Burung Jantan |
Burung Pekaka cekak perang~Actenoides concretus
Burung Betina |
Burung Pekaka cekak perang~Actenoides concretus merupakan Pekaka Rimba yang diburu oleh peminat burung samada untuk melihat atau pun merakam gambarnya. Burung ini antara burung tercantik di Malaysia. Amat payah kita untuk menjejak burung ini, sehinggakan Lagenda Burung Tanahair Saudara Dennis Yong mengelarkan burung ini " The Ghost of the Forest ".
Pelajari habitat kawasan kegemaran burung ini dan hafalkan bunyi panggilan burung ini supaya boleh membantu menjejaki burung ini. Burung Pekaka ini boleh dijumpai dikawasan hutan tanah rendah. Burung gemar hinggap pada akar pokok dan ranting kayu pada paras yang rendah dibawah knopi hutan yang bercahaya suram dan gelap. Suaranya bersiul-siul mendayu-dayu untuk satu tempoh yang agak panjang dan mudah sangat dicamkan.
Musim ini saya berkesempatan menemuinya setelah sepanjang 8 tahun memburung, itupun secara tidak sengaja. Ketika musim mengawan burung jantan akan bersiul-siul berulang-ulang tanpa henti untuk satu tempoh 10 minit hingga 15 minit. Kepada yang tidak bernasib baik hanya berpeluang mendengar suara panggilannya sahaja. Oleh kerana saya memang beringinan untuk memerhatikannya maka saya mencarinya didalam hutan berpandukan arah suara panggilannya.
Hal keadaan Burung Mengawan. ~Maklumat ini diceritakan kepada saya oleh Pakar Menjejak Pekaka Saudara Steven Ong yang berkesempatan melihat peristiwa yang jarang dilihat oleh manusia.
Kejadian berlaku pada 2014 antara jam 8 pagi. Ketika itu burung betina sedang bertenggek pada dahan pokok pada paras yang rendah. Tetapi kawasan burung bertenggek itu dikelilingi dengan daun serta ranting, walaubangaimana pun pemandangan masih boleh melihat apa yang berlaku. Manakala burung jantan bertenggek tidak jauh antara satu sama lain sambil suara burung jantan bersiul dalam nada biasa secara sulam menyulam tanpa henti untuk tempoh 10 ke 15 minit.
Kemudian burung jantan mengeluarkan satu bentuk suara panggilan aneh yang jarang didengari sebelum ini. Sejurus hilang suara panggilan tersebut, burung jantan terbang mendapatkan burung betina yang sedang bertenggek menunggu dalam keadaan pelepah ekor dinaikkan diatas bagi membuka ruang percantuman cenut mereka.
Burung jantan terbang hinggap dibelakang burung betina sambil paruh burung jantan menyepit bulu hias pada bahagian atas kepala burung betina. Manakala burung jantan pula menggangkangkan kedua belah kakinya sambil jari kuku kaki mencengkam batang dahan. Dalam keadaan sebegitu burung jantan dan betina mencantumkan cunut masing untuk proses persenyawaan. Proses persenyawaan berlangsung selama lebih kurang 10 saat, dimana kedua belah pihak sama-sama membuat imbangan tubuh badan masing-masing supaya mereka tidak jatuh ketanah.
Setelah persenyawaan tamat, burung jantan dan betina jatuh ke tanah dan duduk diam untuk satu tempoh yang lama kerana kepenatan. Dapat dilihat dada kedua ekor burung turun dan naik sambil paruh terbuka sedikit seolah-olah memdapatkan udara tambahan. Untuk memulihkan kembali tenaga, mereka berehat duduk diam lebih kurang 15 minit, sebelum ia melompat terbang meninggalkan kawasan itu.
Sepanjang membuat pemerhatian burung Pekaka ini saya mempelajari beberapa maklumat tentang burung ini.
1. Burung membuat dua lubang sarang, 1 lubang ketika dalam proses persenyawaan dan beralih lobang untuk proses bertelor dan mengeram.
2. Mengadakan hubungan persenyawaan berulang-ulang kali dalam proses mengawan sebelum bertelor.
3. Burung Jantan datang membawa makanan kepada burung betina sebelum burung betina bertelor kerana keadaan burung betina berkeadaan sarat gempal mungkin terdapat simpanan telor. Menyukarkan burung betina terbang mencari makanan.

No comments:
Post a Comment