Friday 30 May 2014

Burung Hijrah Yang Masih Tidak Pulang Ke Negara Asalnya.



Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina


Tarum Kening-putih~Turdus obscurus~Eyebrowed Thrush

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan penemuan burung spesis Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina yang belum pernah saya jumpai sepanjang memburung. Penemuan ini mengembirakan hati saya kerana menambah lagi jumlah senarai penemuan burung-burung di Malaysia.

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina


Penemuan burung Tarum Kening-putih~Turdus obscurus pada penghujung bulan May adalah suatu pekara yang jarang berlaku, kerana pada kebiasaannya ketika ini semua spesis burung-burung hijrah telah pun pulang ke negara asalnya. Adakah burung ini telah boleh menyesuaikan dirinya dengan kehidupan pada habitat di negara kita sepanjang tahun? Penyesuaian permakanan, iklim cuaca dan membuat sarang. 

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Ketika ditemui burung sedang leka berjalan dilantai tanah sambil mematuk-matuk makanan.Daripada pemerhatian saya burung mencari bahan-bahan untuk dimakan pada bunga-bunga pokok hutan yang berguguran dilantai tanah. Samada burung mencari ulat-ulat yang terlekat pada bunga-bunga atau pun burung memakan bahan-bahan yang terdapat pada bunga, tidak pula diketahui.

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Setelah lama membuat pemerhatian, baru saya perasaan bahawa burung Tarum Kening-putih~Turdus obscurus kelihatan kaki kanannya telah tercedera. Dimana kedudukan antara pergelangan tulang betis kaki dan pergelangan  jari kaki kanan burung dalam kedudukan yang membengkuk. Pergerakkan burung adakalanya terlompat-lompat dan adakalanya berjalan dengan menggunakan  bahagian anggota yang tidak sepatutnya.

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Mungkin perkara ini boleh dijadikan contoh yang sesuai, bahawa burung-burung hijrah yang berkunjung ke negara kita mempunyai kebolehan menyesuaikan dirinya dengan keadaan persekitaran yang baharu untuk satu tempoh yang lama dan terus menetap disini.

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina


Pada pandangan peribadi sebagai manusia pula, tertanya-tanya jikalaulah kita dalam keadaan bersendirian tercedera dinegara orang. Sunyi tanpa keluarga dan kenalan tempat untuk mengadu nasib, yang pastinya keadaan ini sangat sukar dan mencabar. Ini benar-benar "Survival"yang nyata.

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Diharap burung ini akan pulih seperti sediakala dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa, bebas dan aman, sementara menanti kunjungan spesisnya pada musim hijrah musim depan. Wasalam.



Friday 23 May 2014

CABARAN PEMBURUNG HYBRID~Palintoma Sayap Perang~Philentoma pyrhopterum


Memburung Spesis Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum

Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum~Jantan

PEMBURUNG HYBRID

Makna dan falsafah PEMBURUNG HYBRID ialah Memburung untuk mendapatkan seberapa banyak spesis burung  untuk tujuan pembelajaran habitat/tabi'at spesis burung. Kemudian mendokumenkan hasil pembelajaran itu. Dalam waktu yang sama mendapatkan imej rakaman burung dengan kualiti rakaman seberapa baik mungkin. Tanpa bantuan ALAT PANGGILAN PALSU dan TIDAK MENGUMPAN burung, dengan apa jua jenis umpan, samada ulat ternak, ikan atau katak.  Hakikatnya PEMBURUNG HYBRID mementingkan dan mengutamakan kedua-dua bidang itu. Dalam waktu yang sama tidak mengamalkan larangan-larangan yang disarankan oleh Kumpulan Pemerhati Burung.

Kerana dengan menggunakan bantuan yang dinyatakan diatas , maka pemburung telah mendapatkan handicap. Bantuan seperti itu memungkinkan seseorang  tidak dapat mempelajari hal ehwal burung di dalam habitatnya.  Panggilan Palsu bertujuan menjemput burung datang ke hadapan pemburung untuk dirakam imejnya. Manakala umpan pula bertujuan untuk burung berada dikawasan umpan lebih lama daripada kebiasaan dan berulang-ulang.

Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum~Jantan
Dengan mendapat handicap ini, pemburung tidak perlu bersusah payah lagi untuk  memburu burung dari satu lokasi ke lokasi lain, yang mana mempunyai cahaya yang berbeza-beza. Apa yang perlu hanyalah duduk sambil berbual-bual atau duduk diam didalam kemah persembunyian.

Dengan menyediakan umpan pula pemburung akan mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan formula rakaman imej yang terbaik. Malah umpan boleh diletakan dikawasan yang mempunyai cahaya yang mencukupi untuk mendapatkan kelajuan cerapan Kamera . Ia tidak ubah seperti merakam burung didalam Taman Burung. Rakaman mudah cara ini sudah tentu akan mendapat imej burung yang sungguh kualiti.

Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum~Betina
Memburung Spesis Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum

Saya ingin berkongsi pengalaman memburung Burung Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum. Untuk makluman Burung ini mendiami kawasan yang gelap dan gemar hinggap dikawasan cahaya yang gelap dan pada ranting paras rendah. Suasana begini cukup mencabar   kerana keadaan sebegini menghadkan keupayaan peralatan rakaman kita. Saya hanya dibenarkan mengguna formula F4.5 dan 1/30 hingga 1/60  ISO 250 dalam keadaan burung  terbang dan hinggap dari satu ranting ke ranting yang lain dalam keadaan bentuk mukabumi yang tidak rata.

Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum~Jantan
 Setiap kali untuk menghampirinya burung akan terbang pula keranting yang lain. Masa untuk memfokus imej burung didalam keadaan suram dengan tidak menggunakan tripod dilihat seperti melakukan kerja yang tidak berfaedah yang hanya akan mengundang kekecewaan sahaja. Proses memburu burung ini memerlukan stamina yang kuat dan alah kepada gangguan gigitan nyamuk, semut dan pacat yang banyak terdapat disitu. Proses memburu mengambil masa hampir 3 jam.

Dalam tempoh tersebut saya membuat hampir 168 rakaman, tetapi hanya cuma 10 rakaman sahaja yang dapat memujuk hati saya daripada kekecewaan. Walau pun begitu saya tetap gembira kerana selama 3 jam memburu, saya dapat membuat pemerhatian tingkah laku burung dan mempelajari panggilan bunyi dalam berbagai-bagi not not yang berbeza didalam habitat asalnya.  Status kualiti tidak boleh dibandingkan dengan rakaman jurugambar-jurugambar lain yang lebih jelas dan cantik.

Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum~Jantan
 Kali ini saya merasa puas hati dengan usaha ini, jika dibandingkan dengan hasil rakaman-rakaman  sebelumnya. Proses ini akan diteruskan sehinggalah mendapat imej yang saya memutuskan  telah berjaya mendapatkan imej yang baik dan berkualiti pada sudut mata saya. Wasalam.   

Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum~Jantan










Saturday 10 May 2014

Anak Burung Berjaya Keluar Sarang


Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise~Anak Burung

Sambar Cenderawasih Asia (Penampilan Coklat )~Terpsiphone paradise indochinensis


Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise~Betina



Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise~Betina
Burung jantan baru selesai menyuapkan makanan kepada anaknya.

Anak burung akhirnya berjaya keluar dari mangkuk sarang setelah nalurinya merasa ia sudah berupaya untuk mengikut ibubapanya untuk menjalani kehidupan seterusnya. Walaupun anak burung berupaya keluar daripada sarang namun ia terlalu lemah untuk membuat penerbangan. Apa yang diperhatikan anak burung hanya melompat dari satu dahan ke dahan yang lain sambil ditemai oleh ibubapanya. Itupun anak burung memerlukan tempoh rehat yang agak lama dan sentiasa berada dibawah pengawasan ibubapanya.


Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise~Betina
Burung jantan dan betina bergilir-gilir menemani anaknya ditempat anak burung hinggap berehat. Sambil salah satu daripada burung dewasa mencarikan makanan untuk disuapkan pada mulut anaknya. Menjadi tanda tanya, dimanakah se ekor lagi anak burung yang sebelum ini ada didalam sarang.


Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise~Jantan


Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise~Jantan


Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise~Jantan
Harap anak burung se ekor lagi dalam keadaan dilindungi dan dengan berbaik sangka,hendaknya burung dewasa sedang memberi pengawasan yang terbaik kepada anaknya itu. Saya merasa rugi kerana terlepas melihat saat-saat, anak burung keluar daripada sarangnya pada ketika awal pagi.


Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise ~Anak burung



Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise~Jantan


Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise~Jantan


Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise~Jantan


Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise~Jantan

Palintoma Sayap-perang ~Philentoma pyrhopterum




Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum~Jantan

Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum


Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum~Jantan
Di Semenanjung Malaysia hanya terdapat 2 spesis dari keluarga Burung Palintoma, iaitu Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum dan Palintoma Dada Merah Manggis~Philentoma velatum. Burung ini mendiami di kawasan hutan tanah pamah yang tidak terganggu oleh sebarang aktiviti pertanian dan pembalakan. 


Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum~Jantan
 
Ia gemar hinggap pada ranting pohon renek dibawah pokok-pokok hutan yang suasana sekitarnya kurang dengan cahaya matahari .  Suasana gelap dan malap sebegitu merupakan tempat yang sesuai untuk memungkinan  spesis burung ini boleh ditemui.Spesis ini tidak seperti keluarga burung Sambar yang akan berada satu tempat setiap masa, ia sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.





Burung jantan baru sahaja menangkap spesis rama-rama




Burung Jantan dan betina mempunyai penampilan buluhias yang berbeza, iaitu burung jantan buluhias dikepalanya berwarna biru kelabu gelap, manakala burung betina buluhias di kepalanya berwarna coklat perang. Dietnya adalah dari pelbagi jenis serangga yang disambarnya dari celah-celah daun atau ranting.




Spesis burung ini antara spesis yang sukar untuk ditemui dan ramai dikalangan pemburung-pemburung masih tidak berpeluang bertemu dengannya. Namun begitu untuk menjumpai Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum adalah tidak mustahil.






Pengalaman bertemu spesis ini telah banyak kali, namun untuk mendapatkan imej burung ini adalah susah, jikalau dapat imejnya pun kurang terang, imej tidak jelas dan tidak menarik. Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum gemar terbang dan hinggap pada ranting-ranting rendah seolah-olah bergayut. Walaupun pergerakan tidak sepantas dengan keluarga Yuhina namun begitu sehingga sekarang imej burung ini masih tidak memuaskan hati saya.