Tuesday, 26 November 2013

SAMBAR EKOR-PUTIH~CYORNIS CONCRETUS



Sambar Ekor-putih~Cyornis concretus
Jantan

Burung Sambar ini adalah antara burung Sambar yang jarang sekali kita boleh lihat ditanahair kita, kerana sikap pemalunya dan masih belum dirasuah. Pekiraan saya burung ini masih lagi suci daripada rasuah ulat dan belum pernah terpedaya dengan sahutan panggilan palsu oleh para jurugambar-jurugambar burung. Pengalaman saya membuat pemerhatian burung spesis ini di Hutan Simpan Gombak dulu dan lokasi ini.

Sambar Ekor-putih~Cyornis concretus
Jantan


Ia sentiasa suka menyorok didalam celah-celah daun pokok, sambil sesekali terbang menyambar ulat dan serangga. Sesekali ia akan berhenti berehat diranting terbuka buat satu tempoh yang sekejap.

Sambar Ekor-putih~Cyornis concretus
Jantan

Burung ini tidak begitu takut dengan kehadiran manusia, bertepatan dengan  perangainya ketika bertemu spesis burung ini di Hutan Simpan Gombak 2 , 3 tahun yang dulu. Ia dilihat lebih fokus dengan kegiatan mencari dan memerhatikan makanannya.

Sambar Ekor-putih~Cyornis concretus
Jantan


Sambar Ekor-putih~Cyornis concretus
Jantan


Sambar Ekor-putih~Cyornis concretus
Jantan


Sambar Ekor-putih~Cyornis concretus
Jantan


KHUKHU SEWAH MALAYSIA~HIEROCOCOCCYX FUGAXK


Khukhu Sewah Malaysia~Hierocococcyx fugax

Burung pemangsa ini adalah burung tempatan yang gemar bersendirian memburu mangsanya dalam suasana cahaya yang suram didalam hutan. Ia akan terbang secara bersewah dengan cekap dari satu ranting ke satu ranting sambil memerhatikan mangsanya dari jenis mamalia kecil, ampibia dan burung-burung kecil. Sekiranya tiada sebarang ancaman manusia ia akan bertenggek pada pada ranting paras rendah pada satu lokasi dalam jangka masa yang lama.

Khukhu Sewah Malaysia~Hierocococcyx fugax

Merupakan spesis burung Khukhu pemangsa yang paling kecil sekali dari kalangan keluarga pemangsa Khukhu. Corak buluhiasnya tersusun menarik dan warnanya bersesuaian dengan keadaan sekeliling habitat kegemaran hidupannya. Pemandangan mata manusia atau hidupan lain  bakal terkeliru dan tidak menyedari akan  kehadirannya. 

Khukhu Sewah Malaysia~Hierocococcyx fugax

Khukhu Sewah Malaysia~Hierocococcyx fugax


Khukhu Sewah Malaysia~Hierocococcyx fugax



Khukhu Sewah Malaysia~Hierocococcyx fugax


Monday, 25 November 2013

SAMBAR BIRU-PUTIH~CYANOPTILA CYANOMELANA


Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana

Ketika menjumpai burung ini saya tidak dapat mengecam akan spesis burung Sambar ini dilokasi kerana warna buluhiasnya sangat berbeza daripada burung Sambar yang lain. Oleh kerana kesukaran membuat pengecaman saya meminta nasihat daripada pakar burung tempatan Saudara Mike Chong untuk membuat pengecaman.

Seperti biasa cara dan gaya Saudara Mike Chong mengajar bukannya menyuap terus kedalam mulut saya. Beliau tidak akan terus memberi jawapan tetapi hanya memberi kekunci ciri-ciri khas supaya saya membuat bacaan dan kajian lanjutan untuk mendapatkan jawapan yang tepat.


Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana
Jantan penampilan musim sejuk

Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana
Jantan penampilan musim sejuk

Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana
Jantan penampilan musim sejuk

Setelah menerima kekunci khas, maka barulah saya mendapat jawapan akan spesis yang saya temui ini di hutan Simpan Kemensah. Burung Sambar hijrah ini adalah spesis yang sangat sukar ditemui pada setiap musim hijrah. Kali terakhir rekod ia ditemui adalah di lokasi Taman tema Jepun di Pusat Peranginan Bukit Tinggi pada tahaun 2010.

Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana
Jantan penampilan musim sejuk

Burung Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana jantan yang dijumpai ini mempunyai penampilan buluhias musim sejuk, dimana warna biru pada buluhias badan telah pudar bertukar kepada warna coklat terang. Warna biru hanya pada dibahagian pelepah sayap terbang dan pelepah ekor burung sahaja. Manakala warna hitam dibahagian muka , leher dan dada  berwarna coklat cair.

Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana
Jantan penampilan musim sejuk


MALKOHA PERUT HITAM~PHAENICOPHAEUS DIARDI


Malkoha Perut-Hitam~Phaenicophaeus diardi

Ditemui berpasangan sedang mencari makan dikawasan hutan simpan Kemensah pada 4 Nov 2013 yang lalu.


Malkoha Perut-Hitam~Phaenicophaeus diardi


Malkoha Perut-Hitam~Phaenicophaeus diardi


Malkoha Perut-Hitam~Phaenicophaeus diardi



Malkoha Perut-Hitam~Phaenicophaeus diardi


Malkoha Perut-Hitam~Phaenicophaeus diardi



Malkoha Perut-Hitam~Phaenicophaeus diardi


Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus


Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus

Berdasarkan pengalaman peribadi saya burung Khukhu Ungu -Chrysococcyx xanthorbynchus ini adalah burung yang sangat sukar kita temui. Kerana ia  mendiami dan mencari makanan didalam hutan belantara yang jarang manusia memasukinya . Burung ini mencari makanannya dengan menyertai gerombolan ombak burung. Ia tidak terbang tinggi tetapi sering dilihat berada dicelah-celah dedaun dan ranting-ranting.

Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus
Jantan
Kelakuan dan tabiat burung ini menyerupai tabiat burung Khukhu Gangsa Kecil~Chrysococcyx minutillus dan Khukhu Gangsa Horsfield's~Chrysococcyx basalis. Malah saiz nya hampir menyerupainya. Pergerakan burung ini agak perlahan dan akan bertenggek agak lama pada ranting pokok sambil memerhatikan ulat-ulat atau serangga untuk dimakannya.

Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus
Jantan

Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus
Jantan
Buluhias burung jantan dan burung betina adalah berlainan sekali. Kita boleh terkeliru dan mendakwa burung betina itu adalah dari spesis yang lain, dimana penampilan buluhiasnya adalah berwarna coklat berangan yang berkilat. Sangat mudah untuk membuat pengecaman  burung jantan kerana warna pada buluhiasnya yang berwarna ungu gelap dan mempunyai paruh yang berwarna oren kemerahan.

Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus
Jantan

Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus
Betina

Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus
Betina

Monday, 4 November 2013

TIRJUP COKLAT

Tirjup Coklat


Musim hijran kali ini saya secara tidak sengaja telah terjumpa lokasi dimana terdapat begitu banyak burung spesis ini dalam satu masa. Selama tempoh 1 jam pertama membuat rondaan telah menjumpai sejumlah 41 ekor  burung spesis ini. Ia berkeliaran mencari makanan yang begitu banyak sekali dikawasan ini.

Berkejar-kejaran antara satu sama lain sambil mengeluarkan bunyi bisingnya. Sebelum ini pengalaman bertemu spesis ini dalam purata 5 ke 6 ekor burung disesuatu kawasan. Kawasan ini begitu lapang dan luas memang secucuk dengan habitat spesis ini.















Memburung dikawasan ini, saya telah menjumpai sejumlah spesis burung yang agak banyak jumlahnya terdiri daripada burung-burung hijrah dan burung tempatan.

Burung Tempatan.

1.Pekaka leher putih~Halcyon smyrnensis~White Collared Kingfisher.
2.Gagak rumah~Corvus splendens~House Crow.
3.Kedidi Biasa~Actitis hypoleucos~Common Sandpiper.
4.Merbah punggung kuning~Pycnonotus goiavier~Yellow vented Bulbul.
5.Perincit Abu~Ortholomus ruficeps~Ashy Tailorbird.
6.Cencala hitam-putih~Rhipidura javanica~Pied Fantail.
7.Pekaka cekak-putih~Todiramphus chloris~White throated Kingfisher.
6.Painted Stork~Bangau Upeh-Botak~Mycteria leucocephala~Painted Stork
7.Bangau Botak Kecil~Leptoptilos-javanicus~Lesser Adjutant.
8.Lang Kawi~Haliastur indus~Brahminy Kite.
9.Lang Bahu-hitam~Elanus caeruleus~Black shoulder Kite.
10.Terik Tengkuk hitam~Oriolus chinensis~Black naped Oriole.
11.Belekok Cina~Egretta eulophptes~Chinese Egret.
12.Tiong Coklat~Acridotheres tristis~Common Myna.
13.Tiong rimba~Acridotheres fuscus~Jungle Myna.
14.Perling Berkilat Asia~Aplonis panayensis~Asian Glossy Starling.
15.Mandang Kuning~Ixobrychus sinensis~Yellow Bittern.
16.Ruak-ruak Dada putih~Amaurornis pheonicurus~White breasted Waterhen.
17.Pucung Kelabu~Ardea cinerea~Grey Heron.
18.Pucung Ungu~Ardea purpurea~Purple Heron.
19.Bangau Besar~Casmerodius albus~Great Egret.
20.Cericap perut kuning~Prinia flaviventris~Yellow bellied Prinia.
21.Jerijit Suria Belakang Hijau zaitun~Nectarinia jugularis~ Olive backed Sunbird
22.Tiak Dada-sisik~Lonchura punctulata~Scaly breasted Munia.
23.Tekukur tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis~Spotted neck Dove.
24.Merbuk Aman~Geopelia striata~Peaceful Dove.
25.Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus~Plaintive Cuckoo
26.Perapat Perut-kuning~Gerygone sulphurea~Golden bellied Goregony
27.Ciak Dahan~Passer montanus~Tree House sparrow.
28.Kedidi Betis Merah~Tringa tetanus~Common Redshank
29.Punai Hijau -Leher merah jambu~Treron vernans~Pink necked Green Pigeon
30.Sualo Pasifik~Hirundo tahitica~Pacific Swallow
31.Lelayang Edibe~Collocalia fuciphaga~Edibe Nest Swiftlet
32.Helang Laut-perut putih~Haliaeetus leucogaster~White bellied Sea Eagle
33.Beberek ekor biru~Merops philippinus~Blue tail-Bee-Eater
34.But-but Kecil~Centropus bengalensis~Lesser Coucal

Burung Hijrah

1.Tuwu~Eudynamys scolopacea~Koel
2.Tirjup Coklat~Lanius cristatus~Brown Shrike
3.Cecawi Abu~Dicrurus leucophaeus~Ashy Drongo
4.Pekaka Raya~Alcedo atthis~Common Kingfisher
5.Pekaka Kupiah hitam~Halcyon pileata~Black capped Kingfisher
6.Perit Kuning~Motacilla flava~Yellow Wagtail
7.Sualo Jelapang~Hirundo rustica~Barn Swallow
8.Beberek leher biru~Merops viridis~Blue throated Bee-Eater

Saya mengharap sangat akan berjumpa dengan Khukhu Jambul Sayap berangan~Clamator coromandus~Chestnut Winged Cuckoo tetapi belum ada rezki lagi.Wasalam.



SENARAI BURUNG YANG DITEMUI UNTUK BULAN OKTOBER 2013


Senarai Burung-burung Yang Ditemui Untuk Bulan Oktober 2013

Tarikh: 3 Okt 2013
Masa:  10:30 a.m
Lokasi: Taman Rimba Ampang
Cuaca: Cerah dan Panas

1. Cekup Mahkota Timur~Phylloscopus coronatus


Cekup Mahkota Timur~Phylloscopus coronatus

Cekup Mahkota Timur~Phylloscopus coronatus
Tarikh: 5 Okt 2013
Masa: 3:30 p.m
Lokasi: Pantai Remis Jeram Kuala Selangor
Cuaca: Panas Terik

2. Tenstun Merah~Arenaria interpres
3. Kedidi Terek~ Xenus cinereus
4. Kendi Timur~Numenius madagascariensis
5. Tern Sayap-putih~Chlidonias leucopterus
6. Ciaksewah Jepun~Accipitier gularis


Tenstun Merah~Arenaria interpres

Tenstun Merah~Arenaria interpres

Kedidi Terek~ Xenus cinereus

Kedidi Terek~ Xenus cinereus

Kendi Timur~Numenius madagascariensis
Tern Sayap-putih~Chlidonias leucopterus







Ciaksewah Jepun~Accipitier gularis

Tarikh: 7 Oct 2013
Masa:  8:00 a.m
Lokasi: Pandan Indah
Cuaca: Cerah dan terang

7. Perling Tengkuk-ungu~Sturnus sturninus

Perling Tengkuk-ungu~Sturnus sturninus

Tarikh: 8 Oct 2013
Masa:  9:00 a.m
Lokasi: Tasik Perdana
Cuaca: Cerah dan terang

8.Sekendi berkilat~Plegadis falcinellus

Sekendi berkilat~Plegadis falcinellus

Sekendi berkilat~Plegadis falcinellus

Tarikh:17 Oct 2013
Masa: 10:30 a.m
Lokasi: Taman Rimba Ampang
Cuaca: Cerah dan Terang


9.Sambar Biru-putih~Cyanoptila cyanomelana
10.Osperay~Pandion haliaetus



Sambar Biru-putih~Cyanoptila cyanomelana

Osperay~Pandion haliaetus


Tarikh: 20 Okt 2013
Masa: 1:00 p.m
Lokasi: Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor
Cuaca: Cerah, Panas Terik


11. Cerimit Leher-merah~Calidris ruficollis
12. Kedidi Curlew~Calidris phaeopus
13. Cecewe Merah~Calidris canutus


Cerimit Leher-merah~Calidris ruficollis

Cerimit Leher-merah~Calidris ruficollis

Cerimit Leher-merah~Calidris ruficollis
Cerimit Leher-merah~Calidris ruficollis

Kedidi Curlew~Calidris phaeopus
Kedidi Curlew~Calidris phaeopus
Kedidi Curlew~Calidris phaeopus

Cecewe Merah~Calidris canutus

Tarikh: 21 Okt 2013
Masa: :8:00 a.m
Lokasi: Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Kuala Selangor
Cuaca: Cerah, Panas Terik

14. Tampung India~Ardeola grayi
15. Ayamair~Gallicrex cinerea

Tampung India~Ardeola grayi

Ayamair~Gallicrex cinerea


Tarikh:22 Okt 2013
Masa:11:30 a.m
Lokasi: Pangsun, Ulu Langat Selangor
Cuaca: Mendung 

16. Cekup Radde's~Phylloscopus schwarzi




Cekup Radde's~Phylloscopus schwarzi

Cekup Radde's~Phylloscopus schwarzi



Jumlah burung yang ditemui pada tahun 2013 sehingga bulan Oktober ialah berjumlah 383 spesis.