Saturday, 10 May 2014

Palintoma Sayap-perang ~Philentoma pyrhopterum




Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum~Jantan

Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum


Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum~Jantan
Di Semenanjung Malaysia hanya terdapat 2 spesis dari keluarga Burung Palintoma, iaitu Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum dan Palintoma Dada Merah Manggis~Philentoma velatum. Burung ini mendiami di kawasan hutan tanah pamah yang tidak terganggu oleh sebarang aktiviti pertanian dan pembalakan. 


Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum~Jantan
 
Ia gemar hinggap pada ranting pohon renek dibawah pokok-pokok hutan yang suasana sekitarnya kurang dengan cahaya matahari .  Suasana gelap dan malap sebegitu merupakan tempat yang sesuai untuk memungkinan  spesis burung ini boleh ditemui.Spesis ini tidak seperti keluarga burung Sambar yang akan berada satu tempat setiap masa, ia sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.





Burung jantan baru sahaja menangkap spesis rama-rama




Burung Jantan dan betina mempunyai penampilan buluhias yang berbeza, iaitu burung jantan buluhias dikepalanya berwarna biru kelabu gelap, manakala burung betina buluhias di kepalanya berwarna coklat perang. Dietnya adalah dari pelbagi jenis serangga yang disambarnya dari celah-celah daun atau ranting.




Spesis burung ini antara spesis yang sukar untuk ditemui dan ramai dikalangan pemburung-pemburung masih tidak berpeluang bertemu dengannya. Namun begitu untuk menjumpai Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum adalah tidak mustahil.






Pengalaman bertemu spesis ini telah banyak kali, namun untuk mendapatkan imej burung ini adalah susah, jikalau dapat imejnya pun kurang terang, imej tidak jelas dan tidak menarik. Palintoma Sayap perang~Philentoma pyrhopterum gemar terbang dan hinggap pada ranting-ranting rendah seolah-olah bergayut. Walaupun pergerakan tidak sepantas dengan keluarga Yuhina namun begitu sehingga sekarang imej burung ini masih tidak memuaskan hati saya.


No comments:

Post a Comment