Memburung Spesis Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum
Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum~Jantan |
PEMBURUNG HYBRID
Makna dan falsafah PEMBURUNG HYBRID ialah Memburung untuk mendapatkan seberapa banyak spesis burung untuk tujuan pembelajaran habitat/tabi'at spesis burung. Kemudian mendokumenkan hasil pembelajaran itu. Dalam waktu yang sama mendapatkan imej rakaman burung dengan kualiti rakaman seberapa baik mungkin. Tanpa bantuan ALAT PANGGILAN PALSU dan TIDAK MENGUMPAN burung, dengan apa jua jenis umpan, samada ulat ternak, ikan atau katak. Hakikatnya PEMBURUNG HYBRID mementingkan dan mengutamakan kedua-dua bidang itu. Dalam waktu yang sama tidak mengamalkan larangan-larangan yang disarankan oleh Kumpulan Pemerhati Burung.
Kerana dengan menggunakan bantuan yang dinyatakan diatas , maka pemburung telah mendapatkan handicap. Bantuan seperti itu memungkinkan seseorang tidak dapat mempelajari hal ehwal burung di dalam habitatnya. Panggilan Palsu bertujuan menjemput burung datang ke hadapan pemburung untuk dirakam imejnya. Manakala umpan pula bertujuan untuk burung berada dikawasan umpan lebih lama daripada kebiasaan dan berulang-ulang.
Kerana dengan menggunakan bantuan yang dinyatakan diatas , maka pemburung telah mendapatkan handicap. Bantuan seperti itu memungkinkan seseorang tidak dapat mempelajari hal ehwal burung di dalam habitatnya. Panggilan Palsu bertujuan menjemput burung datang ke hadapan pemburung untuk dirakam imejnya. Manakala umpan pula bertujuan untuk burung berada dikawasan umpan lebih lama daripada kebiasaan dan berulang-ulang.
Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum~Jantan |
Dengan menyediakan umpan pula pemburung akan mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan formula rakaman imej yang terbaik. Malah umpan boleh diletakan dikawasan yang mempunyai cahaya yang mencukupi untuk mendapatkan kelajuan cerapan Kamera . Ia tidak ubah seperti merakam burung didalam Taman Burung. Rakaman mudah cara ini sudah tentu akan mendapat imej burung yang sungguh kualiti.
Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum~Betina |
Saya ingin berkongsi pengalaman memburung Burung Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum. Untuk makluman Burung ini mendiami kawasan yang gelap dan gemar hinggap dikawasan cahaya yang gelap dan pada ranting paras rendah. Suasana begini cukup mencabar kerana keadaan sebegini menghadkan keupayaan peralatan rakaman kita. Saya hanya dibenarkan mengguna formula F4.5 dan 1/30 hingga 1/60 ISO 250 dalam keadaan burung terbang dan hinggap dari satu ranting ke ranting yang lain dalam keadaan bentuk mukabumi yang tidak rata.
Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum~Jantan |
Dalam tempoh tersebut saya membuat hampir 168 rakaman, tetapi hanya cuma 10 rakaman sahaja yang dapat memujuk hati saya daripada kekecewaan. Walau pun begitu saya tetap gembira kerana selama 3 jam memburu, saya dapat membuat pemerhatian tingkah laku burung dan mempelajari panggilan bunyi dalam berbagai-bagi not not yang berbeza didalam habitat asalnya. Status kualiti tidak boleh dibandingkan dengan rakaman jurugambar-jurugambar lain yang lebih jelas dan cantik.
Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum~Jantan |
Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum~Jantan |
No comments:
Post a Comment