Perincit Abu~Ortholomus ruficeps
Falsafah pemburungan yang dianuti sejak awal lagi adalah " Setiap Burung adalah merdeka dan bebas untuk dia pergi kemana tempat ia suka kerana mereka ada sayap selagi nalurinya menyatakan tempat itu selamat, mempunyai sumber makanan yang banyak dan tidak putus ".
Burung Perincit Abu~Ortholomus ruficeps kebiasaannya dijumpai pada habitat hutan paya bakau yang berhampiran tepi pantai dan laut. Ia jarang sekali kita dengari terjumpa akan burung ini dikawasan hutan tanah pamah yang berjauhan dengan laut. Malah ada tercatit didalam Buku " Birds of South-East Asia~Tulisan Craig Robson ia sangat jarang sekali boleh dijumpai dikawasan yang jauh daripada pantai dan laut.
Mengapa perkara dan maklumat sebegini boleh berlaku? Pada pandangan peribadi, mengapa perkara ini boleh terjadi disebabkan beberapa faktor.:-
1. Tidak ramai pemburung yang berminat untuk mengkaji burung ini atas alasan tidak menarik.
2. Tidak ramai pemburung yang membuat bancian secara harian terhadap burung ini.
3. Burung ini biasa dilihat dikawasan hutan tanah pamah tetapi orang yang melihatnya setiap hari tidak pula mengenali akan burung ini malah mereka tidak berminat untuk ambil tahu, kesan dari itu penemuannya tidak dapat disalurkan kepada sipenyimpan maklumat.
Kumpulan keluarga Burung Perincit Abu~Ortholomus ruficeps yang mendiami Hutan Simpan Perdik adalah menyamai dengan jumlah kumpulan keluarga burung-burung yang lain kerana burung yang ditemui itu adalah burung dewasa. Sudah tentu ada jantan betinanya dan proses kitaran kembang biak burung ini sama seperti burung-burung yang lain juga. Cumanya tiada siapa yang melapurkan kepada peminat pemerhatian burung.
Pengalaman selama 7 tahun ketika membuat pemerhatian burung secara harian telah membuktikan bahawa burung adalah merdeka bebas. Saya sering menjumpai burung-burung berada diluar habitat kebiasaannya ditemui.
" Setiap Burung adalah merdeka dan bebas untuk pergi kemana tempat ia suka kerana mereka mempunyai sayap, selagi nalurinya menyatakan tempat itu selamat, mempunyai sumber makanan yang banyak dan tidak putus ". Wasalam.
No comments:
Post a Comment