Wednesday, 10 April 2013

HARI GEMBIRA SEORANG PEMBURUNG

BERKIK-SAMARAN BESAR~Rostratula benghalensis

Berkik -Samaran Besar~Rostratula benghalensis ( Jantan )

Pada 7 April 2013, seperti biasa saya telah pergi memburung bersama-sama 2 orang anak perempuan saya di Negeri Selangor. Puas saya merayau mencari spesis burung baharu untuk dimasukkan didalam senarai Temasha Mengecam dan Mengenal Burung tahun 2013.

Berkik -Samaran Besar~Rostratula benghalensis ( betina )
Itik Belibis Siul-kecil~Dendrocygna javanica
Itik Belibis Siul-kecil~Dendrocygna javanica
Berkik -Samaran Besar~Rostratula benghalensis (  betina )

Seperti biasa saya akan menjenguk paya yang berhampiran Pantai, kalau-kalau ada spesis burung baharu. Buat pertama kali dikawasan ini saya melihat disitu ada 6 ekor Itik Belibis Siul-kecil~Dendrocygna javanica sedang berenang didalam paya. Seekor burung Tampung Cina~Ardeola bacchus dan seekor Tampung Jawa~Ardeola speciosa. Dan seekor burung jenis Meredah sedang leka mencari makanan dibawah rimbunan pokok renik digigi air.
Berkik -Samaran Besar~Rostratula benghalensis jantan sedang berehat dikawasan yang redup da malap, setelah kenyang dan keletihan

Bila dipehatikan betul-betul didalam cahaya yang malap, saya dapati spesis burung ini belum pernah saya jumpai. Memang saya kenal spesis burung ini iaitu Burung Berkik -Samaran Besar~Rostratula benghalensis jantan. Perasaan takut bahawa burung akan menghilangkan diri, membuatkan saya membuat rakaman "keselamatan" secara berhati-hati. Setelah mendapat imej rakaman yang dirasakan selamat, maka saya meneruskan proses seterusnya iaitu mendapatkan rakaman yang berkualiti berasaskan peralatan yang saya ada, sambil membuat pemerhatian kepada tingkah perilaku spesis burung tersebut.

Sesekali memerhati pada keadaan sekeliling dikhuatir ada sebarang ancaman pada nyawanya.

Sepanjang pemerhatian saya untuk tempoh hampir 1 jam dari jarak lebih kurang 50 meter, burung ini agak tidak berapa takut akan kehadiran saya. Cuma ia berada di bawah rimbunan pokok-pokok renik yang suasananya redup dan agak malap. Burung ini meredah air paya yang agak cetek mencari makanannya dipercayai dari jenis cacing dan serangga air. Ia berkongsi tempat mencari makanan  bersama-sama spesis burung-burung yang dinyatakan tadi. Ia menjulur-julurkan paruhnya yang sederhana panjang sambil kepalanya digeleng-gelengkan bertujuan mencongkil dan menarik makanan yang ada didalam dasar paya tersebut.
Sedang duduk berehat

Burung ini dilihat menyerang dan menghalau sepasang Itik Belibis Siul-kecil~Dendrocygna javanica yang berada berhampiran dia mencari makanan. Itik terebut beralih kelokasi lain di kawasan paya itu. Setelah kenyang dan penat mencari makanan burung jantan berehat dibawah rimbunan pokok sambil menyisir-yisir buluhias badannya. Burung dilihat berehat sambil termenung untuk jangka waktu yang agak lama. Kemudian burung jantan itu kembali semula kedalam paya untuk mencari makanan.

Ancaman kepada burung dan telor didalam sarang sekiranya burung Berkik-Samaran besar~Rostratula benghalensis  mempunyai sarangnya disekitar kawasan paya ini.

Lebih kurung 30 minit kemudian, saya dapati burung betina datang dari kawasan rimbunan semak menuju kegigi air.  Berdiri agak lama dalam posisi yang sama untuk satu jangka waktu yang lama tanpa bergerak-gerak, apabila dirasakan dirinya sedang diperhatikan. Ketika saya sedang leka melihat imej rakaman , burung betina ini beredar daripada kawasan paya tersebut.

Kebiasaannya daripada catitan pemerhatian dan pengalaman orang yang terdahulu, apabila melihat sepasang burung jantan dan betina berada dilokasi yang sama, ini menandakan proses pembiakkan spesis ini bermula. 
Ada kemungkinan besar spesis burung mempunyai sarangnya disekitar kawasan ini. Maklumat kukuh disokong dengan kelakuan burung jantan merasa kurang selesa dengan kehadiran Itik Belibis Siul-kecil.
Burung jantan menghalau dan menyerang sekawan spesis itik yang berada hampir dengannya. Walaupun saiznya lebih kecil daripada itik namun tidak menghalang burung jantan ini menyerang. Asas ini menguatkan lagi telahan saya bahawa burung ini sedang bersarang.
Itik ini terpaksa berubah lokasi dikawasan paya ini, untuk mencari makanan.
Menjaga ruang sempadannya.

Ringkasan Burung Berkik Samaran-Besar yang diceritakan oleh Guru Saya Saudara Mike Chong kepada saya.

Spesis ini agak berlainan sedikit daripada spesis burung-burung yang lain, kerana kita akan terkeliru sekiranya kita tidak membaca perihal  spesis burung ini. Penampilan buluhias burung betina lebih menarik dan cantik daripada penampilan buluhias burung jantan.  Malah urusan pengeraman dan menjaga anak-anak burung, dilakukan oleh burung jantan. Pada kebiasaannya kepada spesis burung lain burung betina memainkan peranan penjagaan anak-anaknya. Untuk makluman, pada kebiasaan kebanyakan spesis burung , jantina jantan penampilan bulu hiasnya adalah lebih menarik daripada penampilan buluhias jantina betina. Wasalam.


No comments:

Post a Comment