Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana
Ketika menjumpai burung ini saya tidak dapat mengecam akan spesis burung Sambar ini dilokasi kerana warna buluhiasnya sangat berbeza daripada burung Sambar yang lain. Oleh kerana kesukaran membuat pengecaman saya meminta nasihat daripada pakar burung tempatan Saudara Mike Chong untuk membuat pengecaman.
Seperti biasa cara dan gaya Saudara Mike Chong mengajar bukannya menyuap terus kedalam mulut saya. Beliau tidak akan terus memberi jawapan tetapi hanya memberi kekunci ciri-ciri khas supaya saya membuat bacaan dan kajian lanjutan untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana Jantan penampilan musim sejuk |
Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana Jantan penampilan musim sejuk |
Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana Jantan penampilan musim sejuk |
Setelah menerima kekunci khas, maka barulah saya mendapat jawapan akan spesis yang saya temui ini di hutan Simpan Kemensah. Burung Sambar hijrah ini adalah spesis yang sangat sukar ditemui pada setiap musim hijrah. Kali terakhir rekod ia ditemui adalah di lokasi Taman tema Jepun di Pusat Peranginan Bukit Tinggi pada tahaun 2010.
Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana Jantan penampilan musim sejuk |
Burung Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana jantan yang dijumpai ini mempunyai penampilan buluhias musim sejuk, dimana warna biru pada buluhias badan telah pudar bertukar kepada warna coklat terang. Warna biru hanya pada dibahagian pelepah sayap terbang dan pelepah ekor burung sahaja. Manakala warna hitam dibahagian muka , leher dan dada berwarna coklat cair.
Sambar Biru Putih~Cyanoptila cyanomelana Jantan penampilan musim sejuk |
No comments:
Post a Comment