Wednesday, 7 March 2018

Melepaskan Rindu Dendam Dan Menjenguk Sahabat-sahabat Alam Semulajadi...



Melepaskan Rindu Dendam Dan Menjenguk Sahabat-sahabat Alam...





Setelah hampir 4 tahun tidak mengunjungi Syurga Mini , tiba-tiba seperti disapa dari jauh oleh sahabat-sahabat yang menghuni didalam syurga itu. Seolah-olah mereka melambai-lambai menjemput kedatangan saya untuk kesana. Maka secara tidak berlengah-lengah lagi, terus memenuhi jemputannya itu. Ketika sampai menjejakkan kaki dimuka pintu masuk, semua sahabat-sahabat saya bersorak mengalu-alukan kedatangan saya dengan ceria dan meriah. Didendangkannya irama kebebasan alam yang menyentuh meresap dalam jiwa, yang membawa kepada ketenangan. Diselang selikan dengan alunan senyap sepi dan hening. Mereka seperti tahu menghiburkan sahabatnya. Kawasan kediaman sahabat saya itu masih seperti dulu,  kelihatan tersergam indah dengan kesuburan tumbuhan-tumbuhan. 




Doa dan harapan  dahulu telah dimakbulkan oleh penciptanya. Sejak kali terakhir saya meninggalkan kawasan disini, tidak ada tanda-tanda seorang pun manusia yang telah datang berkunjung kesini. Keadaannya masih kekal sama seperti dahulu sahaja, malah tumbuhan berbagai jenis lumut hidup bertambah subur. Lumut hijau yang lembab basah merebak-rebak menghampar pada permukaan  lantai tanah meneroka ke kawasan yang lebih luas lagi. Kabus sejuk yang tebal itu berpuput lembut, berarak meliputi keseluruhan kawasan hutan sekitar. Terkadang-kadang menghalang permandangan. Wajah menjadi lembab dan alis mata pula sibuk menjaring kabus sehingga terlekat embun.  



Selepas hilang kabus , kelihatan warna kehijauan  dari pelbagi bentuk dan jenis tumbuhan lumut yang ada disitu. Udara disini segar, sekali sekala terhidu bau-bauan dari tumbuhan lumut yang dibawa oleh bayu. Entah apa baunya  tidak dapat saya zahirkan dengan ucapan bahasa.   Embun yang bertitih-titih melekat pada lumut diatas pokok menitik-nitik jatuh di kepala. Lembab dan membasahkan baju, hasil tiupan angin berserta kabus. Manakala embun yang sentiasa melekat pada tumbuhan memlembabkan kasut dan seluar . Tuju hala perjalanan hanya mengikut sahaja bekas laluan haiwan-haiwan yang berselirat dan berpusing-pusing. Terasa tidak sampai hati kaki-kaki untuk memijak-mijak lumut seperti permaidani disini.



Bunyi riang suara serangga dan burung berkicau-kicau datang dari pelbagai sudut didalam rimbunan tumbuhan. Kelihatan tupai berlari-lari seperti mengejar sesuatu diatas dahan pokok berlumut dan melompat-lompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Tumbuhan orkid  dan periuk kera terlekat bersama-sama lumut diatas dahan. Ada juga orkid sedang mekar bunganya secara bertitih-titih. Yang pastinya tidak ada sesiapa yang memberi ancaman kepada segala penghuni disini. Hidup mereka aman bebas sihat dan merdeka pada setiap masa. 




























































Bersyukurlah disini kawasan hutannya masih terselamat dari bencana kemusnahan oleh pengkhianat-pengkhianat alam semulajadi negara. Sepertimana yang semua warganegara tahu, beribu-ribu hektar hutan tanah tinggi di Cameron Highland dan Gua Musang  telah hancur musnah bagi tujuan pembalakan dan pertanian. Kemusnahan dan kehancuran hutan disitu membuatkan terlalu banyak hati tercedera parah sehingga tidak dapat diubati. Ralat bercampur bingung, bagaimana boleh wujud satu kelompok masyarakat yang gamak hati dengan perbuatannya untuk memusnahkan hutan semulajadi yang cantik seperti ini. Keputusan dan perbuatan mereka memang tidak masuk dek akal. Tidak dapat dibangsakan mereka ini dari kalangan jenis apa?




Kali ini , biarlah baki Syurga Mini yang masih kekal suci , jangan ada seorang pun boleh merosakkannya. Pengalaman pahit kemusnahan yang lepas jadikan pelajaran berguna kepada semua manusia. Biarlah semua orang tidak tahu dimana tersembunyinya tempat letaknya. Rahsia ini merupakan perjanjian dan amanah saya kepada sahabat-sahabat saya yang menghuni disini. Pastinya saya akan sentiasa akan datang menyantuni sahabat-sahabat alam dari masa ke masa.Wasalam.



Tuesday, 13 February 2018

Tiga Budak Atas Batu...


Tiga Budak Atas Batu...

Saya tertarik melihat 3 kanak-kanak kaum pribumi asli Semelai yang sedang leka  bermain diatas batu ditepi sungai. Mereka bermandi-manda , berguling atas pasir , melompat dalam sungai , menyelam berenang, menangkap ikan, mencari siput. Kejar mengejar didalam arus deras sambil teriak berteriak kegembiraan. Tentu sekali perhubungan mereka akrab dan semangat setia kawan diantara mereka sangat baik. Kegiatan seperti itu sudah jarang saya lihat samada di kampong-kampong , penempatan Felda apatah lagi dikawasan bandar. Mereka semua telah dipasong lehernya untuk tunduk merenung handphone. Minda mereka telah terpenjara. Pada setiap hari, mereka sendiri yang mewajibkan dirinya  khusuk menghabiskan zaman pembesaran mereka dengan merenung handphone. Dengan cara begitu mereka merasa seronok  dan leka membiarkan dirinya dipenjarakan. Dari melakukan lain-lain aktiviti  selain merenung skrin handphone untuk satu jangkamasa yang sangat lama. 


Setelah berguling diatas pasir kanak-kanak lelaki ingin membersihkan badannya.


Sebelum budak lelaki itu terjun kedalam sungai untuk membersihkan badannya entah apa yang dibualkan sambil tergelak-gelak.


Setelah menyelam dan membersihkan diri budak lelaki itu ingin naik semula diatas batu. Mendapati budak lelaki itu sukar untuk naik semula diatas batu maka kanak-kanak perempuan itu menghulurkan bantuan tangan kepada budak lelaki untuk naik keatas.



2 kanak-kanak perempuan itu beriya-ia   menolong budak lelaki untuk naik keatas.



Sedangkan pada ketika itu budak lelaki itu sedang merancang sesuatu... 



Setelah kedudukan badan dan kekudanya kakinya telah kukuh. 



 Budak lelaki itu menarik pula tangan budak perempuan dengan niat budak perempuan  itu  jatuh masuk kedalam sungai.



Seorang jatuh masuk kedalam sungai dan seorang lagi melepaskan tangannya supaya dirinya tidak terjatuh bersama-sama. 


Terdengar gelak hilai mereka bertiga atas senda gurau itu.


Dalam usia sebegini kecil, mereka sudah cukup berdikari dan mampu mengesan bahaya.

Oleh kerana hal keadaan ini masih baru lagi , sehingga ke hari ini kita masih tidak dapat mengetahui akan kesan baik dan buruknya yang akan terjadi kepada kanak-kanak seperti ini. Tunggu dan lihat sahaja lah. Kepada genarasi seperti saya yang pernah melalui zaman seperti ini, berpendapat amatlah rugi sekali jika tidak dapat menikmati kegembiraan seperti 3 kanak-kanak asli Semelai itu.Wasalam.

Monday, 15 January 2018

Laporan Rekod Kematian Langgar Lari Hidupan Liar Ketika Kembara Berbasikal


Laporan Rekod Kematian Langgar Lari Hidupan Liar Ketika Kembara Berbasikal

Pada bulan Disember 2017 saya telah melakukan kembara berbasikal dari kediaman saya di Taman Melawati , Kuala Lumpur ke penghujung tanah besar Asia di Tanjung Piai, Johor. Pengembaraan pergi balik secara berbasikal itu mengambil tempoh masa selama 8 hari dengan jarak keseluruhan lebih kurang 800 kilometer.


Famili : Bataguridae Kura-kura katup~Cuora ambionensis Asian Box Turtle Lokasi: Kampong Simpang 3 Bagan, Batu Pahat Johor Tarikh: 6 Dis 2017





Pada setiap hari sepanjang berkayuh perjalanan pergi dan balik melalui  lebuhraya, jalan persekutuan dan jalan kampong. Seperti kebiasaan pasti saya akan berjumpa dengan hidupan liar mati akibat menjadi mangsa langgar lari. Penemuan menyayat hati lagi mengerikan itu akan terus berterusan setiap hari tanpa berkesudahan. Berdasarkan kekerapan jumlah kemalangan yang berlaku itu, kita bolehlah buat rumusan bahawa  kadar langgar lari terhadap hidupan liar meningkat dari masa kesemasa.



Sub-Famili:Homalopsidae Ular Air Tembam~Homalopsis buccata Puff face Water Snake Lokasi: Tanjung Piai Tarikh: 4 Dis 2017


Ketahuilah bahawa haiwan juga mempunyai perasaan seperti manusia. Mereka mempunyai pancaindera yang boleh merasai berbagai perasaan samada gembira, cemas, takut, sakit dan sebagainya. Oleh yang demikian, dapat kita  bayangkan  betapa seksa penderitaan yang mereka alami semasa proses itu terjadi . Bukan semua mangsa kemalangan itu, akan tercabut nyawanya dengan sertamerta. Adakalanya  tidak sempat merasa sakit, kerana nyawanya telah dicabut dengan pantas atas kesan hentakkan tepat kenderaan pada anggota badan . Tetapi ada juga yang tercedera terlebih dulu, lama kemudian barulah nyawa akan pergi secara berdikit-dikit mengikut kecederaan yang mereka alami.



Ular Laju Ekor Merah~Gonyosoma oxycephalum Red tailed Racer Lokasi: Rembau Tarikh:   8 Dis 2017

Sebagai contoh kemalangan berlaku kepada sekor ular , dimana nyawanya hanya akan tercabut setelah menerima siri gilisan tayar beberapa kali. Itu pun bergantung mengikut kesibukan lalu lintas  kenderaan pada saat kejadian. Jika kenderaan bersilih ganti, maka tempoh masa ia menahan penderitaan akan dipendekkan waktunya. Tetapi jikalau kurang kenderaan, maka nyawanya akan tertangguh buat seketika. Sementara menunggu kedatangan kenderaan lain untuk membuat gelekan seterusnya sehingga nyawanya tercabut. Tempoh penantian itu adakalanya cepat dan adakalanya lambat.  Sedang ia masih hidup dalam keadaan cedera parah adalah saat  yang cukup derita sekali untuk ditanggung.




Famili: Elapidae Ular Tedung Selar~Ophiophagus hannah King Cobra Lokasi: Senawang Negeri Sembilan Tarikh: 1 Dis 2017

Famili: Elapidae - Ular Tedung Selar~Ophiophagus hannah King Cobra Lokasi: Senawang Negeri Sembilan Tarikh: 1 Dis 2017

Famili: Elapidae - Ular Tedung Selar~Ophiophagus hannah King Cobra Lokasi: Senawang    Negeri Sembilan Tarikh: 1 Dis 2017

Cuba kita bayangkan penderitaan yang dialaminya pada saat mereka terpelanting ditepi jalan. Bersendirian pada waktu malam gelap gelita menahan derita atas kecederaan kesakitan patah tulang, pecah perut, retak cengkerang, patah sayap, tersembul biji mata dan lain-lain kecederaan kengerian. Contoh kepada kemuncak penderitaan yang dinyatakan itulah yang mereka alami. Sementara menunggu nyawa tercabut, keseksaan luar biasa ditanggungnya adalah diluar kemampuan akal untuk kita bayangkan.


Famili  :Colubridae - Ular Pokok Emas~Chrysopelea ornata Golden Tree Snake                        Lokasi: Parit Jawa Tarikh: 3 Dis 2017


Saya ingin kongsi pengalaman bertemu seekor Kura-kura yang tercedera akibat dilanggar oleh kenderaan. Kejadian berlaku pada jam 6.30 petang di sebatang jalanraya dikawasan pedalaman di Pekan Pahang. Walaupun telah dilanggar tetapi Kura-kura itu tidak mati dengan cengkerangnya telah retak teruk sehingga menampakkan organ dalamannya. Pada ketika itu hilang daya upaya saya untuk memberi bantuan kepada Kura-kura tersebut. 


Famili  :Boidae - Ular sawa batik`~Malayo python reticulatus Reticulated Pyton Lokasi: Umbai, Melaka. Tarikh: 7 Dis 2017


Tindakan yang terbaik adalah mengangkatnya dari jalanraya dan meletakkannya dikawasan habitatnya yang berhampiran. Saya tidak fikir cengkerangnya yang retak dapat disambung semula atau dirawat. Maka tinggallah kura-kura malang itu menanggung penderitaan sakit bersendirian. Adalah tidak berperikemanusiaan malah tidak tergamak untuk saya membunuhnya bagi mengurangkan penderitaan. Jikalau manusia boleh kita bawa ke hospital walaupun jauh dipedalaman.



Famili : Viverridae- Musang Pulut~Paradodoxurus hermaphroditus Lokasi: Masjid Tanah, Melaka
Tarikh: 3 Dis 2017

Famili : Viverridae- Musang Pulut~Paradodoxurus hermaphroditus Lokasi: Masjid Tanah, Melaka
Tarikh: 3 Dis 2017


Memang Jabatan Perhilitan ada menyediakan perlindungan dari segi akta/perundangan tetapi apakah mereka melindungi juga hidupan liar dengan menyediakan perlindungan dalam usaha menyelamatkan nyawa ketika cedera.? Persoalannya sekarang apakah Jabatan Perhilitan atau mana-mana Agensi Kerajaan di negara Malaysia  mempunyai bahagian khas yang menyediakan kepakaran veterinar hidupan liar. 


Musang Pulut~Paradodoxurus hermaphroditus Lokasi: Senggarang Johor Tarikh: 6 Dis 2017


Tenaga mahir, peralatan merawat, dan ubat-ubatan untuk merawat hidupan liar tercedera ketika dalam usaha menyelamatkan nyawa hidupan liar ? Apakah ada stu kaedah atau S.O.P bagaimana untuk menyelamatkan hidupan liar yang berkemungkinan mendatangkan merbahaya kepada orang yang hendak menolong.


Lotong Chenekah~Presbytis melalophus Lokasi: Chengkau, Negeri Sembilan Tarikh: 8 Dis 2017


Katakan  Ular Senduk, Musang, Memerang, Cepelai, Burung, Beruang, Harimau Akar dan mamalia kecil  yang tercedera dimanakah harus kita bawa untuk membantunya. Berdasarkan pengalaman membantu hidupan liar , di Malaysia cuma Prof Madya Jalila Abu sahaja yang mempunyai kepakaran bidang hidupan liar, di Universiti Putra Malaysia, Fakulti Perubatan Veterina. Fakulti Perubatan Veterina tidak mengenakan sebarang caj & upah perubatan terhadap hidupan liar. 



Famili :Cereoithecidae-Kera~Macaca fascicularis Lokasi: Lubok China, Melaka Tarikh: 8 Dis 2017


Masalahnya siapakah yang sanggup mengambil atau membawa hidupan liar ke sana untuk mendapatkan rawatan. Andaikata hidupan itu sembuh dari kecederaan tetapi ia hilang daya upaya untuk mencari makanan sendiri dihabitatnya. Maka hidupan liar itu tetap akan dimatikan juga kerana kehilangan upaya dan  demi meringankan penderitaan.


Famili : Hystricidae ~Landak Raya ~ Hystrix brachyura  Lokasi: Rengit Johor. Tarikh: 6 Dis 2017

Famili : Bataguridae Kura-kura katup~Cuora ambionensis Asian Box Turtle Lokasi: Kampong Simpang 3 Bagan, Batu Pahat Johor Tarikh: 6 Dis 2017




Kura-kura katup~Cuora ambionensis Asian Box Turtle Lokasi: Muar  Tarikh: 3 Dis 2017




Famili :Accipitridae Baza Hitam~Aviceda leuphotes Black baza Lokasi: Sungai Balang, Muar
Tarikh: 3 Dis 2017


Inilah kesan terhadap keputusan pegawai-pegawai tinggi yang cerdik pandai menyokong dan memberi kelulusan atas pembinaan  terlalu banyak lebuhraya/jalanraya. Pembinaan itu pula  dibina merentasi hutan-hutan dan salah satu kesan utama adalah peningkatan kadar kematian hidupan liar secara berterusan.



Famili :Accipitridae Baza Hitam~Aviceda leuphotes Black baza Lokasi: Sungai Balang, Muar
Tarikh: 3 Dis 2017



Disini saya senaraikan 19 kematian hidupan liar yang saya jumpai sepanjang tempoh kayuhan itu :--

Mamalia

Famili : Hystricidae-
1.Landak Raya ~ Hystrix brachyura 
   Lokasi: Rengit Johor.
  Tarikh: 6 Dis 2017

Famili : Viverridae-
2.Musang Pulut~Paradodoxurus hermaphroditus
   Lokasi: Masjid Tanah, Melaka
   Tarikh: 3 Dis 2017

3.Musang Pulut~Paradodoxurus hermaphroditus
   Lokasi: Senggarang Johor
   Tarikh: 6 Dis 2017


Famili :Caprimulgidae-Burung Tukang Ekor Besar~Caprimulgus macrurus Lokasi: Parit Jawa, Johor Tarikh: 3 Dis 2017


Famili : Rallidae - Ruak-ruak dada putih~Amaurornis pheonicurus Lokasi: Lubok China, Melaka
Tarikh: 8 Dis 2017


Primat

Famili :Cereoithecidae-
4.Kera~Macaca fascicularis
   Lokasi: Lubok China, Melaka
   Tarikh: 8 Dis 2017

5.Lotong Chenekah~Presbytis melalophus Black tight surily
   Lokasi: Chengkau, Negeri Sembilan
   Tarikh: 8 Dis 2017


Famili  :Strigidae - Pungguk Rimba Bintik~Strix seloputo Lokasi: Bukit Kelicap, Batu Pahat Johor.
Tarikh: 3 Dis 2017


Burung

Famili : Rallidae
6.Ruak-ruak dada putih~Amaurornis pheonicuruswhite breasted waterhen
   Lokasi: Lubok China, Melaka
   Tarikh: 8 Dis 2017

Famili :Accipitridae
7.Baza Hitam~Aviceda leuphotes Black baza
   Lokasi: Sungai Balang, Muar
  Tarikh: 3 Dis 2017

Famili :Caprimulgidae-
8.Burung Tukang Ekor Besar~Caprimulgus macrurus
   Lokasi: Parit Jawa, Johor
   Tarikh: 3 Dis 2017



Famili  :Strigidae - Pungguk Rimba Bintik~Strix seloputo Lokasi: Bukit Kelicap, Batu Pahat Johor.
Tarikh: 3 Dis 2017

Burung

Famili  :Strigidae
9.Pungguk Rimba Bintik~Strix seloputo
   Lokasi: Bukit Kelicap, Batu Pahat Johor.
   Tarikh: 3 Dis 2017

Famili  :Tytonidae
10.Jampuk Jelapang ~Tyto alba Barn owl,
    Lokasi: Tampok, Pontian
   Tarikh: 3 Dis 2017

11.Teteguk Pantai~Phodilus badius Oriental bay owl
     Lokasi: Semerah
     Tarikh: 3 Dis 2017

12.Teteguk Pantai~Phodilus badius Oriental bay owl
     Lokasi: Semerah
     Tarikh: 3 Dis 2017

Famili :Saturidae
13.Tiong Jawa~Acridotheres javanicus Javan Myna
     Lokasi: Kukup, Johor
     Tarikh: 4 Dis 2017



Teteguk Pantai~Phodilus badius Oriental bay Owl Lokasi: Semerah Tarikh: 3 Dis 2017

Reptile

Famili  :Boidae
14.Ular sawa batik`~Malayo python reticulatus Reticulated Pyton
     Lokasi: Umbai, Melaka.
     Tarikh: 7 Dis 2017

Famili  :Colubridae
15.Ular Pokok Emas~Chrysopelea ornata Golden Tree Snake
     Lokasi: Parit Jawa
     Tarikh: 3 Dis 2017

16.Ular Laju Ekor Merah~Gonyosoma oxycephalum Red tailed Racer
     Lokasi: Rembau
     Tarikh: 8 Dis 2017

Sub-Famili:Homalopsidae
17.Ular Air Tembam~Puff face Water Snake~Homalopsis buccata
     Lokasi: Tanjung Piai
     Tarikh: 4 Dis 2017

Famili: Elapidae
18. Ular Tedung Selar~Ophiophagus hannah King Cobra
      Lokasi: Senawang Negeri Sembilan
      Tarikh: 1 Dis 2017

Teteguk Pantai~Phodilus badius Oriental bay Owl Lokasi: Semerah Tarikh: 3 Dis 2017


Famili  :Tytonidae Jampuk Jelapang ~Tyto alba Barn owl, Lokasi: Tampok, Pontian Tarikh: 3 Dis 2017


Famili : Bataguridae
19.Kura-kura katup~Cuora ambionensis Asian Box Turtle
     Lokasi: Kampong Simpang 3 Bagan, Batu Pahat Johor
     Tarikh: 6 Dis 2017

Hidupan Yang Sempat Diselamatkan

1.Kura-kura katup~Cuora ambionensis Asian Box Turtle
   Lokasi: Muar
   Tarikh: 3 Dis 2017

2.Belut Muara ~ Macrotema caligans
   Lokasi:Jetti Tanjung Piai, Johor
   Tarikh: 4 Dis 2017


Famili :Saturidae Tiong Jawa~Acridotheres javanicus Javan Myna Lokasi: Kukup, Johor Tarikh: 4 Dis 2017

Belut Muara ~ Macrotema caligans Lokasi:Jetti Tanjung Piai, Johor  Tarikh: 4 Dis 2017


Belut Muara ~ Macrotema caligans Lokasi:Jetti Tanjung Piai, Johor  Tarikh: 4 Dis 2017


Oleh kerana nasi telah menjadi bubur dan tidak ada jalan penyelesaian maka mahu atau tidak kita kena lakukan sesuatu untuk mengurangkan kadar kemalangan hidupan liar. Kepada semua pengguna jalanraya  sentiasalah mempunyai sikap permanduan yang lebih peka, waspada dan beringat ketika menggunakan jalanraya. Bila-bila masa hidupan liar boleh melintas dihadapan kita secara mengejut dengan tiba-tiba. Wasalam.