Monday, 11 April 2016

Demi Keselamatan & Melambatkan Kepupusan Harimau


Kurungan Didalam Kandang Adalah Keputusan Bijaksana Dan Patut Dilaksanakan Segera.




Akhir-akhir ini bermula sejak Januari  hingga Febuari pencinta hidupan liar telah digemparkan  dengan berita-berita kejayaan pihak Perhilitan memberkas Pemburu Haram haiwan Harimau Belang di negeri Terengganu. Walaupun Pemburu Haram itu telah berjaya tertangkap namun begitu nasib Harimau Belang itu tetap malang kerana nyawanya telah melayang secara percuma. Kalau Harimau Belang Betina, tentu anaknya mati kelaparan jikalau Harimau Belang Jantan hilanglah induk dan baka Harimau Belang disesuatu kawasan itu.




Kesan tembakan tepat dikepala harimau membuktikan cara harimau ini dibunuh dengan kaedah mengumpan dengan haiwan ternakan sambil menunggu diatas beberapa buah Ran diatas pokok. Penggunaan lebih dari satu senjata api dari jenis semi automatik dari jenis peluru penembus. Ada kemungkinan proxy kepada pemburu telah menghidu & mengetahui sempadan laluan Harimau. Pemburu ini merupakan seorang penembak tepat yang cekap dan mempunyai pengalaman selok belok hutan. Proses intipan dan perancangan projek haram ini mengambil masa yang lama tetapi memberi pulangan yang berbaloi.

Syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai yang bertungkus lumus berusaha menjerat dan memberkas penjenayah-penjenayah hidupan liar ini. Tanggung jawab dan usaha baik ini sentiasa hendaknya  digiatkan secara kerap demi melindungi khazanah Alam semulajadi Negara kita.


Tentunya pihak jabatan lebih maklumi akan betapa  sangat sukar untuk dihapuskan gejala Pemburuan Harimau Belang dan hidupan liar dalam waktu yang terdekat. Namun begitu kegiatan ini masih boleh disekat sedikit demi sedikit. Dengan syarat semua pihak memainkan peranan secara serius untuk membasmi gejala ini, demi melambatkan proses pengurangan jumlah Harimau Belang.






Kemudian tidak  sampai beberapa minggu, seorang pengguna lebuh raya di Terengganu secara  " Tidak Sengaja " telah melanggar mati seekor Harimau Belang betina yang bunting bersama 2 ekor anak didalam kandungannya. Kejadian ini dilihat sebagai satu kerugian yang amat besar kepada khazanah alam dan pencinta hidupan liar.




 

Berita tentang Harimau Belang timbul lagi didada Akhbar , apabila seekor Harimau Belang Jantan telah "Tidak Sengaja" terkena jerat Babi Hutan yang dipasang oleh orang asli . Mujur Orang Asli itu mempunyai kesedaran kepentingan Harimau Belang, beliau terus membuat laporan kepada Jabatan berkaitan untuk menyelamatkan Haiwan malang itu.



Andaikata terlambat, besar kemungkinan kaki Harimau Belang yang terjerat itu akan mengalami kecederaan teruk sehingga boleh dijangkiti kuman, dan akhirnya kakinya akan dipotong. Mujur tindakan pantas dari pakar Vetarina telah menyembuhkan luka terkena jerat itu.






Keputusan Pegawai atasan untuk mengurung terus Harimau Belang tersebut didalam kandang adalah langkah yang tersangat bijak. Demi menjamin keselamatan nyawa Harimau Belang,  daripada dibunuh oleh Pemburu-pemburu Hidupan Liar yang sedang  menunggu sahaja  Harimau Belang itu akan dilepaskan didalam habitatnya.






Dengan mengurung Harimau Belang ini , maka banyak  kajian terperinci boleh dijalankan oleh pelajar universiti dan pihak NGO. Disamping  rancangan program pembiakkan baka-baka Harimau Belang dapat diusahakan didalam kandang demi menambah jumlah  Harimau Belang yang semakin berkurangan pada ketika ini.







Persiapan dan program yang sedang berjalankan ini, adalah persediaan yang kemas dan rapi. Supaya matlamat  yang dirancang dapat dizahirkan dengan kejayaan. Keutamaan pada masa kini ialah, perkara yang telah berlaku kepada negara Cambodia, tidak akan terjadi kepada negara kita . 




Dimana negara Cambodia telah pun secara rasmi mengisytiharkan bahawa Harimau Belang telah pupus didalam hutan dinegara mereka. Jadikan kekecewaan negara Cambodia itu sebagai iktibar , supaya kepupusan Harimau Belang tidak akan terjadi kepada negara kita.



Jumlah hidupan liar, diet kepada makanan Harimau Belang didalam hutan semakin berkurangan kesan daripada  Pemburuan Hidupan Liar  secara diam. Bukti beberapa kes tangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Perhilitan boleh kita buat satu petunjuk jelas, bahawa hidupan liar ini telah diburu sepanjang masa. Tidak keterlaluan jika dikatakan pada masa ini, memburu hidupan liar adalah satu kerjaya bukan lagi sebagai hobi masa lapang.


Dengan bermacam-macam gejala ancaman yang tidak sudah-sudah , maka pihak Jabatan-Jabatan yang bertanggung jawab telah mencadangkan satu rancangan untuk mengandang dengan pagar keselamatan di seluruh kawasan Hutan Tanah Persekutuan diatas tapak Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan di Kuala Gandah, Pahang. Pandangan jauh  oleh pegawai-pegawai Jabatan dengan  cadangan ini   haruslah dipuji.


Kerja-kerja Pembinaan Pagar Keselamatan Bermula  Sejak Tahun 2013

Kontraktor Bahtera Nirwana Sdn.Bhd~ 1 Okt 2013 ~ 6 Jan 2014

Projek telah pun bermula sejak tahun 2013  dan masih dalam proses pembinaan lagi. Apabila siap pembinaannya itu nanti, maka keselamatan Harimau Belang yang berada disitu dijangka akan terjamin serta bebas daripada ancaman pemburu-pemburu.

Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2013

Dalam waktu yang sama mana-mana baka harimau yang telah berjaya dibiakkan dalam program pembiakan Harimau Belang dalam kurungan di Sungkai Perak itu nanti, bolehlah dilepaskan dikawasan ini . Pihak Jabatan dan pelajar-pelajar universiti bolehlah juga mengambil peluang untuk menyelidik dan membuat kajian lanjut terhadap Harimau-harimau tersebut .

Kontraktor ZR Construction 27 Ogos 2015 ~ 26 Feb 2016.

Projek yang menelan belanja ratusan ribu ringgit ini telah pun memakan korbannya kepada perubahan bentuk mukabumi dan alam sekitar. Banyak pokok-pokok dikawasan R.O.W telah terpaksa ditebang dan tanah-tanah juga  terpaksa dikorek dan diratakan demi kesempurnaan serta kejayaan projek ini.


Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2016


Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2013

Apa yang dikhuatirkan ialah, sejak projek dimulakan pada tahun 2013  dahulu , ada kemungkinan pekerja-pekerja binaan yang ramai boleh mengambil peluang untuk menjerat berbagai hidupan liar untuk sumber makanan mereka. Kalau dahulunya kawasan hutan ini hanya boleh dimasuki  dengan berjalan kaki dan ia mengambil masa yang panjang untuk keluar dan masuk .

Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2013

Tetapi dengan pembukaan jalan semasa tempoh pembinaan dijalankan, ada kemungkinan besar pekerja-pekerja binaan , penduduk sekitar , pencuri kayu Gaharu dan Sarang Kelulut menyorok-nyorok menceroboh jauh masuk kedalam hutan untuk mengambil hasil semulajadi yang ada disitu.


Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2013

Boleh jadi juga pekerja-pekerja binaan dijadikan proxy oleh penceroboh dan mereka bekerjasama untuk memasuki hutan dengan berkenderaan. Pekerjaan permaufakatan secara terlarang seperti ini amatlah sukar untuk dibongkarkan oleh pihak Jabatan.

Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2013


Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2013


Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2014


Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2014



Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2014

Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2015

Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2015


Kerja-kerja Menyiapkan Baki Pembinaan Sedang Giat Di Jalankan Sehingga 29 Feb  2016



Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016


Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016


Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016



Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016


Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016


Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016


Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016


Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016


Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016


Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016


Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016
Aktiviti  untuk mengambil Kayu Gaharu , Mengambil Sarang Kelulut, Menjerat dan Memburu  Hidupan liar  akan menjadi lebih mudah selagi kerja-kerja ini tidak disiapkan. Setelah projek ini berjaya disiapkan nanti, pada ketika pula  tanpa disedari kekayaan hasil hutan telah pun berkurangan.

Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016


Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016
Dan jumlah hidupan liar yang berada didalam kawasan itu juga telah menjadi sedikit jumlahnya. Seolah-olah memagar kawasan hutan yang sudah rendah nilai mutunya jika dibandingkan dengan sebelum ia dikandang.


Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016
Atau setelah semua kawasan yang telah siap sepenuhnya hanya dengan berpagarkan  tiang-tiang pagar besi  yang telah mulai berkarat  kesan daripada keadaan cuaca. Maka tempoh jangka hayat kekuatan tiang-tiang besi dan jeriji pagar akan turut berkurangan.

Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016
Andaikata sekumpulan Gajah mengamuk menerpa melanggar kearah pagar, maka dengan mudah ia akan tumbang.  Jikalau pokok-pokok tinggi yang berada berhampiran dengan pagar tumbang menghimpap pagar akibat ribut taufan, bagaimana agaknya kekuatan pagar-pagar itu.


Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016

Apapun jua sudah tentu pihak yang dipertanggungjawabkan sudah pun memikirkan semua perkara seperti ini secara sehalus-halusnya dan mempunyai kaedah serta cara yang  bijaksana untuk menanganinya.

Kerja-kerja Menyiapkan Baki Pembinaan Sedang Giat Di Jalankan Sehingga 4 May  2016

Kerja-kerja pembinaan kandang bahagian luar sudah hampir siap dipasang sepenuhnya, namun begitu kandang bahagian dalam belum lagi dimulakan. Mungkin pihak Jabatan sedang dalam proses memilih kontraktor yang berkebolehan melaksanakannya dengan mengikut jadual sepertimana yang dirancangkan nanti.


Ada besar kemungkinan proses pembinaan ini akan mengambil masa yang lebih panjang lagi untuk disiapkan sepenuhnya. Apatah lagi prasarana didalam Pusat Konservarsi Harimau Kebangsaan itu belum dimulakan lagi kerana mungkin ia adalah projek yang berperingkat-peringkat.


Tempat tinggal pekerja-pekerja mahir terlatih serta pakar Veterinar ,   tentu sekali akan dibina. Bangunan-bangunan Kuaters pekerja, Bangunan Pejabat dan Makmal Pakar Veterinar Harimau mungkin turut dibina juga ,sepertimana di Pusat Konservarsi Gajah di Kuala Gandah.



Tentu sekali pihak terbabit yang dipertanggung jawabkan akan melaksanakan apa-apa perancangan mereka sesempurna mungkin dengan mengikut jadual. Jikalau tidak pastinya segala pekerjaan akan terlihat seperti pekerjaan separuh jalan dan ini sangat-sangat merugikan dan memalukan. Wasalam.













 

Thursday, 7 April 2016

Sifir: Hidup, Rezeki Dan Ajal Maut.


Burung Khukhu India~Cuculus micropterus ~Jantan.




Dalam buku The Field Guide to The Birds of South East Asia tulisan Craig Robson, menyatakan Burung Khukhu India~Cuculus micropterus merupakan Burung Hijrah yang hanya menjadikan Semenanjung Malaysia sebagai laluan penghijrahannya. Di negara seperti Thailand, Myanmar, dan Laos spesies ini boleh dijumpai pada tahap ketinggian sehingga 1,830 meter. Manakala di Semenanjung Malaysia pula, maklumat yang dinyatakan spesies ini boleh dijumpai dikawasan tidak melebihi 780 meter sahaja.

Khukhu India~Cuculus micropteru

Pada 4 April 2016, sahabat saya Pak Long telah terjumpa bangkai seekor burung Burung Khukhu India~Cuculus micropteru dan  seekor burung Berlau Sayap -biru~Pitta moluccensis yang terjatuh dilantai kerana terlanggar dinging bangunan di Ulu Kali. Burung Berlau Sayap -biru~Pitta moluccensis telah dapat diselamatkan dan meneruskan penghijrahanya. Manakala burung Khukhu India~Cuculus micropterus mati ditempat kejadian kesan pelanggaran hentakkan dikepala yang kuat pada dinding.

Nasib tidak menyebelahi burung Khukhu India~Cuculus micropteru pada musim 2016.

Bukti penemuan   ini telah menunjukkan burung Khukhu India~Cuculus micropteru juga boleh dijumpai dikawasan tanah tinggi seperti di Ulu Kali, Selangor/Pahang. Yang sebelum ini tidak pernah dicatitkan akan penemuan burung ini dikawasan pergunungan tanah tinggi .Berdasarkan maklumat penghijrahan yang terdahulu, burung-burung  melakukan penghijrahan pada waktu malam dalam satu gerombolan dari pelbagai spesies dalam satu-satu masa.


Adakah mereka beterbangan secara menderu seperti sekumpulan burung Perling Tengkuk-ungu~Sturnus sturninus dengan jumlah yang besar diruang angkasa atau mereka hanya  terbang dibawah knopi hutan. Burung dari spesies apakah yang begitu pandai menjadi penunjuk arah  kepada burung-burung lain dalam memilih dan menentukan laluan penghijrahan mereka. Adakah ada satu jalinan kerjasama permaufakatan antara mereka. Apakah ada satu bahasa yang boleh difahami antara berlainan keluarga dan spesies burung ?  Atau hanya berpandukan bahasa naluri yang tidak mempunyai bahasa suara dan bunyi.



Buluhias  bahagian peha burung berwarna kelabu, sama warnanya dengan warna buluhias bahagian badan. Mempunyai sepasang pelepah sayap yang pada setiap bahagian sayap mempunyai 18 batang pelepah. 

Bagaimana cara penerbangan hijrah burung-burung spesies bersaiz sederhana dan kecil  ketika mereka  melakukan penerbangan hijrah. Adakah sama  sepertimana gerombolan ombak burung yang sedang mencari makanan yang didalam hutan.? Mengapa mereka membuat keputusan melaku penerbangan hijrah  pada waktu malam gelap gelita dengan keadaan yang sejuk.  

Terdapat 10 batang pelepah ekor burung tersisip rapi.

Mengapa tidak  seperti kebanyakan spesis burung-burung pemangsa  melakukan penerbangan hijrah diwaktu siang. Seperti burung  Bazad Madu-Timur~Pernis ptilorhyncus, Bazad Muka-Kelabu~Butastur indicus dan Baza Hitam~Avecida leuphotes. Dalam Bab Penghijrahan Burung ini banyak perkara yang masih lagi berstatuskan  misteri, sehingga sekarang misteri itu, masih belum terjawab.



Bagaimana mereka berupaya terbang pada jarak yang sangat jauh melintasi lautan luas dan selat. Meredah hutan, menongkah udara menaiki ruang angkasa dibanjaran serta gunung dalam suasana gelap gelita dan berkabus. Berupaya memilih laluan yang  sama dan tempat  berehat yang sama pada tiap-tiap musim hijrah. Pedoman dan pancaindera apakah yang telah disediakan oleh penciptanya itu, sehingga berupaya melakukan  penghijrahan hebat ini. Namun begitu sifir Hidup Rezeki dan Ajal Maut  itu adalah milik penciptanya jua. Hebat sungguh pencipta makhluk ini. Wasalam.

Thursday, 31 March 2016

Mencipta Sejarah Peribadi~Burung Cericap Bukit~Prinia atrogularis waterstradti- Hill Prinia


Cericap Bukit~Prinia atrogularis waterstradti~ Hill Prinia



Sebelum imej burung ini dirakam, Guru saya mendakwa belum ada penulis buku atau pun jurufoto burung telah berjaya merakam imej spesis ini dalam keadaan liar dihabitatnya. Imej burung ini merupakan imej julung kalinya telah berjaya dirakam di Malaysia oleh anak tempatan. Saya tidak pasti adakah dakwaan itu benar atau pun tidak.


Tetapi berdasarkan kajian sendiri didalam internet, saya dapati dakwaan Saudara Mike Chong ini memang hampir benar. Kerana tidak ada satu pun imej spesies Cericap Bukit~Prinia atrogularis waterstradti , cuma imej-imej Cericap Bukit ~ Prinia atrogularis erythropleura, Prinia atrogularis khasiana, dan Prinia atrogularis superciliaris dari sub spesies yang lain. Sekiranya benar, maka saya boleh bersenang hati buat sementara waktu kerana telah berjaya menempa sejarah merakam imej burung ini buat julang kalinya  untuk negara saya Malaysia.



Saya tahu bagaimana perasaan penulis-penulis terdahulu seperti  Herbert Christoper Robinson~ The Birds Of Malay Peninsular ; dan  Guy. Charles Madoc~ An Introduction of Malayan Birds  yang mempunyai keterujaan dan kesungguhan untuk melihat sendiri burung-burung dikawasan sekitar Gunung Tahan.  Saya juga tidak terkecuali, merasakan keterujaan itu sepertimana yang mereka rasakan dahulu.



Usaha dan cita-cita ini telah dipendamkan buat seketika, kerana terpaksa mengumpul dana sendiri dan merancang kesesuai masa untuk mencari burung Cericap Bukit~Prinia atrogularis waterstradti di puncak gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.





Rupa-rupanya setelah berpengalaman melihat tuan kepada nama spesies burung Cericap Bukit~Prinia atrogularis waterstradti  dan berjaya pula merakam imejnya, barulah saya tahu akan rahsianya. Rahsia berpengalaman melihat dengan mata kepala adalah satu nikmat yang tidak dapat dijelaskan dan dihuraikan dalam bentuk bahasa serta tulisan. Seolah-olah  telah terpilih mendahului Penulis & Jurufoto Burung yang lain untuk melihat burung ini.



Perasaan selesa , seronok dan gembira telah melenyapkan segala kepenatan mendaki dan beban keperitan kehabisan wang ringgit yang banyak.  Walaupun saya gagal  melihat spesies Perincat Coklat~Pyrrhula nipalinsis ~ Brown Bullfinch pada kali ini  tetapi  tidak mengapa. Saya yakin dimasa akan datang akan berjumpa juga  burung Perincat Coklat~Pyrrhula nipalinsis ~ Brown Bullfinch ditempat lain.


Detik Peristiwa Bersejarah.

Setelah 2 hari mendaki  saya hanya diberi tempoh  kurang 48 jam sahaja untuk mendapatnya, jikalau tidak berjumpa salah satu burung tersebut maka XPDC ini akan dianggap gagal. Sesampai sahaja di Kem Botak antara jam 5.00 petang , dalam keadaan keletihan dengan tidak berlengah-lengahkan masa, terus mencarinya disekitar kawasan.


Malangnya ia tidak muncul , keadaan ketika itu hening dan tiada langsung kedengaran akan apa-apa suara kicauan burung. Mungkin  pada waktu petang burung-burung dikawasan ini tidak begitu aktif untuk mencari makan. Cuma apa yang terlihat, beberapa kumpulan burung dari keluarga Walit, dan Suola berterbangan diruang angkasa Gunung Tahan.  Keadaan berbukit-bukit, pada ketika waktu petang sangatlah sejuk dengan angin bertiup kencang.  



Keesokkan hari, pada awal pagi antara jam 7.00 pagi setelah matahari telah mula mengeluarkan cahayanya, tanpa membuang masa terus mencari burung itu ditempat yang sama. Berkeliaran dan memasuki kawasan rimbunan tumbuhan renek, bertujuan mengejutkan burung supaya keluar daripada tempat persembunyian. Suasana hening tiba-tiba dihidupkan dengan suara panggilan burung yang dicari. Sahut menyahut antara satu dengan yang lain.


Buat seketika saya hanya berupaya mendengar sahaja panggilan kicauan suaranya yang datang dari berbagai arah pohonan reba tumbuhan Bonsai. Bunyi panggilan dari arah rimbunan tumbuhan itu bergerak dari satu arah ke satu arah yang lain. Pada ketika itu telinga, belajar dan merakam dengar untuk disimpan kedalam otak akan bunyi kicauan. Sambil  mengekori sahaja bunyi kicauan burung dengan harapan burung terkeluar daripada rimbunan pokok. Berdasarkan suara kicauan , dipercayai ada 3 ekor burung berada dikawasan ini, yang mana antara satu sama lain mereka saling balas membalas sahutan kicauan.


Bunyi kicauannya hampir menyerupai burung Cericap Tembakau-Jawa~Prinia rufescens. Kelakuannya  juga boleh dianggap hampir sama tetapi mempunyai pergerakan yang lebih pantas daripada Cericap Tembakau-Jawa~Prinia rufescens dan Cericap Perut-kuning~Prinia flaviventris.



Saya percaya, akan ada satu ketika burung ini akan keluar juga dari rimbunan tumbuhan dan hinggap diatas pucuk dahan yang agak tinggi untuk memanggil pasangan. Kelakuan seperti ini adalah sama dengan 2 spesiesnya yang lain. Setelah agak lama mengekori suara kicauan, akhirnya seekor burung keluar lalu hinggap pada puncak rimbunan tumbuhan dan berkicau-kicau sambil memandang dipelbagai arah. Bertujuan memanggil-manggil pasangan atau burung bawah jagaannya mengekorinya mencari makanan. Jangkaan saya tepat cuma kita perlu bertenang dan bersabar sehingga detik itu sampai.






Untuk mengelakkan berputih mata disaat  paling berharga yang tidak pasti akan bertemu lagi, maka saya telah membuat persediaan formula pada kamera berdasarkan  keadaan cahaya persekitaran yang menunggu hanya untuk ditekan punatnya sahaja. Akhirnya saat yang dinanti-nantikan itu tiba juga pada jarak yang agak hampir tempat saya menanti. Pada ketika itu debaran jantung berdenyut laju, dengan  serta merta muncung lens terus dihalakan tepat pada arah burung dan.....sejarah peribadi tercipta.


Rakaman untuk mendapat lesen telah diperolehi, namun begitu rakaman imej terdapat gangguan helaian lalang yang sedikit menjejaskan permandangan imej. Pada saya itu adalah adat resam rakaman gaya semulajadi yang harus diterima. Burung itu cuma membenarkan saya menekan hanya 3 rakaman sahaja, kemudian masuk kembali didalam rimbunan pohon.



Disaat itu saya membuat pertimbangan dengan memperjudikan nasib,  untuk mendapatkan rakaman terlebih dulu, walaupun terdapat helaian lalang. Daripada saya beralih lokasi dengan harapan burung masih bertenggek dilokasi yang sama tanpa helaian lalang. Keputusan yang diambil adalah tepat, kerana burung bingkas terbang masuk dibawah rimbunan pokok renek dan tidak keluar buat sekian waktu.


Setelah mendapat imej "Keselamatan " yang juga dianggap sebagai " Lesen ", maka keyakinan saya mula bertambah. Berlandaskan pengalaman yang diketahui terhadap kelakuan dan perangai keluarga burung Cericap. Yang lebih kurang serupa dengan 2 spesies keluarganya yang lain. Maka usaha giat digandakan dengan mencari dan mendengar arah kicauan burung. Dengan tidak semena-menanya terlihat gerakan dari bawah dahan pokok renek. Penglihatan terhad cuma didalam lobang yang terbuka diantara pohon-pohon renek. Jelas kelihatan sebahagian badan burung idaman yang sedang menyisir dan membetulkan bulu hiasnya.


Kelakuan menyisir dan memperkemaskan buluhias dilakukan lebih kurang 3 ke 4 minit. Burung tidak perasan bahawa saya sedang memerhatikan kelakuannya dicelah lubang rimbunan pokok sambil membuat seberapa banyak rakaman yang boleh. Walaupun imej tidak menampakkan keseluruhan bentuk badan, tetapi apa yang penting ialah kelakuan burung ini dapat didokumentasikan.


Dalam pada itu, saya bersiap siaga dan dengan yakin selepas ini pasti ia akan keluar daripada tempat penyisiran buluhiasnya. Peluang keemasan ini harus ditunggu sambil menjangkakan arah mana bakal burung itu akan keluar dan hinggap. Setelah beberapa ketika, jangkaan saya sekali lagi tepat dengan burung terbang lalu hinggap diatas ranting pokok yang berhampiran dengan tempat saya menunggunya. Sistem Formula Kamera telah tepat, cahaya mencukupi, tiada halangan oleh ranting dan daun pada subjek , subjek berada hampir pada saya.


Ketika berada diatas ranting ia berkicau-kicau menghalakan suaranya itu kebahagian hadapan kemudian ia melompat beralih kebelakang seperti memanggil rakan-rakannya. Selepas itu ia terus terbang jauh ditengah-tengah kawasan padang. Dari jauh masih kedengaran kicauannya buat seketika, sehinggalah hilang perlahan-lahan suaranya kerana terlalu jauh. Setelah itu bermulalah episod pencarian dan menunggu  yang membawa perasaan tertekan dan kecewa sehingga membawa ke petang.


Persoalan mengapa nama burung ini ialah Cericap Bukit tetapi tidak Cericap Gunung? Sedangkan ia hanya boleh ditemui dikawasan pergunungan. Pada hemat saya pakar Burung Orang Putih merujuk kepada kawasan lapang yang berbukit-bukit dikawasan tanah tinggi pergunungan. Yang mana kawasan tersebut memang banyak terdapat di negara India, Thailand dan Kepulauan Sumatera tetapi kurang di Semenanjung Malaysia. 
 

Mereka bukannya merujuk kepada kawasan habitat pergunungan berhutan sepertimana burung Perincit Gunung~Ortholomus cuculatus ( Mountain Tailorbird ), Merbah Gunung~Hypsipetes mcclellandii ( Mountain Bulbul ) dan Cekup Daun-Gunung~Phylloscopus trivirgatus ( Mountain Leaf Warbler ) boleh dijumpai. Tetapi mereka merujuk kepada kawasan lapang yang berbukit-bukau dikawasan tanah tinggi pergunungan, seperti di Kem Botak dan kawasan lapang di Kemuncak Gunung Tahan.  


Maka pada hemat saya, sebab itu mereka namakan Hill Prinia bersesuaian dengan habitat ia boleh dijumpai. Saya pernah mencari Cericap Bukit~Prinia atrogularis waterstradti di Bukit Broga  Semenyih dan Bukit Panorama  Sungai Lembing Pahang, tetapi hanya menjumpai Cericap perut kuning~Prinia flaviventris sahaja. 


Kejayaan peribadi ini dikecapi hasil bantuan dan sokongan daripada Saudara Mike Chong, Saudara Muhammad Muhir Haji Daud, Puan Nor Hibbah Hassan, Saudara Wan Abdullah Bin Yakub @Krabu Sare , Saudara Shafiee Bin Sidek @ Pok Eek dan Saudara Shofee Aki . Diucapkan Terima Kasih.
 
Hadiah kejayaan melihat dan merakam sendiri imej burung spesis Cericap Bukit~Prinia atrogularis waterstradti adalah suatu kepuasan perbadi yang memerlukan pengorbanan modal wang ringgit yang besar, masa yang panjang ,kudrat stamina yang banyak dan nasib yang baik . Alhamdulliah. Wasalam.