Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus
Berdasarkan pengalaman peribadi saya burung Khukhu Ungu -Chrysococcyx xanthorbynchus ini adalah burung yang sangat sukar kita temui. Kerana ia mendiami dan mencari makanan didalam hutan belantara yang jarang manusia memasukinya . Burung ini mencari makanannya dengan menyertai gerombolan ombak burung. Ia tidak terbang tinggi tetapi sering dilihat berada dicelah-celah dedaun dan ranting-ranting.
Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus Jantan |
Kelakuan dan tabiat burung ini menyerupai tabiat burung Khukhu Gangsa Kecil~Chrysococcyx minutillus dan Khukhu Gangsa Horsfield's~Chrysococcyx basalis. Malah saiz nya hampir menyerupainya. Pergerakan burung ini agak perlahan dan akan bertenggek agak lama pada ranting pokok sambil memerhatikan ulat-ulat atau serangga untuk dimakannya.
Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus Jantan |
Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus Jantan |
Buluhias burung jantan dan burung betina adalah berlainan sekali. Kita
boleh terkeliru dan mendakwa burung betina itu adalah dari spesis yang
lain, dimana penampilan buluhiasnya adalah berwarna coklat berangan yang
berkilat. Sangat mudah untuk membuat pengecaman burung jantan kerana warna pada buluhiasnya yang berwarna ungu gelap dan mempunyai paruh yang berwarna oren kemerahan.
Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus Jantan |
Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus Betina |
Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus Betina |
No comments:
Post a Comment