Atas kesan himpitan derita kesengsaraan itu, tidak dapat tidak telah mewujudkan beberapa pegangan hidup kumpulan masyarakat yang masing-masing meyakini dengan sesungguh-sungguhnya pegangan mereka. Jumlahnya bukannya sedikit, kerana mereka melihat ia selaras dengan petunjuk rasul dan tuhan. Kedua -duanya meyakini mereka lah telah ditunjukkan jalan yang benar dan lurus. Kepercayaan yang akan membawa mereka menuju ke arah kebebasan terbelenggu dari himpitan hidup. Apa yang menjadi keutamaan pada waktu ini, adalah membebaskan diri dari belenggu terhimpit.
Ada juga yang merasa terlalu bimbang sehingga bertindak patuh tanpa bersoal jawab. Perasaan takut dan bimbang itu berlaku hasil daripada mereka tidak faham apa sebenarnya. Sehinggakan mereka telah terlupa bahawa mereka itu insan merdeka yang mempunyai hak kebebasan untuk memilih dan hak untuk mengetahui. Jurang pemisah antara benar dan palsu sangat tipis, yang hanya dapat dijawab melalui ketentuan masa. Sedang sama-sama menunggu masa ketentuan kebenaran itu terjawab, fahaman dajal kapitalis telah dipandang mulia mengaut keuntungan "Pukul Keliling Atas Bawah ". Itulah kebenaran !.
Kita sama-sama menanggung rasa sengsara, kita juga sama-samalah berikhtiar dalam mengakhiri kesengsaraan. Dalam berikhtiar tidak semestinya hanya satu jalan sahaja, tentu ada beberapa pilihan. Sama-sama beryakinan cara mereka itu mempunyai peluang dan jaminan untuk berjaya, adalah sama banyak. Janganlah sampai kerana ada masyarakat yang sama-sama juga bertungkus lumus berikhtiar menggunakan cara tidak serupa, maka dilihat sebagai punca kegagalan mereka untuk bebas dari tersepit. Sedangkan sama-sama berikhtiar menuju jalan yang sama tetapi berlainan cara. Agak keterlaluan jika merasakan cara ikhtiar mereka adalah lebih bijak sedangkan kejayaan masih belum lagi terbukti. Maka ada baiknya sama-sama menjaga lidah dan berbaik sangka sesama kita.
Keadaan seperti itu adalah tidak sihat kepada masyarakat, kerana buruknya adalah lebih banyak daripada baiknya.Maka marilah sama-sama beramai-ramai walau dimana pun berada, kita berusaha menjaga lidah. Urus tadbir lidah kita, jangan sampai menyakitkan hati sesama kita. Memang bukan mudah berbuat begitu tatkala jiwa dan perasaan dalam keadaan tertekan. Namun marilah sama-sama mencuba dalam diam gerakkan lidah sambil menyebut pujian kepada Allah sambil mengingat kepadanya. Nescaya hati kita sama-sama menjadi tenang aman tenteram. Belum cuba belum tahu, lagi pun tidak salah kita mencuba.
Wahai Tuhan yang mengamankan orang-orang yang takut, Amankan hati kami daripada barang yang kami takut.
Wahai Tuhan yang mengamankan orang-orang yang takut,Selamatkan lah kami daripada barang yang kami takut.
Wahai Tuhan yang mengamankan orang-orang yang takut. Lepas dan bebaskan lah kami daripada barang yang kami takut.
Aku berlindung kepada Allah daripada gangguan syaitan yang kena rejam dan terkutuk . Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani.
Segala puji bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang amat pemurah lagi amat mengasihani. Yang menguasai pemerintahan pada hari pembalasan. Engkaulah sahaja Ya Allah yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami meminta pertolongan. Tunjukkan lah kami jalan yang lurus. Ia itu jalan orang-orang yang telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Perkenankan lah Ya Allah permohonan kami.
Aku berlindung kepada Allah yang amat mendengar lagi amat mengetahui daripada gangguan syaitan yang kena rejam dan terkutuk.
Allah maha besar.
Maha suci Tuhanku yang maha agong dengan sıfat kepujiannya.
Allah mendengar akan orang yang memujinya.
Ya Tuhan kami, Bagi mu segala puji
Allah maha besar.
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dengan segala kepujiannya.
Allah maha besar.
Tuhanku ampunilah Aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjat ku,berilah ku rezeki,berilah ku petunjuk,sihat walafiatkan lah aku dan maafkan lah aku.
Allah maha besar.
Segala puji bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang amat pemurah lagi amat mengasihani. Yang menguasai pemerintahan pada hari pembalasan. Engkaulah sahaja Ya Allah yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami meminta pertolongan. Tunjukkan lah kami jalan yang lurus. Ia itu jalan orang-orang yang telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Perkenankan lah Ya Allah permohonan kami.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang.
Katakanlah Allah itu esa. Allah tempat meminta. Tiada beranak dan tiada diperanakkan. Dan tiada sesuatu yang menyerupainya.
Allah maha besar.
Maha suci Tuhanku yang maha agong dengan sıfat kepujiannya.
Allah mendengar akan orang yang memujinya
Ya Tuhan kami, Bagi mu segala puji
Ya Tuhan ku tunjukilah aku bersama orang yang telah engkau tunjuki. Sihat walafiatkanlah aku bersama orang yang telah engkau sihatkan. Pimpinlah aku bersama orang yang telah engkau pimpin. berkatilah bagiku pada apa-apa yang engkau berikan. Peliharalah aku dari kejahatan perkara-perkara yang telah engkau qadaqkan ( hukumkan ). Maka bahawasanya engkaulah yang menghukum bukannya engkau dihukum. Bahawasanya tidak akan terhina orang yang telah engkau pimpin. Dan tidak akan mulia orang yang telah engkau murkai & musuhi.Amat berkat engkau ya tuhan kami lagi maha tinggi. Maka bagi mu pujian diatas apa yang telah engkau qadaqkan (hukumkan). Aku meminta ampun kepada engkau dan aku bertaubat kepada engkau. Ya Allah sejahterakan lah junjungan kami Nabi Muhammad bersama keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Allah maha besar
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dengan segala kepujiannya.
Allah maha besar
Tuhanku ampunilah Aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjat ku,berilah ku rezeki,berilah ku petunjuk,sihat walafiatkan lah aku dan maafkan lah aku.
Allah maha besar
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dengan segala kepujiannya.
Allah maha besar
Segala ucapan selamat yang berkat berganda-ganda dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi Muhammad dan rahmat Allah dan keberkatannya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik, Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah.Dan aku menggaku bahawa Nabi Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkan lah kesejahteraan atas Nabi Muhammad.
Seperti yang engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Nabi Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang engkau telah memberkati nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnyaengkau Maha terpuji lagi maha tinggi.
Sejahtera atas kamu dan rahmat Allah.
Ya Allah engkaulah tuhan kesejahteraan, daripada mu datang kesejahteraan dan kepada mu kembali kesejahteraan. Oleh sebab itu hidupkanlah kami dengan kesejahteraan dan masukkan lah kami kedalam surga kesejahteraan. Maha berkat engkau ya tuhan kami yang maha mulia, tuhan yang mempunyai keagongan dan kemuliaan.
Ya Allah tidak ada siapa dapat menghalang apa yang engkau beri, dan tidak ada siapa dapat memberi apa yang engkau halang, dan tidak ada siapa yang dapat menolak apa yang engkau hukumkan. Tidak terpandang dan berguna pada engkau orang yang mempunyai kekayaan akan kekayaannya.
Ya Allah tolonglah aku untuk mengingatkan mu, bershukur kepada mu dan beribadah kepada mu dengan baik. Tidak ada tuhan melainkan Allah sendiri, tidak ada yang menyekutuinya. Dia yang empunya kerajaan dan dia yang empunya pujian. Dia menghidupkan dan mematikan. Dia berkuasa diatas segala sesuatu.
Tidak ada tuhan, melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dia. Dia yang empunya nikmat, dia yang mempunyai kelebihan dan dia yang mempunyai puji-pujian yang baik.
Jikalau sekiranya kami ( Allah ) turunkan Al Quran ini keatas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta terbelah. Kerana takut kepada Allah. Dan perumpamaan ini kami tunjukan kepada manusia. Mudah-mudahan mereka memikirkan. Ialah Allah yang tiada ada tuhan yang sebenarnya selain dia. Ialah yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang zahir. Ia amat pemurah lagi amat mengasihani Ialah Allah yang tiada tuhan yang sebenarnya melainkan dia yang memerintah alam, yang suci, yang sejahtera daripada segala kekurangan, yang mempercayai rasulnya, yang menjaga hamba-hambanya, yang kuat, yang memaksa dan yang bersifat sombong, maha suci Allah daripada segala apa yang mereka persekutukan itu. Ia Allah yang menjadikan, yang mengadakan sesuatu daripada tiada menjadi ada, yang merupakan bentuk, baginya beberapa nama yang baik-baik. Segala apa yang ada di langit dan di bumi sama bertasbih kepadanya. Dan ia amat kuat lagi bijaksana.
Aku berlindung kepada Allah yang amat mendengar lagi amat mengetahui, daripada gangguan syaitan yang kena rejam dan terkutuk.
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, daripada kejahatan makhluknya.
Dengan nama Allah yang tiada menjadi mudarat serta namanya oleh sesuatu yang ada dibumi dan ada di langit alam semesta, dan ialah yang amat mendengar lagi amat mengetahui.
Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha besar.
Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani.
Dengan nama Allah kami berbenteng ( bertahan diri ) dengan Allah, dengan nama Allah kami berserah diri kepada Allah.
Dengan nama Allah kami beriman kepada Allah, dan barang siapa beriman kepada Allah tidaklah ada kekhuatiran atas dirinya.
Maha suci Allah, maha mulialah Allah, Maha suci Allah, Maha besarlah Allah
Maha suci Allah dan dengan kepujiannya, maha suci Allah yang maha besar.
Maha suci Allah dan segala puji bagi allah dan tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan Allah itu maha besar.
Wahai tuhan yang amat lemah-lembut terhadap makhluknya, wahai tuhan yang amat mengetahui keadaan makhluknya, wahai tuhan yang amat faham akan segala rahsia makhluknya, berlemah lembutlah terhadap kami wahai tuhan yang amat lemah lembut. Wahai tuhan yang amat mengetahui, wahai tuhan yang amat faham.
Wahai Tuhan yang amat lemah lembut yang tiada berubah, berlemah lembutlah terhadap kami dalam segala apa yang turun yakni segala bala dan wabak, demi sesungguhnya engkaulah yang amat lemah lembut yang tiada berubah, berlemah lembutlah terhadap kami dan kaum muslimin.
Tiada tuhan yang wajib disembah dengan sebenarnya melainkan Allah.
Tiada ada tuhan yang wajib disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.
Ya tuhanku limpahkanlah rahmat dan sejahtera keatas penghulu kami Nabi Muhammad, Ya tuhan ku limpahkanlah rahmat dan sejahtera keatasnya.
Ya tuhanku limpahkanlah rahmat dan sejahtera keatas penghulu kami Nabi Muhammad, ya tuhan ku limpahkanlah rahmat dan sejahtera keatasnya.
Aku mohon keampunan kepada Allah.
Kami bertaubat kepada Allah.
Ya Allah dengannya ( dengan taubat itu dengan kalimah syahadah) Ya Allah dengannya wahai tuhan yang amat pemurah Ya Allah matikanlah kami dengan kesudahan yang baik, mati dalam iman.
Kami mohon keampunan mu Ya tuhan kami, dan kepada mu lah tempat kembali. Allah tiada membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya, dan ia mendapat seksa ( daripada kejahatannya ) yang dikerjakannya. Ya tuhan kami, janganlah engkau hukum kami, jika kami terlupa atau tersalah. Wahai tuhan kami janganlah engkau bebankan kepada kami akan beban yang berat, sebagaimana engkau telah bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Wahai tuhan kami janganlah engkau pikulkan kepada kami harang yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunkanlah kami dan kasihanilah kami, engkaulah penolong kami. Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir jahat.
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat akan Allah. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.
Tiada tuhan lain yang wajib di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Tiada tuhan lain yang wajib di sembah selain Allah.
Allah, Allah, Allah , Allah
Tiada tuhan lain yang wajib disembah selain Allah
Allah, Tiada tuhan lain yang wajib disembah, selain Allah.