Wednesday, 20 March 2013

SEKELUARGA



Burung Dewasa Jantan


Ketupa Ikan Kuning langsat~Ketupa ketupu


Burung Dewasa Betina

Maklumat Ringkas

Burung ini adalah daripada spesies burung yang aktif pada waktu malam. Kebiasaannya  menjalankan aktiviti kehidupannya pada waktu malam hari. Didalam buku berjudul The Birds of Malaysia ditulis oleh pengkaji Peranchis/Amerika Jean Delacour terbitan tahun 1927 menamakan burung ini sebagai Malay Buffyfish Owl~Ketupa ketupu. Tetapi pada tahun-tahun 80an setelah pengkaji baru menerbitkan Buku panduan baharu, nama burung ini telah dimansuhkan. Dan nama burung ini dikenali sebagai Buffy Fish Owl. Ketika itu tiada siapa yang peduli atau berani mencabar mengapa perkataan Malay itu dibuang. Disebabkan dinegara kita tiada pengkaji burung yang ambil tahu atau menurut sahaja apa sahaja tentang burung , maka pengkaji dibawah angin telah menamakan sebagai Buffyfish Owl, sehinggalah sekarang. Ini bukan kesalahan mereka, tetapi kealpaan dan kemiskinan ilmu kita tentang kajian ilmu sejarah pemburungan.Tidak mengapalah. Apa ada pada nama.!  Dan sampai bila-bilalah ia akan berkeadaan begitu.Eermm.

Anak burung sedang buat pemerhatian.

Menghabiskan masa pada siang hari dengan berehat dan termenung.

Pada 4 Mac 2013 saya telah terjumpa burung Ketupa Ikan Kuning -langsat~Ketupa ketupu disekitar kediaman saya. Setelah membuat pemerhatian saya dapati burung ini mempunyai keluarga baru. Yang mana Burung dewasa jantan, betina dan anaknya. Dipercayai usia anak burung ini dalam lingkungan 4 atau 5 bulan, ini berdasarkan kepada keseluruhan buluhiasnya masih halus dan berwarna kuning cair. Paruhnya pula masih berwarna kelabu keputihan cerah.


Hasil daripada pemerhatian berkala secara harian, saya dapati spesies burung ini tidak pergi ketempat lain. Besar kemungkinan burung merasakan habitat dikawasan ini selamat dan mudah mendapatkan bekalan makanan harian mereka secara berpanjangan.

Sisa makanan burung Ketupa Ikan Kuning-langsat

Burung dewasa akan duduk diam sepanjang hari siang diranting pokok yang sama pada setiap hari. Sesekali akan membuka selaput mata  dan sesekali akan menoleh kekiri kanan. Manakala anak burung pula dilihat lebih aktif berbanding burung dewasa. Anak burung akan bergerak-gerak ke ranting-ranting pokok sambil memerhatikan sesiapa yang perasan kehadirannya. Sesekali anak burung akan mengemaskan serta menyikat buluhias menggunakan paruhnya.

Baki makanan yang tidak dihabiskan mungkin kekenyangan

Pada pertengahan petang, dilihat burung dewasa menyediakan ikan untuk dimakan oleh anaknya. Andaian saya yang mennyatakan spesies ini hanya memburu untuk mencari makan hanya diwaktu malam adalah tidak berapa tepat. Diwaktu siang spesis ini ada juga menjalankan aktiviti memburu pada waktu siang.

Najis burung Ketupa Ikan Kuning-langsat.

No comments:

Post a Comment