Friday, 17 June 2016

Burung Belatuk Dagu-berjalur~Picus mentalis


Burung Belatuk Dagu-berjalur~Picus mentalis



Burung Belatuk Dagu-berjalur~Picus mentalis mempunyai penampilan hampir serupa dengan Burung Belatuk Sayap Merah-saga~Picus puniceus , cuma perbezaan dapat dilihat pada bahagian Dagu serta leher burung , dimana buluhias mempunyai carik berjalur.



Kerap juga membuat pemerhatian terhadap spesies burung ini, tetapi pada kali ini pemerhatian lebih menarik kerana melihat pasangan burung dewasa sedang menyuap makanan ke dalam mulut burung yang mengekorinya. Pada mulanya kelihatan seperti burung dewasa sedang melatih anaknya belajar jenis makanan yang sesuai dengan menyuapkan  masuk didalam mulut burung yang satu lagi.


Setelah mengambil masa yang lama untuk mengamati semua imej rakaman itu, saya mencadangkan bahawa perbuatan burung menyuapkan makanan kedalam mulut merupakan salah satu upacara memikat dan mengenal pasangannya sebelum musim mengawan tiba.  



Kelihatan pasangan ekor mengekori antara satu dengan yang lain dan sebelah menyebelah mematuk-matuk pada batang pokok . Setelah lebih kurang 10 minit berada di pohon itu, salah seekor meninggalkan pasangannya terbang menuju masuk kedalam hutan. Sambil berterbangan ia mengeluarkan suaranya, sejurus kemudian pasangannya itu mengekori arah hala tuju dan suara panggilan. Perbuatan menarik perhatian pasangan sebelum masuk musim mengawan ini selalu saya perhatikan pada spesies burung Pekaka, Takur, Minivet dan  Kekicau Tirjup. Wasalam.

Thursday, 16 June 2016

Senarai Burung Yang Di Temui Di Hutan Lipur Menchali, Kuala Rompin Pahang.


Senarai Burung Yang Di Temui Di Hutan Lipur Menchali, Kuala Rompin Pahang.









Punai Kepala Kayu manis~Treron fulvicollis




Tujuan saya memburung di sini adalah untuk mencari burung Punai Kepala Kayu manis~Treron fulvicolli. "Gerak Hati" saya kuat menyatakan , kebarangkalian burung yang dicari itu ada berkeliaran didalam Hutan Lipur disebelah sini. Maka saya memilih untuk mencari dan memburung di sini. Walaupun jaraknya agak jauh untuk saya, tetapi disebabkan " Gerak Hati " maka diturutkan juga kehendaknya itu.


Merbuk Jambu~Ptilinopus jambu

Kawasan hutan Lipur Menchali, Kuala Rompin merupakan kawasan hutan ditepi pantai yang penghujungnya menghala  ke Laut China Selatan. Tumbuhan hutannya sangat tebal dimana pokok-pokok hutannya  tumbuh diatas tanah yang  berpasir dan Tanah Gambut. Saya tidak berpeluang berkeliaran disemua kawasan hutan  kerana ia terlalu luas dan kekangan masa.

Sambaraja Nila~Hypothymis azurea Jantan

Shukur Alhamdullilah, pada waktu petang antara jam 6.00 petang baru saya berjaya menjumpai burung Punai Kepala Kayu manis~Treron fulvicolli yang diidamkan secara berpasangan. "Gerak Hati " selalu memberi jawaban yang betul kepada saya dengan syarat kita haruslah mengunakan sedikit pengalaman menjejak dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengalah.

Tali yang telah diletakkan dengan Gam untuk menangkap burung. Kelihatan saki baki pelepah bulu burung yang telah tercabut semasa proses menanggalkan burung yang terkena gam.


Orang Kampong yang memasang jerat ini mengambil kesempatan diatas musim kemarau di kawasan ini. Terdapat sedikit lopak dari mata air di sini. Apa-apa burung yang datang untuk meminum air,  pasti akan bertenggek diatas tali yang dipasang diatas permukaan mata air.

Walaupun Punai Kepala Kayu manis~Treron fulvicolli ketika dijumpainya agak pemalu dan selesa berada pada jarak yang jauh daripada saya namun hati tetap gembira. Dibawah ini senarai burung yang dijumpai semasa memburung di Hutan Lipur Menchali. Dimasa akan datang akan berkunjung lagi untuk mendapatkan imej yang lebih menarik dan spesies burung yang lain.


 







Kesan penerokaan tanah hutan yang baharu dilakukan, kerana semasa lawatan pada 30 May 2016 kawasan ini masih lagi hijau.






Jerat untuk menangkap -haiwan-haiwan kecil banyak dipasang dalam Hutan  Simpan Kekal Menchali oleh penduduk kampong yang berdekatan.


Ia juga adalah salah satu usaha manusia mencari kehidupan tanpa meminta-minta atau pun mencuri milik orang lain. Akta Perlindungan Hidupan Liar hanya akan tepakai apabila orang yang diberikuasa melindungi Hidupan Liar menjalankan tugasnya.



Tumbuhan hutan yang segar tumbuh diatas tanah berpasir.







Kesan kawasan hutan yang telah diterokai kemudian membuat permohonan di Pejabat Tanah untuk mendapat hakmilik tanah untuk menjalan usaha pertanian atau dijual untuk mendapat keuntungan secara singkat.





Kesumba Diard~Harpectes diardii- Juvana


Senarai Burung Yang Ditemui Pada 6 Jun 2016 dan 28 Mac 2022.

1.Ayam Hutan~Gallus gallus

2.Belatuk Rimau ~ Celeus brachyurus
3.Belatuk Pinang Tua kecil ~ Dinopium javanense

4.Burung Daun Hijau besar~ Chloropsis sonnerati
5.Burung Daun Hijau kecil ~ Chloropsis cyanopogon
6.Burung Daun Sayap biru ~ Chloropsis cochinchinensis

7.Cekup Perut-kuning ~ Abroscopus superciliaris

8.Cencala Hitam-putih~Rhipidura javanica

Merbuk Jambu~Ptilinopus jambu

9.Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens
10.Cericap Perut-kuning~Prinia flaviventris

11.Ciak Dahan~Passer montanus

12.Cecawi Besar Ekor-bercabang~Dicrurus paradiseus





13.Enggang Hitam-putih Timur ~Anthracoceros albirostris


Sambaraja Nila~Hypothymis azurea Jantan

Sambaraja Nila~Hypothymis azurea-Betina

14.Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leucogaster
15.Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela
16.Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus

Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leucogaster

17.Iora biasa~Aegithina tiphia
18.Iora Hijau~Aegithina viridissima
                                      
19.Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris
20.Khukhu Sayu~ Cocomantis merulinus

21.Lelayang sarang hitam~Collocalia maxima
22.Lelayang Edible~Collocalia fuciphaga

Malkoha Perut -berangan~Phaenicophaeus sumatranus

23.Lelayang Dahan Tongkeng-kelabu~Hemiprocne longipinnis
24.Lelayang Dahan~bermisai~Hemiprocne comata

25.Malkoha Perut -berangan~Phaenicophaeus sumatranus
26.Malkoha Raffles~Phaenicophaeus chlorophaeus
27.Malkoha Dada-berangan~Phaenicophaeus curvirostris


28.Merbah Kening-tebal~Iole olivacea
29.Merbah Kepala-hitam~Pycnonotus atriceps
30.Merbah Leher-lorek~Pycnonotus finlaysoni
31.Merbah Punggung-kuning~Pycnonotus  goiavier
32.Merbah Sayap-Hijau zaiton~Pycnonotus plumosus
33.Merbah Mata-putih~Pycnonotus erythropthalmos
34.Merbah mata-merah~Pycnonotus  brunneus
35.Merbah Tengkuk-bulu panjang~Tricholestes criniger

36.Magpai Hitam~Platysmurus leucopterus


37.Merbuk Aman~Geopelia striata
38.Merbuk Jambu~Ptilinopus jambu
39.Merbuk Zamrud~Chalcophaps indica

40.Merpati batu~Columbia livia

41.Murai Kampong~Copsychus saularis

Punai Kepala Kayu manis~Treron fulvicollis

42.Kekicau Abbott~Malacocincla abbotti
43.Kekicau Horsfield~Malacocincla sepiarium
44.Kekicau Kupiah-hitam~Pellorneum capistratum
45.Kekicau Tit-coret~Macronous gularis

46.Kesumba Diard~Harpectes diardii

47.Kelicap madu Kecil~Archnothera longirostra

48.Jerijit Suria Dahi-biru~Aethopyga simplex
49.Jerijit Suria Leher-coklat~Aethopyga malacensis
50.Jerijit Suria Pipi-merah delima~Aethopyga  singalensis
51.Jerijit Suria Tengkuk Ungu~Hypogramma hypogrammicum
52.Jerijit Suria Belakang-hijau zaiton~Nectarina jugularis

53.Gagak Rumah~Corvus splendens
54.Gagak paruh-besar~Corvus macrorhynchos
55.Gagak Paruh -lengkung~Corvus enca

56.Perapat Perut-kuning~Gerygone sulphurea

57.Pekaka Api ~Cyex rufidorsa
58.Pekaka Rimba Gempal~Lacedo pulchella
59Pekaka Leher-putih~Halcyon smyrnensis
60.Pekaka Cekak-putih~Todiramphus chloris

61.Perincit Biasa~Orthotomus sutorius
62.Perincit Leher-gelap~Orthotomus atrogularis
63.Perincit Ekor-perang~Orthotomus  sericeus
64.Perincit Abu~ Orthotomus ruficeps

65.Perling Berkilat Asia~Aplonis panayensis

66.Pipit Padi~Anthus Rufulus

67.Punai Kepala Kayu manis~Treron fulvicollis

68.Sambar Tirjup Sayap-hitam~Hemipus hirundinaceus

69.Sambaraja Nila~Hypothymis azurea

70.Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis

71.Shama Tongkeng-putih~Copsychus saularis

72.Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum  trigonostigma
73.Sepah Bunga Mahkota-merah~Dicaeum cruentatum

74.Serindit Tongkeng-biru~Psittinus cyanurus
75.Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus

76.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica

Takau Hitam dan kuning~Eurylaimus ochromalus



77.Takau Hitam dan merah~Cymbirhynchus macrorhynchos
78.Takau Hitam dan kuning~Eurylaimus ochromalus

79.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon
80.Takur Mahkota-merah~Megaliama rafflesii
81.Takur Telinga-biru~Megaliama australis
82.Takur Tembaga~Megaliama haemacephala

83.Tekukur Leher-bintik~Streptopelia chinensis

84.Tengkek Biru Asia~Irina puella

85.Tirjup Rimba Besar~Tephrodornis gularis

86.Tempua~Ploceus philippinus

87.Tiong Coklat ~ Acridotheres tristis
88.Tiong Jawa ~ Acridotheres  javanicus
89.Tiong Rimba ~ Acridotheres fuscus
90.Tiong Emas ~ Gracula religiosa

91.Walit Rumah~Apus affinis

92.Yuhina Perut-putih~Yuhina zantholeuca

Tambahan Spesies Burung Yang Ditemui Pada 28 Mac 2022





93.Belatik Perang~Sasia abnormis

94.Enggang Hitam~Anthracoceros malayanus
95.Enggang Jambak~Aceros undulatus


Enggang Hitam~Anthracoceros malayanus





96.Khukhu Jambul Sayap-berangan~Clamator coromandus

97.Khukhu India~Cuculus micropterus

98.Tuwu~Endynamys scolopacea

99.Beberek leher-biru~Merop viridis

100.Lelayang Dahan Tongkeng -kelabu~Hemiprocne longipennis


Sambar Coklat-Asia~Muscicapa dauurica





101.Lang Kawi~Haliastur indus
102.Gosewah berjambul~Accipiter trivirgatus

103.Burung Tukang Malaysia~Eurostopodus temminckii

104.Beberek Ekpr-biru~Merop philippinus

105.Ruak-ruak dada-putih~Amaurornis pheonicurus

Perincit Leher-gelap~Orthotomus atrogularis


106.Kedidi Biasa ~Actitis hypoleucos

107.Rapang celak merah~Vanellus indicus

108.Pucong Malam mahkota hitam~Nycticorax nycticorax

109.Rolla Paruh-merah~Eurystomus orientalis

110.Takur leher-merah~Megalaima mystacophanos





Takau Kicau kelabu~Corydon sumatranus


111.Takau Kicau kelabu~Corydon sumatranus

112.Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus

113.Cecawi Paruh-Gagak~Dicrurus annectans

114.Sambar Coklat-Asia~Muscicapa dauurica







115.Sambar Tongkeng-kuning~Ficedula zanthopyga

116.Sambar Belakang-hijau~Ficedula elisae





117.Sambar Cenderawasih Jepun~Terpsiphone atrocaudata

118.Sambar Cenerawasih Asia~Terpsiphone paradisi




Wasalam...





Sintar Dada-perang~Porzana fusca


Sintar Dada-perang~Porzana fusca


Sepanjang memburung inilah buat pertama kalinya saya berpeluang melihat spesies Sintar Dada-perang~Porzana fusca dengan mata kepala dilapangan habitatnya. Teruja dan gembira apabila berjaya menjejak dan mencarinya sendiri sehingga terjumpa tanpa bantuan orang lain. Kepercayaan saya sebelum ini, spesies Sintar Dada-perang~Porzana fusca ini hanya boleh dijumpai dikawasan lombong, kolam, sawah padi dan parit  sahaja.



Tetapi rupa-rupanya ia boleh dijumpai dalam kawasan tanah lapang dengan tumbuhan lalang serta belukar kecil. Burung Sintar Dada-perang~Porzana fusca ini bersarang diatas lantai tanah didalam rimbunan semak dikawasan belukar kecil. Bergerak mencari makanan dibawah kenopi  tumbuhan semak samun, lalang-lalang dan di kawasan berair.




Sintar Dada-perang~Porzana fusca bergerak  dengan langkah kaki panjang berjalan  dan melakukan larian-larian pantas. Hanya akan menggunakan sayap untuk terbang ketika merasa cemas untuk menyelamatkan diri daripada sebarang ancaman. Ketika mula dijumpai , pemerhatian saya mendapati burung ini berulang-alik dilokasi yang sama dengan membawa serangga masuk ke dalam rimbunan semak.



Keadaan seperti itu menandakan ia sedang dalam proses membesarkan anaknya yang baru menetas. Selang seminggu kemudian , saya mendapati burung dewasa sudah mula memberanikan diri membawa anak-anaknya keluar dari kawasan rimbunan semak untuk mencari makan. Mendapati 3 ekor anak burung yang comel berwarna hitam mengekori kemana sahaja burung dewasa pergi.






Apa yang dapat diperhatikan, pada setiap kali burung dewasa membawa anaknya keluar  mencari makanan, salah seekor burung dewasa akan keluar terlebih dahulu. Burung dewasa itu akan terlebih dahulu memberanikan dirinya keluar berjalan sambil memerhatikan kiri kanan serta keadaan sekitar. Jaminan keselamatan daripada serangan haiwan pemangsa adalah menjadi keutamaan demi menjamin tiada sebarang ancaman bahaya kepada diri sendiri serta ahli keluarganya.



Kemudian ia akan berpatah balik kearah rimbuan lalang dan membuat bunyi panggilan " Krek krek , krek krek.. Tidak lama kemudian kelihatan terjenguk-jenguk kepala pasangan burung dewasa dari celah rimbunan lalang. Ia keluar dengan berhati-hati kearah kawasan terbuka untuk mencari makanan. Kemudian di ekori pula dari belakang ketiga-tiga ekor anaknya.



Ia akan dengan pantas lari menyelinap masuk bersembunyi ke dalam rimbunan semak dan lalang apabila mendengar suara spesies keluarga burung Gagak Rumah~Corvus splendens  yang kadang-kadang berterbangan melintas diruang tempat ia berada.



Hasil dari siri-siri pemerhatian burung Sintar Dada-perang~Porzana fusca secara tetap  yang dilakukan dari masa ke masa sejak sebulan yang lalu, saya dapati jumlah anak burung telah pun berkurangan menjadi dua ekor sahaja.



Saya tidak pasti punca kehilangan dan kematian salah seekor anak burung tersebut. Samada telah menjadi mangsa kepada Biawak, Ular, Kucing atau pun anjing yang banyak terdapat disitu. Saya juga tidak menolak faktor kemungkinan daya ketahanan anak burung itu tidak cukup kuat untuk menyahut cabaran  hidup.




Namun begitu   pembesaran 2 ekor anak-anak burung yang masih hidup, berjalan dengan lancar. Kini anak burung itu sudah mula menunjukkan perubahan pada saiz bentuk tubuh dan  buluhiasnya pula telah mula lebat dan panjang. Warna hitam kelabu masih lagi kekal dan belum berubah warnanya lagi. Saya tidak pasti pada usia berapa  warna hitam itu akan bertukar menjadi warna seperti burung dewasa.




Saya tidak dapat membezakan jantina Sintar Dada-perang~Porzana fusca kerana penampilan buluhiasnya serupa. Apa yang pasti burung jantan akan keluar terlebih dahulu membuat pemantauan sebelum ia di ekori oleh burung betina bersama-sama anaknya.


























Pada pandangan saya penemuan dan pemerhatian ini adalah penemuan peribadi yang bermakna buat saya kerana telah dapat melihat semua bentuk penampilan berserta kelakuan  spesies burung ini , samada Jantina jantan , betina dan anak-anaknya. Wasalam.