Thursday, 28 November 2013

SEPAH BUNGA MAHKOTA MERAH~DICAEUM CRUETATUM



Sepah Bunga Mahkota-merah~Dicaeum cruetatum

Peluang membuat pemerhatian burung Sepah Bunga-mahkota merah~Dicaeum creutatum mencari bahan untuk membina sarangnya pada pertengahan bulan Oktober 2013 memberi saya sedikit tambahan ilmu pengetahuan kepada spesis burung ini. Pasangan burung ini bersilih ganti mengambil bahan binaan untuk dijadikan sarang. Malangnya saya tidak tahu akan jenis tumbuhan yang mereka jadikan untuk membuat sarang.  

Sepah Bunga-mahkota merah~Dicaeum creutatum~jantan  

Dari pemerhatian tersebut saya dapati burung betina lebih kerap datang mengambil bahan binaan sarang daripada burung jantan. Mungkin disebabkan bahan binaan itu sangat hampir dengan manusia maka burung jantan dilihat jarang memberanikan diri untuk datang ke pokok tersebut. Burung betina tidak langsung menunjukkan sebarang ketakutan terhadap manusia yang berada begitu hampir dengannya. 
Sepah Bunga-mahkota merah~Dicaeum creutatum~jantan

Sepah Bunga-mahkota merah~Dicaeum creutatum~Jantan

Sepah Bunga-mahkota merah~Dicaeum creutatum~Jantan

Sepah Bunga-mahkota merah~Dicaeum creutatum~Betina
Bahan binaan itu adalah dari sabut halus yang di ambil daripada tumbuhan seperti kekacang panjang. Dikumpulkan sabut putih diparuhnya dengan banyak lalu terbang pergi kelokasi rahsia pembinaan sarangnya. Lebih kurang 5 minit kemudian ia datang lagi dan perbuatan ini berulang-ulang kali dilakukan oleh burung betina. Burung jantan hanya sesekali sahaja datang untuk mengambil bahan binaan sarang.

Sepah Bunga-mahkota merah~Dicaeum creutatum~Betina

Sepah Bunga-mahkota merah~Dicaeum creutatum~Betina

Sepah Bunga-mahkota merah~Dicaeum creutatum~Betina

Sepah Bunga-mahkota merah~Dicaeum creutatum~Betina

Sepah Bunga-mahkota merah~Dicaeum creutatum~Betina

No comments:

Post a Comment