BURUNG HELANG LAUT PERUT-PUTIH~Haliaeetus leucogaster
Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leugaster merupakan spesis helang yang terbesar diantara semua spesis burung helang yang terdapat di Malaysia. Bagi burung dewasa ia mempunyai susunan 27 batang pelepah pada kiri dan kanan pelepah sayap. Sayap lebar, tebal dan kukuh membantu ia terbang tinggi berlegar-legar,meluncur dan menjunam.
Kebiasaannya burung ini boleh ditemui dikawasan yang berhampiran dengan air terutamanya dikawasan Pantai, Laut, Sungai , Paya dan Kolam-kolam ternakan Ikan. Diet utama burung ini adalah ikan. Biasanya membina sarang tempat tinggal mereka pada tempat yang sangat tinggi demi keselamatan dari ancaman sebarang makhluk samada manusia mahu pun haiwan.
Oleh kerana kesukaran mencari pokok-pokok tinggi pada zaman sekarang, maka lokasi pilihan sarang kediaman Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leugaster yang biasa saya lihat adalah di puncak -puncak menara pancaran Telekom dan Pylon Menara-menara TNB. Pada ketika dahulu burung ini memilih pokok-pokok yang tinggi serta cerun-cerun tinggi serta curam yang berhampiran dengan air, untuk membina sarang.
Saya berkesempatan memerhatikan spesis burung ini berebut makanan antara burung dewasa dan burung muda diruang angkasa Sekincan baru-baru ini. Pengalaman melihat kelakuan mereka telah menambah sedikit pengetahuan tentang kehebatan dan kecekapan burung ini terbang diangkasa luas.
|
Burung dewasa sedang melarikan hasil tangkapannya daripada dirampas oleh burung muda |
|
Tidak dapat dipastikan mengapa burung muda tidak pergi mencari sendiri makannya, tetapi mengambil jalan mudah dengan merampas hasil usaha burung dewasa ini. |
|
Burung dewasa berani dan tangkas mempertahankan hasil tangkapan tanpa rasa terancam. |
|
Episod kejar -mengejar antara satu sama lain |
|
Rezki dikaki dipertahankan sebaik-baiknya. |
|
Burung ini berupaya menukar haluan arah ia terbang secara mendadak dan tiba-tiba. |
|
Pertarungan diangkasa hampir bermula |
|
Laungan kuat Burung dewasa boleh ketedengaran |
|
Perebutan ini berlangsung hampir 15 minit |
|
Kejar mengejar |
|
Membelok dan menjunam |
Selepas hampir 15 minit episod kejar-mengejar berlangsung , akhirnya burung muda hampa dan beredar dari kawasan tersebut tanpa dapat merampas ikan dikaki burung dewasa.Wasalam.
No comments:
Post a Comment