Wednesday, 10 April 2013

HARI GEMBIRA SEORANG PEMBURUNG

BERKIK-SAMARAN BESAR~Rostratula benghalensis

Berkik -Samaran Besar~Rostratula benghalensis ( Jantan )

Pada 7 April 2013, seperti biasa saya telah pergi memburung bersama-sama 2 orang anak perempuan saya di Negeri Selangor. Puas saya merayau mencari spesis burung baharu untuk dimasukkan didalam senarai Temasha Mengecam dan Mengenal Burung tahun 2013.

Berkik -Samaran Besar~Rostratula benghalensis ( betina )
Itik Belibis Siul-kecil~Dendrocygna javanica
Itik Belibis Siul-kecil~Dendrocygna javanica
Berkik -Samaran Besar~Rostratula benghalensis (  betina )

Seperti biasa saya akan menjenguk paya yang berhampiran Pantai, kalau-kalau ada spesis burung baharu. Buat pertama kali dikawasan ini saya melihat disitu ada 6 ekor Itik Belibis Siul-kecil~Dendrocygna javanica sedang berenang didalam paya. Seekor burung Tampung Cina~Ardeola bacchus dan seekor Tampung Jawa~Ardeola speciosa. Dan seekor burung jenis Meredah sedang leka mencari makanan dibawah rimbunan pokok renik digigi air.
Berkik -Samaran Besar~Rostratula benghalensis jantan sedang berehat dikawasan yang redup da malap, setelah kenyang dan keletihan

Bila dipehatikan betul-betul didalam cahaya yang malap, saya dapati spesis burung ini belum pernah saya jumpai. Memang saya kenal spesis burung ini iaitu Burung Berkik -Samaran Besar~Rostratula benghalensis jantan. Perasaan takut bahawa burung akan menghilangkan diri, membuatkan saya membuat rakaman "keselamatan" secara berhati-hati. Setelah mendapat imej rakaman yang dirasakan selamat, maka saya meneruskan proses seterusnya iaitu mendapatkan rakaman yang berkualiti berasaskan peralatan yang saya ada, sambil membuat pemerhatian kepada tingkah perilaku spesis burung tersebut.

Sesekali memerhati pada keadaan sekeliling dikhuatir ada sebarang ancaman pada nyawanya.

Sepanjang pemerhatian saya untuk tempoh hampir 1 jam dari jarak lebih kurang 50 meter, burung ini agak tidak berapa takut akan kehadiran saya. Cuma ia berada di bawah rimbunan pokok-pokok renik yang suasananya redup dan agak malap. Burung ini meredah air paya yang agak cetek mencari makanannya dipercayai dari jenis cacing dan serangga air. Ia berkongsi tempat mencari makanan  bersama-sama spesis burung-burung yang dinyatakan tadi. Ia menjulur-julurkan paruhnya yang sederhana panjang sambil kepalanya digeleng-gelengkan bertujuan mencongkil dan menarik makanan yang ada didalam dasar paya tersebut.
Sedang duduk berehat

Burung ini dilihat menyerang dan menghalau sepasang Itik Belibis Siul-kecil~Dendrocygna javanica yang berada berhampiran dia mencari makanan. Itik terebut beralih kelokasi lain di kawasan paya itu. Setelah kenyang dan penat mencari makanan burung jantan berehat dibawah rimbunan pokok sambil menyisir-yisir buluhias badannya. Burung dilihat berehat sambil termenung untuk jangka waktu yang agak lama. Kemudian burung jantan itu kembali semula kedalam paya untuk mencari makanan.

Ancaman kepada burung dan telor didalam sarang sekiranya burung Berkik-Samaran besar~Rostratula benghalensis  mempunyai sarangnya disekitar kawasan paya ini.

Lebih kurung 30 minit kemudian, saya dapati burung betina datang dari kawasan rimbunan semak menuju kegigi air.  Berdiri agak lama dalam posisi yang sama untuk satu jangka waktu yang lama tanpa bergerak-gerak, apabila dirasakan dirinya sedang diperhatikan. Ketika saya sedang leka melihat imej rakaman , burung betina ini beredar daripada kawasan paya tersebut.

Kebiasaannya daripada catitan pemerhatian dan pengalaman orang yang terdahulu, apabila melihat sepasang burung jantan dan betina berada dilokasi yang sama, ini menandakan proses pembiakkan spesis ini bermula. 
Ada kemungkinan besar spesis burung mempunyai sarangnya disekitar kawasan ini. Maklumat kukuh disokong dengan kelakuan burung jantan merasa kurang selesa dengan kehadiran Itik Belibis Siul-kecil.
Burung jantan menghalau dan menyerang sekawan spesis itik yang berada hampir dengannya. Walaupun saiznya lebih kecil daripada itik namun tidak menghalang burung jantan ini menyerang. Asas ini menguatkan lagi telahan saya bahawa burung ini sedang bersarang.
Itik ini terpaksa berubah lokasi dikawasan paya ini, untuk mencari makanan.
Menjaga ruang sempadannya.

Ringkasan Burung Berkik Samaran-Besar yang diceritakan oleh Guru Saya Saudara Mike Chong kepada saya.

Spesis ini agak berlainan sedikit daripada spesis burung-burung yang lain, kerana kita akan terkeliru sekiranya kita tidak membaca perihal  spesis burung ini. Penampilan buluhias burung betina lebih menarik dan cantik daripada penampilan buluhias burung jantan.  Malah urusan pengeraman dan menjaga anak-anak burung, dilakukan oleh burung jantan. Pada kebiasaannya kepada spesis burung lain burung betina memainkan peranan penjagaan anak-anaknya. Untuk makluman, pada kebiasaan kebanyakan spesis burung , jantina jantan penampilan bulu hiasnya adalah lebih menarik daripada penampilan buluhias jantina betina. Wasalam.


Tuesday, 2 April 2013

Laporan Burung -Burung Yang Ditemui Untuk Bulan Mac 2013


Tarikh: 1 Mac 2013
Lokasi: Gombak Old Road
Masa :9:00- 11:00 a.m
Cuaca: Terang dan panas serta berangin.

Tiada burung baharu yang ditemui.

Tarikh: 2 Mac 2013
Lokasi : Hutan Simpan Air Hitam, Puchong
Masa : 9:00 - 6:00 p.m
Cuaca : Terang dan panas.

Tiada burung baharu yang ditemui.

Tarikh: 3 Mac 2013
Lokasi : Hutan Bakau Sungai Kandis
Masa: 3:00 p.m- 5:00 p.m
Cuaca: Mendung dan hujan sangat lebat.

Tiada burung baharu yang ditemui.

Tarikh: 4 Mac 2013
Lokasi : Sekitar Bukit Taman Melawati.
Masa : 3:00 p.m - 5:00 p.m
Cuaca: Terang,panas dan berangin.


Ketupa Ikan Kuning-langsat~Ketupa ketupu ( Juvana )


1. Ketupa Ikan Kuning-langsat~ Ketupa ketupu

Tarikh: 5 Mac 2013

Tidak pergi memburung kerana ada urusan rasmi dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tarikh: 6 Mac 2013
Lokasi: Hutan Simpan Perdik.
Masa: 8:45 a.m - 11: 00 a.m
Cuaca: Terang,panas dan berangin
Merbah Tengkuk-bulu panjang~ Tricholestes criniger

Belatuk Leher-kuning langsat ~ Meiglyptes tukki

2. Merbah Tengkuk-bulu panjang~ Tricholestes criniger
3. Belatuk Leher-kuning langsat ~ Meiglyptes tukki
4. Kekicau Sayap-badam ~ Stachyris erythroptera

Tarikh : 7 Mac 2013

Tidak pergi memburung kerana ada urusan rasmi di Kementerian Penerangan dan Komunikasi, Putra Jaya dan urusan rasmi dengan Perhilitan.

Tarikh : 8 Mac 2013.
Lokasi: Hutan Simpan Pangsun.
Masa: 9:00 a.m - 11: 30 a.m
Cuaca: Terang ,panas dan berangin.
Takur Tembaga~ Megalaima haemacephala

Merbah pipi-kelabu ~ Alophoixus bres
Sepah Bunga hijau-zaitun ~ Dicaeum concolor

5. Takur Tembaga ~ Megalaima haemacephala
6. Merbah pipi-kelabu ~ Alophoixus bres
7. Sepah Bunga hijau-zaitun ~ Dicaeum concolor

Tarikh: 9 Mac 2013
Lokasi: Bagan Sungai Buloh & Pantai Jeram & Pantai Remis
Masa : 3.00 p.m - 7:30 pm
Cuaca : Cerah dan Panas terik
Lelayang Himalaya~Collocalia brevirostris

8. Tern Hitam ~ Chlidonias niger
9. Tern Sayap -putih ~ Chlidonias leucopterus
10. Lelayang Himalaya ~ Collocalia brevirostris
11. Pekaka Kopiah-hitam ~ Halcyon pileata

Tarikh: 10 Mac 2013
Lokasi : Bagan Sungai Buloh,Pantai Remis , Pantai Jeram, Sawah Sempadan Tg.Karang
Masa: 9:00 a.m- 3:00 p.m
Cuaca : Cerah dan sangat panas.

Keriut Kelabu~Pluvialis squatarol
Kedidi Betis Hijau~Tringa nibularia
Tern Paruh Camar ~ Gelochelidon nilotica

12. Pepaku Ekor-jalur ~ Limosa lapponica 
13. Kedidi Betis Merah-berbintik ~ Tringa erythropus
14. Kedidi Betis Hijau ~ Tringa nibularia
15. Keriut Kelabu ~ Pluvialis squatarol 
16.Tern Paruh Camar ~ Gelochelidon nilotica

Lokasi : Tasik Puteri Rawang 
Masa: 4:30 - 6:30 p.m
Cuaca : Kering dan panas

17. Khukhu Jambul Sayap-berangan ~Clamator coromandus

Tarikh : 11 Mac 2013
Lokasi : Pangsun dan Hutan Perdik
Masa : 8:30 a.m - 11:30 a.m
Cuaca : Terang dan panas.

18. Khukhu Dada-karat ~ Cacomantis sepulcralis

Tarikh : 12 Mac 2013

Tidak pergi memburung kerana ada urusan rasmi dengan Dewan Bahasa & Pustaka.

Tarikh : 13 Mac 2013


Tidak dapat memburung kerana urusan persekolahan anak.

Tarikh : 14 Mac 2013

Tidak pergi memburung kerana melakukan urusan promosi buku secara kecil-kecilan bagi mendapatkan surat sokongan.

Tarikh : 15 Mac 2013
Lokasi : Hutan Simpan Gombak
Masa : 9:00 -11:30 a.m
Cuaca : Terang, panas serta berangin.



Merbah Corek~Ixos malaccensis

19. Merbah Corek ~ Ixos malaccensis

Tarikh: 16 Mac 2013 Sabtu
Lokasi: Ulu Kali
Masa:  2:30 p.m -7:00 p.m
Cuaca: Terang ,panas dan hujan pada penghujung petang.

Kekicau Tirjup Kening-putih~Pteruthius flaviscapis

20. Kekicau Tirjup Kening-putih~ Pteruthius flaviscapis

Tarikh: 17 Mac 2013 Ahad
Lokasi: Bukit Freaser
Masa:  2:30 p.m -7:00 p.m
Cuaca: Terang ,panas dan hujan pada penghujung petang.
Sibia Ekor-panjang~ Heterophasia picaoides
Takur Jumbai-berapi~Psilopogon pyrolophus


Sepah Bunga Dada-berapi~ Dacaeum ignipectus
Mesia Telinga-perak ~ Leiothrix argentauris

21. Sibia Ekor-panjang~ Heterophasia picaoides
22.Takur Jumbai-berapi~Psilopogon pyrolophus
23.Terik hitam dan merah saga ~ Oriolus cruentus
24. Pergam Agong Gunung ~ Dacula badia
25. Lelayang berkilat ~ Collocalia esculenta
26. Cencala Leher-putih ~ Rhipidura albicollis
27. Sambar Kecil Hitam-putih ~ Ficedula westermanni
28. Minla Sayap-biru~ Minla cyanouroptera
29. Fulveta Gunung ~Alcippe peracensis
30. Mesia Telinga-perak ~ Leiothrix argentauris
31. Sepah Bunga Dada-berapi~ Dacaeum ignipectus
32. Belatuk Kecil Tengkuk-kuning~ Picus chlorolophus
33. Kekicau Emas~ Stachyris chrysaea

Lelayang berkilat ~ Collocalia esculenta


Pergam Agong Gunung ~ Dacula badia
 
Sambar Kecil Hitam-putih ~ Ficedula westermanni
Fulveta Gunung ~Alcippe peracensis
Minla Sayap-biru~ Minla cyanouroptera

Tarikh: 18 Mac 2013 Isnin
Lokasi: Perdik
Masa:  9:00-11:00 a.m
Cuaca: Terang dan panas.


34. Kekicau Horsfield ~Malacocincla sepiarium

Tarikh: 19 Mac 2013 Selasa
Lokasi: Perdik
Masa:  9:00-11:00 a.m
Cuaca: Terang dan panas.
Takau Hitam dan kuning~Eurylaimus ochromalus


35. Takau Hitam dan kuning ~ Eurylaimus ochromalus


Tarikh: 20 Mac 2013 Rabu


Tidak pergi memburung kerana ada urusan persekolahan anak-anak.

Tarikh: 21 Mac 2013 Khamis
Lokasi: Perdik
Masa:  9:00-11:00 a.m
Cuaca: Terang dan panas.


Tiada burung baharu yang dijumpai.

Tarikh: 22 Mac 2013 Jumaat
Lokasi: Perdik
Masa:  9:00-11:00 a.m
Cuaca: Terang dan panas.
Merbah perut kelabu ~ Pycnonotus cyaniventris 
Puyuh Butang Dada-belang~Turnix suscitator


36. Puyuh Butang Dada-belang~Turnix suscitator
37. Merbah perut kelabu ~ Pycnonotus cyaniventris 

Tarikh: 23 Mac 2013 Sabtu
Lokasi: Batu Caves
Masa:  9:00-11:00 a.m
Cuaca: Terang dan panas.


Tiada burung baharu yang dijumpai.


Tarikh: 24 Mac 2013 Ahad
Lokasi: Genting Highland dan Ulu Kali 
Masa:  9:00-1:30 p.m
Cuaca: Berkabus dan hujan lebat.


Tiada burung baharu yang dijumpai.

Tarikh: 25 Mac 2013 Isnin
Lokasi: Genting Highland dan Ulu Kali 
Masa:  9:00-1:30 p.m
Cuaca: Berkabus dan hujan lebat.
Kekicau Tirjup Telinga-hitam~ Pteruthius melanotis
Kekicau Tirjup Telinga-hitam~ Pteruthius melanotis

38. Kekicau Tirjup Telinga-hitam~ Pteruthius melanotis

Tarikh: 26 Mac 2013 Selasa


Tidak pergi memburung kerana cuaca tidak mengizinkan.

Tarikh: 27 Mac 2013 Rabu
Lokasi: Genting Highland dan Ulu Kali 
Masa:  3:00 p.m - 7:00 p.m
Cuaca: Cerah , Panas dan Berkabus.

Tiada burung baharu dijumpai 

Tarikh: 28 Mac 2013 Khamis


Tidak pergi memburung kerana anak demam.


Tarikh: 29 Mac 2013 Jumaat
Lokasi: Hutan Simpan Perdik 
Masa:  9:00 a.m - 12:00 p.m
Cuaca: Cerah dan Panas .
Merbah perut-kuning~ Alophoixus phaeocephalus
Palintoma Sayap-perang ~ Philentoma pyrhopterum

39. Palintoma Sayap-perang ~ Philentoma pyrhopterum
40. Merbah perut-kuning~ Alophoixus phaeocephalus

Tarikh: 30 Mac 2013 Sabtu
Lokasi: Gunung Telapak Buruk 
Masa:  11:00 a.m - 5:30 p.m
Cuaca: Cerah, Panas  tetapi berangin dan hujan renyai-renyai sebelah petang tapi sekejap.

Pekaka belakang hitam~Ceyx erithacus

Jerijit Suria Leher merah~ Anthreptes rhodolaema


41.Pekaka belakang hitam~Ceyx erithacus
42.Jerijit Suria Leher merah~ Anthreptes rhodolaema