Sambar Dagu merah~Fecidula purva
Baru-baru ini seperti biasa ketika saya meneruskan Temasyar Memburung 2013 untuk bulan Disember, saya telah diketumukan spesis burung Sambar yang tidak pernah saya lihat. Setelah puas membelek dan mencari maklumat masih juga tidak dapat jawapannya.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva. |
Seperti biasa saya mendapatkan nasihat daripada pakar burung tempatan
Saudara Mike Chong, beliau telah memberi cadangan bahawa burung ini
hampir menyamai burung Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva. |
Sambar Dagu merah~Fecidula purva adalah
burung hijrah yang sangat jarang ditemui di Semenanjung Malaysia. Saya
tidak pasti samada sebelum ini burung dari spesis ini pernah ditemui
oleh pemburung tanahair.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva. |
Berdasarkan ciri-ciri unik burung ini, iaitu
pada bahagian paruh burung tumbuh buluhias pada bahagian pangkal atas
dan bawah paruhnya, seperti paruh burung jantan Takau Hijau~ Calyptomena viridis. Dari apa yang saya ketahui tiada spesis Burung Sambar yang mempunyai ciri-ciri paruh seperti ini selain burung Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva. |
Sepanjang membuat pemerhatian perihal kelakuan dan
sifat burung ini saya dapati burung ini sangat pemalu@ penakut akan
kehadiran manusia. Setiap hari saya terpaksa menunggu berjam-jam untuk
merakam dan memerhati burung Sambar Dagu merah~Fecidula purva datang
kelokasi ia mencari makanan.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva. |
Ia datang secara senyap dan menyorok
dicelah-celah daun bertenggek pada dahan sambil memerhatikan buah-buah
yang masak sebelum mengumpil buah. Sejurus itu ia terus terbang kelokasi
persembunyian.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva. |
Dari catitan yang dibuat burung akan datang kelokasi
mencari makan sebanyak 3 ke 4 kali dalam tempoh 5 jam membuat
pemerhatian. Walaupun beberapa kali ia datang, tetapi cuma dalam
jangkamasa yang sangat singkat sahaja.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva. |
Memang sifat semulajadi spesis burung Sambar , kebiasaannya ia mengulangi-ulangi lokasi mencari makananya pada setiap hari sepanjang persinggahannya ketika musim penghijrahan. Peluang ini hanya sekali seumur hidup berpeluang melihat burung ini.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva. |
Maka setiap harilah saya mengulangi ketempat ini untuk memerhati dan merakam sebanyak mungkin imejnya. Walaupun terpaksa letih menunggu sangat lama sambil membuat penyamaran. Pada saya belum tentu dimusim penghijrahan masa depan saya boleh ketemuinya lagi.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva. |
Bentuk bahagian kepala burung jika dilihat sekali imbas menyerupai spesis burung Cekup ~
Warbler, mempunyai sepasang sayap primer yang agak panjang sehingga hampir mencecah hujung buluhias cunut burung.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
|
Sepanjang membuat pemerhatian, tidak pernah melihat burung ini memakan serangga atau pun ulat-ulat. Burung dilihat kerap menyambar buah-buah pokok hutan yang telah masak. Perangai yang sama dengan Burung Sambar Tongkeng kuning~Ficedula zanthopygia, Sambar Ekor putih~Cyornis concretus dan Sambar Verditer~Eumyias thalassina.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
|
Tidak di ketahui pula jantina burung ini kerana sepanjang membuat pemerhatian ia dilihat bersendirian tanpa pasangannya. Saya membuat pertimbangan dari penglihatan bahawa saiznya hampir sama dengan saiz Burung Sambar Tongkeng kuning~Ficedula zanthopygia.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
|
Burung ini tidak menjongkit-jongkitkan pelepah ekornya sepertimana burung Sambar Verditer~~Eumyias thalassina dan Sambar Tongkeng kuning~Ficedula zanthopygia dan keluarga Ficedula yang lain.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva. |
Disebabkan ia
hanya berada dilokasi dalam tempoh yang singkat, saya tidak berpeluang mendengar ia membuat panggilan suaranya.
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
|
|
Burung sedang mengeluarkan biji buah yang keras setelah menjilat selaput dan cecair dalam buah masak. |
|
Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
|
No comments:
Post a Comment