Friday, 5 July 2013

SIRI BURUNG-BURUNG LIAR MENCARI MAKANAN


SAMBAR VERDITER~Eumyias thalassini

Bulan Jun-Julai adalah tempoh anak-anak burung sudah mula keluar dari sarangnya. Ketika ini anak-anak burung akan mengekori burung dewasa untuk ia diajar meneruskan kehidupan oleh ibubapanya mengikut ucuan dan cara kehidupan burung spesies Sambar Verditer.

Burung dewasa jantan dan betina membawa anak-anaknya pada pokok yang sedang berbuah yang memang menjadi makanan ruji mereka.Tidak pula saya mengetahui akan jenis tumbuhan tersebut akan namanya. Ketika itu diatas pokok ada beberapa spesis burung dari keluarga Merbah yang leka memakan buah-buah pokok ini. Mereka sekeluarga terdiri daripada Burung Jantan ,betina dan 2 ekor anaknya. Bersiul dan berkicau dengan nada yang tinggi secara tidak henti-henti.

Sambar Verditer jantan sedang mengetip buah hutan kegemaran untuk disuapkan kepada anak-anaknya.

Kelihatan buluhias ditengkok burung  betina sedang menjalani proses penyalinan buluhias.

Anak burung sedang menunggu burung dewasa menyuapkan makanan kepadanya

Penampilan buluhias anak burung yang berwarna kelabu berbintik

Burung Jantan sedang berusaha menarik perhatian supaya ancaman beralih kepada burung dewasa.
Dibawah ini adalah siri gaya dan imej anak burung yang baru mengenal hidup didunia, yang tidak tahu mengenai keadaan kehidupan sebenarnya. Ia bertenggek pada tahap ketinggian yang rendah dan hampir pula dengan manusia, sambil menunggu burung dewasa datang menyuapkan makanan kedalam mulutnya.

Apabila burung dewasa menyedari akan kehadiran manusia yang sedang memerhatikan hal keadaan keluarganya, maka burung dewasa tanpa memikirkan keselamatan dirinya telah terbang datang hampir kepada saya untuk tujuan mencuri perhatian dan berharap saya tidak memberi perhatian kepada anak-anaknya itu. Burung dewasa mengetahui bahawa anak-anaknya itu masih tidak berupaya terbang pantas dan tinggi, sekiranya  anak-anaknya itu menerima ancaman atau diapa-apakan.  Itulah nilai Naluri kasih sayang yang ada kepada setiap makhluk. Perkara ini harus diketahui oleh kita manusia, supaya sentiasa memberi keutamaan kepada makhluk yang lemah seperti burung. Mana mungkin burung tidak mengenal perasaan cemas dan takut.   

Anak burung yang masih tidak berupaya terbang tinggi dan pantas. Hal ehwal keselamatan dirinya hanya bergantung harap sepenuhnya kepada penciptanya.


Hanya mampu melompat dan terbang pada jarak yang pendek sahaja.

Masih belum pandai bersiul dan berkicau seperti ibubapanya.


Paruhnya masih ada kesan warna putih , pendek dan tebal.

Anak burung kedua

Anak burung pertama

Imej anak burung dilihat dari sudut belakang.

Apa yang kebanyakan manusia gagal lakukan terhadap anaknya ialah mencorak serta memberi didikan sepertimana yang ia inginkan. Perkara ini tidak berlaku kepada burung, iaitu semua spesis burung telah sentiasa berjaya mendidik dan mencorak anak-anak mereka,  menjadi sepertimana ibubapa mereka kehendaki. Sejak turun temurun lagi bukti ini dapat kita perhatikan dari semua sudut, iaitu dengan cara mereka memilih habitat kehidupannya, not not bunyi siulan dan kicauan , cara mereka memilih bahan binaan sarang, bentuk dan saiz binaan sarang, dan pemilihan jenis-jenis makanan mereka. Lebih menarik lagi komuniti spesis burung Verditer yang berada di Seluruh Semenanjung telah menjalani corak dan gaya hidup yang sama. Iktibar kepada saya ketika membuat pemerhatian burung. Wasalam.

No comments:

Post a Comment