Tuesday, 8 August 2017

Qawwali Concert~ Ustad Rahat Fateh Ali Khan, Kuala Lumpur Malaysia.


Qawwali Concert Oleh ~ Ustad Rahat Fateh Ali Khan, Kuala Lumpur Malaysia.

The Tribute Concert To Ustad Nusrat Fateh Ali Khan ~ 6 Aug 2017
Lokasi :Plenary Hall, KL Convention Centre



Saya kenal muzik Qawwali dan Ustad Nusrat Fateh Ali Khan sejak tahun 90an lagi setelah menonton filem Dead Man Walking lakonan Sean Penn & Susan Sarandon. Sound track filem ini ada memuatkan lagu berjudul Long Road nyanyian Eddie Vedder Pearl Jam dan Ustad Nusrat Fateh Ali Khan.

Dari situlah saya terpaut dengan musik Qawwali nyanyian Ustad Nusrat Fateh Ali Khan sehinggalah sekarang. Dimana muzik Qawwali ini secucuk dengan aliran halwa telinga dan roh  muzik agrasif yang ada dalam jiwa. Pada pendapat saya ia seperti ada persamaan yang terdapat didalam muzik Heavy Metal yang digemari oleh saya.  Walaupun tanpa memahami senikata yang dinyanyikan oleh beliau namun begitu, irama dan suaranya mencucuk terbenam didalam lubuk kalbu hati yang memberi orgasm ketika dalam mendengar musik ini.  


Sebelum ini pada tahun penghujung tahun 2000 di KLCC saya pernah melihat persembahan tribute kepada Ustad Nusrat Fateh Ali Khan oleh artis dari Pakistan yang juga membawa muzik Qawwali. Setelah sekian lama secara tidak disangka-sangka anak saudaranya Ustad Rahat Fateh Ali Khan yang pernah sama-sama menyertai Ustad Nusrat Fateh Ali Khan & The Party ingin datang mengadakan persembahan di Kuala Lumpur.



Baru sahaja pada bulan May membayar tiket RM 200.00 untuk Konsert Megadeth, dan ura-ura  dimedia sosial Band Dream Theater juga akan menggadakan konsertnya di Kuala Lumpur pula . Kedatangannya kesini saya ibaratkan seperti  peluang seumur hidup yang tidak boleh dilepaskan. Maka terpaksalah membuat pengorbanan demi  pengorbanan kerana untuk melihat sendiri secara langsung persembahan Qawwali, walaupun harga tiketnya sangat mahal.



Setelah ketiadaan Raja Qawwali Ustad Nusrat Fateh Ali Khan, maka muncul lah anak saudaranya Ustad Rahat Fateh Ali Khan pula mengambil alih gelaran tersebut. Ini adalah hasil pengalaman mempelajari secara langsung daripada bapa saudaranya itu. Sehingga beliau telah berjaya menempa kemahsyuran namanya sendiri dalam bidang seni  dunia muzik. Kini beliau gemilang didalam dunia muzik Qawwali dipersada dunia, dengan membolot banyak anugerah dan gelaran di dunia muzik.






Konsert dimulakan pada jam 8:00 malam dengan persembahan dimulakan dengan lagu instrumental yang dibawa oleh ahli-ahli  kugiran mahir professional yang menjadi pengiringnya. Selepas 2 buah lagu  Ustad Rahad Fateh Ali Khan muncul dengan berpakaian Kut baldu berwarna biru dan kasut yang dipenuhi dengan batu-batu permata. Warna biru sedondon dengan semua ahli pemuzik yang mengiringinya seperti kumpulan Boria.
 


Konsert ini mempunyai 2 sesi tema persembahan iaitu persembahan lagu-lagu moden ala Bollywood dan persembahan muzik Qawwali. Ia dimulakan antara jam 8:00 malam dan selesai pada pukul 12:00 tengah malam. Setiap satu sesi persembahan  adalah selama 2 jam sebelum berhenti rehat selama 15 minit. Sebelum disambung semula dengan sesi persembahan musik Qawwali yang cukup menghiburkan hati.


Bermakna Ustad Rahad Fateh Ali Khan dan ahli pemuzik pengiringnya berupaya memberi persembahan yang mantap dan  menghiburkan selama 4 jam tanpa henti. Pekara yang jarang sekali saya lalui sepanjang pengalaman menonton persembahan konsert. Dimana seorang penyanyi dan  kumpulan pemuzik yang sama berupaya memberi persembahan  yang menghiburkan tanpa menunjukkan tanda-tanda kepenatan. Lebih-lebih lagi pada 2 orang pemuzik  alat muzik jenis tabla dan gendang. Keadaan ini mengambarkan mereka adalah sebuah kumpulan pemuzik yang berkemahiran tinggi dan sangat berpengalaman dalam bidangnya.


Lagu-lagu yang dinyanyi pada persembahan itu banyak yang saya tidak ketahui malah tidak faham langsung akan senikatanya. Pengetahuan saya dalam muzik Bollywood tidak meluas malah tidak pula menonton filem-filem Box Office Bollywood. Secara peribadi, andaikata dalam sesi pertama Ustad Rahad Fateh Ali Khan menyanyikan lebih banyak lagu-lagu Ustad Nusrat Fateh Ali Khan  didalam album Afreen Afreen Sangam tentu sekali akan memuncakkan lagi kepuasan keterhiburan pada diri saya. 














Ketika sesi rehat, krew dan Jurutera Bunyi mengubah sistem dan tempat duduk mengikut kesesuaian persembahan untuk sesi kedua. Setelah rehat 15 minit pemuzik yang sama keluar diatas pentas dengan berpakaian tradisional mereka. Tempoh 15 minit rehat itu sebenarnya adalah tempoh rehat kepada penonton bukan kepada  Ustad Rahat Fateh Ali Khan dan pemuzik pengiringnya. Kerana pada waktu  itu adalah untuk tempoh mereka semua  menukar pakaian untuk persembahan selanjutnya.









Pada sesi kedua dalam sesi Persembahan Qawwali, Ustad Rahat Fateh Ali Khan dan para pengiringnya menyanyi , bermain muzik dan bertepuk tangan disepanjang 2 jam berikutnya. Memandangkan jumlah peminat dan penonton yang datang adalah dikalangan warga berketurunan Punjabi dan India, maka lagu-lagu kegemaran saya banyak tidak dinyanyikan pada persembahan tersebut.















































Kalaulah lagu-lagu seperti  Ho Karam Ki Nazar, Haqq Ali Ali, Allah Hu dan Yad-E Nabi Gulshan dinyanyikan pada persembahan itu, ada besar kemungkinan saya juga akan hilang pertimbangan dan menjadi mini fana. Mungkin juga lagu-lagu yang menjadi kegemaran saya itu terlalu panjang iaitu setiap lagu mencecah antara 15 minit hingga 18 minit untuk sesebuah lagu. Itulah agaknya yang menyebabkan Ustad Rahad Fateh Ali Khan tidak menyanyikan  lagu kegemaran saya. Walaupun begitu lagu-lagu yang dipersembahankannya memang cukup menghiburkan hati dan memuaskan hati.
 










Apa yang menarik pada pandangan saya, ialah Ustad Rahad Fateh Ali Khan dan kumpulannya tidak membeza-bezakan persembahannya. Samada berhadapan dengan ribuan penontun dan peminat  seperti di Stadium O2 London dengan penontun yang tidak ramai sepertimana di Plenary Hall, KL Convention Centre. Saya berpendapat penerimaan masyarakat disini terhadap muzik Qawwali atau seni suara beliau tidak lah seramai sepertimana masyarakat di Eropah dan Benua Amerika.  Saya adalah antara peminat muzik di Malaysia yang bernasib baik kerana berkesempatan menontun persembahan hebat yang telah dipersembahkan oleh Ustad Rahad Fateh Ali Khan dan kumpulannya. Wasalam..

No comments:

Post a Comment