Tuesday, 10 July 2018

Lotong Chenekeh ~ White-thighted Surili ~ Presbytis siamensis Bermain Dalam Taman


Lotong Chenekeh ~ White-thighted Surili ~ Presbytis siamensis


Bermain Dalam Taman




Pengalaman pemerhatian gelagat sekumpulan spesis Lotong Chenekeh ~ White-thighted Surili ~ Presbytis siamensis liar yang sedang bergurau berlari-lari di dalam taman permainan adalah satu pengalaman yang belum pernah saya saksikan sebelum ini. Kumpulan itu bekejaran antara satu sama lain dari pelbagai arah di atas tanah lapang dalam kawasan taman. 




Kumpulan Lotong Chenekeh ~ White-thighted Surili ~ Presbytis siamensis  yang terdiri dari 5 ekor individu itu seperti tidak menghiraukan kehadiran manusia ketika bermain-main sesama sendiri dengan bersuka-ria.  Mereka terlompat-lompat, berguling-guling , bergurau bergomol-gomol sesekali melompat turun naik keatas pokok.




Antara 5 ekor Lotong Chenekeh ~ White-thighted Surili ~ Presbytis siamensis 3 ekor dipercayai Lotong remaja dan 2 dewasa. Individu dewasa lebih banyak menghabiskan masa di atas pokok memetik-metik pucuk daun untuk dimakan. Manakala 3 ekor individu remaja pula berlari bekejar-kejaran antara satu sama lain.  




Kadang-kadang mereka bekejaran sehingga melompat naik pada ranting pokok dan bergayut-gayut. Ada ranting-ranting pokok terpatah ketika adegan kejar mengejar antara mereka itu. Gelagat mereka bergurau terlompat-lompat dan bergomol itu berlangsung lebih kurang antara 10 ke 15 minit. Selepas itu mungkin atas faktor kepenatan,  ketiga individu remaja itu naik keatas pokok untuk berehat sambil mencari tunas dan pucuk daun untuk dimakan.










Pada tafsiran saya ketika melihat riak wajah 3 ekor individu remaja seperti mereka sedang bersuka ria dengan gembira. Kelakuan haiwan yang sedang disaksikan itu memberi petunjuk yang jelas bahawa haiwan juga mempunyai naluri hati untuk menikmati akan rasa nikmat. Nikmat berbagai rasa seperti kita manusia. Yang berkehendak kepada sesuatu, samada  merasa gembira, duka, cemas, curiga, takut dan sebagainya.



Pengalaman melihat gelagat seperti itu adalah sangat jarang dapat disaksikan daripada haiwan liar yang bukan dari dalam kurungan. Kebiasaannya, pada acuan ilmu pemikiran saya haiwan ini akan banyak menghabiskan waktu hidupnya, berada diatas pokok. Mereka hanya turun ke tanah kerana  bersebab. Samada terpaksa berjalan ke tanah atas sebab kedudukan pokok antara pokok sangat berjauhan atau pun untuk mereka melintas jalan raya. Selain daripada itu banyaklah masa mereka akan dihabiskan diatas pokok sahaja.







Belum ada satu hasil bukti kajian secara saintifik  bahawa gelagat seperti yang saya saksikan ini adalah menjadi penanda aras kepada tahap kegembiraan sekor haiwan. Namun begitu secara kasarnya pada hemat saya, mamadailah hanya dengan melihat kelakuan mereka perasaan dan hati saya sudah menjadi seronok. Mungkin sipelaku lebihlah lagi merasa nikmat seronok dan gembira.







Menjadi persoalan dewasa ini ialah, hutan rimba habitat kehidupan semulajadi haiwan   telah banyak dimusnahkan dengan langsung tidak bertimbang rasa. Kemusnahan alam semulajadi hasil perbuatan manusia itu jelas akan kekejaman terhadap makhluk kejadian Allah yang lain. Kekejaman itu dibolehkan, dengan atas alasan kemajuan ekonomi manusia. Perbuatan ini jelas tidak menurut kehendak Al Quran dan Hadis, yang telah menyarankan jangan sesekali berlaku kejam dan tidak adil kepada makhluk kejadian Allah.





Dalam waktu yang sama, janganlah pulak mempunyai rasa kasih sayang yang melampau sehingga manusia mahu mencari dan membelinya bertujuan untuk membela. Ingin menjadikan haiwan peliharaan supaya dapat dibelai, ditatap dan melihat keletahnya dirumah. Perbuatan dan amalan seperti itu telah jelas melanggar fitrah haiwan itu sendiri.





Fitrah perbuatan itu sama seperti manusia yang sama jantina berkahwin mendirikan rumahtangga dan hidup sesama mereka. Memadailah menunjukkan kasih sayang kepada haiwan dengan memastikan mereka dapat bebas hidup didalam kehidupan alam semulajadi di hutan belentara. Wasalam.

Saturday, 23 June 2018

Mengapa Dia Bersarang Rendah ~ Pergam Agong Gunung ~ Ducula badia~Mountain Imperial Pigeon


Mengapa Ia Bersarang Rendah.

Pergam Agong Gunung ~ Ducula badia ~ Mountain Imperial Pigeon



Burung Pergam Agong Gunung ~ Ducula badia ~ Mountain Imperial Pigeon biasa  ditemui  bertenggek diatas ranting pokok yang tinggi.  Kerap kali dilihat pada awal waktu pagi dan penghujung waktu petang secara berpasangan di kawasan hutan tanah sederhana tinggi dan kawasan hutan tanah tinggi. Bagi negeri-negeri di Selangor, Pahang,  Perak dan Negeri Sembilan, lokasi biasa ditemui adalah di Freazer Hill, Ulu Kali , Gunung Telapak Buruk dan di Brinchang Cameron Highland. 




Namun pun begitu ini tidak membataskannya ia  dijumpai hanya dikawasan tanah tinggi sahaja, kerana saya telah beberapa kali menemuinya di kawasan hutan tanah rendah seperti di Lanchang Kuala Krau dan di Merapoh Kuala Lipis Pahang. Ada besar kemungkinan pada ketika itu dia sedang mencari makanan. Ia akan terbang kemana sahaja mencari  buah-buahan kegemaran mereka, kemudian pulang semula ke tempat ia asalnya untuk berehat.




Sebelum ini saya telah  beberapa kali membuat pemerhatian burung Pergam Agong Gunung ~ Ducula badia  mencari bahan membina sarang. Saya juga pernah  melihat anak burung yang sedang berada didalam sarangnya. Kesemua lokasi pemilihan sarang burung yang saya temuinya adalah berada ditepi jalanraya. Ia memilih membuat sarang kawasan  dicelah-celah tumbuhan yang rimbun tersorok  pada aras ketinggian & kedudukan yang rendah. Dianggarkan antara 5 ke 6 kaki daripada lantai tanah. Kesemua tempat sarang yang dijumpai itu adalah sama ketinggian antara lokasi sarang dengan lantai tanah.




Pada April 2018 saya diberi peluang lagi untuk memerhatikan perilaku mereka mencari bahan membina sarang dan menyusun ranting-ranting sehingga menjadi sarang. Sepanjang tempoh pemerhatian itu, Burung dewasa dilihat mengulang-ulangi ke sebatang pokok rendang yang tidak berapa besar tumbuh ditepi jalan. Berulang alik  terbang masuk didalam rimbunan tumbuhan yang tersorok tidak jauh daripada bahan binaan itu diambil. 




Setiap kali ia memasuk kesitu pasti diparuhnya  ada sebatang ranting kayu. Batang ranting bersaiz sebesar seperti lidi penyapu yang panjangnya lebih kurang 12 inci. Batang ranting itu akan disusun membentuk seperti mangkuk pinggan dengan saiz sesuai dengan bentuk tubuh burung itu.Ia pandai membuat pemilihan ranting-ranting dari jenis ranting yang sudah hampir mati dan tidak berdaun lagi. Saya berpendapat, pokok ini adalah salah satu jenis tumbuhan yang akan dikunjungi untuk diambil rantingnya pada setiap kali ia ingin membina sarang.





Sepanjang tempoh pemerhatian tersebut, burung langsung tidak mengendahkan kehadiran saya yang kadang-kadang datang menghampir ditempat ia bertenggek..Timbul persoalan mengapa Burung Pergam Agong Gunung ~ Ducula badia ~ Mountain Imperial Pigeon memilih satu keadaan yang berlawanan dengan tabiatnya. 






Dimana semasa musim membiak burung seolah-olah membiarkan sahaja dirinya terdedah dengan keadaan dari berbagai bentuk gangguan daripada manusia. Sedangkan sebelum musim membiak, burung ini sentiasa berada di hujung-hujung dahan pokok yang tinggi. Apabila terlihat manusia secara tidak sengaja menghampirinya, ia akan terus bingkas terbang meninggalkan tempat itu. Keadaan seperti itu menimbulkan  kemusyhkilan kepada saya. 




Sejarah Nota Pemerhatian Burung Pergam Agong Gunung ~ Ducula badia ~ Mountain Imperial Pigeon.

1. Memerhati sekor anak burung berhampiran sarang yang sedang membetulkan dan menyisir buluhiasnya sambil berdiang pada sinaran cahaya matahari pada 7 Sept 2009. Lokasi berhadapan dengan Smokehouse Frezer Hill.

Siri burung sedang mematahkan ranting ditepi jalan Bulatan Telekom Frezer Hill 28 Feb 2010




2. Dalam cuaca pada waktu pagi berkabus Burung dewasa sedang mematahkan ranting pokok ditepi jalan  di Bulatan Telekom, Frezer Hill pada 28 Feb 2010.


3.Sarang itu ditemui berhampiran dengan Bank Negara Rest House di Bukit Frezer pada bulan Mac tahun 2011.


Merapoh 7 Jun 2014

 Di Lanchang Kuala Gandah Pahang pada  22 Jan 2017




Pertama, burung tidak takut akan kehadiran manusia  berada hampir dengannya. Kedua burung memilih membuat sarang ditempat yang rendah dan boleh dicapai oleh manusia. Mengapa burung  memilih keadaan seperti ini dan berlaku kepada spesies burung Pergam Agong Gunung ~ Ducula badia ~ Mountain Imperial Pigeon. Apakah ada rahsia disebalik itu semua, tidak dapat saya huraikan. Wasalam.

Saturday, 16 June 2018

Burung Dan Pantun........



Burung Dan Pantun Melayu........



Pekaka Dada Jalur biru~Alcedo euryzona- Jantan

Budi bagi bangsa Melayu merupakan suatu yang tidak ternilai harganya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Entah ada lagikah orang Melayu yang berbudi pekerti, bersopan santun, elok tutur katanya , lembut bahasanya, hormat-menghormati, jujur amanah dan tidak khianat.

Pantun Hati & Jiwa Melayu Asli ( Dahulu )....


Pekaka Dada Jalur biru~Alcedo euryzona- Jantan/betina


    Burung Serindit terbang melayang,
       Mari hinggap, diranting mati,
    Bukan ringgit, pandangan orang,
       Pandangan atas, budi pekerti. ~ adedharmawi.wordpress.com



Pekaka Rimba Gempal~Lacedo pulchella - Betina

Pekaka Rimba Gempal~Lacedo pulchella - Jantan


Tenang-tenang air di laut,
   Sampan kolek, mudik ke tanjung,
Hati terkenang, mulut menyebut,
   Budi baik rasa nak junjung. ~ adedharmawi.wordpress.com


Merbuk Jambu~Ptilinopus jambu Jantan


Pulau Pandan, jauh ke tengah,
   Gunung Daik, bercabang tiga,
Hancur badan, dikandung tanah,
   Budi yang baik, dikenang juga.


Pekaka Api~Ceyx rufidorsa

Bunga melur, bunga melati
   Sunting anak, panglima perang
Budi sedikit ku bawa mati
   Harta yang tinggal habuan orang .adedharmawi.wordpress.com


Pekaka Cekak-perang ~Actenoides concretus Jantan

Pekaka Cekak-perang ~Actenoides concretus Betina


Pinang emas dibawa belayar
  Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
  Hutang budi dibawa mati.


Kekicau Karat-besi~Trichastoma bicolor

Anak Cina menimbang madat,
  Dari Makasar langsung ke Deli,
Hidup didunia biar beradat,
  Bahasa tidak berjual beli. ~ adedharmawi.wordpress.com


Takur Leher-emas~Megalaima franklinii ramsayi


Tingkap papan kayu bersegi,
  Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
  Tinggi bangsa kerana bahasa. ~ adedharmawi.wordpress.com


Takau Hitam Dan kuning~Eurylaimus ochromalus Jantan


Takau Hitam Dan kuning~Eurylaimus ochromalus Jantan


Makan sireh berpinang tidak,
  Pinang ada dari Melaka,
Makan sireh mengenyang tidak,
  Sebab budi dengan bahasa. ~ adedharmawi.wordpress.com


Sengsurit~Caloperdix ocelea
Limau manis dimakan manis,
  Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis dipandang manis,
  Manis sekali hati budinya.  ~ adedharmawi.wordpress.com


Kekicau Abbot's~Malacocincla abboti


Balik-balik api di beri,
  Kalau pandan api tak naik,
Jaga-jaga memelihara diri,
  Lazimkan budi bahasa yang baik. ~ adedharmawi.wordpress.com


Pekaka Cekak-perang ~Actenoides concretus Betina

Pekaka Cekak-perang ~Actenoides concretus Jantan


Pucuk pauh sedang berjela,
  Selurus, bunga gelundi,
Agar jauh silang sengketa,
  Penghalus bahasa dan budi. ~ adedharmawi.wordpress.com


Sambar Belakang-hijau ~Fecidula elisae



Kalam pensil mengukir emas
  Kalam dakwat mengukir cerana
Dalam tamsil sindir dilepas
  Dalam ibarat sindir mengena  .adedharmawi.wordpress.com


Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus


Pulau Pinggir tinggallah jejak,
  Ikan pais diambil sekerat,
Kalau menyindir biarlah bijak,
  Gunakan kias tamsil ibarat.  adedharmawi.wordpress.com


Siul Bakau~Pachycephala grisola

Siul Bakau~Pachycephala grisola


Dalam diam banyakan zikir,
  Bulan puasa amar sempurna,
Dalam menyindir gunakan fikir,
  Dengan bahasa samar bermakna. adedharmawi.wordpress.com


Cecawi Abu~Dicrurus leucophaeus


Surau berukir, ruang bertakbir,
  Kesukaan orang ahli syurga,
Kalau menyindir jangan mencibir,
  Perasaan orang mesti dijaga.  ~ adedharmawi.wordpress.com



Takur kening-hitam~Megalaima oorti



Pantun Hati & Jiwa Melayu Sekarang...


Magpie Hitam~Platysmurus leucopterus

Gunung Tahan udaranya nyaman,
  Kalau didaki tentulah penat,
Dalam berdusta mengukir senyuman,
  Liciknya Melayu mengatur khianat.


Punai Cunut-kuning~Treron seimundi


Sebelum sembahyang membaca qomat,
  Bacaan qomat adalah sunat,
Berhasad dengki dendam kesumat,
  Bijaknya Melayu membuat amalan lahanat.

Sambar Cendrawasih Asia~ Terpsiphone paradisi


Emas berlian intan dan permata,
  Tamak haloba nak lekas kaya,
Sanggup khianat dan bersengketa,
  Mengadai maruah dan tanahairnya.


Gagak Paruh-besar~Corvus macrorhynchos


Gagak Paruh-lengkong~ Corvus enca



Enggang Mahkota-putih~Aceros comatus


Kasihkan anjing makan bersuap.
  Sambil bersuap diusap kepalanya,
Lagikan pembesar makan suap,
  Inikan pula kuncu-kuncunya.


Bangau Botak Upeh~Leptoptilos javanicus

Sakit bisul kerana nanah,
  Bisul dicucuk dengan peniti,
Mengecam mengeji sumpah seranah,
  Pa'el Melayu masa kini.


Bangau Upeh Paruh-renggang~Anastomus oscitans


Makan nasi, rendang pepahat,
  Selepas makan hisap curut,
Dulunya baik sekarang jahat,
  Sudahlah jahat suka mencarut.


Sintar Kening-putih~Porzana cinerea


Sintar Kecil~ Porzana pusilla


Awan berkepul dipuput bayu,
  Hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa,
Usahlah megah jadi Melayu,
  Jika tidak berbudi bahasa.


Sambar Biru-putih~ Cyanoptila cyanomelana


Sampan kolek membawa bubu,
  Bubu dipasang diair surut,
Hanya seorang dalam seribu,
  Yang bersopan santun bahasanya lembut.


Takau belang~Eurylaimus javanicus


Berhati-hati memilih bahasa,
  Bahasanya lembut bila berbicara,
Itulah cara Melayu berbahasa,
  Malangnya , semua itu telah tiada.


Khukhu Tirjup-kecil~Coracina fimbriata Jantan

Khukhu Tirjup-kecil~Coracina fimbriata betina

Khukhu Tirjup-kecil~Coracina fimbriata Jantan


Tudung saji menutup bejana,
  Nanti sekali ambil  isinya,
Dilihat keji , dipandang pun hina,
  Lebih keji sekali, hati perutnya.


Khukhu Ungu~Chryscococcyx xanthorhynchus

Khukhu Ungu~Chryscococcyx xanthorhynchus


Kambing golek sedap dimamah,
  Sedap dimamah dengan kuah Dal.
Garangnya pada yang lemah,
  Bersabar pulak pada yang handal.


Kekicau Leher-hitam~Stachyris nigricollis

Kekicau Leher-hitam~Stachyris nigricollis


Tua muda jantan betina,
  Mari ku kenal si Melayu Baharu,
Yang muda terkinja bersuka ria,
  Yang tua sibuk menipu.


Burung Cucur Bintik-Mas~Batrachostomus stellatus


Burung Cucur Jawa~Batrachostomus javensis


Ugama Islam anutan Melayu,
  Cuma dipakai dalam adat,
Melayu sudah tak tahu malu,
  Jantan betina menghisab madat.


Burung Cucur Jawa~Batrachostomus javensis

Burung Cucur Jawa~Batrachostomus javensis


Cabai, cili dan lada,
  Pedas rasanya tidak terkata,
Iman pun tipis sabar pun tiada,
  Baru berbincang sudah sengketa


Sengsurit~Caloperdix ocelea


Penunjuk mengaji duri landak.
  Buta huruf, mengaji pun payah,
Jangankan jengok, berkhabar pun tidak,
  Sakit pening emak dan ayah.


Kekicau Ekor-pendek~Malacocincla malaccensis

Kekicau Ekor-pendek~Malacocincla malaccensis


Bintang dilangit hendak dibilang,
  Bulan yang satu tidak dicari,
Kasihkan kucing bukan kepalang,
  Ibu disisi makan hati sendiri.


Sintar Dada-perang~ Porzana fusca


Panglima Melaka Laksamana Hang Tuah,
  Berpencak silat dengan sesiapa,
Nasib kucing, lebihlah bertuah,
  Berbanding ibu dan bapa.


Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger

Pokok Nyiur , Pokok Kelapa,
  Sebutan berbeza buahnya serupa,
Merayau mencari pusara ibubapa,
  Malangnya, sampai tak jumpa


Kekicau Karat-besi~Trichastoma bicolor


Anak ayam mengais dedak,
  Sedang mengais disambar helang,
Harta pusakanya kita hendak,
  Pusara ibubapa penuh rumput lalang.


Berlau bertudung~ Pitta sordid


Wajib harus mustahil haram,
  Akidah tauhid orang Melayu,
Anak beranak bersumbang mahram,
  Itulah tanda, sialnya orang Melayu.


Kesumba Diard's~Harpectes diardii

Kesumba Diard's~Harpectes diardii


 Berkahak berludah memang selalu,
   Membentak menengking lagilah sedap,
Berburuk sangka menuduh melulu,
  Sekarang Melayu sudah biadap.


Kekicau Kupiah hitam~Pellorneum capistarum

Wasalam..