Thursday, 5 December 2024

Nota Mencuri Masa Melakukan Aktiviti Memburung Di Negara Pakistan

 

Mencuri Masa Untuk Memburung Di Negara Pakistan


Mengapa saya menyatakan MENCURI MASA UNTUK MEMBURUNG ? Sebab, saya sebenarnya telah dilantik menjadi jurugambar peribadi kepada isteri, ketika beliau melancong ke Negara Pakistan. Dari itu, saya cuma dapat memburung pada waktu yang tertentu sahaja di satu-satu lokasi dalam jangkamasa yang sangat terhad. Jadual melancong yang cukup ketat dicatur oleh Syarikat Perlancongan hinggakan percutian peserta  dirasakan secara tergesa-gesa dan tidak aman. Tentulah  melakukan aktiviti memburung akan menjadi tergesa-gesa, masa pun singkat dan banyak peluang terlepas. Peluang yang ada cuma pada waktu sebelum peserta bersarapan pagi sahaja. Selebihnya masa banyak dihabiskan dengan aktiviti duduk keras di dalam Van Pelancong, sehingga kaki menjadi sengal dan kebas.


Itu semua pelajaran dan pengalaman bagaimana  mencuri masa sehingga tidak mengganggu jadual orang lain dan tugasan hakiki. Memburung di tempat yang asing dengan tidak tahu hal keadaan bentuk mukabumi serta habitat sekeliling memang sukar. Apatah lagi bercita-cita untuk melihat jumlah spesis burung yang banyak sangat tipis. Memburung tanpa buku rujukan negara tertentu berlainan dengan memburung berbekalkan ilmu pengetahuan dengan buku rujukan. Dengan hal itu  saya serahkan sahaja kepada untung nasib dan rezeki asalkan melihat burung.

Pengecaman spesis burung Negara Pakistan.

Pada hari terakhir sebelum berlepas pulang, saya memohon isteri saya membuat urusan pembelian buku  Rujukan Burung Negara Pakistan dengan seorang pekedai tempat saya membeli belah di kedainya. Urusan rundingan harga pembelian dan pesanan semua diuruskan oleh isteri saya melalui telepon pintar. Saya tidak menyangka betapa bertuahnya apabila pekedai tempatan itu menunjukan buku berjudul Compact Handbooks of The Birds of India and Pakistan tulisan Salim Ali dan S.Dillon Repley terbitan tahun 1987 .


Laporan senarai burung yang saya jumpai akan menggunakan Bahasa Malaysia yang akan disokong dengan nama burung dalam Bahasa Inggeris. Nama burung Bahasa Inggeris itu diambil dari buku Compact Handbooks of The Birds of India and Pakistan. Mana-mana burung yang tidak dijumpai di Malaysia, saya akan memberi cadangan pengenalan nama burung tersebut  dalam bahasa Malaysia yang akan disokong dengan nama bahasa Inggeris.


Nota dan catitan penemuan spesis burung yang di temui di Islamabad.

Sejurus selesai waktu subuh jam 3, 4 pagi saya secara tergesa-gesa bersiap keluar daripada bilik dengan kamera untuk mencuba nasib. Pada ketika itu semua peserta sedang berehat di dalam bilik masing-masing, kerana jadual sarapan pagi jam 8 pagi. Kebetulan bahagian atas bangunan penginapan hotel itu, mempunyai ruang makan terbuka yang terus memandang langit. Maka keadaan itu membantu  saya  untuk membuat pemerhatian burung secara lapang terbuka tanpa ada halangan pokok, bangunan atau tiang elektrik. Di Islamabad selepas waktu subuh, cuaca belum panas terik, pencahayaan terang dari cahaya matahari yang baru hendak terbit. Membuat pemerhatian diatas bumbung bangunan tidak memerlukan banyak berjalan. Cuma  menunggu pada satu sudut memerhatikan kalau-kalau burung melintas di kawasan ruang terbuka. 


Sedikit demi sedikit kumpulan burung  mula simpang siur berterbangan melintas ruang udara bahagian atas bangunan. Pada pagi itu saya berjaya melihat 15 spesis burung. Kebanyakan spesis burung itu menyamai dengan yang ada  di Malaysia, cuma 7 spesis burung yang buat pertama kali melihatnya.  Burung itu ialah Lang Pariah~Milvus govinda ( Pariah Kite ),Lang Besar India~Milvus lineatus  ( Black eared Large Indian Kite ), Martin Crag~Hirundo rupestriss ( Crag Martin ) dan Merbah Cunut Merah~~Pycnonotus cafer  ( Red vented Bulbul ) Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow) dan Burung Sambar ( Flycatcher ) yang tidak dikenali . 

7 spesis burung yang lain biasa sangat saya  ketemuinya di Malaysia. Spesis itu  ialah Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna ), Tekukur  Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spotted Dove ),Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow ), dan Lang Hitam ~Milvus migrans (Black Kite ), 15 spesis yang dijumpai adalah dari jenis burung yang kebiasaannya mudah dijumpai dikawasan lapang dan kawasan terbuka. Sehingga laporan ini ditulis saya masih tidak dapat membuat pengecaman terhadap sekor burung dari keluarga Sambar ( Flycatcher ) .

Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna ) 

Selepas lebih kurang 2 jam memburung, cahaya matahari mulai terik dengan suhu meningkat panas sehingga mencapai antara 29 ke 30 darjah celcius. Saya menghentikan aktiviti memburung untuk bersarapan .Selepas itu tergocoh-gocoh pulang ke bilik untuk berkemas memasukkan pakaian dan peralatan kamera ke dalam bag. Menyusun bagasi dan membawanya turun ke ruang lobby Hotel bagi mengelakkan orang lain menunggu kita.


Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna )


Tekukur  Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spoted Dove )


Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow )


Lang Pariah~Milvus govinda ( Pariah Kite )

Lang Pariah~Milvus govinda ( Pariah Kite )


Lang Hitam ~Milvus migrans (Black Kite )


Lang Hitam ~Milvus migrans (Black Kite )



Lang Besar India~Milvus lineatus Black eared Large Indian Kite
Lang Pariah~Milvus govinda


Lang Besar India~Milvus lineatus Black eared Large Indian Kite


Lang Pariah~Milvus govinda ( Pariah Kite )


Senarai Spesis burung yang dijumpai di Bandar Islamabad.

1.Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna )

2.Merpati Batu~Columbia livia ( Rock Pigeon)

3.Tekukur  Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spotted Dove )

4.Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow )

5.Lang Besar India~Milvus lineatus ( Black eared Kite atau Large Indian Kite)

6.Lang Pariah~Milvus govinda ( Pariah Kite )

7.Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)

8.Pekaka Leher -putih ~Halcyon smyrnensis ( White Throated Kingfisher )

9.Sualo Pasifik~Hirundo tahitica ( Pacific Swallow )

10.Martin Crag~Hirundo rupestriss ( Crag Martin ) 

11.Burung Sambar yang tidak dikenali.

12.Belekok Kecil~Egretta garzetta (Little Egret)

13. Roller Paruh-merah~Eurystomus orientalis ( Dollarbird)

14.Perit Kuning~Motacilla flava ( Yellow Wagtail)

15.Merbah Cunut Merah~~Pycnonotus cafer  ( Red vented Bulbul )

Martin Crag~Hirundo rupestriss ( Crag Martin ) 

Merbah Cunut Merah~~Pycnonotus cafer  ( Red vented Bulbul )

Merbah Cunut Merah~~Pycnonotus cafer  ( Red vented Bulbul )

Burung Sambar (Flycatcher )yang tidak dikenali.



Nota dan catitan penemuan spesis burung yang di temui di Skardu.


Penerbangan domestik dari Islamabad ke Skardu lebih kurang sejam dua sahaja, tetapi urusan kemanusiaan seperti pemeriksaan, angkut mengangkut bagasi, tunggu menunggu dan gambar bergambar membuatkan pergerakan harus dilakukan lebih awal dari jadual.  Hari pertama ketika berada di Skardu jadual lawatan ketat dan padat yang mana penyudah lawatan ialah makan malam di rumah warga tempatan. Saya cuma ada peluang melakukan aktiviti memburung ketika berhenti makan tengah hari ketika sedang menunggu masakan siap dihidang. 

Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike ) 

Ketika saya sedang menjamu makanan tengah hari, tiba-tiba sekor burung yang tidak saya kenali bersaiz Malkoha perut hitam~Phaenicophaeus diardi ( Black bellied Malkoha) terbang melintas di hadapan meja makan. Dengan segera bingkas bangun meninggalkan juadah terus mengejar burung tersebut, yang  berhenti bertenggek pada pagar kayu. Barangkali burung tersebut sedang memerhatikan sumber makanan yang boleh diperolehi dikawasan itu. Setelah menyemak buku rujukan burung itu ialah spesis Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie).

Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie)

Sejurus selesai segala macam tanggung jawab kemanusiaan, terus keluar dari tempat penginapan untuk memburung. Daerah Skardu adalah kawasan pergunungan  yang ketinggiannya  lebih kurang 8,000 meter dari paras laut. Sangat teruja melakukan aktiviti memburung di kawasan yang terlalu asing buat saya. Walaupun saya mempunyai pengalaman memburung di kemuncak Gunung Kinabalu, Gunung Alaf dan Gunung Tahan tetapi di Skardu ketinggiannya berganda kali lebih tinggi. Spiesis  burung apa yang bakal saya temui di kawasan pergunungan disini.Kawasan dimana disekeliling saya berdiri, kelihatan salji putih bertompok-tompok di bahagian badan banjaran. 

Agakan saya untuk melihat burung dikawasan lapang terbuka yang dikelilingi oleh gunung ganang salji tidak kesampaian. Cuma nampak permandangan indah alam sekitar dan menghirup udara segar sahaja. Ketika pulang berjalan kaki untuk pulang ke Rumah Pengindapan melalui kawasan kebun dan belukar saya  dihidangkan dengan penemuan pelbagai spesis burung.

Terik Emas ~Oriolus oriolus (Golden Oriole) betina

 

Khukhu ~ Cuculus canorus (The Cuckoo )

Saya temui 9 Spesis burung yang tidak pernah saya temui sebelum ini, burung itu ialah sepasang Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow), Cincilai Riang Corek ~ Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush ) Khukhu ~ Cuculus canorus (The Cuckoo ),Tit Biru Kelabu ~Parus bokharensis (Blue Grey Tit ),Tarum Tickell's ~Turdus unicolor (Tickell's Thrush)Betina, Terik Emas ~Oriolus oriolus (Golden Oriole) betina, Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike ) Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie) Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ). 

Cincilai Riang Corek Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush )

2 spesis yang pernah saya jumpa di Malaysia  ialah Tekukur  Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spotted Dove ), dan  Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow ). Dengan waktu yang terhad itu dan keadaan tempat yang asing saya diberi  pengalaman melihat dan merakam 11 spesis burung. 9 Spesis peribadi yang baharu dan 2 spesis yang biasa dilihat. Apa yang menarik ialah pelajaran peribadi ialah melihat burung Tekukur  Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spotted Dove ), dan  Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow ) dipesekitaran alam semulajadi pada ketinggian 8000 meter dari paras laut. 

Tarum Tickell's ~Turdus unicolor (Tickell's Thrush)Betina

Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow),  male

Di Malaysia, pada kebiasaan yang saya lihat kedua spesis itu berada di kawasan lapang terbuka pada paras ketinggian paling tinggi 2000 meter dari paras laut. Pemerhatian ini telah menambah data peribadi yang menyokong hujah " Burung bebas dan merdeka untuk pergi atau mendiami dimana sahaja yang ia kehendaki asal kawasan itu selamat, himpunan sumber makanan yang banyak dan tidak putus." Ulasan peribadi melakukan aktiviti memburung di Skardu menyeronokan , lebih-lebih lagi diwaktu pagi ketika semua burung mula keluar mencari kehidupan. Memburung dalam tempoh waktu terbatas  dan tergesa-gesa dianggarkan lebih kurang 2 , saya telah dipamerkan dengan 11 spesis burung. Terkilan kerana masa dan keadaan tidak meyebelahi saya untuk memanjangkan aktiviti memburung di Skardu.

Tit Biru Kelabu ~Parus bokharensis (Blue Grey Tit )

Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow),  male

Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow),  female

Skardu




Senarai Spesis burung yang dijumpai di Skardu

1.Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow), 

2.Cincilai Riang Corek Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush ) 

3.Khukhu Cuculus canorus (The Cuckoo ),

4.Tit Biru Kelabu ~Parus bokharensis (Blue Grey Tit ),

5.Tarum Tickell's ~Turdus unicolor (Tickell's Thrush)Betina, 

6.Terik Emas ~Oriolus oriolus (Golden Oriole) betina, 

7.Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike ) 

8.Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie)

9.Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ). 

10.Tekukur  Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spotted Dove ),

11.Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow ).

Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)male

Tekukur  Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spoted Dove )

Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie)

Tekukur  Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spoted Dove )

Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike ) 

 
Terik Emas ~Oriolus oriolus (Golden Oriole) betina

Tit Biru Kelabu ~Parus bokharensis (Blue Grey Tit )


Tekukur  Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spotted Dove )

Nota dan catitan penemuan spesis burung yang di temui di Lembah Hunza



Tiba di tempat penginapan hari sudah lewat petang, suhu begitu sejuk dan berangin. Keadaan cahaya tidak membantu untuk membuat aktiviti memburung .  Ketika memunggahkan turun bagasi  dari bas, saya mendapati dikawasan letak kenderaan ada sebaris pokok cherie yang lebat berbuah. Buah-bauhnya pula sedang masak ranum berwarna merah menyala.  Besar kemungkinan buah-buah yang sedang masak disitu bakal menarik perhatian burung-burung datang kesitu. Perancang dan persediaan memburung awal pagi telah dibuat, memastikan semua peralatan rakaman dan kuasa bateri mencukupi . Awal pagi selepas tanggungjawab dan urusan diselesaikan, saya terus ke tempat pokok cherie menunggu spesis burung apa yang datang memakan buah -buah cherie yang masak. telah menarik perhatian 3 spesis burung.

Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie)

3 spesis yang datang ditempat saya menunggu adalah sekumpulan burung Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie),Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ) dan Cincilai Riang Corek Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush ) . Ketiga-tiga spesis burung itu silih berganti dan berulang-ulang datang memakan buah-buah yang masak. Setelah mendapati burung yang sama asyik mengulangi pokok cherie tersebut maka saya beredar , mencuba nasib di kawasan terbuka.

Streaked Laughing Thrush~Garrulax striatus

Disitu saya berjaya bertemukan burung Tit Biru Kelabu ~Parus bokharensis (Blue Grey Tit ),Sualo Pasifik~Hirundo tahitica ( Pacific Swallow ), Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna ), Tarum Siul Biru ~Myioponus caeruleus (Blue Whistling Thrush) dan Hupo Tunggal ~Upupa epos(Hoopoe). Penemuan burung Hupo Tunggal ~Upupa epos(Hoopoe)  itu cukup sekejap.Hal keadaan burung itu sedang berjalan kemudian berhenti berdiri diatas seketul batu besar dikawasan curam. Ketika saya cuba mendekatinya, burung Hupo Tunggal ~Upupa epos(Hoopoe) telah terbang hilang entah kemana. 

Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ). 



Hupo Tunggal ~Upupa epos(Hoopoe).



Senarai Spesis burung yang dijumpai di Lembah Hunza

1.Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie),

2.Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ) 

3.Cincilai Riang Corek Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush ) .

4.Tit Biru Kelabu ~Parus bokharensis (Blue Grey Tit ),

5.Sualo Pasifik~Hirundo tahitica ( Pacific Swallow ), 

6.Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna ), 

7.Tarum Siul Biru ~Myioponus caeruleus (Blue Whistling Thrush) 

8.Hupo Tunggal ~Upupa epos(Hoopoe).


Cincilai Riang Corek Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush ) .

Tarum Siul Biru ~Myioponus caeruleus (Blue Whistling Thrush) 

Tarum Siul Biru ~Myioponus caeruleus (Blue Whistling Thrush) 


Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie),

Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie),



Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie),

Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie),


Nota dan catitan penemuan spesis burung yang di temui di Bisham

Setelah berjam-jam lamanya berada dalam kenderaan menempuh perjalanan di Lebuhraya Karakoram yang bermula pada waktu pagi dari Gilgit, akhirnya sampai ke Hotel di pekan Bisham antara jam 11.00 malam waktu Pakistan. Berhenti berehat di Bisham untuk membersihkan diri, makan dan tidur sebelum menyambung kembali perjalanan  pada keesokan harinya menuju ke bandar Islamabad. 



Seperti biasa hari-hari sebelumnya pada awal pagi ketika peserta lain sedang rehat tidur dan mempersiapkan diri, saya sudah bersiap sedia dengan peralatan rakaman. Saya tidak tahu keadaan suasana di kawasan persekitaran Hotel. Burung dari spesis apa yang akan saya temui. Usaha saya pada pagi itu memperolehi 8 spesis burung. 8 spesis burung itu ialah Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow), Tiong Brahmin ~ Strunus pagodarum (Brahminy Myna)Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna ),Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike ), Cecawi Hitam ~Dicrurus adsimilis (Black Drongo ),Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ), Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow )Merpati batu~Columbia livia ( Rock Pigeon ) Dalam 8 spesis burung yang ditemui cuma satu spesis sahaja yang saya tidak pernah menjumpainya iaitu burung  Tiong Brahmin ~ Strunus pagodarum (Brahminy Myna). 

Senarai Spesis burung yang dijumpai di Lembah Bisham

1.Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)

2.Tiong Brahmin ~ Strunus pagodarum(Brahminy Myna)

3.Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna )

4.Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike )

5.Cecawi Hitam ~Dicrurus adsimilis (Black Drongo )

6.Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ). 

7.Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow ).

8.Merpati batu~Columbia livia ( Rock Pigeon )




Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)male juvana

Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)male juvana

Tiong Brahmin ~ Strunus pagodarum(Brahminy Myna)



Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna )

Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike ) 

Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)Jantan Betina

Cecawi Hitam ~Dicrurus adsimilis (Black Drongo )


Sejurus selesai bersarapan, semua peserta sudah mulai menaikkan bagasi mereka ke atas kenderaan , maka tamatlah aktiviti memburung saya di Negara Pakistan. Aktiviti memburung ini saya sifatkan sebagai Memburung Touch  N Go . Memburung gaya Touch N Go itu, saya berupaya melihat 27 spesis burung Negara Pakistan. Dari 27 spesis burung tersebut , 15 spesis daripadanya merupakan burung baharu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Spesis burung itu adalah Tiong Brahmin ~ Strunus pagodarum (Brahminy Myna), Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ), Lang Besar India~Milvus lineatus ( Black eared Kite atau Large Indian Kite), Lang Pariah~Milvus govinda ( Pariah Kite ), Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow), Martin Crag~Hirundo rupestriss ( Crag Martin ) , Burung Sambar yang tidak dikenali, Merbah Cunut Merah~~Pycnonotus cafer  ( Red vented Bulbul ), Cincilai Riang Corek Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush ) , Tit Biru Kelabu Parus bokharensis (Blue Grey Tit ),Tarum Tickell's ~ Turdus unicolor (Tickell's Thrush)Betina, Terik Emas ~Oriolus oriolus (Golden Oriole) betina,Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie) Khukhu Cuculus canorus (The Cuckoo ) dan Hupo Tunggal ~Upupa epos (Hoopoe).





Jika dihitung tempoh masa berada di Negara Pakistan dianggarkan 9 hari tetapi aktiviti itu cuma dapat dilakukan cuma 1  atau 2 jam sehari sahaja. Ia dilakukan  secara tergocoh-gocoh di Islamabad, Skardu, Lembah Hunza dan Bisham. 

Senarai Spesis burung yang dijumpai di Negara Pakistan

1.Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna )

2.Tiong Brahmin ~ Strunus pagodarum(Brahminy Myna)

3.Merpati Batu~Columbia livia ( Rock Pigeon)

4.Tekukur  Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spotted Dove )

5.Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow )

6.Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ).

7.Lang Besar India~Milvus lineatus ( Black eared Kite atau Large Indian Kite)

8.Lang Pariah~Milvus govinda ( Pariah Kite )

9.Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)

10.Pekaka Leher -putih ~Halcyon smyrnensis ( White Throated Kingfisher )

11.Sualo Pasifik~Hirundo tahitica ( Pacific Swallow )

12.Martin Crag~Hirundo rupestriss ( Crag Martin ) 

13.Burung Sambar yang tidak dikenali.

14.Belekok Kecil~Egretta garzetta (Little Egret)

15. Roller Paruh-merah~Eurystomus orientalis ( Dollarbird)

16.Perit Kuning~Motacilla flava ( Yellow Wagtail)

17.Merbah Cunut Merah~~Pycnonotus cafer  ( Red vented Bulbul )

18.Cincilai Riang Corek Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush ) 

19.Khukhu Cuculus canorus (The Cuckoo ),

20.Tit Biru Kelabu ~Parus bokharensis (Blue Grey Tit ),

21.Tarum Tickell's ~Turdus unicolor (Tickell's Thrush)Betina, 

22.Terik Emas ~Oriolus oriolus (Golden Oriole) betina, 

23.Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike ) 

24.Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie). 

25.Tarum Siul Biru ~Myioponus caeruleus (Blue Whistling Thrush) 

26.Hupo Tunggal ~Upupa epos(Hoopoe).

27.Cecawi Hitam ~Dicrurus adsimilis (Black Drongo )





 Selamat Memburung....Wasalam.




Friday, 29 November 2024

Hujah Setelah Membuat Pemerhatian Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta Di Pahalgam Kashmir, India.

 Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta 


Setelah melihat semua primat yang ada mendiami secara liar di dalam negara saya , Malaysia, kini saya di beri peluang pula, membuat pemerhatian terhadap salah satu primat di Asia.  Primat tersebut dikenali sebagai Rhesus Macaque ~ Macaque mulatta yang saya temui di sebuah daerah pergunungan tanah tinggi di Pahalgam dan Gulmarg , Srinagar Kashmir India. Ia merupakan salah satu Primat daripada 20 spesis primat yang terdapat di Negara India. Kumpulan primat itu secara kebetulan di temuinya di kawasan hutan pokok tirus yang mempunyai ketinggian melebihi 3,800 meter dari paras laut.  

 


Untuk memudahkan memberi nama pengenalan spesis primat ini dalam penulisan dalam bahasa Malaysia, maka saya cadangkan primat itu dengan panggilan nama Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta . Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya terhadap ke tiga-tiga spesis Beruk yang ada di Malaysia, Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta mempunyai ciri-ciri kesamaan dari sudut keupayaan penyesuaian keadaan , diet , tingkah laku dan perangai. Persamaan yang dinyatakan itu membuktikan kebenaran pengkaji primat terdahulu bahawa primat itu datang dari keluarga dan kaitan DNA yang sama. Beberapa ciri persamaan itu wujud diantara spesis beruk di Malaysia dan India, walaupun diantara spesis itu berada pada jarak kedudukan yang sangat jauh antara satu dengan yang lain. 


Walaupun pemerhatian ini cuma sekejap namun tidak keterlaluan untuk saya membuat ulasan dan cadangan sepertimana yang akan dinyatakan. Paling-paling tidak satu atau dua hujah yang dicadangkan itu, pasti akan  ada kebenarannya. Ilmu pengetahuan berkaitan kajian dan kehidupan haiwan telah lama dilakukan, maka banyak data serta maklumat telah terkumpul dan dibukukan. Kajian dan pemerhatian secara khusus terhadap semua Beruk di Asia,  telah dilaku oleh pertubuhan New England Primate Conservacy. Andaikata ingin mendalami pengetahuan tentang spesis Beruk,  boleh terus merujuk didalam sesarang rasmi  badan konservasi tersebut. Pemerhatian saya sekadar ingin mengetahui secara am tentang Beruk yang berada di luar Malaysia, iaitu Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta.


Secara amnya ciri-ciri khas Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta dapat dikenali melalui melihatnya secara fizikal luaran pada keadaan ukuran ekornya yang sederhana panjang. Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta memiliki ekor berbulu yang tidak panjang sepertimana Beruk Ekor panjang~ Macaca fascicularis  , tidak pula pendek sepertimana Beruk ekor babi~Macaca nemestrina, dan tidak kontot  seperti Beruk Kentoi~Macaca arctoides. Hujah yang lebih tepat ialah Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta mempunyai saiz ukuran ekor berbulu tebal yang sederhana panjang. Ukuran saiz panjangnya dalam anggaran 1 meter bermula daripada tulang tongkengnya hingga ke hujung bulu ekor.




Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta jantina jantan betina yang saya temui di Pahalgam dan Gulmag ini memiliki bulu rerambut tebal dan lebat pada keseluruhan anggota badannya. Berkebolahan dengan cekap melompat, memanjat pokok tinggi serta berjalan dan berlari menggunakan kaki dan tangannya. Ia berupaya berlari melompat dengan cekap diatas batu-batu besar sungai atau mengharung air sungai glasiar yang sejuk ketika menyeberang sungai. Bergerak secara berkumpulan kecil antara 7 ke 10 ekor yang diketuai oleh Induk Jantan.  Induk jantan gemar bersendirian sering berada pada dahan pokok Tirus seperti sedang memerhatikan dan memantau kedudukan kumpulanya  yang berselerak,  tidak jauh antara satu sama lain. Kadang-kadang ia terlihat turun ke bawah merayau-raya untuk mencari makanan.





Diet permakanan Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta yang sempat diperhatikan  adalah dari jenis pucuk tumbuhan berbunga dan berbuah yang subur tumbuh di lantai tanah disitu.Diet primat ini tidak terbatas hanya kepada serangga, buah dan pucuk tumbuhan sahaja, tetapi kepada  selera permakanan yang sama dengan spesis Beruk di Malaysia, iaitu saki baki dan lebihan makan manusia yang dibuang didalam tong sampah. Naluri deria rasa mereka mudah menyasuaikan pelbagai rasa yang dirasa oleh manusia. Dengan hal sedemikian tong-tong sampah habis dikumbah selerakkan  bertaburan di situ. Maka pihak penguasa tempatan dan komuniti melantik petugas  untuk menghalau dan menakutkan Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta dengan batang besi.










Melalui pemerhatian  dan rakaman foto,  perilaku, tabiat dan perangai Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta menyerupai dengan spesis -spesis Beruk jantan yang ada di Semenanjung Malaysia. Kesamaan dari sudut kehendak perlakuan hubungan seks sesama jantina. Asas kenyataan itu berdasarkan bukti pemerhatian berserta bukti rakaman. Perilaku itu berlaku di Gulmarg dimana sekor Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta jantan sedang berjalan dikawasan lapang, kemudian berhenti dalam keadaan kedua belah tangan dan kaki berada diatas lantai tanah.


Secara tidak semena-mena datang sekor Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta lain dari arah sisinya terus melompat naik keatas bahagian belakang punggung beruk tersebut.  Tidak ada sebarang tindak balas penentangan yang berlaku daripada individu yang ditunggang. Hal keadaan itu terlihat seperti satu kerelaan yang membenarkan organ kelamin beruk lain dimasukkan ke dalam organ saluran pembuangan najisnya. Beruk yang berada dibawah seperti sudah membuat persediaan kekuatan otot kaki dan tangannya untuk mengimbang dan menanggung beban beruk lain yang hampir sama saiz dan beratnya. 



Adegan perlakuan hubungan seks sesama jantina jantan itu berlaku tidak begitu lama dianggarkan lebih kurang 1 ke 2 minit. Adegan  yang diperhatikan juga oleh beberapa ekor ahli kumpulan Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta yang duduk berselerak disitu. Tidak pula berlaku dikalangan Beruk-beruk pemerhati datang untuk menumpang naik menunggang. Sebaliknya kumpulannya yang lain hanya duduk melakukan hal ehwal mereka sendiri. 


Setelah urusan selesai ia, melompat turun dan masing-masing berjalan pergi ke arah berlainan seperti tidak ada apa-apa pekara yang berlaku. Tidak pula timbul naluri gilir bergilir rela-merelakan antara individu beruk tersebut. Sebelum itu beruk yang ditunggang berada dibawah merelakan ia dimasuki, setelah selesai sepatutnya beruk yang ada dibawah  berpeluang naik keatas untuk menunggang. Tetapi yang kena tunggang tidak berbuat begitu sebaliknya membiarkan saja kejadian itu tanpa ada tindak balas. Perkara itu juga tidak membawa kepada  perkelahian antara mereka.


Barangkali perlakuan itu telah berlaku untuk satu jangka masa lama antara mereka yang mengikut peraturan Dunia  Beruk. Beruk yang menguasai akan bebas datang  menunggang dan memasuki individu beruk yang lemah, samada dari jantina jantan atau pun betina. Tidak mengambil kira samada individu beruk itu terhasil daripada bapa atau ibu yang sama. Dalam erti kata lain Dunia Haiwan , individu Beruk yang kuat akan menguasai dan sentiasa mempunyai hak kebebasan mutlak  naik keatas untuk menunggang pada bila-bila masa dalam kumpulannya. 


Untuk makluman perilaku yang dilakukan oleh Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta adalah sama dengan perilaku dengan Beruk Kentoi~Macaca arctoides yang menghuni di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Berlaku persamaan kedua-dua spesis beruk dalam sudut kehendak seks sesama jantina jantan. Tidak dapat untuk diteka kehendak itu wujud atas faktor apa. Tidak kah antara beruk tidak berupaya mengesan dan mengenal jantan dan betina. Sehingga, barangkali naluri atau otak spesis Beruk tidak berupaya membezakan pasangan acuan kelamin jantina jantan dan betina. Atas sebab kedudukan acuan kelamin jantan betina pada anggota tubuh mereka berdekatan sebelah menyebelah. Beruk tidak dapat membezakan atau terkeliru bahawa setiap anggota tubuh badan itu mempunyai  fungsi dan tujuannya.



Apakah perilaku itu memang wujud dikalangan beruk sejak dulu sebagai satu kaedah mengimbangkan jumlah populasi dikalang Beruk. Persoalan dan jawapan kepada perkara ini tidak dapat orang awam seperti saya untuk memberi jawapan yang tepat. Hanya mampu bertanya dalam fikiran sahaja. Dari mana datangnya kehendak atau percontohan pelajaran antara beruk, boleh menjadi sebegitu. Satu spesis Beruk Rhesus ~ Macaque mulatta berada di Gulmarg India dan satu lagi spesis Beruk Kentoi~Macaca arctoides mendiami di Wang Kelian Perlis Semenanjung Malaysia.





Atau pun mungkin manusia seperti saya tidak perlu tahu atau ambil berat tentang perincian kehidupan spesis Beruk. Kerana hidupnya setiap haiwan di mukabumi ini tidak ada peraturan hukum sepertimana kehidupan manusia. Maka apabila manusia terlihat akan perbuatan atau perilaku kehidupan haiwan yang melakukan perbuatan melanggar hukum fikir manusia, ia menjadi terkesima  bingung, bercita-cita dan sebagainya. Ada juga sesetengah kalangan manusia telah lama mengamalkan  perilaku seperti Beruk secara sembunyi. Sehingga menjadi amalan kehidupan seks mereka atas dasar ingin mengembara deria rasa anggota badan. Persoalannya siapa yang memulakan perilaku amalan itu terlebih dahulu. Siapa tiru siapa , Manusia atau Beruk. ?

 

Memang sulit memilih jawapan yang betul kerana tidak sesiapa pun tahu. Maka semua perilaku yang tidak sengaja dipertontonkan kepada manusia apa faedah dan pentingnya. Untuk menyatakan perkara itu tidak penting dan tidak bermanafat kepada manusia, pada hemat saya adalah tidak wajar dan tidak munasabah. Kerana setiap apa yang berlaku tidak akan menjadi sia-sia.  Perbezaan haiwan dengan manusia ialah akal untuk berfikir. Maka apa yang tertonton itu harus dilihat dari sudut orang yang berilmu, dimana adegan itu merupakan pelajaran dan contoh kepada manusia supaya tidak sesekali meniru dan mengikut perbuatan haiwan. Perlu dinyatakan di mukabumi ini terlalu banyak contoh yang boleh diamalkan dan tidak kurang juga contoh yang jangan manusia bercita-cita  apatah lagi melakukannya sehingga menjadi amalan hidup.  Manusia haruslah tidak menjatuhkan status harga diri sehingga meniru amalan haiwan.Wasalam.