Terima Kasih ~ Dato' Nicol David Permaisuri Dan Ratu Squash Malaysia.
Dari Kaca Lensa....
Terlalu banyak kejohanan yang telah kecepinya, barangkali beliau
sendiri tidak dapat mengingatinya semuanya. Mungkin beliau sendiri
terpaksa mendapat bantuan dengan merujuk Nicol David -Wikipedia.
Tandatangan Dato Nicol David |
Bintang Sukan Squash kelahiran negeri Pulau Pinang Dato' Nicol David
kini sedang melalui zaman ketidak stabilan prestasinya sehingga beliau
berkedudukan di tempat ke 6 dunia. Setelah mengungguli tempat pertama
sejak Ogos 2006 sehingga tempat pertamanya dirampas oleh pemain Mesir
Raneem El Weleily sekarang.
Sudah tentu Jurulatihnya, Liz Irving sudah menghidu permasalahan yang
sedang dihadapi oleh Dato' Nicol David dan beliau sedang mengatur
langkah mengembalikan kecemerlangan beliau. Masalah ini memang lumrah
kepada semua Juara yang telah terlalu lama menjadi Juara dalam bidang
sukannya. Bayangkan 10 tahun memonopoli sukan Squash Dunia , ia satu
jangka masa yang terlalu lama untuk seseorang individu.
Dalam tempoh itu boleh diumpamakan beliau datang memunggut sahaja hadiah
wang kejohanan. Walaupun pesaing-pesaingnya meningkatkan prestasinya
namun tidak mampu menundukkan Dato' Nicol David. Ada diantara pesaingnya
bersara tanpa menjuarai sebarang kejohanan sepanjang menjadi pemain profesional. Barangkali media masa dan
negara pesaing telah berpakat secara terancang untuk menurunkan tahta
yang disandang oleh Dato' Nicol David dipersada dunia kerana telah
terlalu lama.
Kita lihat Roger Federer, Rafael Nadal, Novak Djokovic, ~ Tennis. Dato' Lee Chong Wei, Lin Dan ~ Badminton. Contoh
ahli sukan yang dinyatakan itu semua telah melalui saat kekecewaan dan
merudum tetapi mereka bangkit semula. Mereka mencari fomula dan teknik
menjadi juara semula walaupun dalam keadaan usia tidak menyebelahi
mereka. Pekara yang sama sedang dihadapi oleh Dato' Nicol David pada
waktu sekarang ini. Beliau dan jurulatihnya Liz Ivring sedang berusaha mencari formula dan teknik bagi mengembali kegemilangannya.
Dalam waktu yang sama, secara peribadi kita tidak boleh menolak akan
kehendak hati kecilnya yang telah terahsia lama. Sampai bila beliau
harus berkorban sebagai Pemain Squash Proffesional. Lagikan Serena
William yang hebat, akhirnya juga membuat keputusan menangguhkan
kariernya buat sementara waktu untuk memberi tumpuan kepada proses
melahirkan anaknya setelah dia berumah tangga.
Pekara yang serupa itu, barangkali sedang dihadapi oleh Dato' Nicol
David secara senyap. Tentunya sedikit sebanyak pasti tercetus dalam
nalurinya ingin menjadi sepertimana wanita yang lain. Kerana sejak dari
remajanya beliau telah berkorban berlatih dengan berjauhan dengan
ibubapa dan sanak saudara semata-mata mengejar impian menjadi juara
dunia squash. Kemudian berkorban bertahun-tahun mengelilingi dunia
membawa panji negara untuk mengemilangkan tanahairnya Malaysia didalam
bidang sukan Squash. Beliaulah melakar peta Malaysia dengan gemilang dalam dunia sukan Squash.
Semenjak Dato' Nicol David mengungguli bidang Squash Dunia dulu, segenap
lapisan rakyaat Malaysia akan menerima perasaan gembira bangga keatas
setiap kemenangan beliau. Hanya dengan membaca berita didada akhbar rakyat Malaysia turut merasa seronok bangga atas
kemenangannya. Dengan susuk tubuh yang kecil berupaya mematikan langkah
pesaingnya yang mempunyai fizikal jauh lebih tegap dan sasa.
Boleh dikata sejak 2006 sehingga sekarang rakyaat Malaysia mendapat
nikmat manis kemenangan. Rasa kemenangan sukan Squash mengubat rasa luka kecewa bidang sukan Bolasepak yang merudum jatuh ditangga tercorot. Bayangkan jasa Dato' Nicol David yang telah
memberi rasa seronok kepada puluhan juta rakyat Malaysia sejak 10 tahun
yang lalu secara berturut-turut. Ini satu jasa yang sangat susah untuk
dilupakan.
Kini berlaku siri kekalahan Dato Nicol David kepada pemain-pemain hebat
dari Mesir membuatkan segenap lapisan rakyat Malaysia turut merasa
kecewa sepertimana kekecewaan pemain itu sendiri. Kepada rakyaat yang
tidak matang maka mereka tentu akan mengata itu dan ini. Tetapi kepada
peminat yang matang, kita ucapkan berbanyak-banyak terima kasih
kepadanya kerana telah memberikan keseronokan kemenangan yang terlalu
lama.
Delia Arnold bukan pesiang Dato Nicol David. |
Pada saya terpulang kepada Dato' Nicol David sendiri, beliau bebas
tentukanlah tuju hala karier sukannya sendiri. Untuk berusaha bangkit
kembali seperti Roger Federer tentunya akan membuatkan kita sangat
gembira. Kerana dalam bidang sukan kemenangan semata-mata, bukanlah
satu keutamaan. Sukan itu pada saya ialah meneruskan persaingan ketahap
yang setinggi boleh.
Kita lihat sahaja ahli sukan hebat dunia dalam bidang Bolasepak, pemain
lagenda pasukan Roma Francesco Totti masih mampu bersaing pada usia 40
tahun. Pemain Bintang Legenda bolasepak Jepun, Kazuyoshi Miura masih
menjadi pemain bolasepak professional diusia 50 tahun dan masih
bercita-cita untuk menyarung jersey pasukan kebangsaan.
Merlene Ottey di usia 52 tahun masih mewakil negara Slovenia dalam acara
berlari pecut 4 x 100 meter dalam kejohanan di Eropah. Contoh paling
dekat dengan kita ialah Dato Lee Chong Wei masih mendatangkan rasa gerun
kepada pemain-pemain Badminton hebat yang jauh lebih muda daripadanya.
Dan beliau bercita-cita untuk mewakil Malaysia dalam sukan Olimpik
yang akan datang.
Sikap sentiasa ingin memberi saingan ini merupakan sikap mulia yang
tertinggi dalam bidang sukan. Keutamaan untuk memberi persembahan dan
tahap saingan paling tinggi. Menang-kalah, soal wang dan bayaran adalah soal yang ke 3
atau ke 4.
Tidak pernah menghampakan peminatnya walaupun yang ke 37 ... sedangkan pada ketika itu beliau sedang makan. |
Atau Dato' Nicol David sedang mencari penggantinya bagi menyambung batun
monopoli dalam bidang Squash Dunia kepada bakat-bakat muda negara.
Tugas ini sangat payah untuk atlit muda untuk mencontohi sikap Dato'
Nicol David. Mungkin pelapis sediada akan berjaya merangkul banyak
kejuaraan dimasa hadapan. Tetapi untuk mencontohi adab serta sikap
Juara Profesional Tulen yang merendah diri dan tidak hidung tinggi
seperti Dato' Nicol David amatlah payah.
Ia mengikut rasmi padi, lagi berisi , lagilah tunduk ke lantai tanah. Ia
mengikut bidalan " Ular berbisa yang menyusur akar tidak akan hilang
bisanya. Bayangkan sejak berbelas tahun yang dulu , setiap kejohanan
yang dirangkul datang bersama dengan hadiah wang tunai. Ditambah dengan
tajaan dari Syarikat Gergasi, menjadi Duta Prodak peralatan sukan dan
lain-lain ikatan tajaan. Lagi banyak kejohanan yang dimenangi sedikti
pun tidak menunjukkan sikap meninggikan diri, apatah lagi sikap angkuh,
jauhlah sekali.
Walaupun lama menetap di luar negara tetapi beliau fasih bertutur dalam Bahasa Kebangsaan. |
Syabas dan tahniah kepada Ibubapa Dato' Nicol David dan jurulatihnya
yang telah mendidik menjadikan beliau sepertimana beliau sekarang ini.
Berbahagia ibubapanya mempunyai anak seperti ini. Manakala setiap
lapisan rakyat Malaysia merasa bertuah mempunyai seorang ahli sukan terulung
yang pernah lahir di bumi Malaysia.Wasalam.
No comments:
Post a Comment