Pemerhatian Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger Bersarang Di Negeri Selangor.
Menurut bahan rujukan status Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger tergolong dalam kumpulan burung hijrah di Semenanjung Malaysia.Berdasarkan pengalaman peribadi yang ditulis pada ketika itu pula, maklumat yang terdapat dalam bahan rujukan tersebut adalah selaras dengan laporan pemerhatian saya pada tahun 2016 . Pengalaman saya memerhatikan Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger ini ada beberapa buah tempat di Yan, Kedah , lombong-lombong disekitar negeri Perak dan kawasan tasik di Putrajaya Selangor.
Spesis burung itu hanya akan dapat dilihat berkeliaran di Semenanjung Malaysia pada musim burung hijrah. Namun setelah lebih kurang 9 tahun kemudian, ditahun 2025 burung Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger ini, agaknya telah berupaya menyesuaikan dirinya dengan alam sekeliling di Semenanjung Malaysia. Faktor keselamatan, keadaan cuaca , lambakan pilihan diet dan kurang persaingan dengan spesis Memerang sedikit sebanyak mempengaruhi nalurinya. Suasana alam sekeliling dan habitat yang terdapat disini turut membantu untuk spesis ini terus tinggal disini. Maka secara tidak perasan burung hijrah itu terus tinggal menetap hidup aman tenteram di Semenanjung Malaysia dan terus menjadi burung tempatan. Perkara yang sama ini turut terjadi sama dengan spesis burung Upeh Paruh renggang ~ Anastomus oseitans ~ Openbill Stork .
Ketika membuat pemerhatian pada 20 March 2025 saya mengira dan telah melihat 12 pasang burung Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger. Mereka sedang aktif mencari bahan binaan untuk menyediakan pembinaan sarang-sarangnya. Spesis ini berkongsi kawasan membuat sarang dengan spesis burung Belekok Kecil~ Egretta garzetta, Bangau Balau~ Bubulcus ibis, Pucong Kelabu~Ardea cinerea , dan Pucong Malam Mahkota Hitam~Nycticorax nycticorax. Kawasan tempat bersarang merupakan sebuah pulau kecil yang penuh ditumbuhi dengan tumbuhan jenis bakau. Terletak berhampiran dengan penempatan manusia ditepi jeti perahu dan bot nelayan pergi ke laut. Keadaan pemilihan tempat ia bersarang bukanlah tempat khusus kepada perairan air masin atau pun air tidak masin. Ini memberi petunjuk Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger berupaya menyesuaikan diri mereka mencari makanan didalam kepelbagaian jenis perairan air.
Tidak dapat dipastikan pada setiap tahun, samada Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger memulakan proses pembiakan bermula pada sekitar bulan March. Atau pun ia membiak sepanjang masa, bilamana usianya meningkat matang dan mempunyai pasangan, ia akan terus melakukan proses pembiakan. Untuk mendapatkan kepastian terhadap perkara itu, maka peminat pemerhati burung harus membuat pemerhatian lanjut dari masa kesemasa.
Walaubagaimana pun, kajian tentang burung Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger telah lama dilakukan dinegara luar. Data menunjukkan pembiakan burung Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger adalah secara bermusim. Seperti di negara Bangladesh musim pembiakan burung itu adalah pada bulan May hingga Aug. Di negara Pakistan dan Utara India pula musim pembiakannya ialah antara bulan Julai hingga Sept . Data-data tersebut menunjukan ada besar kemungkinan musim pembiakan burung Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger dipengaruhi oleh keadaan cuaca ditempat burung tersebut berada.
Berdasarkan pemerhatian saya di Negeri Selangor burung Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger telah melakukan proses pembiakan pada bulan Mac. Proses tersebut dilakukan secara berkumpulan berpasang-pasang burung Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger . Ia dilaksanakan sekitar antara jam 2.00 tengahari sehingga awal petang. Tidak dapat dipastikan kadar tempoh menyiapkan binaan sarang sebelum proses burung betina bertelor. Paling-paling lama untuk menyiapkan pembinaan sarang ialah 5 ke 7 hari. Bahan pembinaan sarangnya diperbuat daripada ranting-ranting kayu yang dipatah-patahkan daripada pokok bakau yang ada disekitar tempat bersarang. Kemudian dibawa ke tempat pilihan tapak sarang ditempat sehabis tinggi diatas pokok bakau.
Seterusnya disusun sulam mengikut seni pembinaan sarang, sebatang demi sebatang sehingga membentuk sarang. Bentuk sarang itu hampir menyerupai bentuk sarang burung-burung yang ada disitu. Kedudukan setiap sarang burung Burung Kosa Kecil~Phalacrocorax niger berdekatan antara satu sama lain. Setelah siap burung betina akan duduk termenung dalam sarang untuk mengeluarkan telor-telornya. Saya belum pasti jumlah telor yang akan dikeluarkan sebelum proses eraman dilakukan. Setakat pada hari pemerhatian iaitu pada bulan March proses pembiakan sedang berlaku adalah pada peringkat membuat sarang. Besar kemungkinan pada pertengahan bulan April nanti, burung-burung itu sudah mulai bertelor.