Monday, 3 August 2015

Pokok Mahang Biasa~Macaranga bancana~ Common Mahang.




Sejak dari mula penglibatan  memburung, Cikgu saya Saudara Mike Chong telah menasihati  supaya mengutamakan membuat pemerhatian burung daripada membuat rakaman imej burung. Maksudnya itu ialah dengan melihat dan catitkan perangai tabiat berserta kelakuan setiap spesis burung termasuk diet permakanannya.


Tanpa saya sedari hasil dari ilmu yang diketahui itu telah membantu dan memudahkan saya mencari spesis burung  yang kita ingin lihat dan kaji. Kita tidak perlu menggunakan segala macam Umpan Rasuah burung atau menggunakan suara panggilan palsu untuk melihat burung.


Nasihatnya lagi, jikalau keutamaan hanya kepada merakam imej, maka kita  menghabiskan wang membeli peralatan rakaman yang tersangat mahal , hanya semata-mata mendapatkan rakaman imej burung yang cantik. Tetapi tidak mendapat ilmu pengetahuan hasil daripada membuat pemerhatian  burung serta alam.


Pokok Mahang Biasa~Macaranga bancana~ Common Mahang.

Sejak dari tahun 2007 saya telah  membuat pemerhatian terhadap tumbuhan liar  ajaib ini, yang telah  banyak memberi kegembiraan kepada saya sebagai Pemburung Hybrid. Dalam ertikata lain tumbuhan ini telah membantu saya membuat rakaman imej burung yang baik dari jarak yang dekat.

Tumbuhan liar ini boleh dijumpai didalam hutan-hutan serta belukar. Ia tumbuh dimerata-rata tempat dalam hutan dan ditepi-tepi jalan yang bersempadankan hutan.Tumbuhan ini dikenali juga dengan nama Mahang Bulan, Mahang Kukur, Mahang Terkukur, Mahang Merah dan Mahang Serindit.
    
Pokok Mahang Biasa~Macaranga bancana~ Common Mahang berbuah hanya setahun sekali, dan ia berbuah tidak mengikut musim. Ia juga tidak berbuah secara serentak bersama-sama spesis pokok yang sama, sepertimana Pokok Durian yang berbuah secara bermusim dan berlaku dengan serentak.
Tempoh proses buah berputik sehingga buah-buah menjadi masak mengambil masa lebih kurang 6 bulan.

Buah-buah pokok ini tumbuh pada batang dan ranting pokok secara bergugus-gugus pada saiz yang kecil berbentuk seperti buah Cermai .Terdapat 4 biji dalam satu gumpal yang bercantuman secara bergugus-gugus. Buah muda yang belum masak, pada bahagian atasnya mempunyai getah dan terlekat debu-debu halus berwarna perang cerah. Ia mengeluarkan bau seperti buah mempelam. Buahnya pula berbiji keras dan berwarna Biji Kundang yang diselaputi oleh lapisan berwarna cerah seperti lendir berair dan rasanya  adalah tawar dan sedikit kelat. Ketika buah-buah masak serangga-serangga dari jenis bersayap dan merayap akan menghurungi buah-buah ini.

Saya dapati Pokok Mahang Biasa~Macaranga bancana~ Common Mahang ini sangat suka dikunjungi oleh pelbagai keluarga spesis burung dan spesis Tupai. Saya yakin buah ini mempunyai zat/diet berskala tinggi kepada burung sehinggakan burung begitu teruja untuk datang memakan buah-buah secara berulang-ulang. Pada kebiasaan buah-buah masak akan habis dimakan oleh Burung dan Tupai dalam tempoh lebih kurang 2 minggu berdasarkan besar saiz pokok  dan lokasi pokok dimana banyak spesis burung.  

Bancian Burung dan Tupai lebih kurang 6 tahun dilakukan diberbagai-bagai lokasi hutan, seperti:-

1. Taman Negeri Selangor, Hulu Gombak.
2. Taman Negeri Selangor, Kemensah Ulu Klang.
3. Taman Negeri Selangor, Ulu Langat.
4. Gunung Telapak Buruk.
5. Santuari Burung Kemahang, Raub Pahang.

Disenaraikan spesis burung yang mengunjungi Pokok Mahang Biasa~Macaranga bancana~ Common Mahang untuk tujuan  memakan buah dan memakan serangga yang tertarikan kepada buah Macaranga bancana .:-  

B-Buah.
S-Serangga.
BS-Buah & Serangga

Nama Tempatan  Nama Saintifik 

Keluarga Belatik
1.S     Belatik Perang~Sasia abnormis  


Belatik Perang~Sasia abnormis  

Keluarga Belatuk
2.B.   Belatuk Merah manggis~ Blythipicus rubiginosus   
3.B.S Belatuk kelabu dan kuning langsat ~ Hemicircus contretus
4.B.S Belatuk berbelang ~ Picus miniaceus
5.B.S Belatuk Sayap-merah saga ~ Picus puniceus
6.B.S Belatuk Dagu-berjalur ~  Picus mentalis
7.B    Belatuk Rimau ~ Celeus brachyurus

Belatuk Sayap-merah saga ~ Picus puniceus

Belatuk Dagu-berjalur ~  Picus mentalis

Belatuk berbelang ~ Picus miniaceus

Belatuk berbelang ~ Picus miniaceus

Belatuk Merah manggis~ Blythipicus rubiginosus

Keluarga Burung Daun
8.B.     Burung Daun Hijau besar~ Chloropsis sonnerati       

9.B.     Burung Daun Hijau kecil ~ Chloropsis cyanopogon
10.B.S.Burung Daun Sayap biru ~ Chloropsis cochinchinensis


Keluarga Cekup 
11.S.     Cekup Senja ~ Phylloscopus fuscatus               

12.S.     Cekup Redde ~Phylloscopus schwarzi
13.S.     Cekup Daun Kaki-pucat ~Phylloscopus tenellipes
14.B.S. Cekup Artik ~Phylloscopus borealis
15.S.     Cekup Sayap-dua calit ~ Phylloscopus plumbeitarsus                      
16.S.     Cekup Perut-kuning ~ Abroscopus superciliaris

Keluarga Cencala
17.B.    Cencala Hitam-putih~Rhipidura javanica       

18.B    .Cencala Leher-putih~Rhipiduraalbicolis

Keluarga Iora
19.B.    Iora biasa~Aegithina tiphia                

20.B.    Iora Hijau~Aegithina viridissima

Murai Kampong~Copsychus malabaricus
Keluarga Murai                                                   
21.B.    Murai Kampong~Copsychus malabaricus

Keluarga Malkoha        
22.S.    Malkoha Perut-hitam~Phaenicophaeus diardi         

23.S.    Malkoha Perut -berangan~Phaenicophaeus sumatranus
24.S.    Malkoha Raffles~Phaenicophaeus chlorophaeus

Mata Putih-Everetts ~Zosterops everetti

Keluarga Mata Putih
25.B.   Mata Putih-Timur ~Zosterops palpebrosus    

26.B.   Mata Putih-Everetts ~Zosterops everetti


Merbah Corek~Ixos malaccensis


Keluarga Merbah

Merbah Punggung-kuning~Pycnonotus  goiavier


27.B.   Merbah Kening-tebal~Iole ovivacea
28.B.   Merbah Corek~Ixos malaccensis
29.B.   Merbah Kepala-hitam~Pycnonotus atriceps
30.B.   Merbah Jambul-hitam~Pycnonotus melanicterus
31.B.   Merbah Dada-sisik~Pycnonotus squamatus
32.B.   Merbah Perut-kelabu~Pycnonotus  cyaniventris
33.B.   Merbah Coklat-berjambul~Pycnonotus eutilotus
34.B.   Merbah Punggung-kuning~Pycnonotus  goiavier
35.B.   Merbah Sayap-Hijau zaiton~Pycnonotus plumosus
36.B.   Merbah Mata-putih~Pycnonotus erythropthalmos
37.B.   Merbah mata-merah~Pycnonotus  brunneus
38.B.   Merbah hitam-putih~Pycnonotus melanoleucos
39.B.   Merbah Abu~Hemixos flavala
40.B.   Merbah Finsch~Alophoixus finschii


Merbah Pipi-kelabu~Alophoixus bres

41.B.   Merbah Pipi-kelabu~Alophoixus bres
42.B.   Merbah Perut-kuning~Alophoixus phaeocephalus
43.B.   Merbah Tengkuk-bulu panjang~Tricholestes criniger
44.B.   Merbah Leher-lorek~Pycnonotus finlaysoni

Keluarga Merbuk
45.B.   Merbuk Jambu~Ptilinopus jambu         
46.B.   Merbuk Zamrud~Chalcophaps indica

Keluarga Minivet
47.S.   Minivet Menyala~Pericrocotus igneus         

48.S.   Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus
49.S.   Minivet Abu~Pericrocotus  divaricatus

Kelopak Dahi-baldu~Sitta frontalis    

Keluarga Kelopak
50. .B.  Kelopak Dahi-baldu~Sitta frontalis    

Keluarga Kekicau Rencong
51. B.   Kekicau Rencong Tengkok Badam~Pomatorhinus montanus      



Kekicau Leher-kelabu~Stachyris nigriceps

Kekicau Leher-kelabu~Stachyris nigriceps


Kekicau kepala-kelabu~Stachyris poliocephala

Kekicau kepala-kelabu~Stachyris poliocephala


Kekicau Dahi-perang~Stachyris rififrons

Keluarga Kekicau Stachyris
52.B.  Kekicau Dahi-perang~Stachyris rififrons   

53.B.  Kekicau Leher-kelabu~Stachyris nigriceps
54.B.  Kekicau kepala-kelabu~Stachyris poliocephala

Kelicap Madu Paruh-panjang~Archnothera robusta

Keluarga Kelicap Madu

55.B.  Kelicap Madu Kecil~Archnothera longirostra       
56.BS Kelicap Madu Paruh-tebal~Archnothera crassirostris
57.BS Kelicap Madu Paruh-panjang~Archnothera robusta
58.B.  Kelicap Madu Celak-kuning~Archnothera  flavigaster
59.B.  Kelicap MaduTelinga-kuning~Archnothera chrysogenys
60.B.  Kelicap Madu Dada-kelabu~Archnothera affinis


Khukhu Tirjup kecil~Sturnus sturninus

 Keluarga Khukhu Tirjup
61.B. Khukhu Tirjup kecil~Sturnus sturninus



Jerijit Suria Tengkuk Ungu~Hypogramma hypogrammicum


Keluarga Jerijit Suria
62.B.  Jerijit Suria Dahi-biru~Aethopyga simple          

63.B.  Jerijit Suria Leher-coklat~Aethopyga malacensis
64.B.  Jerijit Suria Leher-merah~Aethopyga  rhodolamema
65.B.  Jerijit Suria Pipi-merah delima~Aethopyga  singalensis
66.B.  Jerijit Suria Tengkuk Ungu~Hypogramma hypogrammicum
67.B.  Jerijit Suria Belakang-hijau zaiton~Nectarina jugularis

Jerijit Suria Dahi-biru~Aethopyga simple

Keluarga Perapat
68.S.   Perapat Perut-kuning~Gerygone sulphurea  


Keluarga Perincit
69.S.   Perincit Biasa~Orthotomus sutorius         

70.S.   Perincit Leher-gelap~Orthotomus atrogularis
71.S.   Perincit Abu~ Orthotomus ruficeps

Keluarga Perling
72.B.   Perling Tengkuk-ungu~Sturnus sturninus      

73.B.   Perling Berkilat Asia~Aplonis panayensis

Keluarga Punai Hijau
74.B.   Punai Leher Merah-jambu~Treron vernans    

75.B.   Punai Paruh Tebal~Treron curvirostra

Keluarga Selancang

76.S.    Selancang Hitam-putih~Lalage nigra    

 
Keluarga Sambar Tirjup
77.B.S.Sambar Tirjup Sayap-hitam~Hemipus hirundinaceus  

78.B.S.Sambar Tirjup Sayap-berpalang~Hemipus picatus

Sambar Mugimaki~Ficedula mugimaki

Keluarga Sambar
79.S.   Sambar Sisi-gelap~Muscicapa sibirica         

80.S.   Sambar Coklat Asia~Muscicapa dauurica
81.S.   Sambar Coret Coklat~Muscicapa williamsoni
82.S.   Sambar Coret Kelabu~Muscicapa griseisticta
83.B.   Sambar Tongkeng-kuning~Ficedula zanthopygia
84.B.   Sambar Belakang-hijau~Ficedula elisae
85.B.S.Sambar Mugimaki~Ficedula mugimaki

 
Sambar Mugimaki~Ficedula mugimaki


Sambar Mugimaki~Ficedula mugimaki

Sambar Tongkeng-kuning~Ficedula zanthopygia


Sambar Biru -cair~Cyornis unicolor

Sambar Biru -cair~Cyornis unicolor

Sambar Biru -cair~Cyornis unicolor

86.B.S.Sambar Biru -cair~Cyornis unicolor

Sambar Biru-putih~Cyanoptila cyanomelana

87.B.   Sambar Biru-putih~Cyanoptila cyanomelana
88.B.S.Sambar Verditer~Eumyias thalassina

Sambar Verditer~Eumyias thalassina Betina


Sambar Verditer~Eumyias thalassina Jantan


Keluarga Sepah Bunga
89.B.  Sepah Bunga Dada-kuning~Prionochilus maculatus        

90.B.  Sepah Bunga Dada-calit merah~Prionochilus  percussus
91.B.  Sepah Bunga Paruh-tebal~Dicaeum agile
92.B.  Sepah Bunga Punggung Kuning~Dicaeum chrysorrheum
93.B.  Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum  trigonostigma
94.B   Sepah Bunga-Hijau zaiton~Dicaeum  concolor

Keluarga Serindit
95.B. Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus          


Keluarga Tit
96.BS. Sultan Tit~Melanochlora sultanea     


Keluarga Takau
97.B.  Takau Hijau~Calyptomina viridiss    


Keluarga Takur
98.B.  Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon      

99.B.  Takur Telinga-biru~Megaliama australis
100.B.Takur Tembaga~Megaliama haemacephala
101.B.Takur Coklat~Calorhamphus fuliginosus

Tekukur Khukhu Melayu kecil~Macropygia ruficeps

Keluarga Tekukur Khukhu
102.B.  Tekukur Khukhu Melayu kecil~Macropygia ruficeps       


Tengkek Biru Asia~Irina puella

Keluarga Tengkek
103.B.  Tengkek Biru Asia~Irina puella        


Terik Leher-gelap~Oriolus xanthornus
Terik Leher-gelap~Oriolus xanthornus

Keluarga Terik
104.B.S.Terik Leher-gelap~Oriolus xanthornus         
105.B.   Terik Tengkuk hitam~Oriolus chinensis

Keluarga Tirjup
106.S.Tirjup Rimau~Lanius tigrinus          

107.S.Tirjup Coklat~Lanius cristatus

Tirjup Rimba Besar~Tephrodornis gularis

Tirjup Rimba Besar~Tephrodornis gularis

Keluarga Tirjup Rimba
108.S.Tirjup Rimba Besar~Tephrodornis gularis 

Keluarga Tarum  
109.B.Tarum Siberia~Zoothera sibirica           
110.B.Tarum Kepala Oren~Zoothera citrine

Tarum Siul Melayu~Myophonus robinsoni

Keluarga Tarum Siul
111.B.  Tarum Siul Melayu~Myophonus robinsoni             

Keluarga Tiong
112.B.  Tiong Jawa ~ Acridotheres  javanicus                   

113.B.  Tiong Rimba ~ Acridotheres fuscus

Keluarga Yuhina
114.B.S.Yuhina Perut-putih~Yuhina zantholeuca   
          

Yuhina Perut-putih~Yuhina zantholeuca

Keluarga Sambar
115. B.Sambar Dada Perang~Ficedula dumetoria


Sambar Dada Perang~Ficedula dumetoria
Keluarga Sambar Kenari
116.S.Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensis


Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensis
Tiak
117.B.Tiak Tongkeng -putih~Lonchura striata 

Takau
118.B.Takau Hitam dan Kuning~Eurylaimus ochromalus
 
Senarai Tupai :-

Tupai Langsing~    Sundasciurus tenuis

Tupai Belang Tiga~Lariscus insignis

Tupai Gading~Callosciurus privostii 

1.Tupai Kerawak Hitam~Ratufa bicolor
2.Tupai Gading~Callosciurus privostii 

Tupai Kerawak Hitam~Ratufa bicolor

3 Tupai Pinang~ Callosciurus notatus
4.Tupai Belang Tiga~Lariscus insignis 
5.Tupai Ekor pendek~Sundasciurus lowii
6.Tupai Langsing~    Sundasciurus tenuis

Tupai Ekor pendek~Sundasciurus lowii



Tupai Ekor pendek~Sundasciurus lowii

Berdasarkan jumlah spesis burung dan tupai yang datang ke pokok ini, iaitu  118 spesis burung dari 41 keluarga burung, boleh diandaikan Pokok Mahang Biasa~Macaranga bancana~ Common Mahang ini penting kepada kelangsungan hidup spesis burung dan tupai. Menjadikan pokok ini sebagai rantaian makanan kepada burung-burung yang bergantung hidup dengannya, sementara menunggu  buah-buah Pokok Ara Beringin-Ficus benjamina  dan pokok-pokok buah yang lain masak.

Tupai Pinang~ Callosciurus notatus

Mengambil Faedah Kepentingan Pokok Mahang Biasa~Macaranga bancana~ Common Mahang.

Oleh kerana pokok ini tumbuh dimerata tempat didalam hutan  serta ia mudah dikenali  maka saya syorkan kepada Pentadbir Hutan, Perhilitan -Unit Burung, Universiti-universiti, dan mana-mana Pengkaji Burung supaya TIDAK LAGI menggunakan Kaedah Memasang Jaring Kabus-Mist Netting untuk membuat bancian terhadap burung. Syor saya ialah Pembanci Burung hanya perlu duduk dibawah pokok-pokok yang menjadi makanan burung sambil membanci menggunakan Skop, Teropong atau Kamera . Kaedah murah , mudah dan tidak meletihkan ini lebih berkesan dan ia tidak mendatangkan sebarang ancaman bahaya kepada nyawa burung.

Sebagai contoh :-

1.Pembanci tidak perlu lagi memikul banyak Batang Galah   & Jaring Kabus Mist Netting yang berat  masuk kedalam hutan kerana kaedah ini cukup memenatkan. Pembanci tidak perlu mengorek lobang dan memasang Jaring.

2.Setelah jaring dipasang ianya akan ditinggalkan untuk satu tempoh masa. Jaring tidak mengenal mangsanya, samada Burung, Kelawar, Tupai , Kumbang dan lain-lain. Keadaan ini memberi ancaman nyawa kepada hidupan liar.

3. Kurang berkesan dari sudut jumlah bancian keluarga burung spesis.

Apapun ini semua hanyalah sekadar syor dan nasihat sahaja, kerana ancaman sebenar bukanlah datangnya daripada pihak-pihak yang berwajib tetapi ancaman datangnya daripada Pemburu-Pemburu Burung Haram dan Orang Asli yang akan mengambil faedah kepada Pokok Pokok Mahang Biasa~Macaranga bancana~ Common Mahang. Wasalam.






No comments:

Post a Comment