Khukhu India~Cuculus micropterus
Lokasi Dijumpai: Hutan Simpan Bukit Tinggi, Pahang Tarikh: 22 Mei 2017 |
Lokasi Dijumpai: Hutan Simpan Bukit Tinggi, Pahang Tarikh: 22 Mei 2017 |
Lokasi Dijumpai: Radar Ulu Kali, Pahang Tarikh: 12 April 2016 |
Lokasi Dijumpai: Radar Ulu Kali, Pahang Tarikh: 12 April 2016 |
Lokasi Dijumpai: Radar Ulu Kali, Pahang Tarikh: 12 April 2016 |
Merujuk daripada beberapa naskah buku mengenai status burung Khukhu India~Cuculus micropterus di Semenanjung Malaysia. Saya mendapati terdapat beberapa status yang telah diberikan kepada spesies burung ini. Burung Khukhu India~Cuculus micropterus ini mempunyai 3 status Resident ( Burung Tempatan ) Winter Visitor ( Pengunjung Musim Sejuk ) , Passage Migrant (Laluan Penghijrah) .
Lokasi Dijumpai: Taman Negara Gunung Tahan, Pahang Tarikh: 4 April 2016 |
Lokasi Dijumpai: Kawasan Padang Universiti Pertanian Serdang. Selangor Tarikh: 5 Mei 2016 |
Lokasi Dijumpai: Bukit Melawati , Kuala Lumpur Tarikh: 27 Jan 2015 |
1.MNS Check List 2016 : Burung Tempatan Burung Hijrah
2.Allen Jeyarajasingam : Burung Tempatan Burung Hijrah Musim Sejuk Burung Laluan Hijrah
3.Criag Robson : ~ Burung Hijrah Musim Sejuk Burung Laluan Hijrah
4.David Wells : Burung Tempatan Burung Laluan Hijrah
5.Robinson&Chesen : Burung Tempatan Burung Hijrah Musim Sejuk
5.Robinson&Chesen : Burung Tempatan Burung Hijrah Musim Sejuk
Lokasi Dijumpai: Hutan Simpan Bukit Tinggi, Pahang Tarikh: 22 Mei 2017 |
Dari 5 orang penulis itu hanya Craig Robson sahaja yang tidak menyatakan serta mengesahkan bahawa Burung Khukhu India~Cuculus micropterus ini adalah burung tempatan bagi Semenanjung Malaysia. Dalam bukunya itu telah membawa maksud status burung Khukhu India~Cuculus micropterus adalah burung hijrah bukan burung tempatan.
Lokasi Dijumpai: Hutan Simpan Bukit Tinggi, Pahang Tarikh: 22 Mei 2017 |
Apakah alasan Craig Robson membuat keputusan seperti itu tidak dapat dipastikan. Apakah beliau tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menyokong maklumat itu. Atau beliau tidak mahu mengikut dan meniru maklumat yang di putuskan oleh Robinson & Chesen sepertimana dalam buku The Birds of Malay Peninsula Vol 4 1927~1939 mukasurat 142.
Lokasi Dijumpai: Hutan Simpan Bukit Tinggi, Pahang Tarikh: 22 Mei 2017 |
Pada hakikatnya pada suatu ketika dahulu Keluarga burung Khukhu ini memang rumit untuk menentukan keputusan yang tepat samada ia burung tempatan atau pun tidak. Kerana pada ketika itu sangat susah membuktikan burung ini ada membuat sarang dan mengeram kerana sangat kurang pemerhati burung yang memberi maklumat.
Lokasi Dijumpai: Hutan Simpan Bukit Tinggi, Pahang Tarikh: 22 Mei 2017 |
Lokasi Dijumpai: Hutan Simpan Bukit Tinggi, Pahang Tarikh: 22 Mei 2017 |
Namun begitu lama kelamaan pemerhati burung mendapat maklumat baharu dan mengetahui bahawa sifat semulajadi pembiakan keluarga burung Khukhu ini adalah unik dan berlainan dengan cara pembiakan keluarga burung yang lain. Burung ini memang tidak membuat sarangnya sendiri, ia tidak mengeramkan telornya dan ia juga tidak membesarkan anaknya. Kerja-kerja membesarkan anak burung Khukhu India~Cuculus micropterus dilakukan sepenuhnya oleh keluarga angkatnya sehingga boleh berdikari sendiri.
Lokasi Dijumpai: Hutan Simpan Kekal Kemensah, Ulu Kelang Selangor Tarikh:25 Julai 2009 |
Rujukan:-
Robinson & Chesen ~ The Birds of Malay Peninsula Vol 4 1927~1939
David Wells~The Birds of the Thai-Malay Peninsular~ Resident, Passage Migrant
MNS Check List 2016 ~ Resident & Migrant
Allen Jeyarajasingam~Field guide of Peninsular Malaysia and Singapore~Fairly common resident, Winter visitor & Passage migrant
Criag Robson~Field Guide of Birds of East Asia~Winter Visitor & Passage migrant
Quentin Philip & Karen Philip~Birds of Pulau Borneo- Burung tempatan dan winter visitor
IUCN: Least Concern ~ Wikipidia ~ India , Bangladesh, Bhutan, Nepal, Sri Lanka, Indonesia, Semenanjung Malaysia, China dan Russia.

No comments:
Post a Comment