi didalam isi buah tersebut barangkali ada ulat yang merosakkan buah dan rasa. Wallah hu'allam. Wasalam.