Friday, 29 November 2024

Hujah Setelah Membuat Pemerhatian Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta Di Pahalgam Kashmir, India.

 Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta 


Setelah melihat semua primat yang ada mendiami secara liar di dalam negara saya , Malaysia, kini saya di beri peluang pula, membuat pemerhatian terhadap salah satu primat di Asia.  Primat tersebut dikenali sebagai Rhesus Macaque ~ Macaque mulatta yang saya temui di sebuah daerah pergunungan tanah tinggi di Pahalgam dan Gulmarg , Srinagar Kashmir India. Ia merupakan salah satu Primat daripada 20 spesis primat yang terdapat di Negara India. Kumpulan primat itu secara kebetulan di temuinya di kawasan hutan pokok tirus yang mempunyai ketinggian melebihi 3,800 meter dari paras laut.  

 


Untuk memudahkan memberi nama pengenalan spesis primat ini dalam penulisan dalam bahasa Malaysia, maka saya cadangkan primat itu dengan panggilan nama Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta . Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya terhadap ke tiga-tiga spesis Beruk yang ada di Malaysia, Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta mempunyai ciri-ciri kesamaan dari sudut keupayaan penyesuaian keadaan , diet , tingkah laku dan perangai. Persamaan yang dinyatakan itu membuktikan kebenaran pengkaji primat terdahulu bahawa primat itu datang dari keluarga dan kaitan DNA yang sama. Beberapa ciri persamaan itu wujud diantara spesis beruk di Malaysia dan India, walaupun diantara spesis itu berada pada jarak kedudukan yang sangat jauh antara satu dengan yang lain. 


Walaupun pemerhatian ini cuma sekejap namun tidak keterlaluan untuk saya membuat ulasan dan cadangan sepertimana yang akan dinyatakan. Paling-paling tidak satu atau dua hujah yang dicadangkan itu, pasti akan  ada kebenarannya. Ilmu pengetahuan berkaitan kajian dan kehidupan haiwan telah lama dilakukan, maka banyak data serta maklumat telah terkumpul dan dibukukan. Kajian dan pemerhatian secara khusus terhadap semua Beruk di Asia,  telah dilaku oleh pertubuhan New England Primate Conservacy. Andaikata ingin mendalami pengetahuan tentang spesis Beruk,  boleh terus merujuk didalam sesarang rasmi  badan konservasi tersebut. Pemerhatian saya sekadar ingin mengetahui secara am tentang Beruk yang berada di luar Malaysia, iaitu Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta.


Secara amnya ciri-ciri khas Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta dapat dikenali melalui melihatnya secara fizikal luaran pada keadaan ukuran ekornya yang sederhana panjang. Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta memiliki ekor berbulu yang tidak panjang sepertimana Beruk Ekor panjang~ Macaca fascicularis  , tidak pula pendek sepertimana Beruk ekor babi~Macaca nemestrina, dan tidak kontot  seperti Beruk Kentoi~Macaca arctoides. Hujah yang lebih tepat ialah Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta mempunyai saiz ukuran ekor berbulu tebal yang sederhana panjang. Ukuran saiz panjangnya dalam anggaran 1 meter bermula daripada tulang tongkengnya hingga ke hujung bulu ekor.




Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta jantina jantan betina yang saya temui di Pahalgam dan Gulmag ini memiliki bulu rerambut tebal dan lebat pada keseluruhan anggota badannya. Berkebolahan dengan cekap melompat, memanjat pokok tinggi serta berjalan dan berlari menggunakan kaki dan tangannya. Ia berupaya berlari melompat dengan cekap diatas batu-batu besar sungai atau mengharung air sungai glasiar yang sejuk ketika menyeberang sungai. Bergerak secara berkumpulan kecil antara 7 ke 10 ekor yang diketuai oleh Induk Jantan.  Induk jantan gemar bersendirian sering berada pada dahan pokok Tirus seperti sedang memerhatikan dan memantau kedudukan kumpulanya  yang berselerak,  tidak jauh antara satu sama lain. Kadang-kadang ia terlihat turun ke bawah merayau-raya untuk mencari makanan.





Diet permakanan Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta yang sempat diperhatikan  adalah dari jenis pucuk tumbuhan berbunga dan berbuah yang subur tumbuh di lantai tanah disitu.Diet primat ini tidak terbatas hanya kepada serangga, buah dan pucuk tumbuhan sahaja, tetapi kepada  selera permakanan yang sama dengan spesis Beruk di Malaysia, iaitu saki baki dan lebihan makan manusia yang dibuang didalam tong sampah. Naluri deria rasa mereka mudah menyasuaikan pelbagai rasa yang dirasa oleh manusia. Dengan hal sedemikian tong-tong sampah habis dikumbah selerakkan  bertaburan di situ. Maka pihak penguasa tempatan dan komuniti melantik petugas  untuk menghalau dan menakutkan Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta dengan batang besi.










Melalui pemerhatian  dan rakaman foto,  perilaku, tabiat dan perangai Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta menyerupai dengan spesis -spesis Beruk jantan yang ada di Semenanjung Malaysia. Kesamaan dari sudut kehendak perlakuan hubungan seks sesama jantina. Asas kenyataan itu berdasarkan bukti pemerhatian berserta bukti rakaman. Perilaku itu berlaku di Gulmarg dimana sekor Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta jantan sedang berjalan dikawasan lapang, kemudian berhenti dalam keadaan kedua belah tangan dan kaki berada diatas lantai tanah.


Secara tidak semena-mena datang sekor Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta lain dari arah sisinya terus melompat naik keatas bahagian belakang punggung beruk tersebut.  Tidak ada sebarang tindak balas penentangan yang berlaku daripada individu yang ditunggang. Hal keadaan itu terlihat seperti satu kerelaan yang membenarkan organ kelamin beruk lain dimasukkan ke dalam organ saluran pembuangan najisnya. Beruk yang berada dibawah seperti sudah membuat persediaan kekuatan otot kaki dan tangannya untuk mengimbang dan menanggung beban beruk lain yang hampir sama saiz dan beratnya. 



Adegan perlakuan hubungan seks sesama jantina jantan itu berlaku tidak begitu lama dianggarkan lebih kurang 1 ke 2 minit. Adegan  yang diperhatikan juga oleh beberapa ekor ahli kumpulan Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta yang duduk berselerak disitu. Tidak pula berlaku dikalangan Beruk-beruk pemerhati datang untuk menumpang naik menunggang. Sebaliknya kumpulannya yang lain hanya duduk melakukan hal ehwal mereka sendiri. 


Setelah urusan selesai ia, melompat turun dan masing-masing berjalan pergi ke arah berlainan seperti tidak ada apa-apa pekara yang berlaku. Tidak pula timbul naluri gilir bergilir rela-merelakan antara individu beruk tersebut. Sebelum itu beruk yang ditunggang berada dibawah merelakan ia dimasuki, setelah selesai sepatutnya beruk yang ada dibawah  berpeluang naik keatas untuk menunggang. Tetapi yang kena tunggang tidak berbuat begitu sebaliknya membiarkan saja kejadian itu tanpa ada tindak balas. Perkara itu juga tidak membawa kepada  perkelahian antara mereka.


Barangkali perlakuan itu telah berlaku untuk satu jangka masa lama antara mereka yang mengikut peraturan Dunia  Beruk. Beruk yang menguasai akan bebas datang  menunggang dan memasuki individu beruk yang lemah, samada dari jantina jantan atau pun betina. Tidak mengambil kira samada individu beruk itu terhasil daripada bapa atau ibu yang sama. Dalam erti kata lain Dunia Haiwan , individu Beruk yang kuat akan menguasai dan sentiasa mempunyai hak kebebasan mutlak  naik keatas untuk menunggang pada bila-bila masa dalam kumpulannya. 


Untuk makluman perilaku yang dilakukan oleh Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta adalah sama dengan perilaku dengan Beruk Kentoi~Macaca arctoides yang menghuni di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Berlaku persamaan kedua-dua spesis beruk dalam sudut kehendak seks sesama jantina jantan. Tidak dapat untuk diteka kehendak itu wujud atas faktor apa. Tidak kah antara beruk tidak berupaya mengesan dan mengenal jantan dan betina. Sehingga, barangkali naluri atau otak spesis Beruk tidak berupaya membezakan pasangan acuan kelamin jantina jantan dan betina. Atas sebab kedudukan acuan kelamin jantan betina pada anggota tubuh mereka berdekatan sebelah menyebelah. Beruk tidak dapat membezakan atau terkeliru bahawa setiap anggota tubuh badan itu mempunyai  fungsi dan tujuannya.



Apakah perilaku itu memang wujud dikalangan beruk sejak dulu sebagai satu kaedah mengimbangkan jumlah populasi dikalang Beruk. Persoalan dan jawapan kepada perkara ini tidak dapat orang awam seperti saya untuk memberi jawapan yang tepat. Hanya mampu bertanya dalam fikiran sahaja. Dari mana datangnya kehendak atau percontohan pelajaran antara beruk, boleh menjadi sebegitu. Satu spesis Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta berada di Gulmarg India dan satu lagi spesis Beruk Kentoi~Macaca arctoides mendiami di Wang Kelian Perlis Semenanjung Malaysia.





Atau pun mungkin manusia seperti saya tidak perlu tahu atau ambil berat tentang perincian kehidupan spesis Beruk. Kerana hidupnya setiap haiwan di mukabumi ini tidak ada peraturan hukum sepertimana kehidupan manusia. Maka apabila manusia terlihat akan perbuatan atau perilaku kehidupan haiwan yang melakukan perbuatan melanggar hukum fikir manusia, ia menjadi terkesima  bingung, bercita-cita dan sebagainya. Ada juga sesetengah kalangan manusia telah lama mengamalkan  perilaku seperti Beruk secara sembunyi. Sehingga menjadi amalan kehidupan seks mereka atas dasar ingin mengembara deria rasa anggota badan. Persoalannya siapa yang memulakan perilaku amalan itu terlebih dahulu. Siapa tiru siapa , Manusia atau Beruk. ?

 

Memang sulit memilih jawapan yang betul kerana tidak sesiapa pun tahu. Maka semua perilaku yang tidak sengaja dipertontonkan kepada manusia apa faedah dan pentingnya. Untuk menyatakan perkara itu tidak penting dan tidak bermanafat kepada manusia, pada hemat saya adalah tidak wajar dan tidak munasabah. Kerana setiap apa yang berlaku tidak akan menjadi sia-sia.  Perbezaan haiwan dengan manusia ialah akal untuk berfikir. Maka apa yang tertonton itu harus dilihat dari sudut orang yang berilmu, dimana adegan itu merupakan pelajaran dan contoh kepada manusia supaya tidak sesekali meniru dan mengikut perbuatan haiwan. Perlu dinyatakan di mukabumi ini terlalu banyak contoh yang boleh diamalkan dan tidak kurang juga contoh yang jangan manusia bercita-cita  apatah lagi melakukannya sehingga menjadi amalan hidup.  Manusia haruslah tidak menjatuhkan status harga diri sehingga meniru amalan haiwan.Wasalam.



























Wednesday, 27 November 2024

Suasana Pandangan Persekitaran Tasik Dal dan Rumah Bot Di Srinagar, Kashmir India 2024

 

Seni Hiasan Dalaman Rumah Bot Masyarakat Bangsawan Kashmir Zaman Dulu.


Ruang Tamu dari sudut 1

Kepada warga Malaysia yang hendak bercuti ke Srinagar dan Kashmir, India mereka harus bersedia mengorbankan masa untuk beberapa hari, sekurang-kurangnya 7 hari. Kemudian wang ringgit bagi melangsaikan hal ehwal gambar untuk permohonan visa, upah kenderaan menghantar pergi balik logistik dari rumah ke KLIA, tiket kapal terbang, penginapan, makan minum, pembelian kelengkapan pakaian suhu sejuk, bayaran tips, wang peminta sedekah,wang saku untuk pembelian barangan peribadi dan buah tangan. Setelah menyelesaikan semua beban kewangan pergi bercuti, individu harus bersedia dari segi kesihatan anggota tubuh badan, bersedia menyesuaikan keadaan dan yang penting sekali ialah persediaan kesihatan emosi. 

Maksud percutian adalah subjektif kepada setiap individu. Tidak ada yang salah dan semuanya pun betul selagi tidak mencuri duit orang lain untuk pergi percuti. Dalam banyak-banyak betul dan salah, secara peribadi maksud percutian bagi diri saya ialah meninggalkan  kediaman kita untuk satu tempoh tertentu  pergi ke tempat lain, samada dalam negeri atau luar negara. Perginya itu untuk melihat, merasa pengalaman dan menikmati persekitaran disana dalam keadaan suasana aman selesa, tenang tenteram teruja dan gembira. Dengan modal persediaan sepertimana yang telah dinyatakan itu , maka seharusnya saya mendapat balasan ganjaran emosi  merasa aman selesa, tenang, tenteram, teruja, bebas ketegangan , gembira dan menjadi kenangan menyeronokan. 

Dibawah ini saya kongsi lihat  lebih kurang 64 imej yang dirakam di kawasan Tasik Dal Kashmir India.



Ruang Tamu dari sudut pandang 2


Siling dari sudut pandang mendonggak

Pintu Gelangsar dari sudut pandang ruang tamu


Ruang Tamu dari sudut pandang 3


Ruang Tamu dari sudut pandang 4


Ruang Makan dari sudut pandang 1


Ruang Makan dari sudut pandang 2


Ruang Makan dari sudut pandang 3



Ruang Makan dari sudut pandang 3


Ruang Makan dari sudut pandang 4


Ruang Balkoni dari sudut pandang Pintu Gelangsar


Ruang Bilik Tidur dari sudut pandang 1



Ruang Bilik Tidur dari sudut pandang 2



Ruang Bilik Tidur dari sudut pandang 3



Bilik Mandi dan Tandas


Pemilik Rumah Bot


Pemilik Rumah Bot

Peralatan Pemanas Rumah Bot



Haba panas dari pembakaran kayu api disalurkan ke dalam sesaluran paip tebat panas, masuk ke dalam setiap ruang didalam rumah bot. Ia digunakan untuk memanaskan ruang bilik dan memanaskan bekalan air. Peralatan tradisional yang menjimatkan ini wajib ada kerana suhu di kawasan Tasik Dal sangat sejuk. 



Rumah Bot di pandang dari sudut belakang dan tepi

Dinding dan tingkap rumah bot pandang dari luar dihias dengan kaca berwarna

Saluran Bekalan Air untuk kegunaan rumah bot


Kediaman Pemilik Rumah Bot

Sudut pandang dari luar rumah bot


Rumah Bot ditambat dengan kuat dan kukuh 



Tong Bekalan Air untuk kegunaan pelancong yang menginap rumah bot


Balkoni Rumah Bot


Seni Ukiran Tangan Pada Rumah Bot Di Tasik Dal Kashmir India











Suasana Persekitaran Pandangan Rumah Bot Pada Waktu Malam Di Tasik Dal Kashmir India






Suasana Persekitaran Pandangan Kerancakan Ekonomi Perlancongan Di Tasik Dal Kashmir India











Suasana Persekitaran Pandangan Rumah Bot Dan Rumah Penginapan Penduduk Tempatan Di Tasik Dal Kashmir, India











 Suasana Persekitaran Pandangan Rumah Bot Dan Kedai Terapong Di Tasik Dal Kashmir India







Wasallam.