Mukadimah
Perkara ini timbul apabila saya tidak dapat membuat pengecaman burung spesis Sambar Biru yang saya temui pada tahun 2010. Rujukan daripada buku Field Guide of The Birds of South-East Asia oleh Craig Robson, mendapati imej tersebut hampir menyerupai burung Sambar Ekor putih~Cyornis concretus.
|
Burung Sambar mirip kepada Sambar ekor putih~Cyornis concretus yang diperolehi pada tahun 2010. |
|
|
|
Sambar Ekor putih~Cyornis concretus jantan dalam keadaan proses pertukaran buluhias yang mana susunan panjang pendek buluhiasnya tidak sekata. |
|
Sambar Ekor putih~Cyornis concretus`betina , hampir keseluruhan buluhiasnya berwarna coklat daun getah kering dan coklat cerah. |
|
Pandangan dari sisi hadapan. |
Burung ini ditemui dihabitat Hutan
Tanah pamah berhampiran dengan sungai. Kelakuannya Ia hanya duduk diam
disatu lokasi untuk jangkamasa yang lebih daripada biasa. Untuk
makluman, Burung Sambar Ekor putih~Cyornis concretus merupakan burung
tempatan yang sangat jarang pemburung temui.
Malah data dan imej burung tersebut
tidak seorang pun memperolehinya di Semenanjung Malaysia. Imej yang
boleh dibuat rujukan tidak begitu sempurna, kerana hanya 5 atau 6 imej
sahaja yang dapat diperolehi, itupun imej burung itu ditemui dari kepulauan Borneo,
Sumatera dan India.
|
Kelihatan pelepah ekor burung dalam proses pertukaran buluhias. Setiap pelepah burung tidak sama rata. |
|
Kelakuan burung ini unik kerana ia tidak khuatir atau terbang sekiranya dirinya dihampiri. Namun begitu keadaan begini amat bahaya pada spesis burung sekiranya dijumpai oleh manusia pemangsa. |
|
Burung jantan sedang memerhatikan buah-buah yang telah masak untuk dimakan. |
|
Sifat yang jelas kelihatan , ia akan hinggap disatu lokasi untuk satu tempoh yang agak lama, antara 5 minit hingga 10 minit sebelum beralih lokasi hinggapan. |
|
|
Kelihatan dengan jelas keting kaki burung yang berwarna cerah tidak berwarna hitam, ciri yang ada pada burung Sambar Biru Ekor putih~Cyornis concretus |
|
Burung jantan sedang bersedia untuk membuat lompatan kearah gugusan buah yang telah masak untuk dimakan. |
|
Pandangan dari sudut belakang. |
|
Jelas kelihatan jalur selari berwarna hitam pada pangkal paruh melintasi ke bahagian mata burung. |
|
Burung jantan mempunyai 2 jalur berwarna biru cair yang selari pada bahagian kepalanya menyerupai bentuk seperti kening. |
|
Warna biru yang ada pada buluhias akan berubah-ubah menjadi jenis biru yang berbeza-beza apabila burung berada dilokasi yang berlainan sinar cahaya. |
|
Burung Betina |
|
Ciri warna burung yang bertepatan dengan plat yang digambarkan didalam bulu rujukan The Field To The Birds of South-East Asia oleh Craig Robson. |
Pada Ogos 2012 saya memperolehi
imej yang mirip dengan burung yang dirakam pada 2010. Pada masa itu
burung ini datang berpasangan. Kelakuan pasangan burung ini sama dengan
burung yang saya jumpai dahulu. Kali ini saya berpeluang membuat
pemerhatian yang lebih lama, kerana burung sentiasa datang kepohon
tempat ia mencari makanannya pada setiap hari.
Pemerhatian dilakukan sepanjang tempoh pohon itu berbuah sehinggalah
buah-buahnya habis. Sepanjang tempoh itu segala data tentang burung ini
saya perolehi dan simpan untuk tujuan kajian lanjut. Cuma saya tidak
menangkap burung sepertimana saintis untuk dibuat spesimen.
Oleh kerana saya memang tahu akan
makanan kegemarannya serta lokasi dimana burung ini boleh dijumpai maka
setiap tahun apabila musim berbuah saya pergi membuat pemerhatian.
Sepanjang tempoh dari tahun 2010 hingga 2015 saya telah memperolehi imej
burung dalam pelbagai usia, cuma saya tidak berpeluang menjumpai sarang
burung sambar ini.
|
Kelihatan sedikit carikan warna biru pada bahagian kepala burung betina, ciri ini mengikut gambaran yang ada didalam plat buku rujukan. |
Saya telah membuat penelitian dari
pelbagai sudut bahagian anggota burung, untuk menyokong bahawa burung
yang saya perolehi ini adalah dari spesis jenis Sambar Ekor
putih~Cyornis concretus. Namun ciri-ciri khas yang termaktub dalam buku
tidak nampak pada imej burung ini. Ciri-ciri khas tersebut ialah
terdapat 2 jalur warna putih di kiri dan kanan pelepah ekor burung.
Warna putih itu hanya boleh dilihat apabila pelepah ekor burung terbuka
seperti kipas. ( Keadaan ekor seperti spesis burung Murai ekor
putih~
Myiomela leucura ) Namun begitu ciri-ciri yang lain adalah
bertepatan dengan maklumat yang terdapat dalam buku rujukan.
Pada hemat saya, mengapa burung ini bukan spesis Burung Sambar Biru cair~Cyornis unicolor kerana, pada bahagian perut burung adalah berwarna putih
sehingga bahagian cenut ( buntut ) burung. Sedangkan burung Sambar Biru
Cair~Cyornis unicolor keseluruhan buluhias bahagian badannya berwarna biru cair, hampir menyerupai burung betina Sambar Verditer~Eumyias thalassina.
|
Warna buluhias burung yang dilihat apabila tiada sebarang teduhan daun-daun pokok. Pancaran cahaya matahari terus mengenai buluhias burung dan mengeluarkan warna biru yang berlainan dengan apa yang dapat dilihat dibawah redupan pokok. |
Tambahan pula burung ini mempunyai
sepasang keting kaki yang berwarna cerah, sedangkan burung Sambar Biru
Cair ~Cyornis unicolor mempunyai sepasang kaki berwarna hitam. Pandangan
ini disokong pula dengan warna buluhias burung betina berwarna coklat
pada keseluruhan buluhiasnya.
|
Burung betina sedang mengembangkan buluhiasnya. |
Imej burung Sambar Biru Ekor putih~Cyornis concretus
yang dirakam ketika proses penyalinan buluhias selesai. Imej ini adalah
imej sebenar spesis burung Sambar Biru Ekor putih~Cyornis concretus
jantan. Dibawah ini ditunjukkan siri imej burung jantan dan betina dari
pelbagai sudut.
Baru-baru ini saya berpeluang menjumpai burung yang hampir menyerupai burung Sambar Biru Ekor putih~
Cyornis concretus , ia datang berpasangan dikawasan pohon berbuah dan berbunga lebat. Apa yang menimbulkan tanda tanya ialah burung betina adalah berlain dengan burung betina yang dijumpai pada akhir tahun 2013 dan awal tahun 2014. Dimana buluhias pada bahagian kepala burung betina ini lain warnanya dengan warna buluhias yang dijumpai sebelum ini.
|
Burung betina sedang memerhatikan serangga yang boleh disambar. |
|
|
|
Kelihatan jelas warna pada bahagian kepala burung yang berwarna kelabu cerah |
|
|
Setelah mendapatkan pengesahan daripada Guru saya Saudara Mike Chong, beliau juga bersetuju bahawa burung yang dijumpai banyak perbezaannya. Dibawah ini disenaraikan perbezaan yang ketara antara kedua spesis burung betina tersebut :-
Pada Bahagian Kepala.
Warna buluhiasnya adalah berwarna kelabu manakala yang satu lagi berwarna coklat.
|
Pandangan dari sudut belakang burung.~Hutan Simpan Perdik, Selangor. |
|
Burung betina yang ditemui di dalam Hutan Simpan Perdik, Selangor |
|
Burung betina yang ditemui di dalam Hutan Simpan Hulu Gombak |
Pada Bahagian Alis Mata.
Warna buluhias pada bahagian mata mempunyai bentuk seakan-akan topeng Zorro yang berwarna hitam, sedangkan burung Sambar Biru Ekor putih~
Cyornis concretus betina tidak kelihatan topeng tersebut.
|
Burung Betina ~ Hutan Simpan Perdik :Panjang pelepah sayap terbang burung menutupi keseluruhan bahagian tongkeng burung. |
|
Burung Betina~Hutan Simpan Hulu Gombak: Pelepah sayap terbang kelihatan pendek sehingga kelihatan keseluruhan buluhias tongkeng burung. |
|
Burung Betina~ Hutan Simpan Perdik :Warna bahagian kepala burung kelihatan coklat kelabu yang cair. |
|
Burung Betina~Hutan Simpan Hulu Gombak: Warna kepala burung betina menyamai keseluruhan warna buluhias pada tubuh badan burung. Pada buluhias dikepala burung mempunyai corak padi tersusun. |
|
Bentuk dan panjang sayap burung jantan yang dijumpai di Hutan simpan Perdek menyamai dengan saiz dan panjang burung betina. |
|
Saiz dan panjang pelepah sayap terbang Burung jantan menyamai dengan pasangannya yang pendek sehingga jelas kelihatan buluhias bahagian tongkeng burung. |
Pada Bentuk Sayap Premir
Berdasarkan bentuk dan ukuran yang dapat dikaji daripada imej-imej kedua-dua spesis burung itu , didapati perbezaan ini adalah pada bahagian bentuk dan ukuran panjang pelepah sayap burung. Dimana Burung Sambar Biru Ekor putih~Cyornis concretus mempunyai sayap yang lebih pendek, berbanding dengan burung Sambar Sambar Biru
Cair ~Cyornis unicolor yang mempunyai pelepah sayap yang lebih panjang.
|
Sambar Biru Ekor putih~Cyornis concretus~Jantan |
|
Sambar Sambar Biru
Cair ~Cyornis unicolor~Jantan |
|
Sambar Sambar Biru
Cair ~Cyornis unicolor~Jantan |
|
Sambar Sambar Biru
Cair ~Cyornis unicolor~Betina |
|
Sambar Sambar Biru
Cair ~Cyornis unicolor~Betina |
|
Sambar Sambar Biru
Cair ~Cyornis unicolor~Betina |
Pandangan ini berdasarkan penelitian yang terpeinci daripada bukti-bukti pemerhatian di lapangan dan bukti imej yang telah dirakam. Wasalam.
No comments:
Post a Comment