Tuesday, 29 April 2014

Memburung Kaedah Terjumpa dan Terserempak


Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella~Jantan


Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella

Tidak ramai yang gemar memburung dengan kaedah " Terserempak" dan "Terjumpa " kerana cara begini sangat susah dan hanya mengundang kehampaan. Terdapat 2 sebab utama mengapa dikalangan peminat burung kurang bersedia untuk menggunakan kaedah ini.

Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella~Betina menjadikan lobong pokok sebagai sarangnya, tidak seperti keluarga pekaka yang lain iaitu lubang sarang didalam tebing tanah.

 Peralatan yang sangat berat.

Ramai dikalangan pemburung mempunyai set peralatan merakam imej burung yang mahal dan berat. Kamera, Lensa,Tripot, Kemah Samaran, Kerusi, Alat Peti Suara, dan Beg bekalan. Beban yang perlu dipikul untuk beralih-alih lokasi dan mencari-cari burung didalam hutan atau tempat lapangan memburung membataskan pegerakan Pemburung. Pemburung harus memikul peralatan berat menaiki  dan menuruni bukit yang tidak rata dan kadang-kadang licin. Keadaan ini telah membataskan mereka menjejak dan mengejar burung.

Panggilan sahutan bunyi Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella~Jantan sangat mudah dikenal, yang biasanya menyahut dari pohon pokok yang tinggi didalam rimba.

Faktor Usia dan Kesihatan.

Rata-rata Pemburung adalah dari kalangan yang berusia 40 tahun keatas, dimana mereka sudah tidak terdaya lagi untuk memikul set peralatan yang berat untuk jangka waktu yang lama. Namun begitu ada juga Pemburung yang cekal hatinya  memaksa dirinya memikul set peralatan dan mendapat padah mengalami sakit tulang belakang atau Slip Disc. Sakit ini sangat merbahaya dan ditakuti oleh setiap orang. Rawatan kepada sakit ini juga sangat mahal.

Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella~Jantan

 Saya ingin berkongsi kaedah memburung yang memang menjadi amalan sejak mula memburung dahulu. Pada  saya dengan kaedah begini kita dapat menikmati kesedapan orgasm memburung yang tidak dapat digambarkan dengan bahasa dan tulisan.

Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella~Jantan


Tabiat Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella  suka termenung sambil menegak-negakkan bulu hias diatas kepalanya.

 Berdoa Dengan Kaedah Berangan.

Setiap kali keluar rumah untuk memburung pastinya saya akan berdoa dengan kaedah berangan-angan dengan yakin supaya dapat berjumpa dengan burung idaman . Berjumpa dalam suasana tiada sebarangan lindungan daun atau ranting, burung tidak menbelakangkan matahari, dalam suasana cahaya yang cukup, dalam jarak yang dekat dan tidak terbang dengan cepat. Segala puji-pujian kepada Allah, apabila kita bersungguh-sungguh mencari , berdoa dan bertawakal kebiasaannya berjaya. Ketika itu saya menikmati kesedapan orgasm memburung. Perasaan yang sungguh hebat. 

Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella~Betina


Buluhias Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella betina menyerupai warna belang harimau.




Saiz dan bentuk Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella agak gempal dan kecil


Selamat Tinggal dan Salam Sejahtera.

 Selamat mencuba. Wasalam.



  

No comments:

Post a Comment